Assalamualaikum... salam mesra dan salam ceria buat teman-teman CT yang masih sudi meluangkan masa singgah ke Dapur CT. Sememangnya CT hargai setiap yang sudi singgah kesini. CT akan balas kunjungan teman-teman juga disetiap kesempatan yang terluang. Tak kiralah di waktu pagi, petang atau pun malam. Ada kalanya waktu subuh lepas solat tu dapatlah On9 sekejap sebelum memulakan tugas harian jadi CT ambik kesempatan membalas kunjungan. Walaupun tak dapat nak blogwalking sana sini berterusan, CT akan cuba bila ada kesempatan disetiap waktu senggang. Begitulah rutin harian CT yang sentiasa padat dengan urusan rumahtangga. Namun, asal saja ada kesempatan CT akan balas komen-komen yang diterima dan jika tak sempat CT akan buat kunjung balas jer. Adakalanya tenet kat rumah ni bermasaalah sket terutamanya waktu malam... asik disconnect memanjang, dan bila jadi macam tu mood nak bertenet pun merudum... hehehe.
Berbalik pada menu CT pagi ni, resipi dari Kak Wan@K1. Memang sedap lembut sangat. Kalau nak buat lagi CT akan doublekan sukatan tu. My laling CM dan anak-anak pun suka katanya sedap dan lembut jer. Sampai My laling CT ni mintak tambah lagi... hehehe. Terima kasih Kak Wan untuk resipi Kuih Kaswi ni. CT panjangkan resepi ni dalam senarai Dapur CT untuk rujukan semua. Kita terus pada resipi di bawah ya. Daaa.....
Kuih Kaswi
Resipi : Kak Wan - Citarasawan
Sumber : Che CT
Bahan-bahan (A) :
1 1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
2 helai daun pandan, disimpul
(jadikan 2 cawan air gula)
Bahan-bahan (B) :
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
3 cawan air
2 sudu besar air kapur
Bahan-bahan (C) :
Kelapa parut yang dikukus sebentar dan dicampur sedikit garam
Cara-cara :
1. Satukan bahan A, masak di atas api sederhana hingga larut. Sejukkan.
2. Sebatikan bahan B, kacau rata dengan whisk.3. Satukan bahan B dan bahan A, kacau rata dan tapis. Tuangkan ke dalam loyang (9") yang telah di sapukan dengan sedikit minyak. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 1/2 jam. Biarkan sejuk baru dipotong dan di hidang bersama kelapa parut. (jika buat dalam acuan lompang kukus selama 20 minit saja).
CT..CT akak datang..hei macam mana CT tahu akak berhajat kuih kaswi ni...semalam seli gula merah nak buat kuih nilah sabtu ni..alih...alih dah ada...akak ambik CT punya dululah ya
ReplyDeleteSalam kak Ct...
ReplyDeleteHrtu kawan Lin ada bg kuih kaswi nie, tp rasanya berbeza dr yg biasa Lin makan termasuk mak lin buat, so tanya kawan lin, dia kata dia letak kicap...pelik bebeno bunyi, tp rasanya mmg lain, baik kenyal dia, color dia..
Lin ada mintak respi dgn dia, tp biasa la ada certain org ni jenis 'lokek' sampai la ni tak dpt lg..huhuhu
Kalau dpt leh kongsi idea bru dgn kak Ct..heheh *kaswi ni peberet Naz.. :)
Assalamualaikum Kak CT,
ReplyDeletemmng kegemaran kami sekeluarga juga kuih kaswi ni...mintak 5 ketoi kak...dah terliur sangat ni, nnti petang yatie bagi akak 10 ketoi pulak..adilkan..he3..
salam.. huh pagi2 lg buka blog tgk akak buat kuih kaswi...
ReplyDeletecantik n nmpk lembut je kuih kaswi. Blh la jue try hujung minggu ni..
Pagi CT..
ReplyDeleteWaaa... kuih kegemaran ita ada kat sini..
hihi ita tumpang makan sini ajelah CT
lama dah tak buat kuih kasui ni.. sebenarnya ini lah kuih yang pertama sekali ita belajar buat dari mak ita bila mula2 ita nak jinakkan diri ke dapur..
uik cam berjanji je. saya pun buat entry kuih kaswi jugak la kak ct. hehehe.. sok nak buat kuih kaswi kak wan ni pulak. tq kak
ReplyDeletesalam, baru balik dari rumah izah. sini pun kaswi jugak :-)
ReplyDeletekak ct, sedapnya ni pon kuih peberet kite..antara kuih yang selalu jugek di makan :)
ReplyDeletePaty's Kitchen - Cook with passion ~
ReplyDeleteSalam pagi kak Paty, tr kasih kak datang pagi2 bawak rezeki kat Dapur CT..hehehe.
silakan kak kita tukar2 resipi ni. nanti ct cuba juga merasa kaswi Kak Paty ya :)
dah lama tak mkn kuih kaswi ni...
ReplyDeleteSis-Lin ~
ReplyDeletewa'salam Lin, letak kicap ni tak semua yang letak lin. ikut masing2lah kan. lagi pun selera orang ni kan lain2. cuma setakat ni k.ct masih tak pernah letak lagi buat kaswi letak kicap masih tetap sedap. cuma letak sedikit air kapur jer. untuk jadikan ia gelap letak gula merah tu lebih sikit.
cubalah resipi ni dulu kalau dah buat nanti jangan lupa publis dan tag balik okey :)
Ct,
ReplyDeletehari tu akak buat kuih kaswi tapi pandan ajer,akak bantai letak tepung gandum,beras,ubi dan pulut,main agak2 ajer..walla mmg sedap..akak cadangkan ct cuba..tapi sukatan agak2 laa tpg gandum lebih,beras,ubi dan pulut tu sama rata sukatan..
Yatie ~
ReplyDeleteWa'salam Yatie, k.ct tahu Yatie kalau buat kaswi lagi sedapkan dah namanya ratu kuih dan kuih2 talam..hehehe. cakap kuih talam ni nanti nak selongkar dapur Yatie nak buat juga boleh ya :)
Okey2..petang nanti k.ct datang bawak piring kosong eh..hihi
Jujue Ahmad ~
ReplyDeleteWa'salam Jue..memang kejadian kuih kaswi kak wan ni sangat lembut tapi kuih macam inilah yang k.ct suka makan.
silakna buat, pasti ahli2 dirumah sukakan nya :)
Azlita Azizi ~
ReplyDeleteSalam pagi Ita, yehhh kita boleh jadi geng. Tapi kuih pertama ct belajar mula2 kek gula hangus. cuma lain nama, bentuk dah cuma sama keler gelap..hehehe. pasti seronok zaman tu ya Ita dapat buat kuih hasil tangan sendiri kan.
Itulah kuih2 ni kalau kita tak cuba dan belajar buat dari dulu pasti kita tak tahu nak membuatnya kan Ita :)
Izahdaut ~
ReplyDeleteJah..kita ada colling2kan subuh tadi nak letak entri kuih kaswi..hehehe. Ehh..memang berjanjikan kata letak semalam..hehehe.
Izah..k.ct pun itu hari nampak CT tayang kuih kaswi, tu yang terus nak buat. cari2 resipi nampak kak wan tayang juga terus jer mengodak kat dapur :)
Mala ~
ReplyDeleteWa'salam Mala, yalah k.ct dah janji dengan Izah pagi tadi, tu yang tukar2 menu ni..hihi
as-salam kak Ct
ReplyDeletesiapa yg tak suka mkn kuih kaswi..kuih ni kuih org dulu2..Ady pun suka mkn kuih ni..
Pagi kak CT. sama kak, Melly juga githu kalo ada kesempatan selain buat kerja rumah selalu nya Ol and fb sama teman2,apalagi kalo pagi 2 begini, anak anak ngga ada di rumah,sambil kemas rumah sambil sesekali tengok2 fb, kecuali kalo wifi ada masalah baru lah ngga Ol..hehe
ReplyDeleteMelly pun suka makan kuih kaswi,tapi belum pernah buat sendiri, nanti deh kapan kapan mau buat sendiri juga, sekarang ambil kuih kaswi akak dulu yah.. nyam nyam.. ;)
gula merah ganti dengan brown sugar bleh ke? mcm best pulak kuih ni..
ReplyDeletemummyseri ~
ReplyDeleteSalam pagi Seri...selalunya kuih2 macam ni ramai pengemarnya. cuma kalau rajin letak dalam acuan kecik. Tapi kalau malas letak jer dalam loyang kan :)
Hilmirda Daud ~
ReplyDeleteSalam pagi Ayu..sesekali kalau makan pasti sedap ni ayu, tak nak cuba buat hujung minggu nanti :)
KakAsma ~
ReplyDeleteSalam pagi Kak Asmah, kak letaklah resipi lain kali. boleh juga ct atau kawan2 yang lain nak cuba baut kuih kaswi pandan nanti. Apa pun terima kasih ya kak Asmah. nanti ct akan cuba juga pasti lagi harum bau pandan tu kan :)
Ady ~
ReplyDeleteWa'salam Ady..yalah siapa yang tak suka makan kuih ni mesti rugikan Ady. k.ct dari dulu sampai sekarang memang suka. sesekali tu kasi sejuk dalam peti ais baru makan..hihi
masak apa hari ni Ady :)
aiseh...janji ngan izah eh? kuih syahdu kite ni....
ReplyDeleteMelly Octaviana ~
ReplyDeletePagi Melly..ya betul tu. kalau tenet buat hal seua kerja tak menjadi. mahu termenung seharian rasa boring sangat2 kan.
Mari Melly kita bf sama yok!
nuwairani ismail ~
ReplyDeleteSalam pagi Nani, k.ct rasa kalau ganti tu boleh. Tapi tak akan dapat kaler yang gelap macam tu. Lagi pun tak pernah cuba guna brown sugar ni..kalau Nani nak cuba boleh juga kot tapi tak ada gerenti rasanya ya:)
Chah ~
ReplyDeleteSalam pagi Chah, begitulah..kitakan colling2 Jah subuh tadi nak tayang apa hari ni kat blog..hehehe.
Dah kebetulan bf kami ni sama Chah, cuma rasa jer lain2kan. Dah masak pun lain2 tangan :)
Kuih kegemaran mama noor ni baru buat mggu lepas..memang sedapkan..
ReplyDeletecantik je kaler kuih kaswi kak ct.. tun mmg suka mkn ni, letak kelapa byk2. sedap!
ReplyDeleteSelamat pagi Kak Ct..
ReplyDeletealamak..gue lewat sampai la...ada lg kuih kaswi tu..Rahel ada bawa bekas kecik..nak isi ngan kuih kaswi..
Kak Ct,gue belum pernah buat kuih kaswi,tapi my hubby memang suka kuih ni..
kak ct...
ReplyDeletemas klu kaswi...
memang suka sangatttt...
terliurnya tengok kaswi akak tu...
slm.. kak ct..
ReplyDeleteorg trg panggil ni kuih tepung kapur.. sedap tu..
Oh K.CT.. why lah u goda ku pagi pagi with this kuih.. mana nak cari ni
ReplyDeleteMemang lah this is my fav kuih.. lagi byk kelapa lagi ku suka.. jgn kerawet sudah hahaha
salam ct, rajinnya buat kueh, suka kueh kaswi ni, dan suka gak intai2 dapur ct tengok gmbr2 yg cntik2..
ReplyDeleteAslmkum Ct.kuih kasui....sedapnya dpt mkn 2-3 ketuii tu, antara kuih yg disukai tp asyik bertangguh nak buat..
ReplyDeletewaa..best² kueh kegemaran saya ni. Rindunya nak buat...wish list panjang sangat...bil tepon pun x sepanjang ni...que mengalahkan kerajinan...terliur²
ReplyDeleteIt's been a one time since I had these! Nampak sedan sekali! I'm following you on Google Connect now! Lin xx
ReplyDeleteouhh ,, saye na follow blog niyy tapyy kat mane follow die ekk ?
ReplyDeleteSalam Siti, Pak cik dan Mak Cik nak ucapkan berbanyak2 terima kasih di atas resepi kueh kasui yang Siti bagi ni. Siap boleh meniaga lagi kerana kawan2 order kueh kasui dalam mangkok....dia kata sedap. Pak cik dan Mak Cik berdoa agar Siti dikurniakan pahala kerana ilmu yg diberikan dengan ikhlas Ini. Sekian terima kasih.
ReplyDeleteAs-salam CT, saya nak ucapkan terima kasih di atas perkongsian resepi ni...saya dah cube resepi ni..alhamdulillah menjadi walaupun baru pertama kali buat..
ReplyDeleteHai kak CT,
ReplyDeletemintak share resepi kuih ni yerk.. teringin bebenor nak merasa !! nak mintak mama kita buatkan dia jauh, so ni kira nak belajar buat sendiri hasil tangan !! TQ kak CT..
Hmm dh lama nk bljr wat kuih tradisional cm ni.. tq share resepi
ReplyDeleteSblm ni mmg gna resepi ct ni..masa dlu2 niaga kuih,lama dh x buat...harini skodeng balik resepi ct ni hihihi
ReplyDelete