Thursday, February 16, 2012

Kuih Sagu (Kukus)



Assalamualaikum... Salam ceria, salam manis dan selamat pagi semuanya. Macam berada dalam suasana dikampung aje rasanya. Melihat gambar ni seakan kita berada dalam rumah usang yang dihuni 2 pasangan yang sudah lanjut usia jauh dalam satu perkampungan di perdalaman, yang terasa amat tenang dan damai. Dan bila CT menyelam lebih jauh semasa merakamkan gambar ini, terasa rindu yang teramat sangat dengan suasana kampung pada zaman CT anak-anak dulu. Masa CT ambil gambar ni, anak bujang CT Haqim pun ada bersama, katanya " Mama... macam duduk rumah kampung Atok aje..." hehehe.



Sekarang dah susah nak jumpa rumah lama-lama macam ni, dengan dinding dan lantai berlapikkan papan. Tapi rumah CT dikampung masih juga lagi berdinding dan berlantaikan papan dan kekal macam dulu, hanya atap dan tangganya aje yang diubah. Bila berjalan atas lantai boleh kedengaran bunyi yang berkeriuk seakan meminta belas kerana usia kayunya yang sudah agak lama. Dan terbaru yang CT dengar, usia perkampungan tu pun dah tak lama lagi sebab keseluruhan perkampungan tu akan diambil dan dibangunkan semula oleh kerajaan negeri dalam sedikit masa lagi.



Berbalik pada resipi kali ini, kuih sagu biji atau ada yang panggil kuih Bronok, kuih yang paling senang dan mudah nak membuatnya. Tak perlu mengambil masa yang lama untuk membuatnya. Kuih tradisional lama ni bila kita lihat terlalu mudah dan amat simple nak membuatnya tetapi tetap sedap tak memerlukan bahan yang banyak berbanding kuih-kuih melayu alaf baru. Walaupun mudah, namun semuanya terpulang juga pada kita rajin dengan tidak aje nak membuatnya betul tak. Kiranya kuih sagu ni dah banyak kali CT buat, berulang-ulang jugalah yang dibuat sarapan atau minum petang. Dan CT juga suka buat kuih untuk sarapan yang mudah dan ringkas nak buat. Resipinya pun kadang-kadang CT tak sukat, main curah aje dalam periuk, kacau-kacau dan kukus. Tapi untuk manfaat semua, CT panjangkan resipi yang selalu CT buat dari Mama Kastam ni untuk rujukan teman-teman yang mungkin ingin mencuba dan juga untuk rujukan anak-anak CT dikemudian hari.





Dalam blog masakan Dari Dapur CT ini sajalah yang dapat CT perturunkan resepi yang mungkin berguna pada anak cucu CT di kemudian hari nanti... Insya'Allah. Okeylah tak nak membebel lebih jauh, kita terus pada resipi dan layanlah sedikit sentuhan gambar-gambar penggayaan makanan terbaru dari Dapur CT. CT beri sedikit perubahan supaya teman-teman yang masuk Blog Dapur CT tak jemu memandang disamping dapat juga CT kongsikan bersama idea-idea yang baru. Sampai jumpa lagi. Daaa...

Kuih Sagu (kukus)

Sumber Asal : Mama Kastam MyR
Resepi di olah : Che CT


Bahan-bahan:
1 gelas sagu biji kecil
3 gelas air
3/4 gelas gula pasir
Sedikit pewarna merah
1/2 biji kelapa parut putih sahaja
1 sudu kecil garam
1 sudu teh esen rose

Cara-cara:
1. Didihkan air dalam periuk kukus. Balut tutup pengukus dengan tuala bersih.
2. Dalam periuk yang lain, jerangkan air yang dicampur pewarna merah sehingga mendidih.
3. Kemudian masukkan sagu biji dan kacau rata.
4. Selepas itu, masukkan pula gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukkan kedalam loyang 8 1/2 " x 8 1/2 " x 1 "
5. Kukus adunan tersebut kedalam periuk kukusan selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam periuk tetapi apabila di kukus, hasilnya lebih cantik sebab sagunya akan nampak berbiji-biji dan lebih enak lagi rasanya.
6. Apabila sudah masak, sejukkan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa, siap.
(CT masukkan dalam acuan kecil-kecil supaya senang dihidang, tak perlu dipotong-potong).




21 comments:

  1. Salam CT,

    terasa lapo lak pepagi ni bila nampak kuih sagu pebret nih!

    ReplyDelete
  2. suka tgk gambo ni kak CT, mcm suasana kt kg2 gitu, di sebuah pondok usang..

    ReplyDelete
  3. Salam CT..

    menarik persembahan kali ni..
    Penuh cerita suka dan duka yang terasa ingin dikongsikan bersama..

    Rumah lama kini semakin pupus kan..
    Ita mmg suka sangat rumah atuk ita di kampung dulu..
    Kalau hujan pasti terdengan jelas dari atap rumah rumah
    Rumah berlantaikan papan yang tak boleh kalau kita nak berlari anak dlm rumah.. pasti bising atuk ita takut rumahnya roboh.. hihi

    Kini semua hanya tinggal kenangan.. seumpama kenangan ita bersama arwah atuk..

    ReplyDelete
  4. Salam kak CT!!!! nak nak nak!!!! suke betul dgn kuih sagu ni! baru beli kelapa kering, sob sob kelapa parut kering tauuu huhu.... Lama tak buat, rasanyer buat masa puasa tahun lepas hihihi...

    ReplyDelete
  5. Good Morning CT...akak datang bawa Roti Tampal untuk CT...buat tambahan breakfast..tukar ya...dengan kuih favourite akak nie.

    ReplyDelete
  6. Slmt pagi Khamis CT... gee dtg nk tumpang sarapan kuih bronok ni... nk rasai suasana kampong...
    waaa makin hebat props skrg...

    ReplyDelete
  7. Pagi Kak CT.. damai nya terasa suasana pemotretan nya,boleh relaks sambail makan kuih sagu nya apalagi di makan dengan orang orang tercinta yah.. hehe

    Melly selalu admire hasil pemotretan kak ct.. keren.. ;)

    ReplyDelete
  8. akakkkk..mas baru jerk terasa nak makan kuih sagu ni..
    sedappppnya....
    kuih peberet mas ni....
    sukaaaa sangattttttt

    ReplyDelete
  9. salam kak CT - suka sgt kuih sagu ni ...

    ReplyDelete
  10. salam Ct...pagi2 singgah sarapan kuih sagu..hehe..kuih yg senang nk buat dan sedap kan...

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum akak ct cayang...
    kuih sagu nie nampak menarik.. dulu diana x reti nak makan kuih sagu... tp sejak berblog nie timbul pula minat makan kuih nie.. skg dah pandai dah makan.. ehhehee... cuma x reti lg buat sndiri.. nak makan beli jer.. :)

    ReplyDelete
  12. salam ct...
    sedap juga kuih ni.kakna tak penah buat pun.nampak mudah.
    suka makan tu pun kalau jiran bagi atau majlis kenduri.

    ReplyDelete
  13. CT sayang...pepagi dah tayang kuih nostalgia akak masa kekecik ni....skrg ni hubby je yang suka kuih ni..kenyal2 lembut gitu...bila golek2 ngan kelapa...emmm...memang sedap...

    ReplyDelete
  14. rumah kampong berlantaikan papan.. kalau tak hati2 boleh terkena selumbar di kaki... masih teringat2 kenangan masa kecik2 dulu... waktu tu mmg susah & rumah papan pun dibuat dari papan yg kurang kualitinya.... skrg ni semua dah berubah.. tp rumah mertua MaDiHaA masih ada bahagian rumah yg berkayu.. cuma bahagian dapur je dah bersimen..

    kuih sagu tu pun nostalgia juga... sedap dimakan bila2 masa ni..

    ReplyDelete
  15. Selamat pagi Kak Ct,Rahel suka sangat mkn kuih sagu kukus ni,tp tak pernah buat lg,slalu beli je kat bazar..cantek pic tu kak.

    ReplyDelete
  16. akakkk.. cantiknya ... spechless la tengok gmbar akak ni. sangat suke.. memang megimbau kenangan la gambar mcm ni

    ReplyDelete
  17. suka tgk gmbr 2 tu semua...nmpk suasan kampung...dgn prop2 tu...

    dlu xsuka kuih ni...tp bile dh tgk kejadian kuih ni yg sggh meyelerakan...teringin la pula utk merasa n mbuatnya...

    insyaAllah...lps ni bleh la nk buat sdri...nmpk sdp

    ReplyDelete
  18. Salam CT, terkupas kembali kenangan silam ... kampong halaman bersama Moyang .. keadaan suasana yang CT gambarkan itu, berkuih sagu kukus berpinggan porcelain bungaan sayur kangkung berlatarbelakangkan sehelai kain pelikat dan sebagainya dengan cahaya diawal subuh yang samar-samar redup jadi terus sayu serasa perasaan ...

    Gimana pun, elok sangat gambaran ini diperagakan demi khazanah budaya ciri-ciri budaya kehidupan melayu yang unggul lagi sejati.

    Adore dengan pinggan hidangan cara-lama juga kuih sagu kukus berwarna merah yang menambat selera, terindu kampong halaman!

    Salam manis manis madu.

    ReplyDelete
  19. Selalu jumpa kuih ni di majlis kenduri-kendara di kampung, tapi lama dulu.... sekarang ni, macam jarang sangat kuih ni dihidangkan.

    ReplyDelete
  20. yummy + lak pic yg di ambik tol2 kreatif :).izinkan sy share this resepi ek :)

    ReplyDelete
  21. izinkan akak share resepi ni..boleh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...