Thursday, February 2, 2012

Kuih Kaswi




Assalamualaikum... salam mesra dan salam ceria buat teman-teman CT yang masih sudi meluangkan masa singgah ke Dapur CT. Sememangnya CT hargai setiap yang sudi singgah kesini. CT akan balas kunjungan teman-teman juga disetiap kesempatan yang terluang. Tak kiralah di waktu pagi, petang atau pun malam. Ada kalanya waktu subuh lepas solat tu dapatlah On9 sekejap sebelum memulakan tugas harian jadi CT ambik kesempatan membalas kunjungan. Walaupun tak dapat nak blogwalking sana sini berterusan, CT akan cuba bila ada kesempatan disetiap waktu senggang. Begitulah rutin harian CT yang sentiasa padat dengan urusan rumahtangga. Namun, asal saja ada kesempatan CT akan balas komen-komen yang diterima dan jika tak sempat CT akan buat kunjung balas jer. Adakalanya tenet kat rumah ni bermasaalah sket terutamanya waktu malam... asik disconnect memanjang, dan bila jadi macam tu mood nak bertenet pun merudum... hehehe.




Berbalik pada menu CT pagi ni, resipi dari Kak Wan@K1. Memang sedap lembut sangat. Kalau nak buat lagi CT akan doublekan sukatan tu. My laling CM dan anak-anak pun suka katanya sedap dan lembut jer. Sampai My laling CT ni mintak tambah lagi... hehehe. Terima kasih Kak Wan untuk resipi Kuih Kaswi ni. CT panjangkan resepi ni dalam senarai Dapur CT untuk rujukan semua. Kita terus pada resipi di bawah ya. Daaa.....

Kuih Kaswi

Resipi : Kak Wan - Citarasawan
Sumber : Che CT


Bahan-bahan (A) :
1 1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
2 helai daun pandan, disimpul
(jadikan 2 cawan air gula)

Bahan-bahan (B) :
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
3 cawan air
2 sudu besar air kapur

Bahan-bahan (C) :
Kelapa parut yang dikukus sebentar dan dicampur sedikit garam


Cara-cara :
1. Satukan bahan A, masak di atas api sederhana hingga larut. Sejukkan.
2. Sebatikan bahan B, kacau rata dengan whisk.
3. Satukan bahan B dan bahan A, kacau rata dan tapis. Tuangkan ke dalam loyang (9") yang telah di sapukan dengan sedikit minyak. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 1/2 jam. Biarkan sejuk baru dipotong dan di hidang bersama kelapa parut. (jika buat dalam acuan lompang kukus selama 20 minit saja).





44 comments:

  1. CT..CT akak datang..hei macam mana CT tahu akak berhajat kuih kaswi ni...semalam seli gula merah nak buat kuih nilah sabtu ni..alih...alih dah ada...akak ambik CT punya dululah ya

    ReplyDelete
  2. Salam kak Ct...

    Hrtu kawan Lin ada bg kuih kaswi nie, tp rasanya berbeza dr yg biasa Lin makan termasuk mak lin buat, so tanya kawan lin, dia kata dia letak kicap...pelik bebeno bunyi, tp rasanya mmg lain, baik kenyal dia, color dia..

    Lin ada mintak respi dgn dia, tp biasa la ada certain org ni jenis 'lokek' sampai la ni tak dpt lg..huhuhu

    Kalau dpt leh kongsi idea bru dgn kak Ct..heheh *kaswi ni peberet Naz.. :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Kak CT,
    mmng kegemaran kami sekeluarga juga kuih kaswi ni...mintak 5 ketoi kak...dah terliur sangat ni, nnti petang yatie bagi akak 10 ketoi pulak..adilkan..he3..

    ReplyDelete
  4. salam.. huh pagi2 lg buka blog tgk akak buat kuih kaswi...
    cantik n nmpk lembut je kuih kaswi. Blh la jue try hujung minggu ni..

    ReplyDelete
  5. Pagi CT..
    Waaa... kuih kegemaran ita ada kat sini..
    hihi ita tumpang makan sini ajelah CT
    lama dah tak buat kuih kasui ni.. sebenarnya ini lah kuih yang pertama sekali ita belajar buat dari mak ita bila mula2 ita nak jinakkan diri ke dapur..

    ReplyDelete
  6. uik cam berjanji je. saya pun buat entry kuih kaswi jugak la kak ct. hehehe.. sok nak buat kuih kaswi kak wan ni pulak. tq kak

    ReplyDelete
  7. salam, baru balik dari rumah izah. sini pun kaswi jugak :-)

    ReplyDelete
  8. kak ct, sedapnya ni pon kuih peberet kite..antara kuih yang selalu jugek di makan :)

    ReplyDelete
  9. Paty's Kitchen - Cook with passion ~

    Salam pagi kak Paty, tr kasih kak datang pagi2 bawak rezeki kat Dapur CT..hehehe.

    silakan kak kita tukar2 resipi ni. nanti ct cuba juga merasa kaswi Kak Paty ya :)

    ReplyDelete
  10. Sis-Lin ~

    wa'salam Lin, letak kicap ni tak semua yang letak lin. ikut masing2lah kan. lagi pun selera orang ni kan lain2. cuma setakat ni k.ct masih tak pernah letak lagi buat kaswi letak kicap masih tetap sedap. cuma letak sedikit air kapur jer. untuk jadikan ia gelap letak gula merah tu lebih sikit.

    cubalah resipi ni dulu kalau dah buat nanti jangan lupa publis dan tag balik okey :)

    ReplyDelete
  11. Ct,
    hari tu akak buat kuih kaswi tapi pandan ajer,akak bantai letak tepung gandum,beras,ubi dan pulut,main agak2 ajer..walla mmg sedap..akak cadangkan ct cuba..tapi sukatan agak2 laa tpg gandum lebih,beras,ubi dan pulut tu sama rata sukatan..

    ReplyDelete
  12. Yatie ~

    Wa'salam Yatie, k.ct tahu Yatie kalau buat kaswi lagi sedapkan dah namanya ratu kuih dan kuih2 talam..hehehe. cakap kuih talam ni nanti nak selongkar dapur Yatie nak buat juga boleh ya :)

    Okey2..petang nanti k.ct datang bawak piring kosong eh..hihi

    ReplyDelete
  13. Jujue Ahmad ~

    Wa'salam Jue..memang kejadian kuih kaswi kak wan ni sangat lembut tapi kuih macam inilah yang k.ct suka makan.

    silakna buat, pasti ahli2 dirumah sukakan nya :)

    ReplyDelete
  14. Azlita Azizi ~

    Salam pagi Ita, yehhh kita boleh jadi geng. Tapi kuih pertama ct belajar mula2 kek gula hangus. cuma lain nama, bentuk dah cuma sama keler gelap..hehehe. pasti seronok zaman tu ya Ita dapat buat kuih hasil tangan sendiri kan.

    Itulah kuih2 ni kalau kita tak cuba dan belajar buat dari dulu pasti kita tak tahu nak membuatnya kan Ita :)

    ReplyDelete
  15. Izahdaut ~

    Jah..kita ada colling2kan subuh tadi nak letak entri kuih kaswi..hehehe. Ehh..memang berjanjikan kata letak semalam..hehehe.

    Izah..k.ct pun itu hari nampak CT tayang kuih kaswi, tu yang terus nak buat. cari2 resipi nampak kak wan tayang juga terus jer mengodak kat dapur :)

    ReplyDelete
  16. Mala ~

    Wa'salam Mala, yalah k.ct dah janji dengan Izah pagi tadi, tu yang tukar2 menu ni..hihi

    ReplyDelete
  17. as-salam kak Ct
    siapa yg tak suka mkn kuih kaswi..kuih ni kuih org dulu2..Ady pun suka mkn kuih ni..

    ReplyDelete
  18. Pagi kak CT. sama kak, Melly juga githu kalo ada kesempatan selain buat kerja rumah selalu nya Ol and fb sama teman2,apalagi kalo pagi 2 begini, anak anak ngga ada di rumah,sambil kemas rumah sambil sesekali tengok2 fb, kecuali kalo wifi ada masalah baru lah ngga Ol..hehe

    Melly pun suka makan kuih kaswi,tapi belum pernah buat sendiri, nanti deh kapan kapan mau buat sendiri juga, sekarang ambil kuih kaswi akak dulu yah.. nyam nyam.. ;)

    ReplyDelete
  19. gula merah ganti dengan brown sugar bleh ke? mcm best pulak kuih ni..

    ReplyDelete
  20. mummyseri ~

    Salam pagi Seri...selalunya kuih2 macam ni ramai pengemarnya. cuma kalau rajin letak dalam acuan kecik. Tapi kalau malas letak jer dalam loyang kan :)

    ReplyDelete
  21. Hilmirda Daud ~

    Salam pagi Ayu..sesekali kalau makan pasti sedap ni ayu, tak nak cuba buat hujung minggu nanti :)

    ReplyDelete
  22. KakAsma ~

    Salam pagi Kak Asmah, kak letaklah resipi lain kali. boleh juga ct atau kawan2 yang lain nak cuba baut kuih kaswi pandan nanti. Apa pun terima kasih ya kak Asmah. nanti ct akan cuba juga pasti lagi harum bau pandan tu kan :)

    ReplyDelete
  23. Ady ~

    Wa'salam Ady..yalah siapa yang tak suka makan kuih ni mesti rugikan Ady. k.ct dari dulu sampai sekarang memang suka. sesekali tu kasi sejuk dalam peti ais baru makan..hihi

    masak apa hari ni Ady :)

    ReplyDelete
  24. aiseh...janji ngan izah eh? kuih syahdu kite ni....

    ReplyDelete
  25. Melly Octaviana ~

    Pagi Melly..ya betul tu. kalau tenet buat hal seua kerja tak menjadi. mahu termenung seharian rasa boring sangat2 kan.

    Mari Melly kita bf sama yok!

    ReplyDelete
  26. nuwairani ismail ~

    Salam pagi Nani, k.ct rasa kalau ganti tu boleh. Tapi tak akan dapat kaler yang gelap macam tu. Lagi pun tak pernah cuba guna brown sugar ni..kalau Nani nak cuba boleh juga kot tapi tak ada gerenti rasanya ya:)

    ReplyDelete
  27. Chah ~

    Salam pagi Chah, begitulah..kitakan colling2 Jah subuh tadi nak tayang apa hari ni kat blog..hehehe.

    Dah kebetulan bf kami ni sama Chah, cuma rasa jer lain2kan. Dah masak pun lain2 tangan :)

    ReplyDelete
  28. Kuih kegemaran mama noor ni baru buat mggu lepas..memang sedapkan..

    ReplyDelete
  29. cantik je kaler kuih kaswi kak ct.. tun mmg suka mkn ni, letak kelapa byk2. sedap!

    ReplyDelete
  30. Selamat pagi Kak Ct..
    alamak..gue lewat sampai la...ada lg kuih kaswi tu..Rahel ada bawa bekas kecik..nak isi ngan kuih kaswi..

    Kak Ct,gue belum pernah buat kuih kaswi,tapi my hubby memang suka kuih ni..

    ReplyDelete
  31. kak ct...
    mas klu kaswi...
    memang suka sangatttt...
    terliurnya tengok kaswi akak tu...

    ReplyDelete
  32. slm.. kak ct..

    org trg panggil ni kuih tepung kapur.. sedap tu..

    ReplyDelete
  33. Oh K.CT.. why lah u goda ku pagi pagi with this kuih.. mana nak cari ni

    Memang lah this is my fav kuih.. lagi byk kelapa lagi ku suka.. jgn kerawet sudah hahaha

    ReplyDelete
  34. salam ct, rajinnya buat kueh, suka kueh kaswi ni, dan suka gak intai2 dapur ct tengok gmbr2 yg cntik2..

    ReplyDelete
  35. Aslmkum Ct.kuih kasui....sedapnya dpt mkn 2-3 ketuii tu, antara kuih yg disukai tp asyik bertangguh nak buat..

    ReplyDelete
  36. waa..best² kueh kegemaran saya ni. Rindunya nak buat...wish list panjang sangat...bil tepon pun x sepanjang ni...que mengalahkan kerajinan...terliur²

    ReplyDelete
  37. It's been a one time since I had these! Nampak sedan sekali! I'm following you on Google Connect now! Lin xx

    ReplyDelete
  38. ouhh ,, saye na follow blog niyy tapyy kat mane follow die ekk ?

    ReplyDelete
  39. Salam Siti, Pak cik dan Mak Cik nak ucapkan berbanyak2 terima kasih di atas resepi kueh kasui yang Siti bagi ni. Siap boleh meniaga lagi kerana kawan2 order kueh kasui dalam mangkok....dia kata sedap. Pak cik dan Mak Cik berdoa agar Siti dikurniakan pahala kerana ilmu yg diberikan dengan ikhlas Ini. Sekian terima kasih.

    ReplyDelete
  40. As-salam CT, saya nak ucapkan terima kasih di atas perkongsian resepi ni...saya dah cube resepi ni..alhamdulillah menjadi walaupun baru pertama kali buat..

    ReplyDelete
  41. Hai kak CT,
    mintak share resepi kuih ni yerk.. teringin bebenor nak merasa !! nak mintak mama kita buatkan dia jauh, so ni kira nak belajar buat sendiri hasil tangan !! TQ kak CT..

    ReplyDelete
  42. Hmm dh lama nk bljr wat kuih tradisional cm ni.. tq share resepi

    ReplyDelete
  43. Sblm ni mmg gna resepi ct ni..masa dlu2 niaga kuih,lama dh x buat...harini skodeng balik resepi ct ni hihihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...