
Assalamualaikum... Salam ceria dan selamat pagi untuk semua. Sebenarnya CT masih lagi dalam mood bercuti. Tapi itulah, walaupun mood bercuti tapi masih lagi menggodek didapur... hehehe. Tapi bila hari cuti macam ni, tak perlu terkejar-kejar untuk buat kerja rumahkan. Sarapan pun lambat sikit dari biasa. Sebab hari-hari biasa tu bila anak-anak nak ke sekolah dan My laling CM nak pergi kerja kena bangun dan bersiap awal untuk siapkan sarapan segala. Bila cuti inilah seronoknya, semua tugasan dan kerja rumah tak perlu kelam kabut kan.

Berbalik pada resipi kali ini, Biskut Chocolate Chip Famous Amos CT ambil dari Blog Nad'z Cute Oven. Memang sedap sangat-sangat tak tipu punya, sampai aroma biskut ni masa CT bakar mahu menusuk ke lubang hidung jiran-jiran berdekatan. Sampai jiran belakang rumah CT ingat jiran CT yang seorang lagi yang berbangsa India tu yang buat, sebab esok raya Taipusam dorang kan. Jadi dia ingat jiran India tu buat kuih raya. CT dok dengar dan senyum kambing je lah mendengar perbualan dorang bila jiran India tu jawab, "eh taklah saya tak buat kuih raya" hehehe. Alahai... segan betul kalau macam ni kan. Kita buat sesuatu yang baunya sedap bila jiran-jiran terbau serba salah dibuatnya. Nak dihulur kena buat satu pusingan U baru sampai rumah dia... hehehe.

Cerita tergerak nak buat biskut ni bermula bila CT pegi jalan-jalan dengan anak-anak dan My laling CM ke Sungei Wang Plaza hari kelmarin. Kat tingkat 3 Sungei Wang tu ada outlet Famous Amos jadi bila lalu situ je anak2 CT tak boleh tahan dengan aroma bau biskut coklat ni. My laling dan anak2 suruh CT beli, tapi CT kata tak apalah, esok Mama buatkan banyak-banyak lagi sedap dan puas makan. Dan dengan kerajinan melanda, CT kotakan apa yang CT janjikan. Pagi-pagi lagi dah menggodek adunan biskut ni. Boleh tahan banyak juga dapat, tapi CT buat besar-besar sikit. Puas makan hehehe. Jika ada yang nak mencuba, silakan ye. Dan terima kasih pada Nad'z sebab berkongsi resipi Biskut Chocolate Chip ni ya. Daaa....
Biskut Coklat Chip Famous Amos (Home Made)
Sumber : Nad'z Cute Oven
Di Olah : Che Ct
Bahan diayak :
2 1/4 cawan tepung gandum
3 sudu kecil serbuk koko
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil soda bikarbonate
2 sudu besar susu tepung
Secubit garam
Bahan-bahan lain :
250 gm mentega - suhu bilik
150 gm gula kastor
1/2 sudu kecil asen vanilla
1 biji kuning telur
1 cawan coklat chip - boleh tambah atau kurangkan mengikut citarasa
100 gm sebarang kekacang - Optional50 gm kismis hitam - dibelah dua

Cara membuatnya :
1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.3. Masukkan bahan-bahan yang diayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar yang diglis mentega atau dialas dengan kertas minyak.
6. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar.
7. PERHATIAN : Jarakkan adunan ini anggaran 1 inci sebab bila proses pembakaran adunan akan mengembang dan leper.
8. Bakar pada suhu 160'C selama 15-25 minit. Bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda menggunakan api atas dan bawah.
9. Sejukkan dahulu biskut dalam tray dalam 5 minit baru dipindah atas redai dan biar sejuk sepenuhnya sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.






























































