Friday, April 3, 2009

Image Hosted by FileHive.com Muffin Pandan



Muffin pandan ni request dari anak dara aku yang nak ke sekolah petang semalam. Dia ada kem PRS kat sekolah katanya. Saja nak bawak bekal untuk makan malam nanti. Lagi pun dia tak balik rumah.. tido kat sekolah. Kesian pulak kat dia, takut lapar pulak time malam2 nanti. Muffin pandan ni amik dari blog RinnChan yang rajin tu hehehe. Memang sedap muffin pandan ni, cuba lah ya :-)


Muffin Pandan
Resepi dari RinnChan

Bahan-Bahan:
200gm tepung gandum
1 1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikabonat
1/2 tsp garam halus
120gm gula castor
200ml santan kelapa (dalam kotak)
100ml minyak jagung
2 biji telur
*1 tsp pandan paste (boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau)
*1/2 tsp pandan essence
Bahan topping ikut selera - Almond slices, kismis, ceri ets

Nota:
*Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan diatas dan tapis.


Cara-cara:
1. Panaskan oven pada suhu 190C. Sediakan loyang muffin dan paperliners.
2. Ayak tepung, baking powder, soda bikarbonat dan garam halus. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker.
3. Campurkan kesemua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy).
4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya.
5. Bakar selama 20 minit.


Image Hosted by FileHive.com Udang Wangi



Tak tau nak cakap apa lah, sebab mood belum datang. Kita layan jer resepi udang wangi dari RinnChan yg aku masak hari ini, sumber dari buku masakan tradisi Halimah Shuib. Jom layannnn

Udang Wangi
Resepi dari RinnChan

Bahan-bahan:
300gm udang basah saiz sederhana/besar (dibersihkan dan dibelah belakang)
Segenggam udang kering (direndam dan ditumbuk halus)
3 sudu besar cili kisar
3 tangkai cili api (dicincang halus)
3 tangkai daun kari
5 ulas bawang putih (dicincang halus)
1/4 cawan air
Minyak masak utk menumis
Beberapa titis minyak bijan
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bawang putih bersama daun kari.
2. Masukkan udang kering, cili kisar dan cili padi.
3. Tuangkan air dan kacau. Biar medidih.
4. Masukkan udang dan minyak bijan. Kacau rata. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Angkat dan hidang.

Wednesday, April 1, 2009

Kuih Gendang Kasturi @ Kuih Rengas



Kali ni kita layan kuih tradisional pulak yer sebab tekak ni teringin sangat nak makan kuih gendang kasturi ni. Lepas balik dari kedai pagi tadi, terus jer rendam kacang hijau sebab nak rebus kacang hijau ni bukan sekejap tau... kena tunggu lama untuk kacang ni empuk hehehe. (Tapi tunggu depan TV jerlah, bukan tunggu depan periuk tu, hehe). Rasanya lama sangat dah tak buat kuih gendang kasturi ni. Dan aku kalau buat kuih ni suka buat kecik2 jer, nampak comel jer kan, nak masuk dalam mulut pun senang jer hehehe. Meh kita layan resepi kuih gendang kasturi ni ya :-)


Kuih Gendang Kasturi @ Kuih Rengas
Resepi Original CT

Bahan utk Inti:
1 1/2 cawan kacang hijau (rendam beberapa jam sebelum direbus)
1/3 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah
1/2 biji kelapa parut muda (ambil yg putih saje)
Air secukupnya untuk merebus


Bahan utk Tepung Salutan:
1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil kunyit serbuk
1/2 sudu kecil air kapur
air secukupnya
sedikit garam
Minyak untuk mengoreng


Cara-cara:
1. Untuk membuat intinya, rebus kacang hijau sehingga pecah/lembut dan kering airnya (jgn sampai hangus ya).
2. Campurkan kacang hijau tadi bersama kelapa parut, gula pasir dan gula merah. Gaul hingga rata dan sejukkan.
3. Ambil adunan inti tersebut sedikit dan bentukkan bulat dan leperkan sedikit. Buat sampai habis.
4. Bancuh adunan tepung utk disalut kepada adunan inti tersebut.
5. Panaskan minyak, celupkan adunan inti kedalam adunan tepung tadi dan goreng lah seperti biasa hingga keperangan. Angkat dan tos kan atas paper towel.
6. Hidang untuk minum petang atau pun sarapan pagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...