Thursday, January 12, 2012

Mee Goreng Basah




Assalamualaikum... Salam ceria dan selamat pagi. Pagi ni kita layan menu Mee Goreng jer lah ye. Dah berapa hari dok belang2 warna warni, hari ni tayang yang goreng2 pulak... hehehe. Dah habis pun ni, cuma kasi jamu mata jer hari ni dengan menu mee goreng. CT kalau buat mee goreng, CT lebih gemar kalau yang basah2 sedikit berbanding yang kering. Anak2 pun lebih gemar makan mee goreng yang macam ni juga. Selalunya CT akan masak hidangan mee bila dah terasa lama tak makan dan tekak ni macam rasa teringin. Kemudian barulah tanya kat anak2 nak makan ker tidak. Kalau semua kata nak, barulah CT mulakan operasi. Bila dah siap masak terus mengadap ramai-ramai masa tengah panas2, terasa meriah suasana. Dan masakan yang simple akan lebih sedap pulak... hehehe.




Resipi ni CT pernah publish juga rasanya sebelum ni tapi setiap kali buat bahan-bahannya berubahlah sikit2. Biasalah kalau dah nak hujung2 minggu ni ada bahan2 yang kita nak pakai dah nak habis. Nak ke kedai rasa malaslah pulak. Jadi masaklah dengan bahan2 yang ada dalam peti ais. Sebab menu simple, kita celoteh pun simple jugalah jadinya... hehehe. Apa kata kita terus pada resipilah ya, mee goreng ni pun simple jer nak buat. Main masak campak2 je tapi anak2 kata sedap... layan aje lah ye hehehe.


Mee Goreng Basah
Resipi : Che CT

Bahan-bahan:
Sepeket mee kuning - cuci dan toskan
Sebungkus fishball - belah dua - goreng sekejap dan toskan
1 bungkus fishcake - dihiris kecil
1 keping tauhu - dadu kecil - goreng dan toskan
sayur sawi - potong2 cuci dan toskan
4 biji buah tomato - potong 4
1 camca besar penuh cili kisar
2 camca besar sos cili
1 camca besar sos tiram
1 camca besar kicap pekat
3 biji bawang merah *
2 ulas bawang putih*
2 sudu besar udang kering - rendam sekejap *
Secubit gula
1 kiub ayam "Maggi"
Hirisan daun sup, untuk hiasan
Hirisan cili merah, untuk hiasan

(* blend halus)

Cara-cara :
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah sos tiram, sos cili dan kicap pekat, kacau rata, tuang air, kacau rata.
2. Tambah fish cake, gula, tauhu, fiss ball dan kiub ayam, kacau rata. Tambah mi kuning dan gaul rata. Tambah kicap secukup rasa rasa. Kalau ingin mi kelihatan basah, tambah lagi sedikit air.
3. Akhir sekali masukkan sayur sawi dan buah tomato. Gaul rata masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup dan cili merah sebelum dihidangkan.




Wednesday, January 11, 2012

Apam Beras Marble




Assalamualaikum. Salam sayang buat semua teman2 dan semua pengunjung Dapur CT yang tersayang. CT harap semoga kita semua sihat sejahtera dan semoga hari ni berlalu dengan baik ye. Untuk CT pulak, CT agak sibuk pagi ni jadi tanpa berceloteh panjang, CT terus aje ke resepi CT pagi ni iaitu Apam Beras yang dah pernah CT buat sebelum-sebelum ni tapi kali ni CT marblekan apam ni. Nampak cantik dan berselera pulak bila nampak apam ni berkalerful macam ni hehe. Okey, sampai jumpa lagi nanti.. daaa..


Apam Beras Marble
Resipi asal: Azita Kitchen
Di olah : Che CT


Bahan-bahan :
2 cawan nasi
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 cawan brown sugar *
3/4 cwn gula pasir *
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil yis (mauripan)
Pewarna yang digemari
Kelapa parut (digaul dengan sedikit garam jika suka)

* boleh juga diganti dengan kedua2nya gula pasir



Cara-cara :
1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus).
2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3. Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis.
4. Selepas itu, masukkan bahan cecair tadi ke dalam bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
5. Perap selama 3 jam.
6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
8. Kaut sedikit adunan ke dalam mangkuk kecil. Masukkan beberapa titik pewarna yang digemari dan kacau rata2.
9. Masukkan adunan dalam paiping beg dan gunting sedikit hujungnya. Dan picit adunan kedalam acuan kecil dan silang2kan bentuk marble dan kukus selama 15 -20 minit..
10. Hidang bersama kelapa yang telah di gaul dengan sedikit garam.. atau enak dimakan begitu saja.





Tuesday, January 10, 2012

Cheese Muffin




Assalamualaikum... Salam ceria dan salam sayang buat semua pengunjung setia Dapur CT. Hari ini CT nak share satu resipi hasil google di internet. Resipi Cheese Muffin dari Sexy Chef yang resipinya dalam bahasa Indonesia dan CT alih bahasanya ke bahasa Malaysia kita. Bahasa Indonesia ni walaupun ada perkataannya yang sedikit berbeza dari bahasa kita tapi jika dibaca 2-3 kali boleh diteka apa perkataan seertinya dalam bahasa Malaysia. Cuma kadang2 tu bila betul2 tak tahu, CT akan search kat Google Translate lah.... hehehe.

Resipi kali ini ialah Cheese Muffin yan CT suka sangat sebab lembut didalam nya. Masa bakar pun harum bau cheese tu semerbak satu rumah... wangiiii... Separuh lagi CT taburkan choc chip diatasnya tembah sedap gabungan cheese didalam chocolate diluar. Acuan yang CT gunakan pula adalah pemberian seorang kakak yang sangat baik hati. Suaranya yang CT dengar di talian HP CT lemak2 manja gitu, buat hati sesiapa yang mendengarnya pasti terpikat dan mungkin menyangka kakak ni masih lagi anak dara... hehehe. Siapa lagi kalau bukan Kak Cik Cek-Kitchen is my world yang pandai memasak dan hasil tangan beliau amat2 CT suka. Tunggu masa jer nak mencuba hasil masakan dari Kak Cek ni satu hari nanti. Acuan muffin ni dah lama CT simpan baru hari ini CT merasmikannya. Terima kasih ya Kak Cek cayang terharu sebenarnya masa tu. CT anggap pemberian dari Kak Cek ni sebagai hadiah istimewa dihari jadi CT masa tu... hehehe.



Okey berbalik pada resipi ni yang tak dapat CT nak copypaste dari resepi asal sebab terpaksa buat alih bahasa dan sedikit pengubahan dan penambahan... CT juga guna gula 3 sudu besar gula kastor sebab tak mahu terlalu manis, kalau yang suka lebih rasa manis bolehlah ditambah sedikit lagi ye. Yang CT buat ni rasa manis2 buah jer. Kalau ada yang ingin mencuba silakan ya. Selamat mencuba... Daaa.....


Cheese Muffin
Resipi : Sexy Chef
Diolah : Che CT


Bahan Kering :
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
3 sudu besar gula kastor
1 sudu teh garam

Bahan Basah :
1 biji telur gred A
1 cawan susu segar/ susu cair
1/2 cawan minyak jagung / minyak masak

1/2 cawan cheddar cheese - diparut




Cara-cara :
1. Ayak bahan kering tepung - baking powder - gula kastor dan garam. Ketepikan.
2. Di mangkuk lain campur bahan basah telur - susu - minyak. Pukul dengan hand whisk sekejap saja sekadar bercampur.Tak perlu hingga kembang.
3. Tuang campuran telur yang dipukul tadi ke campuran tepung dan gaul rata. Tak payah gaul lama sangat sekadar bercampur saja.
4. Kemudian masukkan keju parut dan gaul lagi hingga tercampur rata.
5. Sudukan adunan ke dalam acuan muffin yang sudah diglis sedikit butter dan ditabur sedikit tepung. Boleh juga kalau nak diletak dalam papercup isi 3/4 penuh. Tabur sedikit parutan cheddar cheese diatas nya kalau suka.
6. Panaskan oven 180 - 200C, bakar selama 20 - 25 minit atau hingga muffin masak.

NOTA : Muffin memang termasuk kuih yang padat dan agak keras. Membuat muffin, telur tidak perlu dipukul, cukup dipukul dengan hand whisk saja. Suhu oven sebaiknya tinggi, 180 - 200 C. Panaskan oven dahulu selama 15 minit. Bila dah masukkan adunan muffin baru turunkan suhu oven. Insya'Allah si muffin akan menjulang dengan cantiknya.






"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang kita ada hanyalah satu percubaan, cabaran dan hanya sementara. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...