
Assalamualaikum... Salam ceria dan selamat pagi. Pagi ni kita layan menu Mee Goreng jer lah ye. Dah berapa hari dok belang2 warna warni, hari ni tayang yang goreng2 pulak... hehehe. Dah habis pun ni, cuma kasi jamu mata jer hari ni dengan menu mee goreng. CT kalau buat mee goreng, CT lebih gemar kalau yang basah2 sedikit berbanding yang kering. Anak2 pun lebih gemar makan mee goreng yang macam ni juga. Selalunya CT akan masak hidangan mee bila dah terasa lama tak makan dan tekak ni macam rasa teringin. Kemudian barulah tanya kat anak2 nak makan ker tidak. Kalau semua kata nak, barulah CT mulakan operasi. Bila dah siap masak terus mengadap ramai-ramai masa tengah panas2, terasa meriah suasana. Dan masakan yang simple akan lebih sedap pulak... hehehe.

Resipi ni CT pernah publish juga rasanya sebelum ni tapi setiap kali buat bahan-bahannya berubahlah sikit2. Biasalah kalau dah nak hujung2 minggu ni ada bahan2 yang kita nak pakai dah nak habis. Nak ke kedai rasa malaslah pulak. Jadi masaklah dengan bahan2 yang ada dalam peti ais. Sebab menu simple, kita celoteh pun simple jugalah jadinya... hehehe. Apa kata kita terus pada resipilah ya, mee goreng ni pun simple jer nak buat. Main masak campak2 je tapi anak2 kata sedap... layan aje lah ye hehehe.
Mee Goreng Basah
Resipi : Che CT
Bahan-bahan:
Sepeket mee kuning - cuci dan toskan
Sebungkus fishball - belah dua - goreng sekejap dan toskan
1 bungkus fishcake - dihiris kecil
1 keping tauhu - dadu kecil - goreng dan toskan
sayur sawi - potong2 cuci dan toskan
4 biji buah tomato - potong 4
1 camca besar penuh cili kisar
2 camca besar sos cili
1 camca besar sos tiram
1 camca besar kicap pekat
3 biji bawang merah *
2 ulas bawang putih*
2 sudu besar udang kering - rendam sekejap *
Secubit gula
1 kiub ayam "Maggi"
Hirisan daun sup, untuk hiasan
Hirisan cili merah, untuk hiasan
(* blend halus)
Cara-cara :
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah sos tiram, sos cili dan kicap pekat, kacau rata, tuang air, kacau rata.
2. Tambah fish cake, gula, tauhu, fiss ball dan kiub ayam, kacau rata. Tambah mi kuning dan gaul rata. Tambah kicap secukup rasa rasa. Kalau ingin mi kelihatan basah, tambah lagi sedikit air.
3. Akhir sekali masukkan sayur sawi dan buah tomato. Gaul rata masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup dan cili merah sebelum dihidangkan.































































