Tuesday, September 29, 2009

Marble Chocolate Cheese Cake




Dalam satu hari ni tekak nak makan yang macam2 jerrrrr... bukan apa, selepas berposa ni badan turun dalam 2kg. Jadi nak naikkan balik kenalah makan menda2 yang boleh menaikkan badan ni semula hehehe. Ada2 je kan. Ada tu yang nak kurus, ada pulak yang nak ber'isi', bukan berisi ada baby ya hua... hua... hua... Yang sebenarnya buat cheesecake ni sebab nak elakkan cream cheese yang akan expired 30hb ni. Sebelum ke TONG sampah lebih baik ke mulut dia masuk kan? Cream cheese ni mahal oiii... rugiii kalau masuk tong sampah hahaha. Ni tengah mood rajin nak memasak ni, manalah tau ada tetamu yang akan datang secara mengejut jer kat rumah malam ni, dapatlah juga dia orang merasa kek ni selain biskut2 raya. Jom masak2 lagi di Dapur CT yokkkk....


Marble Chocolate Cheese Cake
Resepi dari RinnChan

Bahan-bahan:
(A)
180 gm mentega 20 gm serbuk koko
1 sudu teh baking powder
120 gm tepung naik sendiri (Diayak bersama serbuk koko & baking powder)
170 gm gula castor 3 biji telur

Cara-cara:
1. Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji, kacau sebati.
2. Masukkan campuran tepung + baking powder + serbuk koko. Gaul rata dan bahagi kepada dua bahagian.


Bahan-bahan: (B)
250 gm cream cheese
60 gm gula castor
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese sampai kembang.
2. Campurkan gula, telur dan esen vanilla. Pukul lagi sampai kembang dan rata.


Cara menyediakan kek:
1. Tuang satu bahagian bahan A ke dalam loyang. Ratakan. Tuang adunan cream cheese (bahan B) di atasnya dan ratakan.
2. Tuang sebahagian lagi bahan A dan ratakan.
3. Bakar pada suhu 165C selama 50 - 60 minit ikut oven masing-masing. Seeloknya dibiarkan sejuk dulu sebelum dipotong.

4 comments:

  1. tok tok tok... tuan punya dapur ada tak ? saya datang nak beraya .. ikut pintu dapur jeklah. senang nak makan choc marble cheese cake. heheee

    kak ct sayang,

    wahh.. nak naik berat badan . jelessnya.. badan dah slim .

    ReplyDelete
  2. alahai kakkk..sedapnya cis kek tuuu!! nak gi umah akak jauh la pulak.

    psst...syoknya kena makan byk sbb nak bdn naik!!!

    ReplyDelete
  3. Syoknye turun 2kg ye kak... kite dlm proses nak turunkan 5 kilo neh.. mcm susahnye la hai.ehhehe

    ReplyDelete
  4. ct ambek ler lemak combi sket..combi dah TERover lemak nih :(

    sedapp nyer.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...