Wednesday, May 19, 2010

Kuih Seri Muka




Assalamulaikum...!! Harap kawan2 semua sihat hendaknya. Puan CT pun dah sihat, lutut yang sakit pun dah baik sedikit. Terima kasih pada kawan2 yang mendoakan kesejahteraan CT juga. Rasa lama sangat tak letak resepi kat Dapur CT. Haa.... kali ni resepi macam biasa jer, main ulang tayang. Malas dah rasanya nak update resepi yang dah pernah buat. Tapi memandangkan kuih lapis pisang tu macam dah nak basi CT letak gak lah resepi kuih seri muka ni... heheheh. Resepi kali ni amik dari dapur mamasya, resepi asal dari Chef Hanieliza, terima kasih ya mamasya. Sedap banget, anak CT yang bungsu memang suka kuih ni. Haqim panggil kuih nasi, yalah ada nasi kat bawah tu... hehehe. Minta izin CnP untuk dikongsi resepinya di dapur CT ya.


Kuih Seri Muka
Resepi dari Mamasya FP

Bahan lapisan Bawah:
2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair (1/2 peket santan debu dikacau menjadi 2 1/2 cawan) + sikit garam

Cara-cara:
1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
2. Kukuskan sehingga masak.
3. Lapikkan pelastik /sapu minyak dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inic.
4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Bahan lapisan Atas:
2 cawan santan pekat (1 tin coconut milk)
1/2 cawan gula
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar tepung kastad perasa pandan
1 biji telur
1 sudu teh garam
* (resepi asal guna jus pandan tukar guna kastad yg dah ada perasa pandan dan warna hijau)

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.
3. Kukuskan lebih kurang 30 minit. (CT tutup loyang dengan alumnium foil agar atas kuih cantik)
4. Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau pelastik.

NOTA: untuk memasak pulut untuk serimuka ni.. masukkan pulut dalam loyang bersama santan dan garam.. pastu letakkan loyang tersebut dalam periuk kukusan dan tutup. kukuskan sehingga 30 minit. Keluarkan dan kacau rata.. pastu tekan pulut dalam loyang yg mahu digunakan untuk kueh serimuka supaya mampat dan kemas.. then baru masukkan lapisan atas.


7 comments:

  1. Love sukeeeee sangat kuih seri muka kak! Aduiiiii tak tahan! ;)

    ReplyDelete
  2. Love: k.ct pun suka gak, kalau tak suka tak masak ler seri muka ni kan Love...hehehe.

    pas ni boleh buat lah Love :D

    ReplyDelete
  3. anak2 sy suka kuih serimuka ni, tp yg bhg hijau tu je la.yg pulut we all yg kena makan.hehe

    ReplyDelete
  4. Ain: selalunya anak2 macam tu lah ain. yang lembut jer nak makan. Tapi anak2 k.ct kena paksa makan, coz k.ct akan cakap jangan suka buang2 rezeki nanti sume rezeki tu lari x moh datang2 lagi...hehehe

    ReplyDelete
  5. salam ct..apasal buat cendol tak ajak akak datang umah..bestnya kalau dapat minum bila cuaca panas.

    ReplyDelete
  6. Kak Ina kl: alah kak....cendol tu lama dah..hehehe. nnt bila k.ina nk minum kita cari kat tpt lain jer eh :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...