Wednesday, January 12, 2011

Kuih Bakar Labu + Jagung



Assalamulaikum... Terasa sangat2 rindu untuk berblog dan menitipkan kembali resepi2 yang telah CT cuba dari kawan2 semua. Dah agak lama juga Dapur CT ni sepi tiada berita kan. Tapi kali ni CT kembali semula menggagahkan diri untuk update resepi setelah sekian lamanya. Waduhhhh... masih rindu dan teringin mencuba resepi dari kawan2 semua. Dah banyak simpan resepi terbaru, tapi masih dalam simpanan. Kali ni CT buat kuih bakar labu + jagung pula. Resipi CT guna dari CMG lah macam biasa. Senang nak ingat resipi ni, dah pernah buat dulu. Cuma CT tambahkan jagung krim sedikit dalam adunan ni. Adalah bau2 jagung sikit kan. Minta maaf ya sifu, resepi diubah sedikit. Tak tahulah ni CT akan kekal terus di Blog Dapur CT atau pun sebaliknya... hehehehe. Tengoklah macamana.. InsyaAllah...


Kuih Bakar Labu + Jagung
Resipi dari Mat Gebu

Bahan-bahan :
5 biji telur
500 ml santan (atau 200 ml santan kotak + 300 ml air)
200 gm tepung gandum
180 gm gula halus (nak manis boleh tambah sikit lagi)
1/2 camca teh garam halus
1 camca teh esen vanilla
450 gm labu manis, kukus hingga lembut dan lecek hingga halus
3 camca besar jagung krim dalam tin (CT tambah yang ini)
Sedikit pewarna kuning (CT tambah)

Cara-cara:
1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser tin berukuran (8 x 8 x 3 ) inci dengan mentega, alas dasar tin dengan aluminium foil, lenser juga permukaan aluminium foil tadi (kalau nak kuih kelihatan tinggi, boleh guna tin (7 x7 x 3) inci. Ketepikan...
2. Satukan bahan2 diatas kecuali labu lecek, dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu. (CT guna mixer jer, cepat sikit).
3. Tapis adunan tadi dan masukkan labu lecek, kacau hingga rata. (CT tak tapis terus jer masuk dalam tin pembakar... hehehe)
4. Tuang dalam tin yang telah disiapkan tadi. Bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran (CT bakar selama 1 jam).
5. Keluarkan dari oven setelah kuih masak. Biar sejuk sebelum dikeluarkan dari tin. Potong ikut kreativiti masing2 dan hidangkan.


11 comments:

  1. Salam Kak CT,
    Sedapnye bingka labu.... nak makan labu jugakkkk!!!

    ReplyDelete
  2. Ijan: salam Ijan..meh2 kita makan sama2 ya :))

    ReplyDelete
  3. nmpk menawan la bingka tu.... bile la boleh try nie...

    ReplyDelete
  4. Ois: bila dah senang2 nanti, boleh lah cuba :)) senang jer x banyak pun bahan tu Qis..hehehe

    ReplyDelete
  5. Salam,
    Kiter datang ni nak ngendeng kuih bakar labu jagung, ada lagi takkk? hihi

    ReplyDelete
  6. akakkkkkkkkk.... adehhh rindu gler ngan akak! mujur arini ader bingka... nak nakkkk.... hihi..

    akak n famili sihat? kitaorg sihat.... hihihihi

    ReplyDelete
  7. Jid; sedap mmg hingga menjilat jari..hehehe

    Sue: sue..kalau setakat nk mengendeng, meh dtg terus kat umah. tp kuih ni dah licin lah yanggg..hihihi

    Hana: Hanaaaaa!.. k.ct rindu gak kat kamu. k.ct sihat dah ni. Alhamdulillah jaga family tu baik2 dan masak sedap2 tuk keluarga okey :))

    ReplyDelete
  8. Akak... Lama betul akak senyap. Saya mula2 berblog dulu suke singgh sini nk blajar. Lpas tu trus senyap. Hehe... Apa
    Pun, tringin betul tengok bingka tu. Labu ada.. Tapi tak tahu la nak jadi apa tu... MintK nk rasa skiitt

    ReplyDelete
  9. dtg nengok bingka nih kak..awat lama x update..mesti bz x nyempat2 ek kak..hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...