Assalamualaikum... Bersua lagi di hari rabu ini, semoga teman-teman diluar sana sentiasa ceria dan bahagia berpanjangan hendaknya. Untuk CT pulak, sejak semalam kena sakit kepala. Alah sakit kepala orang perempuan yang datang sebulan sekali tu hehe. Selalunya dalam sehari je esoknya dah hilang. Tapi kali ni dah semalaman masih tak hilang lagi. Agaknya di sebabkan oleh cuaca berbahang yang masih tak berkurangan, sakit kepala pun lambat juga nak berkurangnya.
Untuk resepi hari ini, CT kongsikan resepi kek buah. Rasanya, ini yang pertama kali CT mencuba kek buah selain kek-kek yang lain yang pernah CT buat sebelum ini. Kek buah adalah antara kek yang popular pada sambutan hari raya dan sudah pastinya salah satu antara kek yang menjadi kegemaran CT. Kakak CT di JB pandai buat kek buah kukus dan CT berani cakap yang kek yang dia buat yang paling sedap pernah CT rasa. Disebabkan kepakarannya tu, setiap kali dia buat pasti semua adik-beradik akan buat pesanan. Kalau dia buat bukan sebiji dua, tapi sampai 5 - 6 biji sekali kukus. Memang banyak, maklumlah adik beradik CT ramai. Tu yang dia buat banyak-banyak untuk semua adik-beradik merasa untuk di bawa balik ke rumah masing-masing 1/2 buku seorang hehehe.
Kalau nak cerita sejarah lama CT dengan kek kukus buah ni rasanya tak cukup sehari nak bercerita disini hehehe. Disingkatkan cerita memang dulu CT tak suka tolong kakak buat kek buah ni sebab takut terkena gula hangus tu kat tangan. Satu lagi sebabnya adalah nak elakkan diri dari kena jaga air dalam periuk kukusan yang biasanya ambil masa lebih 4 jam. Menurut kakak CT, lebih lama kek tu di kukus, lebih lama kek tu tahan untuk disimpan dan lebih lembab dan sedap rasanya.
Berbalik pada resipi Kek Buah Sedap yang CT kongsikan di sini, resepinya adalah bersumber dari blog JO Ayee yang menurutnya resipi asalnya ialah dari Jun Yummylicious. Kak Ummi juga pernah buat kek ni dan hasilnya memang terbaik dan sangat sedap. Biasanya untuk resepi yang CT cuba pada pertama kali, CT akan buat 1/2 adunan sahaja. Takut tak menjadi atau risau jika tidak mendapat sambutan dari anak-anak dan suami. Tapi nampaknya sambutan untuk kek ni boleh tahan juga. Jadi lepas ni bolehlah CT buat adunan penuh.
Oleh kerana percubaan ini berjaya, nampaknya raya tahun ni bolehlah CT buat nanti untuk di bawa balik ke kampung sebagai buah tangan untuk IBU mertua dan kakak-kakak CT di JB pada hari raya nanti, Insya Allah. Mungkin hasil air tangan CT tidak sehebat air tangan kakak CT yang pakar dalam membuat kek buah kukus. Maklumlah kek buah dikukus dibandingkan dengan kek buah yang dibakar pasti ada sedikit perbezaan rasanya kan. Mungkin juga yang dikukus tu lebih lembut berbanding yang dibakar dalam oven. Tapi dari komen suami CT, kek yang CT buat ni tak kurang lembab dan lembutnya. Jadi nampaknya resepi ni menjadilah kan hehehe.
Oh ya sebelum CT terlupa, resipi asal kek ini mengunakan jus orange tapi CT gantikannya dengan jus mangga. Jika teman-teman ingin mencuba bolehlah semak resepi di bawah tu ye. Memang sedap kek ini untuk hidangan buat keluarga tersayang. CT berundur sampai di sini dulu. Sampai kita berjumpa lagi nanti, salam manisss dari CT. Daaa.....
Moist Fruit Cake (Kek Kukus Sedap)
Bahan-bahan :
380 gram susu pekat manis *
400 gram mixed fruits *
250 gram mentega *
1 cawan air * - 250 ml
2 biji kuning telur
3 cawan tepung gandum ( 380 gram)
1 sudu kecil baking soda ( 5 gram )
1/2 cawan jus pati mangga (boleh juga guna jus orange)
Cara-cara :
1. Masukkan bahan yang bertanda * dalam periuk. Masak atas api sederhana sambil dikacau sehingga mentega dan susu larut. Angkat. Bila sudah suam, masukkan dalam peti sejuk lebih kurang 3 - 4 jam.
2. Panaskan oven 170' C. Gris loyang 8 x 8 inci dan alas dengan kertas minyak. Ketepikan.
3. Keluarkan adunan susu pekat tadi dari peti sejuk campurkan dengan telur kuning. kacau rata.
4. Masukkan sedikit-sedikit tepung dan baking soda yang telah diayak kedalam adunan buah berselang seli dengan jus orange dan diakhiri dengan tepung. Kacau rata mengunakan spatula.
5. Bakar lebih kurang 50 - 1 jam. Jangan overcook nanti kek kering. Simpan dalam bekas kedap udara.
Nota: Lebih lama disimpan, kek buah lebih lembab dan sedap.
singgah sini..as salam..salam kenal...follow me back ok..
ReplyDeleteSalam kenal Nor Laila, tr kasih sudi singgah :-)
Deletekeliatan sungguh sedap kek buah ini kak ct....layak dicoba ni resepnya....
ReplyDeleteTerima kasih Rina sudi ingin mencoba, ditunggu juga ya :-)
DeleteAssalamualaikum Kak heee kek buat fv sekeluarga time raya mesti nak ada...tegoda negok kek akk ni...lama juga x mkn kek buah ni....
ReplyDeletewa'salam Sheila, fav kak ct juga. Bila senang boleh cuba okey :)
DeleteBila pula kita nk ngukus kek buah mcm ni, padahalnya dah lama mengimpikannya..bahan2 mmg dah ada, tunggu seru rajin nampaknya
ReplyDeleteJangan tunggu lama2 Rohah..harus disegerakan :-)
DeleteGet well soon,Siti - what I can say? I always get a bad day, during PMS -so, drink a hot tea with ginger sometime help too. But I just wonder, how you still can do baking during PMS.. you are so awesome :)
ReplyDeleteAlhamdulillah.terima kasih Fit. sememangnya CT juga harus cekal dalam membuat sesuatu kerja. Jika tidak anak2 juga suami tidak merasa air tangan dari mama dan isternya ..hehehe
Deletethank you for stopping by and a big hug.. XOXO
bestnya, ada korek tak resepi kek kukus kakak kak ct tu, tgh bayangkan 4-5 loyang nak kena kukus, aduh tapi mesti sedap gila kan
ReplyDeletekek yg ni pun nampak sangat moist, nanti nak try lah
Tina, biasanya memanglah ada. Tapi tak sanggup nak buat lagi tang mengukus tu aje hehehe
Deletewoww..ni mmg feveret kita ni ct..waduh ada lg ke belen tu?? leh pos cikit ke klinik..huhu!!
ReplyDeletealahhh..sori lama dah habis. Pn Doc kan rajin bolehlah mengodek2 nanti hihi
Deleteas salam kak Ct, nanti singgah umah ya amik award...
ReplyDeletesedap nya Ct dah terliur tengok dua tiga keping tu kalau dpt makan lagi lah bestttt, harus di cuba jugak suatu hari yg rajin hee
ReplyDeleteKek buah ni memang lembut kak Noor rasa sekali nak dua, harus dicuba ni kak ..hihi
DeleteSalam kak ct...suke lah kek buah2 ni..lama dh x buat..sebb xde geng teman mkn...last2 sorg2 kasi perabis..hihi..kalau ada buat lagi kasi pas sini gak ye...:-)
ReplyDeletewa'salam Sury, memang macam tu selalunya jika nak membaking kek. harus fikir sape yang nak habiskan.. hihihi
DeleteSalam Kak Ct... ayah memang suka kek buah tapi nak yang kukus sampai 4 jam tu.. nanti kita cuba yang versi bakar ni plak..
ReplyDeletewa'salam Nazrah, yang kukus 4 jam tu memang tahan lama Naz. Tapi yang ini pun okey juga cepat dan tak perlu nak tambah2 air kukusan hanya bakar aje. hihi
Deleteassalammualaikum ct
ReplyDeletenasib baik akak tak gemar..klu idak tentuk dah terjangkit
wa'salam Kak Ina..alah kak kalau terjangkit pun okey apa, sedap kek buah ni..hehehe
DeleteSalam kak Ct, mintak share resepi yerk.. fav sgt ni.. bila balik JB dan Spore baru dpt makan kek ni..
ReplyDeletemerasa bila raya ajelah.
TQ kak.
wa'salam Hudamohamed, silakan, terima kasih sudi untuk mencuba :)
DeleteAs salam Ct....terasa pula nak makan kek buah mmg fav tapi kekadang malas nak tunggu masak tu yang asyik tertangguh nak buat ...last last beli je seketul hehe
ReplyDeletewa'salam Noor Yusoff..selalunya macam itulah. tapi bila kek dah menjadi rasa puas sangat.
Deleteassalam k.ct
ReplyDeletelamanya nak kukus kan tp makan sekejap je he heee
dah lama teringin nak buat kek buah ni tp taj jadi2 jg
apapun memang sedaplah kek ni sb banyak buah2 dlmnya he heee cp resepi ye kak ct
wa'salam Mama Sara Nur..ramai yang terkeliru rupanya, kek ni tak perlu dikukus lama sangat, hanya 1 jam sahaja, dan perapan adunan sahaja yang 3 jam didalam peti sejuk...okeylah kan :)
Deletesalam ct
ReplyDeletekek yg kukus bukanmain lamanya nak kukus kan tp makan sekejap je.
akak nak cuba resepi ct pulak....
wa'salam Rahimah..memang betul, tapi resipi ini hanya kukus selama 1 jam memang cepat dan semestinya sedap. silakan mencuba :)
Deletemohon buat hokkaido cheesecake ;)
ReplyDeletekak ct..zila nak ckit ada lagi tak dalam esbok tu...asik tak tercuba je ni mikir kan 4 jam tu..heheehe
ReplyDeleteNorzila..yang ni tak perlu kukus sampai 4 jam, hanya kukus 1 jam sahaja sudah memadai :)
Deletesalam ct...nak tanya kek ini kukus ke bakar..sebab ct tulis bakar satu jam...bila jawab comment ct jawab bakar satu jam....jadi akak keliru trima kasih ct kerana telah tunjuk banyak resipi sedap sedap..kak nor
ReplyDeleteHi kak CT,
ReplyDeletekek ni nmpak sedap. Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi. Macam nak cuba, tapi maaf, saya tak berapa pasti dengan ingredient 'mixed fruit'. Boleh bagi contoh? Buah kering ke? Hehe, saya masih belajar...
Terima ksih
Hi kak.. nk tnye.. resepi ni bolh dibakar dan kukus ke?
ReplyDelete