Wednesday, December 19, 2012

Kuih Seri Muka Pulut Hitam


Assalamualaikum... Salam pagi buat semua teman-teman yang CT ingati, semoga sentiasa ceria hendaknya. Muka yang ceria melambangkan hati yang tenang. Dan hati yang tenang datangnya dari jiwa yang bersih. Ye lah tuuu... hehehe. Rasanya untuk minggu ni CT nak kongsikan menu kuih muih terus menerus. Selain dari itu, CT juga bercadang nak mencuba resepi kuih muih dari negeri-negeri yang berlainan yang CT belum pernah cuba dan rasa. Disamping dapat mencuba resepi baru, dapat juga tahu asal usul kuih tu juga. Tapi tu lah, selagi tak mencuba, selagi itulah tak menjadi dan tak tahu.


Untuk resepi yang CT kongsikan hari ini, mulanya CT terpandang kuih seri muka pulut hitam ni dalam FB seorang rakan, Kak Ruby Yaacob. Lepas ternampak tu terus niat nak mencuba tu datang. Tapi CT mintak maaf pada Kak Ruby sebab adunan serikaya menurut resepi kak Ruby tu CT tukarnya kepada adunan seri muka mengikut resepi yang pernah CT buat dulu.


CT suka pada adunan resepi kuih ini yang lembut dan sedang-sedang aje manisnya. Bukan CT aje, malah seisi sekeluarga turut sama menyukainya. CT sarankan sangat-sangat pada yang berminat untuk mencuba resepi yang dikongsikan oleh Kak Ruby ni. Dan terima kasih kepada Kak Ruby sebab berkongsi resepi yang sedap ni.


Satu je kelemahan bila CT buat kuih yang berasaskan pulut macam ni ialah CT tak boleh makan terlalu banyak sebab CT alah pada pulut, nanti mulalah perut sebu semacam. Jadi terpaksalah CT makan secara berulang-ulang, tak boleh mengadap sekaligus banyak-banyak terus. Bahagian kuih ni yang paling CT suka ialah bahagian toppingnya tu. Sedap dan lembut. Atas sebab yang sama juga agaknya anak CT yang bongsu tu suka makan bahagian topping nya tu aje, sebab katanya yang nasi hitam bahagian bawahnya tu tak sedap. Hai macam-macam kerenah budak-budak ni kan hehehe.


Penggunaan Pulut Hitam untuk bahagian bawah Kuih Seri Muka ni membuatkan rasanya sedikit berbeza berbanding jika menggunakan pulut biasa sepenuhnya. Pada yang tak pernah dan teringin untuk merasa kelainannya, bolehlah mencuba resepi ni nanti ye. Memang kuih ni sesuai sangat untuk dijadikan hidangan minum petang atau untuk sarapan pagi.


Okeylah, kita terus saja pada resipi yang CT kongsikan dibawah ni pada yang berminat untuk turut sama mencubanya ye. Sampai kita berjumpa lagi nanti, salam manisss dari CT buat semua. Daaa....


Kuih Seri Muka Pulut Hitam
Resipi Olahan Che CT

Bahan Pulut Hitam:
1/2 cawan beras pulut hitam
1 cawan beras pulut
1 1/2 cawan air
1/2 cawan santan pekat
1 sudu teh garam

Bahan Seri Kaya:
300 ml santan pekat + 1/2 cawan air
2 biji telur gred A
160 gm gula castor
1 1/2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung gandum
Pewarna kuning dan hijau

Cara-cara :
1. Bersihkan beras pulut hitam, cuci bersih dan rendam berasingan dengan beras pulut selama 6 jam atau semalaman.
2. Cuci bersih dan toskan airnya. Gaul rata kedua-dua beras pulut. Kemudian tuang santan yang telah dicampur dengan garam. Kukus beras pulut sehingga masak.
3. Pindahkan pulut yang telah masak kedalam loyang 7 inci yang telah dilapis plastik bersih. Dan tekan-tekan agar pulut sedikit mampat dan padat.
4. Kukus lagi pulut selama 10 minit.
5. Sementara menunggu pulut masak, satukan semua bahan-bahan seri kaya dalam mangkuk besar. Kacau dengan whisk sehingga sebati. Tapis adunan dan bahagi kepada 2 bahagian sama rata.
6. Bila pulut sudah tanak, sendukkan adunan kuning perlahan-lahan atas pulut dan kukus selama 20 minit dengan api sederhana. Balut tutup kukusan dengan tuala bersih agar air tidak menitis atas kuih nanti.
7. Bila adunan kuning telah masak, guris sedikit dengan garfu dan sendukkan adunan hijau pula diatasnya. Kukus lagi selama 30 minit sehingga masak. Jika ada air diatas kuih lapkan perlahan-lahan dengan tuala bersih. Tunggu kuih betul-betul sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan.

19 comments:

  1. moning kak ct,
    mesti sedap bila tergigit pulut itam tue..zila x pernah buat lg..tp klu beli mmg selalu ..he hehe cantik jew color ijau tue kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. morning Zila..sedap juga bila gigit2 pulut tu ada rasa kenyal2 sikit. hijau kan kedamaian hihi

      Delete


    2. Mạc Lệ Hải liếc mắt nhìn Thạch Tiêu một cái, bình thản nói:

      - Ta đã bại dưới tay Mạc Phi, lần tranh đoạt này ta sẽ không tham gia!

      Thạch Tiêu trong mắt sát khí chợt lóe, nhìn chằm chằm Mạc Lệ Hải, hồi lâu sau, ánh mắt chuyển sang nhìn lên người Vương Lâm, âm trầm nói:

      - Ngươi, xuống đây chơi với ta một chút!

      - Đánh nhau mà không giết người, Vương mỗ không có hứng!

      Vương Lâm không hề nhìn đến Thạch Tiêu, bình thản nói.
      dong tam mu lậu cho thuê phòng trọ cho thuê phòng trọ nhac san cuc manh tư vấn pháp luật qua điện thoại công ty luật hà nội số điện thoại tư vấn luật dịch vụ thành lập doanh nghiệp
      Thạch Tiêu hừ lạnh. Đúng lúc này, nam tử mặc giáp vàng kia lạnh lùng nhìn Vương Lâm một cái, trầm giọng nói:

      - Yêu Tướng Thạch Tiêu, lui ra. Trận chiến này ngươi đã thắng!! Theo quy tắc, ngươi không thể khiêu chiến người khác!

      Thạch Tiêu nhìn Vương Lâm, đi về hướng đó, trực tiếp đi qua bên người Vương Lâm.

      Delete
  2. cantiknya kuih seri muka Kak CT, berseri-seri.. inilah yang dikata, hitam2 si tampuk manggis, makin hitam bertambah manis :-))))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seri Kandi..selalunya kita pandang kuih nak yang cantik tapi tak tahu sedap atau tidak, tapi yang ni memang sedap :)

      Delete
  3. salam Ct, wah pulut ni yg tak tahan ni akak ni hantu pulut buat cemana pun pasti suka hitam putih tak kisah janji pulut bak seketoiii nak rasa pastinya sedap bangat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'salam Kak Noor..bagi yang gemar kuih macam ni mesti sukakan kak. ct suka juga tapi tang pulut tu kurang sikit jer.

      Delete
  4. Alahai... sejuk2 ni nampak kuih 3 tingkat CT tu terlior la pulak... Bak nak sepiring...

    ReplyDelete
  5. betullah kak ct..tak cuba tak tahu kan? sygnya sy juga yg tak rajin hehe...
    warna cantik...potongan kemas..kalau ada depan mata memang mas bedal hehehe...

    ReplyDelete
  6. oouuwww...kombinasi warna yang cantik kak CT...
    hitam, kuning dan hijau, sangatlah serasi...

    ReplyDelete
  7. Salam kak ct...lambat pulak kite sini hari ni..seharian x on9...kebizian sedikit...:-)lom prnh lagi buat sri muka pulut hitam ni kak..kali blh cuba..semestinya resepi dr kak ct tdk mghampakan...ceh wahhhh...lme dh buat sri muka..:-)

    ReplyDelete
  8. Yummmy...Paberet sue nih. Lagi lemak lagi sedap. heee

    ReplyDelete
  9. Saya penggemar blog c.t..resepi y lazat dan sedap..saya dari australia..

    ReplyDelete
  10. Salam CT,

    I love your blog, I love your pictures, I more adore your recipes. But would you like to write the recipe in English, I still get hard time to understand the measurement you using here, such a 'cawan' how much is that in grams or lbs ?
    Thank you so much..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...