Monday, April 8, 2013

Milk Cupcake


Assalamualaikum... Salam mesra dan salam rindu buat semua pengunjung setia Dapur CT. Dua minggu CT menghilang, ke mana CT menyorok agaknya ye.. hehe. Sebenarnya seperti yang CT katakan sebelum ni, CT hanya mengambil kesempatan untuk merehatkan badan sempena seminggu cuti persekolahan anak-anak. Tup-tup tak sedar dah masuk minggu ke dua CT bercuti dari mengupdate blog rupanya.. hehe. Apa pun, hari ini CT kembali bersiaran seperti biasa ye. Rindu pada blog CT ni :)


Untuk entri hari ini iaitu entri pertama setelah CT bercuti panjang, CT kongsikan resepi Milk Cupcake yang seakan-akan muffin juga rupanya ni. Tak tahu nak panggil cupcake atau muffin. Tapi yang penting, teksturnya memang sangat lembut dan gebu. Pada asalnya, resepi yang CT olah hingga menjadi Milk Cupcake ni adalah resepi sponge cake. Tapi kemudian CT olahnya hingga menjadi seperti yang CT kongsikan ini. 


Kadang-kadang tu memang ada masanya kita terasa ingin bereksplorasi dengan sesuatu resepi yang ingin kita cuba mengikut citarasa kita. Alhamdulillah percubaan ini menjadi. Dan untuk menepati lagi citarasa CT, mulanya CT ingin tambahkan cip coklat, tapi kehabisan stok pulak. Sebagai gantinya, CT tambahkan aje sedikit kismis di dalam adunannya. Pendekkata, capai ajelah apa stok yang ada dalam tangan. Tapi sedap juga jadinya hehehe.


Milk Cupcake ni memang lembut kejadiannya dan tanpa sedar dalamasa CT shoot gambarnya tu rupanya habis juga 3 ketul CT makan hehehe. Teringat yang CT buat tak banyak, terus CT berhenti makan. Nasib baik CT tersedar. Kalau terus aje CT layan mengunyah, pastinya anak-anak tak merasa nanti hehehe.


Pada teman-teman yang berminat nak mencuba resepi ni, buatlah cepat-cepat tau. Jangan jadi macam CT. Dah lama resepi ni disalin untuk dicuba, tapi baru sekarang CT membuatnya. CT jamin resepi ni pasti menepati selera teman-teman yang sukakan cupcake/muffin yang gebu dan lembut. Untuk adunan yang CT kongsikan di bawah tu boleh dapat dalam 12 biji. Jadi kalau nak dapat jumlah yang lebih, gandakan aje bahan-bahannya tu ye.


Okeylah CT berhenti sampai di sini dulu, kita berjumpa lagi nanti untuk resepi yang lain pula ye. Terima kasih buat teman-teman yang sering memberi komen yang manisss buat CT. Sampai jumpa nanti, enjoy this ultra soft and fluffy cupcake.. daaa.....

Milk Cupcake

Bahan-bahan :
2 biji telur gred A
1/4 sudu kecil cream of tartar
1/2 sudu kecil esen vanila
75 gram gula kastor

80 gram tepung gandum
15 gram tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder

30 ml mentega cair
80 ml susu - suhu bilik
1 sudu besar kismis - jika perlu

Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 160 -170' C. Susun cawan muffin dalam loyang muffin ketepikan.
2. Pukul telur sehingga ringan dan gebu. Masukkan cream of tartar dan esen vanila, pukul lagi. Kemudian masukkan gula kastor sedikit-sedikit dan pukul lagi sehingga sebati dalam 2 minit.
3. Masukkan adunan tepung, kacau mengunakan whisk, tambah mentega cair dan susu. Buat berselang seli dan diakhiri dengan tepung. Kacau sempurna tak perlu lama.
4. Sendukkan dalam cawan muffin 3/4 penuh dan taburkan kismis diatasnya. Buat hingga habis.
5. Bakar selama 15 minit atau hingga perang kemasan. Sejukkan diatas redai sepenuhnya. Ayakkan gula aising ketika menghidang.

22 comments:

  1. As salam. Dok tertanya juga mana menghilangnya CT. Ok nnt nak cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'salam, CT ada ni tak kemana2 pun tr kasih Azie sudi untuk mencuba :)

      Delete
  2. Replies
    1. Hai Bbwana Adienia, you patut cuba Milk Cupcake tak menghampakan :)

      Delete
  3. cumel2 cupcakenya...kita jarang buat cup cake kak...biasa makan versi buah tangan dari orang buat yg buat kenduri walimah tu ...(nampak sangat kita punya M nya kan..)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rohah selalunya cupcake ni memang versi comel2 aje, senang masuk mulut hehehe

      Delete
  4. Salam...fungsi cream of tar tar utk apa ya...kalau x letak boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'salam cream of tartar ni berfungsi macam baking powder juga. jika tak mahu mengunakan nya juga tidak mengapa. mengunakan cream of tartar juga untuk jadikan kek lebih gebu dan ringan.

      Delete
  5. Salam CT... cantek gebu cc tu... sedapp

    ReplyDelete
  6. Kak..nk tanya susu tu guna susu apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Charmyiex, guna susu segar. pastikan dalam suhu bilik ya.

      Delete
  7. Gebus lh kak..nampak sedap...nnti kite cube ..:-)

    ReplyDelete
  8. terima kasih dah share resepi ni kak...
    nak mimie buat untuk jual pula... ^_^

    ReplyDelete
  9. rindunyaaaaa dengan kak ct. Dah lama menunggu entri terbaru. Begitu muncul, kak ct buat Milk Cupcake. Mudah ni cara membuatnya. Jika ada waktu insya Allah mau coba.

    Salam sayang buat akak.....

    ReplyDelete
  10. dari cuti sklh aritu nak buatkan CC utk anak2, tapi tertangguh je..bila tngk CT buat ni rasa nak buatlah plk....terliur di buatnya...

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum kak CT,tima kasih share resipi CC yg simple n cepat dibuat.InsyaAllah pasti akan cuba satu hari nanti...

    ReplyDelete
  12. Kak CT..miss u lah,nasib tak cuti lama lama..hehe
    Ini macam nya enak dan lembut...hmmm mai coba juga.anak anak pasti suka kan.. ;)

    ReplyDelete
  13. sedapnya kak ct, nampak sangat gebu kejadiannya, nanti2 nak buatlah

    ReplyDelete
  14. rindu lah pada Ct lama tak nampak,akak pun nk try lah nmpak cnatik dan gebus ja

    ReplyDelete
  15. salam kak ct..suka jln2 kat blog kak ct..jemput singgah ke blog saya http://balqieschocolate.blogspot.com/ dan http://duniaresepizieana.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...