Tuesday, July 24, 2012

Ayam Masak Beriani


As'salamualaikum... Selamat berpuasa dan salam manis serta salam ceria dari CT untuk teman-teman semua. Ini entri pertama dalam bulan Ramadhan untuk Dapur CT. Alhamdulillah, dah masuk hari ke 4 kita berpuasa. Dan yang paling nampak ketara sekali perubahannya bila tiba bulan puasa ni adalah anak-anak kecil. Maklumlah dalam setahun cuma sebulan aje kita berpuasa. Yang sebelas bulan  lagi tu tak ada kawalan untuk makan atau minum sesuka rasa. Bila tiba bulan Ramadhan ni pastilah muka dan seluruh anggota badan tu layu macam pokok tak dapat air. Di sinilah pentingnya kita yang dewasa ni menerapkan mesej pengajaran kepada anak-anak tentang maksud tersirat disebalik ibadah yang dilakukan. Paling penting supaya anak-anak kita memahami kepayahan menahan lapar dan dahaga kerana berpuasa ni hanya sekelumit dan sementara saja jika dibandingkan dengan orang fakir miskin yang sentiasa berlapar dahaga setiap masa, tidak mewah makanan macam kita ini. Dengan itu dapatlah anak-anak belajar erti bersyukur dengan apa yang dia dapat, dan belajar menghargai nikmat dan keseronokan menjamah rezeki bilamana tiba waktu berbuka. Bila dah waktu nak berbuka tu, gelas airlah yang dipegang dahulu, betul tak? hehehe. Tapi CT tetap hulurkan buah kurma dahulu kepada anak-anak CT sebagai hidangan pertama sebelum menjamah nasi atau kuih. Cakap pasal air ni, teringat pulak air katira kat JB tu. Kat KL ni manalah nak cari air katira. aduihaiii... Azlita tolong bungkuskan 2 air katira abu bakar untuk CT dan Che Mat ya hehehe.


Okeylah berbalik kepada resepi hari ini. Untuk menu kali ini CT hidangkan hasil intai-intai CT dari blog Mat Gebu. Sebelum ni, CT pernah tunjuk menu daging beriani ni di FB. Tapi yang itu daging, yang ini CT tukarkan kepada ayam pulak. Resepi asal menu ini adalah dari Chef Hanieliza tapi untuk yang CT kongsikan disini, CT ambil resepinya dari blog Mat aje. Terima kasih untuk kedua-dua sifu masak-memasak yang murah hati berkongsi resepi yang sedap ini ya. Memang sedap sangat-sangat. Cuma, oleh kerana CT inginkan lauk ini lebih berkuah jadi CT lebihkan jumlah airnya dan jadilah lebih sedikit kuahnya. Tapi tidaklah terlalu basah atau terlalu kering sangat, sedang-sedang aje hehehe.


Lauk Ayam Beriani ni CT gandingkan dengan nasi ketumbar. Memang agak lama juga CT tak masak nasi ketumbar ni. Jadi bila digandingkan dengan ayam beriani ni memang gandingan yang agak sesuai juga. Sesekali bila masak lauk macam ni apatah lagi bila di masak untuk hidangan berbuka, memang laku menu ni. Kalau nak lagi sedap dan kalau rajin tu lebih sedikit, boleh gandingkan dengan nasi beriani. Tapi kalau yang rajinnya tu kurang sikit macam CT ni, boleh aje kalau nak gandingkan dengan nasi yang tak berapa beriani macam nasi ketumbar ni ye hehehe.


Bulan puasa ni tak boleh nak cakap banyak sangat, letih dan banyak kerja nak buat. Ingatkan bila di bulan puasa bolehlah rehat lebih-lebih sikit. Rupanya lagi banyak benda nak buat kan hehehe. Apa pun daripada mulut ni mengeluh penat, lebih baik melayan penat tu dengan sambil kita masak sambil kita berzikir. Dapat juga pahala masuk kan? Dan masakan kita pun jadi lebih sedap dan keluarga kita yang menikmati hidangan yang kita masak tu pun laju aje makannya... Alhamdulilah.


Okeylah dah panjang kiranya celoteh CT kali ini. Kalau nak mencuba resepi yang enak untuk hidangan berbuka, ini salah satu menu yang patut dicuba. Sampai jumpa nanti, salam manissss dari CT. Daaa....


Ayam Masak Beriani
Sumber : Mat Gebu
Di Olah : Che CT

Bahan-bahan :
1 ekor ayam - potong 12
4 sudu besar rempah beriani - bancuh dengan sedikit air
1 cawan yogurt
3 sudu besar tomato puree
3 biji kentang - potong kecil
3 biji tomato buah ranum - mesinkan dengan 2 cawan air
8 biji buah tomato ceri
3 biji cili merah
2 biji cili hijau
2 labu bawang besar - belah 4
1 pokok daun ketumbar - hiris kasar
garam secukup rasa

Bahan kisar:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia

Bahan tumis:
2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun kari
minyak

Cara-cara :
1. Ayam dibersihkan dan tos airnya. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan bahan tumbuk dan rempah berani yang  dibancuh dengan sedikit air serta ayam tadi. Kacau rata dan biarkan sehingga naik minyak.
4. Masukkan buah tomato yang telah dimesin dengan air dan juga tomato puree. Biarkan sehingga ayam lembut.
5. Masukkan kentang dan yogurt. Masak sehingga kuah pekat dan naik minyak.
6. Masukkan buah tomato ceri, cili merah dan cili hijau, bawang besar dan juga daun ketumbar. Rasakan garamnya.
7. Bila dah nampak layu boleh tutup api dan hidangkan dengan nasi beriani atau nasi kegemaran yang lain.



22 comments:

  1. Wow ! nmpk sngt2 menyelerakan la kak....

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum kak ct, slm ramadhan buat akk sekeluarga...

    dugaan pose... tahan kecur tgk ayam masak beriani kak ct, sedapnyaaaaaa heheheeh.

    ReplyDelete
  3. emmmm serius nampak menarik ayam tuh........memukau....

    ReplyDelete
  4. Asslmkum..Morning kak Ct sayang.
    Menu akak menyelerakan tau. Terbaik la kak..Tabik skit.. (^_^)

    ReplyDelete
  5. Salam Kak CT,

    Ahaiiiii lezat nian penampakan ayam beriani akak tu...

    ReplyDelete
  6. asslm Kak Ct cyggg...aduhhh kak...nape sedap sgt tu...teruja i tgk tau...mmg nmpk sgt myelerakan...pulak tu gambo2nye pon cantik2...rasa mcm nk telan aje gambo tu satu persatu...hehe...sib baik posa...haha

    ReplyDelete
  7. Aduhhh....macamana nk lawan nafsu mata nih... tergoda betol lah tgk ayam CT tu...

    ReplyDelete
  8. Selamat pagi kak CT, yum2x...ayam masak beriani pulak, hmmm tergugat iman, sabar2x...hehe

    ReplyDelete
  9. Aduhaiiii, sedapnya ayam beriyani, boleh buat tambah nasi berkali2.. malam2 pun mengulang lagi.. hihi

    ReplyDelete
  10. kak ct i missshhh uuuu... hug hug sikit. ehhehe.. sorry lama tak jenguk ke sini sbb ada bz sikit. alhamdulillah bulan puasa ni lapang sikit :-)

    aduhaii tak leh lama2 melangut kat rumah akak ni. tegpk gambo pun bulih meruntun2 hati melihat set makanan akk nih. huhuhu blik dulu nah..

    ReplyDelete
  11. aslmkum CT.. bila msk camni tentu brsmgat anak2 makan.. mmg nmpk sedap airtgn CT ni.. tahniah n syabas ats penerbitan koleksi pemanis mulut..

    ReplyDelete
  12. hmmm...sedapnya tengok ayam beriani kak ct tu..
    colek ngan roti pun sedapp juga kan kak..
    selamat berpuasa yerk kak...

    ReplyDelete
  13. Huwaaaa...this is not done kak. I'm coming over to your place..hehe! :)

    Selamat Berpuasa darling!

    ReplyDelete
  14. As'salam Kak CT cayanggg...

    dup dap dup dap dup dappppp !!!
    Jantung berlari pantas tatkala melihat juadah kak CT.
    Sangat mengoda ~~~ part tomato tuu pun dah cukup teruja. Adehh .....

    ReplyDelete
  15. Selamat pagi Kak Che Ct..
    amboi-amboi..godain gue ya...sangat menyelerakan ayam masak beriani tu kak..konfirm mkn byk ni..

    ReplyDelete
  16. sedapnye..tgk nasi tu pun nmpk sedap.

    bab air katira hari tu blk johor sempat la sambar 2 bungkus. rupanya kat umah saya ni pun x de jual..huhu.kecewa ronda mencari tak jumpa

    ReplyDelete
  17. kak ct
    sedapnya menu kak ct, lapar perut tina hehe, nak carik ayam lah lunch karang

    ReplyDelete
  18. Sunguh menyelerakan...nak² tgk time thari ni...aduss...tak tahan..

    ReplyDelete
  19. Salam Ct. nampak sedap lauk ayam ni.... gambarpun cantik...

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum CT cayangg...amboiii akak baru sampai, mesti lauk dah bertukar lain kan...mengancamnya lauk berbuka diaa...akak ni kalau nak wat yg complicated sikit masakannya kena hari cuti la, hari kerja yang ringkas2 jek... ^__^

    ReplyDelete
  21. Salam kak CT.Sedapnya nasi beriani & lauknya tu.Tgk gambar pon...dah mengoda sungguh..

    Slmt berbuak puasa tuk kak CT sekluarga ya

    ReplyDelete
  22. rasanya xmampu nak buat..
    hanya mampu nak melantak je..

    hehehe mama oo mama,
    bila nak kasi kita rasa? :p

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...