Friday, December 21, 2012

Roti Jala berinti Kentang dan Telur


Assalamualaikum... Selamat bersua kembali di hari Jumaat yang mulia ini buat teman-teman semua. Sekejap aje dah sampai hujung minggu, terasa sekejap rasanya masa berlalu. Tapi sebenarnya hujung minggu ni juga hujung minggu yang CT dok tunggu-tunggu. Sebab hujung minggu ni CT nak bercuti lagi bersama keluarga tersayang. Bukan cuti-cuti Malaysia, tapi cuti balik kampung hehehe. Sebelum penggal baru persekolahan bermula, tu yang ambik kesempatan untuk balik kampung dulu. Lagipun anak-anak pun asyik sibuk bertanya bila nak balik kampung. Bukan tak nak balik awal awal hari tu, tapi memandangkan cuti tahunan suami cuma tinggal sehari, jadinya terpaksalah tunggu sampai dah nak hujung-hujung ni sebab kebetulan ada selang sehari hari bekerja sebelum bersambung semula cuti sempena perayaan krismas. Jadi bolehlah bawak anak-anak balik kampung. Bagi senyap sikit mulut anak-anak tu hehehe.


Hari ni CT kongsikan resepi roti jala gulung yang boleh juga dikatakan hidangan kegemaran seisi keluarga CT. Tambah-tambah lagi pada Haqim anak bungsu CT memang gemar sangat pada roti jala. Kalau tak ada kuah kari, dapat makan gitu-gitu pun Haqim layannnn... sedap katanya hehehe. Tapi untuk CT pulak, kalau buat roti jala bercecah kuah kari CT dok pandang ajelah, sebab CT tak gemar dengan kuah kari. Nak cecah dengan kuah durian pulak masih belum pernah mencuba lagi. Rasanya nanti nak cuba jugalah roti jala dicecah dengan kuah durian. Tapi nak beli kat pasar tani Shah Alam aje sebab nak membuatnya sendiri malas hehehe.


Untuk resipi Roti Jala kali ini CT buatnya dengan versi Roti Jala yang digulung berinti Kentang dan Telur. Sebelum ni CT pernah buat roti jala yang berintikan keledek bercampur kentang tapi CT tak publish sebab CT buat sikit aje untuk habiskan lebihan inti masa buat karipap. Tapi kali ni CT datang angin rajin dan terus buat inti kentang yang dicampur isi ayam. Bila dah siap buat inti tu, suami cadangkan supaya letak hirisan telur rebus bersama inti tu macam karipap kat IKEA. Bagus sungguh idea Suami CT kan. Bila dah siap membuatnya tak cukup pulak satu adunan tu, sebab Suamilah yang makan paling banyak sekali, sedap katanya hehehe, Terima kasih Ayangggg... kalau bukan Suami yang puji siapa lagi nak puji masakan isteri terchenta dia kan hehehe.


Resipi roti jala ni memang CT selalu guna adunan yang sama aje, sebab senang nak ingat dan mudah untuk membuatnya. CT gunakan santan dalam adunan tu supaya ada rasa lemak-lemak sedikit. Ada juga yang membuatnya tanpa menggunakan santan. Itu bergantunglah pada citarasa masing-masing kan. Tapi CT kekal dengan citarasa CT dan tetap pada resipi yang sama juga, terima kasih CT ucapkan pada Mat Gebu untuk resepi tersebut.


Okeylah CT berhenti berceloteh sampai di sini dulu. Jika ada yang teringin nak mencuba, bolehlah semak resipi dibawah ye. Sampai berjumpa lagi jika ada kesempatan nanti, salam manisss dari CT. Daaa....


Roti Jala berinti Kentang dan Telur
Resipi Olahan Che CT

Bahan Roti Jala:
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
4 camca besar santan
1/3 camca teh garam
2 1/2 cawan air
1 camca besar minyak masak
sedikit pewarna kuning

Bahan Inti Kentang:
3 biji kentang saiz besar - bersihkan dan potong dadu
1 biji bawang besar - didadu kecil
2 biji bawang merah
1/2 gengam ikan bilis
1 sudu besar cili kisar
300 gm isi ayam - potong dadu
2 sudu besar serbuk kari daging/ayam
garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Daun sup - hiris

3 biji telur rebus - dibelah 4 untuk setiap biji

Cara membuat Inti:
1. Kentang yang telah didadu direndam dalam air.
2. Blender ikan bilis dan bawang merah hingga halus, ketepikan.
3. Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga wangi. Masukkan bahan blender dan cili kisar. Kacau rata kemudian masukkan serbuk kari yang dilarut dengan sedikit air dan kacau lagi hingga garing.
4. Kemudian masukkan isi ayam, kacau rata. Akhir sekali masukkan kentang dan air secukupnya.
5. Kacau selalu dan biarkan hingga kentang empuk dan air sedikit kering. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan daun sup dan gaul rata, tutup api dan sejukkan.

Cara membuat Roti Jala:
1. Satukan semua bahan dalam mangkuk, kacau guna whisk hingga sebati. Boleh juga menggunakan blender dan putar sekejap. Tapiskan adunan dan rehatkan selama 20 minit.
2. Dalam kuali leper (frying fan), lenserkan sedikit minyak nipis sahaja dan biarkan panas. Ceduk adunan tadi ke dengan acuan roti jala dan kirai secara pusingan ke dalam kuali. Dan pastikan jaluran terbentuk bersambung antara satu sama lain.
3. Bila warna roti jala mulai pucat (tandanya dah masak), lipat dua mengunakan sudip dan alihkan ke dalam pinggan. Letak inti kentang serta satu potongan telur rebus dan gulung dengan kemas. Ulangi proses yang sama untuk yang selanjutnya. Buat hingga habis. Sesuai untuk hidangan sarapan pagi atau minum petang.



14 comments:

  1. Assalamualaikum Ct, wah akak dtg awal hari ni supaya dpt makan roti jala yg sedap ni ada kelainan lah roti ni ada inti mesti nak cuba ni, kalau gini bukan saja hubby Ct yg puji akak pun puji jugak berkali2 sedap sedap haha kalau dpt makan lagiiiiiiiiiiii besttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. salam CT, ni kalau makan gerenti tak mo berhenti ni...macam nak cuba buat lak tapi tang buat inti kentang tu yang tak brp nak rajin tu.. hu hu..

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum kak ct...
    pagi2 dtg nak join akak BF nie...hehe...sedap mata memandang,sedap lagi kalau dpt seketui..:))

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.... tergoda dengan gambar gambar itu

    ReplyDelete
  5. Selamat pagi Kak Ct...
    Bole la gue join sarapan kan....sedap nampaknya roti jala tu..siap ngan inti telo n kentang lg.

    ReplyDelete
  6. Roti jala Kak CT memang mencengkam jiwa raga.

    ReplyDelete
  7. assalammualaikum kak ct....
    macam lumpia basah kalau di indonesia kak...
    pasti sedap tu kak...^_^
    (mimie kadang tersenyum tengok kak ct dan suami. romantis sangat...^_^)

    ReplyDelete
  8. telor rebus dr kenduri kawin kalo x hbs boleh buat mcm roti jala kak ct ni hehehe...

    ReplyDelete
  9. Salam jumaat kak ct..sedap ni kak..kite pun suka roti jala ni..tpi nk buat kureng rajin sikit..cuti2 sekolah ni mcm2 menu nk buat...larat x larat je..kan...:-)

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum kak Ct..selamat pulang ke kampung ye...wah menarik lah buat roti jalan letak inti x payah lagi nak cicah2 same kuah kari...kira dah mcm kuih dadar belauk kan...

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum ..

    cantik je jala nye ..kreatif:)

    ReplyDelete
  12. Assalammualaikum...wah...x3..tengok gambar pun dah berselera dah ni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...