Tuesday, July 14, 2009

Apam Comel Inti Kelapa

Image Hosted by FileHive.com


Hai semua.... Hari ni aku buat Apam Comel Inti Kelapa yg resepinya aku ambik dari MyResepi.com. Tapi sebelum tu aku nak mintak maaf kat tuan punya resepi ni ya. Oleh kerana inti kelapa memang tak ada dalam simpanan jadi aku dengan beraninya meletakkan inti sembarangan jer kat dalam tu hehehehe. Tapi bolehlah, asal sedap masuk mulut dan boleh diterima oleh anak2 dan my laling juga :-) Apam ni aku buat guna dua acuan berbeza... separuh guna papercup dan separuh guna muffin cup huhuhu.. sebab stok papercup dah nak habis hehehe.


Apam Comel Inti Kelapa
Resepi dari MyResepi.com

Bahan-bahan:
3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum/tepung kek
220 gm gula halus
150 gm susu segar/UHT
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk.
2. Pukul dengan menggunakan mixer pada kelajuan maxima selama 6-8 min.
3. Bahagikan kepada beberapa mangkuk & titiskan pewarna mengikut citarasa.
4. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag ( atau beg plastik yang bersih).
5. Pipe kan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yg telah disusun didalam acuan.
6. Masukkan inti kelapa.
7. Pipekan lagi adunan yg berlainan warna sehingga 3/4 penuh.
8. Kukus didalam kukusan yg telah dipanaskan selama 10-15 min.

Bahan Inti Kelapa:
Kelapa parut
Gula merah
1 sudu teh tepung jagung - dibancuh dengan 1 sudu besar air
2 helai daun pandan - pintal

Cara Membuat Inti Kelapa:
1. Campurkan semua bahan dan masak diatas api kecil sehingga kering/masak.
2. Untuk memudahkan, inti boleh disediakan terlebih dulu dan bulat2kan.

Notes: Inti kelapa boleh di ganti dengan apa2 perisa filling atau jem.

16 comments:

  1. lawanya apam yg dlm muffin cup tu. mcm marble.kombinasi color pun sweet.
    pandai akak!!

    ReplyDelete
  2. Tembam2 comey jer apam Kak CT neh... boleh buat doorgift kenduri kawen nie..hehe

    ReplyDelete
  3. Ain...alah k.ct kan x leh tinggal ngan PINK hehehe so kalau boleh buat kuih or kek mesti nak selit pink color hehehe

    ReplyDelete
  4. Ijan...alah setakat nak buat makan bole lah kot. Tapi kalau ada yang tempah sure k.ct akan usahakan hehehe

    ReplyDelete
  5. amboii apam pinky..hehehehe
    kt uma ni kalo nk bt apam,x leh tepung 275gm CT,mmg le x cukup,slalu bt mesti setengah kilo,bt kecik2 jimat sikit dpt byk..hehehehe
    mmg lama x bt apam..huhuhu

    ReplyDelete
  6. memang comel apam akak.

    warna pink lagi ! kalu ada kat depan mata saya macam sayang jekk nak makan. Asik nak belek2.. nak cium2.. hahahah

    last sekali baru ngappp !

    ReplyDelete
  7. Lin...kalau lama x buat lah yang kena buat. apa kata petang ni gotong royong ngan ank2 buat apam hehehe

    ReplyDelete
  8. Linda yang mainsss.... kalau nak belek2 n nak cium2 baik letak dalam almari hahaha. tapi k.ct suka sgt PINK nape erk sebab cun kot hahahaha

    ReplyDelete
  9. wah!!..rasa nak mencuba lah pulak bila tengok kecomelan apam ini...hehe

    ReplyDelete
  10. Salam, memang comel,n cun. macam sayang pulak nak makan. Cantiknya. Geramnya. Cantik betullah. Geramnya. Berapa kali nak cakap da. Tapi memang geram. kalau buat untuk b day anak gerau mesti diaorang suka.

    ReplyDelete
  11. zana....apa lagi yang ditunggu...moh ler buat boleh buat minum petang kan :-)

    ReplyDelete
  12. salam Geraugebang... memang comel secomel baby gerau tu kan..cute nya dia sukaaa :-D

    ReplyDelete
  13. hai..best nye kalau ada org tolg buatkn...dalia tinggal makan je...hikhik..(dasar pemalas tul...huhuhu)

    ReplyDelete
  14. wow cantiknya terutama yg bentuk swirl tu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...