Tuesday, October 18, 2011

Kuih Lapis Kacang Hijau




Assalamualaikum.... Apa khabar semua? Alhamdulillah... bersyukur kerana CT diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan rutin seharian seperti biasa. Semoga teman2 CT semua begitu juga hendaknya ye. Hari ni CT muncul dengan menu Kuih melayu. Menu ni simple je dan nak menyediakan pun tak ambil masa yang lama sangat. Tak sempat nak begerak dari depan periuk kukus ni kuih dah sedia masak. Haaa...memang betul kalau tak percaya sila cuba resipi kuih lapis kacang hijau ni.

Selalunya kalau CT buat kuih lapis hanya mengunakan tepung gandum. Tapi yang ni ada sedikit penambahan pada adunan ni, iaitu mengunakan sedikit tepung kacang hijau. Memang sedap dan kelembutannya pun jelas terasa. Resipi asal dari sebuah majalah Rasa tahun 2009. Itu yang CT tahu sebab CT ambil resipi ni dari blog AnaWahid. Dok selongkar2 blog Ana terjumpa resipi ni, terus salin tanpa menunggu lama. Terima kasih daun keladi buat AnaWahid lain kali boleh buat lagi, sebab stok tepung kacang hijau ada banyak...hehehe.

Okey jangan menunggu lama2 silalah mencuba memang berbaloi. Cuma CT mengunakan acuan kuih lompang yang kecil. Jadi nampak kecik sikitlah kejadian kuih ni. Tak apa lain kali nak cuba dalam loyang pulak. CT copypaste dari blog Ana jer, apa lagi tunggu... jom cuba try test :)


Kuih Lapis Kacang Hijau
Resipi : AnaWahid

Bahan-bahan :
150 gram Tepung Beras
100 gram Tepung Ubi
50 gram Tepung Kacang Hijau
1 liter santan pekat
150 gram Gula
50 ml Air
Secubit garam
1 helai daun Pandan
5 pewarna yang berlainan

Cara-cara :
1. Masukkan gula kedalam periuk bersama air dan daun pandan, masak sehingga gula hancur dan sejukkan.
2. Sementara itu, panaskan pengukus dan acuan/loyang. Satukan semua tepung dan ayak tepung tadi kedalam sebuah bekas.
3. Masukkan air gula, secubit garam dan santan kedalam tepung tadi dan kacau sebati dan tapis.
4. Bahagikan adunan tadi kepada 5 bahagian dan setiap 1 diwarnakan dengan warna yang berlainan.
5. Kukus setiap lapisan diantara 2-3 minit, dan ulang kesemuanya sehingga habis.
6. Lapisan terakhir kukus selama 10 hingga 15 minit. Sejukkan dan barulah boleh dipotong atau dikeluarkan dari acuan. Siap!

* Kalau gunakan acuan comel2 macam CT, kurangkan masa kukusannya *




14 comments:

  1. as-salam kak ct
    kak ct cantik warna lapis kacang hijau tu..kombinasi warna yang tepat..

    ReplyDelete
  2. salaam ct. lama tak dengar kabar.
    cantik tu kue lapis. Nanti bundo nak selongkar almari dapur kot kot ada tepung kacang hijau lagi.
    semuga ceria harini ct...

    ReplyDelete
  3. Ct nampak cute sangat kuih lapis kacang nie. Haha lama saya dok intai kuih nie dan teringin pulak nak rasa. Suka de.ngan kecomelan nya

    ReplyDelete
  4. rajinnya kak ct melapis....
    cantikk sangat kuih lapis tu...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum CT cayanggg...amboiii rajinnya dia wat kuih lapis kcg ijo pulak...kalerpul gitu...i liiiikeee...ada lg x nih? Nak sarapan sini laaa :)..muaaahh!

    ReplyDelete
  6. Selamat pagi Kak CT
    comei2 je nampak kuih lapis tu,senang pulak bahan2nya kan? boleh la try ni.

    ReplyDelete
  7. Slmt Pagi CT...
    diharap CT n family disini sihat2 belaka :)
    Lama mama tak BW disini..
    Aduh berkilat mama tgk kuih lapis kcg hijau.. rajin betul CT melapis dlm acuan yg kecil2 :)

    ReplyDelete
  8. comeynya kuih lapis Ct tu... berkilat2 pulak tu, mesti best ni... terlior dibuatnya

    ReplyDelete
  9. Salam CT...
    Wah! macam bejanji lak kita ni...kak cek pun buat kuih lapis kacang hijau semalam..lum sempat lagi nak post entry....teringin lak nak makan...buatla sikit tuk lepas hajat...he he...tapi memang suka kuih ni...ada rasa kuih koleh kacang...:D

    ReplyDelete
  10. cantiknya kuih lapis kacang hijau tu... warnanya pun sangat menarik, kreatif sungguh Ct yea... tapau seketul boleh ...

    ReplyDelete
  11. salam ct,hari ni akak pun teringin gak nak melapis..tapi byk pulak bahan yg takde..keledek dah rebus dah tu..tgk2 tpg ubi takde.tpg beras takde..haiissshhh..takkan nak guna tpg kastad pulak kan?

    ReplyDelete
  12. cantiknye lapisan color2 tu, lama xmakan kue lapis ni.. hehe

    ReplyDelete
  13. bahan2 mudah dapat, semua dah ada...tapinya banyak betol santan pekatnya...huhuh....nantilah ni..kne tengok kerajinan dulu. kak ct buat comel sangat....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...