Thursday, May 31, 2012

Ayam Goreng Lemon


Assalamualaikum... Salam manis, salam ceria dari CT buat semua teman-teman yang tak jemu-jemu berkunjung ke Dapur CT. Hari ni CT tak update kuih muih seperti biasa ye. Untuk resepi hari ni, CT nak berkongsi menu lauk-pauk pulak iaitu resepi Ayam Goreng Lemon. Sebenarnya menu ni CT buat, juga atas permintaan seseorang sama seperti menu semalam, jadi jangan mintak ye, sebab dah lama habis dah hehehe. Apa pun, menu ni memang sesuai untuk hidangan makan tengahari atau pun makan malam. Resepi menu ni amat mudah penyediaannya dan tidak banyak ramuan seperti lauk-pauk berempah yang lain dan tak susah untuk mencari bahan-bahannya. Kebanyakan bahan-bahan yang digunakan memang dah sedia ada didalam peti sejuk kita setiap masa. Asal saja ada ayamnya memang boleh jadi terus, tapi kalau tak ada tu, ehem ehem dah tak reti ke nak membelinya dulu hehehe. Untuk CT pulak, stok ayam tu memang sentiasa ada aje dalam peti sejuk tu. Sebab setiap minggu CT akan beli sekurang-kurangnya 2 ekor ayam sebab ayam adalah menu wajib anak-anak bujang CT. Kalau tak ada ayam, memang tak berseleralah anak-anak CT tu nak makan. CT dan suami hanya menumpang makan sikit-sikit ajelah hehehe.


Menu Ayam Goreng Lemon ni, resipi asalnya adalah Ayam Kasturi yang CT ambil dari fotopages Kak Hanieliza. Tapi telah CT tukar resepi Ayam Kasturi tu kepada Ayam Goreng Lemon dan CT tambah sedikit bahan lain dalam resipi ni. Maaf ya kak Liza sebab mengubah resepi mengikut selera CT jadi kenalah tambah sikit-sikit mana yang patut hehehe. Resipi asal Kak Liza mengunakan isi ayam, manakala CT pula menggunakan ayam yang dipotong kecil-kecil. CT perap ayamnya dahulu sebelum digoreng setengah masak dan diperahkan dengan jus lemon. Walahhh... sangat-sangat sedap sampai suami pun puji sedap juga. Terima kasih Kak Liza kerana berkongsi resipi yang sedap ni. CT akan ulang buat lagi dilain kali kerana permintaan amat tinggi dari anak-anak dan suami. Ada 3 rasa dalam hidangan CT ni, masam dari jus lemon sedikit rasa manis dari gula dan pedas dari cili padi tu. Memang sedap, teman-teman harus cuba resipi ni OKEY hehehe. CT cadangkan hidangkan menu ni ketika ia masih panas dan digandingkan dengan sayur-sayuran goreng atau sayur pilihan yang lain.


Sebenarnya CT dah sedikit jemu nak makan ayam. Apa tak nya, sebab hampir setiap hari CT masak ayam aje. Anak-anak CT ni kalau tak ada menu ayam, tak kiralah dimasak apa pun payah sikit diaorang nak makan. Kiranya waktu makan tu selera berkurang sikit kalau tak ada ayam berbanding kalau ada menu ayam. Bila ada menu ayam aje, nasi tu mesti penuh dalam pinggan. Tapi kalau tak ada ayam, leper aje nasi tu dalam pinggan hehehe. Entah kenapalah agaknya anak-anak CT tak gemar makan ikan berbanding ayam, padahal ikan adalah sumber protein yang banyak dan tinggi.


Menurut apa yang CT pernah terbaca, kalau dalam menu harian kita selalu menghidangkan ikan, maka kita memberikan sumbangan yang tinggi pada jaringan tubuh kita. Kadar serapan protein ikan juga lebih tinggi berbanding daging lembu, ayam dan lain-lain. Malah ikan sering disebut sebagai sumber makanan untuk kecerdasan otak. Apa pun, oleh kerana anak-anak CT lebih sukakan ayam maka terpaksalah CT turutkan. Asalkan anak-anak CT berselara nak makan apa yang diaorang suka, CT ikutkan ajelah. Kalau tak diturut nanti, kurus meledinglah anak CT tak cukup makan hehehe.


Tapi kannnn... nak cakap jugalah CT pun memilih juga bila makan ikan tau. Contohnya, ikan sungai atau juga dipanggil ikan air tawar atau ikan darat. Ikan-ikan tu CT tak makan tau. Dan ada sesetengah ikan laut pun CT tak makan juga. Entah kenapa ikan-ikan sungai tu tak boleh masuk dalam mulut langsung, rasanya sebab dari dulu masa bersama arwah Mak CT, memang Mak tak suka makan ikan sungai jadinya CT pun terikut-ikut jugalah tak suka makan sampai sekarang kot hehehe. Bila nak makan menu ikan kat luar tu, CT akan tanya dululah kat peniaga tu ikan apa, kalau macam pelik aje memang CT tak akan ambillah hehehe. Pasal tu lah agaknya anak-anak CT langsung tak suka makan ikan apa pun. Menurun dari mama dia agaknya. Oppsss! Okey dah jauh melalut dari resipi Ayam Goreng Lemon ke ikan pulak dahhh hehehe. Jika ada yang ingin mencuba resipi ni atau nak lihat resipi asal dari Chef Hanieliza boleh tengok di Fotopages Kak Liza ya. Sampai jumpa lagi, salam manis dari CT senyum-senyum selalu. Daaa....


Ayam Goreng Lemon
Resipi : Chef Hanieliza
Di Olah : Che CT

Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam - dibersihkan dan potong kecil-kecil
1 biji lemon - ambil jusnya
1/2 cawan air
Kunyit serbuk
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
4 biji tomato - belah 4
Minyak untuk menumis
Secubit garam dan gula

Bahan tumbuk kasar :
5 biji cili merah
3 biji cili hijau
8 biji cili api
1 labu bawang besar
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara-cara :
1. Cuci bersih ayam dan gaulkan dengan serbuk kunyit, serbuk lada hitam dan garam, perap sebentar kira-kira 10 minit. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam 1/2 masak dan toskan minyak dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bahan tumbuk kasar atau lebih mudah masukkan dalam food processor dan blend sekejap.
3. Bila dah layu dan wangi masukkan ayam dan air. Kacau rata, biar ayam lembut dan serap rempah.
4. Bila ayam telah lembut masukkan jus lemon, tomato dan gaulkan rata.
5. Perasakan dengan garam jika perlu dan sedikit gula kacau rata dan matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat.


18 comments:

  1. Salam CT.bunyi macam anak2 kak ros pulak...asyik nak makan ayam je...nasib baik tak berkokok. sedap ayam ni kan??

    ReplyDelete
  2. salam Ct,sama lah anak2 akak jugak tk suka ikan sedangkan ikan lebih banyak khasiat dari ayam,tapi apa nak buat hari2 kena masak ayam mmg dah jadi wajib lah pulak ada hidangan ayam boleh lah try resepi ni nampkak ringkas dan sedap ni..

    ReplyDelete
  3. salam kak ct

    ya allah sedapnya, dahlah tina pun mmg suka ayam, karang kat ofis nak copy resepi ni terus print, inshaallah malam ni boleh lah try hehe

    ReplyDelete
  4. Salam CT..mesti cuba ni,sama la kita,anak2 iza pun suka ayam,tapi ikan pun tak tolak tepi punya,siap meratah lagi,memang iza galakan makan ikan pada anak2,x kira yg darat ke,atau laut, sume bedal je...

    ReplyDelete
  5. asslm Kak CT...wah sedap nmpk menu tu...masuk list dlu resepi ni...tq...

    ReplyDelete
  6. wah..menariknya kak :)

    anyhoo, saya ade post blog akak kat page saya... heee :) sudi2 jalan2...

    http://munmun-licensetocook.blogspot.com/2012/05/masterchef-malaysia-season-2.html

    ReplyDelete
  7. As-salam CT...
    Cik June baru cadang nak masak Butter Prawn yg ditayang di Chef Dapor Sendiri...Che CT dah tayang resipi Ayam Goreng Lemon pulak.
    Samalah...ayam memang makanan kegemaran anak-anak cik June.
    Dia orang tak suka makan ikan sebab banyak tulang, kata mereka...hehehe
    Anyways...thanks 4 sharing the recipe.

    ReplyDelete
  8. As'salam Kak CT sayang ....

    nampak menarik dan sangat simple resepi nie. Nina dah masukkan dlm list, nanti nak cuba ;))

    ReplyDelete
  9. salam kak Ct.. simple dan sedap! tun suka msk ayam. sbb kalau ikan tu susah betul nk fikir menu. hihi..

    ReplyDelete
  10. hmmm...tengok rsipi dah tau memang sedap...fnf suka juga masak ayam mcm ni... bhn2 tumis ditumbuk aje... tapi versi kak ct ada lemon...next time fnf nak perah lemon jugak ^^

    ReplyDelete
  11. Salam Ct,
    Nampak sedap dan boleh masuk list lah sebab ayam ....arrrh tak sabar nak rasa .

    ReplyDelete
  12. Assalam ct, waduh sedapnya ayam goreng lemon mu itu..
    kita tengok dah dapat rasa keenakkan lauk ct ni..pasti anak2 pun suka ya ct..almaklum ler AYAM..hehe

    ReplyDelete
  13. Selamat petang Ct,
    banyak juga resepi Chef Hanieliza Amie dah cuba, kebanyakannya simple dan mudah tapi hasilnya sedap2 belaka!
    Memang betul apa Ct katakan tentang ikan, sebab dalam al-Quran juga disebut supaya memakan daging yang lembut (dari laut) maknanya ikan,
    Anak-anak Amie pun lebih suka ayam dari ikan, tapi beberapa tahun kebelakangan ini memang Amie kurangkan pengambilan ayam dalam hidangan, hanya 2 atau 3 kali seminggu, yang selebihnya Amie hidangkan ikan.

    ReplyDelete
  14. As salam KCT
    ni lah padah nye bila ur too busy to BW waktu siang and bila malam malam gini BW membuat perut ku grap grub.. grrr.. habis.. malam ni sure tak leh tido dgn lena

    ReplyDelete
  15. assalam k.ct
    tgk ayam goreng lemon ni teringin plak nk cuba..msti sedap mkn gitu je pun dah cukup nih

    ReplyDelete
  16. ayam tu mmg nampak sgt menyelerakan ler akak... nmpk sedap sesangat tau... sukanya kat resipi nie

    ReplyDelete
  17. mmmmm...sedap nian, tiba² saya merasa laparrr...really nice picture.

    ReplyDelete
  18. JALAN2 JUMPE BELOG NI, cari resipi ni, terus follow belog ni, menarik!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...