Monday, May 21, 2012

Lemon Pound Cake


Assalamualaikum... Salam ceria dan salam manis buat semua teman-teman CT. Rindu kat semua dan rindu juga kat blog kesayangan CT yang satu ni, Dari Dapur CT. Sebabnya? rasa macam lama sangat CT tak menjengah dan mengupdate masakan CT disini. Itulah jadinya kalau guna broadband disebabkan oleh kuota 5GB sebulan dah habis guna. Bila dah habis tu masih boleh online cuma speednya alahai sempuuuuut sangat, jadi lupakan ajelah kalau nak update blog sebab kalau nak upload gambar memang tak lepas le jawabnya. Selalunya CT guna sampai cukup sebulan pun okay lagi, tapi bulan ni baru setengah bulan je dah habis guna. Bila CT siasat, rupanya anak dara CT tu yang dok perabiskan. Dia dok download movie memanjang. Patut la pun abih! Lepas ni nak kawal ketat-ketat. Huh ! geram! hehehe.


Apa pun, CT nak mintak maaf pada semua teman-teman CT, sebab tak dapat nak singgah blog macam selalunya sepanjang seminggu yang lepas. Kalau dapat singgah pun 1-2 blog aje, itu pun kena tunggu 1-2 jam dan CT akan biarkan blog tu loading sampai habis dan CT siap bole buat kerja lain dulu lepas tu baru datang balik untuk CT baca dan komen hehehe. Ni dapat update blog pun sebab CT baru dapat tahu boleh guna booster plan untuk tambah data usage. Masuk kan RM10 dapat 1.5 GB, tapi itu pun cuma bole guna untuk 3 hari je. Lepas 3 hari akan slow semula. Kalau nak laju macam biasa, top-up lagi booster tu.


Untuk resepi pembukaan minggu ini, CT ingin kongsikan menu yang CT buat semalam iaitu resipi Lemon Pound Cake yang CT adaptasikan dari satu resepi minah saleh. Kalau dah namanya Lemon pastilah ada rasa masam. Kalau rasa lemon tu manis bukan lemonlah namanya tu betul tak. Resepi asal kek ini memang banyak mengunakan jus lemon, tapi CT dah olah sedikit untuk mengurangkan rasa masamnya. Maklumlah yang nak makan kek ni bukan CT sorang. Sudah semestinya resepinya mestilah mengikut kesesuaian pelanggan-pelanggan tetap CT iaitu anak-anak dan suami, jadinya penggunaan jus lemon tu kenalah dikurangkan sedikit. Tapi walaupun CT dah kurangkan sukatannya, tapi masih kuat lagi rasa masam lemonnya, tapi ditahap boleh diterima tekak dan yang penting, sedappp! kena puji diri sendiri sebelum orang lain puji hehehe.


Oh ye, perasan tak bentuk kek lemon ni? haaa... inilah dia salah satu acuan SM pemberian dari My laling CM untuk isteri terchenta dia hehehe. Ini pertama kali CT mengunakan acuan SM (silicone mould) ni, memang mudah, cantik dan berbentuk sikit kejadian kek tu, tidaklah bulat atau petak aje memanjang kejadian kek nya macam yang sebelum-sebelum ni kan. Dah macam jakun pulak maklumlah baru ni dapat mencubanya, sabor ajelah hehehe. Amboiii... jangan lupa daratan Che CT oii... dulu guna loyang pun menjadi juga kek awak tu hehehe. Tapi memang suka sangat-sangat sebab dah lama CT mengidam nakkan acuan SM ni tau. Bila lihat teman-teman dok tayang kek macam-macam bentuk adoiii... asiklah tenung renung sambil duduk diam-diam. Sambil tu pejam celik pejam celik aje mata ni hehehe. Tapi bila dah dapat apa yang kita hendak, rasanya hari-hari nak buat kek aje. Kak Ummi kata pada CT, acuan ni pun boleh juga diguna untuk buat bingka atau pudding. Okey jugak tu, tapi tunggu lain kalilah ya, CT akan buat juga nanti. Lagipun memang anak-anak CT memang tak berapa laju sangat dengan kek. Tapi kalau puding atau kuih bingka haa... yang tu laju banyak hehehe. Orang lain dah lama dok mengumpul SM ni, tapi CT baru nak mula. Tak apalah biar lambat asal adaaaa hahaha.


Berbalik pada menu CT hari ini iaitu resipi Lemon Pound Cake yang CT ambil resepinya dari blog minah saleh berbangsa Perancis. Resepi asalnya agak banyak sukatannya jadi CT dah tukar semuanya, dan telah dialih bahasa sekali. Terima kasih kepada En Google translate tu, senang sikit kerja untuk mengalih bahasa tu. Tapi ada juga masanya perkataan dan ayat yang google translate tu alihbahasakan tak tepat dan mengelirukan. Bila dah jadi macam tu, kenalah olah mengikut apa yang kita rasa betul dan pandai-pandai sendiri ajelah bila membuat mengikut resepi tersebut. Kebanyakan masa, resepi yang CT ikut tu menjadi dengan jayanya, Alhamdulillah. Inilah yang dikatakan berusaha jangan sampai putus asa, kelak kita pasti berjaya... yalah tuuu hehehe


Okey siapa yang nak mencuba, silakan. CT dah adjust sukatan semuanya supaya sedang-sedang sesuai,  tak berapa manis dan masam, tapi kalau rasa sukatan tu dirasakan boleh jadi terlalu masam, pandai-pandailah adjustkan lagi sukatan jus lemon dan gula tu ya. Lagi pun kreativiti dan sentuhan masak-masak ni bermula dari hati dan direalisasikan dihujung jari kita. Kalau rasa ada yang dirasakan tak perlu diletak, boleh dikurangkan atau tak payah diletak langsung. Okeylah, selamat mencuba ya teman-teman. Salam manis dari CT sampai jumpa lagi. Daaa....


Lemon Pound Cake
Resipi : Che CT

Bahan-bahan :
1 1/2 cawan tepung kek
1 sudu kecil baking powder
180 gm mentega - suhu bilik
1 biji parutan kulit lemon
4 biji telur A
1 cawan gula kastor
1 sudu kecil esen vanila
1/4 cawan susu segar
1/4 cawan jus lemon

Bahan Glaze
3/4 cawan gula icing - ayak
1 sudu besar jus lemon

Cara-cara :
1. Panaskan oven suhu kepada 180C. Gris loyang bulat 8 inci x 3inci dengan butter dan alas dasarnya dengan kertas minyak dan ketepikan.
2. Ayak tepung dan baking powder dalam mangkuk dan ketepikan.
3. Pukul mentega, gula kastor dan parutan kulit lemon dengan kelajuan sederhana hingga warna adunan pucat dan kembang selama 2-3 minit. Kikis tepi mangkuk adunan agar rata semuanya.
4. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga gebu. Masukkan esen vanila dan pukul lagi.
5. Dengan kelajuan rendah, masukkan adunan tepung bersilih ganti dengan susu dan lemon jus, diakhiri dengan tepung. Tak perlu putar terlalu lama.
6. Tuang adunan dalam loyang dan bakar selama 45-55 minit atau hingga masak. Uji dengan mencucukkan lidi, jika lidi keluar bersih tandanya kek sudah masak.
7. Sejukkan kek dalam loyang selama 15 minit, kemudian terlangkupkan kek atas redai kek dan biar kek sejuk sepenuhnya.
8. Sementara menunggu kek sejuk, pukul gula icing dan jus lemon dalam mangkuk kecil hingga licin dan tebal untuk membuat glazenya.
9. Renjis atau tuangkan glaze diatas kek. Hidangkan.


14 comments:

  1. Salam ct. Apa kabar. Lama tak menjenguk ct di sini. Ct pun nampaknya sibuk dan semakin 'glemer'. Tahniah diucapkan.
    mmm.. cantik bentuk kek tu. Gebu pula tu. macam nak bawa balik je sepotong.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum dan selamat pagi kak CT...salam rindu di angin lalu utk akak juga.hehe..

    Kalau citer pasal broadband ni kak,saya paham sangat*sambil tepuk lengan kak ct
    Akak tu ok lagi,sebab lebih usage dier slow kann..sy ni kak,belum apa2 lagi dah slow gimana tu?hee.. yg loading berjam2 tu mmg mcm tak logik tp tu laa hakikatnya kan kak kann..mcm xde keje lain la kalo nk nunggunya..jadi mmg BW mana yg mampu je...*kesat air mate ngan ujung lengan baju
    Jadi antara trick nya kak, disconnect kan dulu kalo ms dier lmbt loading tu,lepas tu connect balik..KADANG2 kalo nasib elok dia laju laa kejap sebelum slow balik.. ke x sama broadband kite nih kak? cer akak angkat sikit modem akak guna tu?
    hahahak.. <-nyibuk dtg umah org pepagi cite hal broadbnd :P

    Wuhh.. sedap lak nampak kek tu. Gebus gebass..bak sepotong kak..siap2 bawak air teh o panas sendiri ni ha.. 1 cawan je,akak nk minum gi wat sndiri ye..kikiki.. balik dulu ah kak,taknak tapaukan kek tu barang sebekas 2 ke?heee... sori kak ct,memekak je pepagi nih nyemak umah akak..jarang dpt tembus umah org mmg gini ler kekdahnya :D

    ReplyDelete
  3. salam Kak CT,
    issue biradband dah terover juga... sama aje lah kita nampaknya...
    tapi x pe... sebagai pengubat rindu Kak CT dah jamu Lemon Pound Cake.. cantik kuningnya kak.. part yg nampak garing tu yg sedap bangat...

    ReplyDelete
  4. Selamat pagi Kak Ct...
    hem..sedap kek tu...cantek pulak..dan yg pastinya gue akan terai jugak...

    ReplyDelete
  5. Salam rindu Ct... amboiii...kemain lagi dia dapat prezen sm dr laling yer...cantek keknya... gerenti sedap kan...?

    ReplyDelete
  6. Cantik dan menawan kek akak ni...yumm yumm! Nak few slices kak...can't stop drooling...hehe ;)

    ReplyDelete
  7. Salam Ct...kita pun paham bab broadband nie..hehe kita pun kena jugak kekadang line slow gila,,dok tunggu upload sampai terlelap.Kita pakai Evdo *wireless radio frenquency sebab kat rumah kita tak ada kabel. Jika hari hujan dia jadi macam Astro la...tergendala.
    Apapun kita suka dengan kek lemon awak nie dan comelnya acauan nie. Ct guna acuan silicon ke.

    ReplyDelete
  8. Assalam CT cayanggg...tu diaaa dah kuar dah kek dari SM...cantik, cantiikkk! Senang kerja kan, xyah nak gris, nak letak baking sheet segala kaannn...

    Tapi next time CT beli SM tengok buatan mana eh...sbb akak ada bercakap dgn toke kedai baking kat Ktn ni...hati2 beli SM seeloknya buatan Italy. Kalau buatan China tu siliconnya kurang kualiti dan sekiranya berlaku calar-calar pada silicon tanpa kita perasan akan memberikan tindakbalas merbahaya untuk kesihatan.. Nnt pesan kat En. Mat, tengok-tengok dulu ya CT. *Pesanan ikhlas penaja nih... ^__^, setakat yg akak diberitau setakat ni la, tp akak pun x boleh nak pastikan kebenarannya...maaf kalau akak tersalah yea CT cayang*

    ReplyDelete
  9. wah menawan kek ini..cantik bentuknya..betul tu ummi akak setuju..kena hati-hatikan al maklumlah dah berusia kan.

    pakai streamix laju tapi bila buat hal sakit hati gak lah siti oiii

    ReplyDelete
  10. salam Ct wah cantiknya kejadian kek tu tentu sedap jugak rasa nya,ooo kisah nya patut lah lama tak nampak Ct..

    ReplyDelete
  11. Salam kak Ct, hmm sllu saja nak singgah tapi tak berkesempatan sbb line mmg slow gilerr,hehe...hari ni agak ok sikit, so nak komen2 kek kak CT yg sungguh sedap ni, terliur melihatnya....

    ReplyDelete
  12. memang canteekkk bentuk kek kak CT,nampak glamerr laagii..ihiiksss..pandang kat struktur kek tu,nampak moist je, tentu sedap kan..

    ReplyDelete
  13. Mmg cantik kek yg akak buat nie... Kek lemon lg tu... Alahai!!!! Sedaaapnyaaaa tu akak ... Dapat bygkan keenakan nya ngan haruman lemon tu... Sedap2!!!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...