Monday, September 17, 2012

Ayam Goreng Berlemon


Assalamualaikum... Salam mesra dan salam 1 Malaysia buat pengunjung setia Dapur CT. Alhamdulillah... dapat lagi kita bersua bersama resepi CT hari ini, walaupun kekadang tu CT buntu fikiran tak tahu apa yang nak dimasak. Resepi Ayam Goreng Berlemon ni CT pernah membuatnya sebelum ni yang resipi asalnya dari Chef Hanieliza. Resepi mula-mula tu CT guna seekor ayam yang dipotong kecil, tapi kali ini CT guna isi ayam pula. Anak-anak CT gemar kalau ayam dipotong kecil-kecil begini sebab tak payah nak gigit buang tulang. Tapi CT pulak lebih suka kalau ada tulang sebab kalau ratah ayam yang ada tulang-tulang sikit tu lebih sedappppp! hehehe. Untuk resepi ayam ni, lebih lama kita memasaknya lebih meresaplah kuah lemon tu kedalam ayamnya. Aduiiii... telan air liur pulak dah kecur niii, ayamnya dah habis dah semalam... hahaha.


Tentang tahap pedasnya tu terpulanglah pada selera masing-masing ye. Kalau lebih tahan pedas, boleh tambahkan jumlah cili padi tu. Untuk CT pulak, memang dah tak tahan makan pedas-pedas sangat dah. Kalau CT masak lauk yang berlada atau bersambal tu pasti CT akan makan berulam air aje hehehe. Agaknya bila dah 'berusia' ni perut semakin nipis kot, tu yang bila makan pedas sikit aje mulalah rasa memulas semacam aje. Sok sek sok sek kat hidung pulak jangan ceritalah, kadang-kadang tu sampai terpaksa 'kemam' sedikit gula pasir dalam mulut untuk cepat hilangkan rasa pedas dalam mulut. Tak taulah petua mana tu hehehe.


Okeylah tak boleh celoteh panjang lebar untuk hari hari cuti-cuti macam ni, CT mintak berundur diri dulu. Jika ada yang belum pernah mencuba resepi ni silakan lah mencubanya ye, memang sedap lauk ni. Tapi itu kata selera CT lah, pada orang lain tak pasti pulak. Pendapat masing-masing tak sama ya tak. Okeylah sampai jumpa lagi, Insya'Allah. Salam manissss dari CT. Daaa....

Ayam Goreng Berlemon
Resipi: Chef Hanieliza Kamarudin
Sumber: Che CT

Bahan-bahan
:
1/2 ekor ayam - dibersihkan dan potong kecil-kecil
1 biji lemon - ambil jusnya
1/2 cawan air
Kunyit serbuk
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
4 biji tomato - belah 4
Minyak untuk menumis
Secubit garam dan gula

Bahan tumbuk kasar :
5 biji cili merah
3 biji cili hijau
8 biji cili api
1 labu bawang besar
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara-cara :
1. Cuci bersih ayam dan gaulkan dengan serbuk kunyit, serbuk lada hitam dan garam, perap sebentar kira-kira 10 minit. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam 1/2 masak dan toskan minyak dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bahan tumbuk kasar atau lebih mudah masukkan dalam food processor dan blend sekejap.
3. Bila dah layu dan wangi masukkan ayam dan air. Kacau rata, biar ayam lembut dan serap rempah.
4. Bila ayam telah lembut masukkan jus lemon, tomato dan gaulkan rata.
5. Perasakan dengan garam jika perlu dan sedikit gula kacau rata dan matikan api. Enak dimakan bersama nasi hangat.



14 comments:

  1. Assalamualaikum Ct,
    memang senang makan ayam tanpa tulang, tapi sedap lagi kalau ada tulangnya ye he he hehh...
    Pasal pedas tu kan Ct, Amie sentiasa sediakan air panas suam (lebihkan panasnya) kalau mengadap hidangan pedas, sebab bila kita minum air tu rasa pedas segera hilang berbanding minum air sejuk atau kemam sesuatu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'salam Amie :)

      betul tu kalau ayam yang ada tulang lagi sedap sebenarnya kan Amie, tapi tulang ayam bukan macam tulang ikan, senang nak asingkan hehehe

      Delete
  2. Kak Ct.. Miss you lama tak bersembang, kuih raya masih ada kah.. hehe
    melly sih kalo ayam pakai tulang atau tak ada tulang suka aja, apalagi kalo free.. hehe
    drolling lah kak liat ayam lemon nya.. kapan kapan mau buat juga ahhh.. slurrp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Melly :)

      alahhh...rindu banget sama Melly, blog sudah elok belom? mudah2an sudah bisa dibaiki ya. biskut raya tingga saki baki aje lah Melly hihi

      coba Melly emang sedap ayam goreng lemon ni.. :)

      Delete
  3. anak kak noor suka ni kalau ayam berlemon gini esuk pasti nak buat lah insyaallah sbb dah menawan hati akak tengok gambar2 Ct..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kak Noor :)

      Terima kasih Kak Noor, masih sudi singgah blog DDCT. kalau suka dan berkenan nanti bolehlah masak untuk anak2 ya Kak :)

      Delete
  4. betul kata noor. hidangan ct ni menawan sungguh. Pasti bundo nak buat.

    ct, bundo nampak ct dalam wanita. Makin glemerlah ct...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ibundo :)

      hehehe...SAJI bulan Oktober tu bundo dah beli ke belum hehehe. Memang sedap resipi dari chef liza ni, harap menepati citrasa bundo juga nanti ya :)

      Delete
  5. Oops silap tulis. Maksud bundo dalam saji.

    ReplyDelete
  6. salam rindu ctt cayaaang..waduh tgk gambo pn dh tau betapa mabelesnye ayam lemon tuh! telan air liur jer la pn doc kan..hehe!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'salam Pn Doc Inahar :)

      I miss you too *hugs* yalah selalu masakan yang melibatkan asam limau atau lemon memang sedapkan Ina, dok menaip ni pun telan2 juga air liur hahaha

      Delete
  7. Puan CT,

    aduhhhhh sedangnya tengok gambar tuh...
    insyallah malam nih nak cuba.

    ReplyDelete
  8. Salam kak CT
    lama tak intai dapur kak CT.wahh I like your blog header..sweettt...
    err..rasa cam nak masak ayam goreng lemon plak tgk gambo kak ct ni...ngencess dah..
    CnP wesepi ekk...tq..muahhh!

    ReplyDelete
  9. As'salamualaikum Kak CT cayanggg .....

    Terliur Nina nengoknyerr!! Yang paling menambat hati Nina
    ialah TOMATO tuk hiasan tu! Menarik tertarik~
    nampak rangup! Nina nakk >>>>> hehee

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...