Ayoyo.. kuih apam mekar dah keluar dah.. dan sangatlah mekar hehehe.. Cuma apam ni tak selembut macam yang aku biasa beli kat pasar tani tu.. yang aku beli tu lebih lembut. Mungkin kerana tepung yg aku gunakan agaknya. Tak apa lah lain kali kena cuba lagi sampai apam ni lembut macam kat pasar tani tu. Tapi yang ini pun dah ok gak, dan tersengih semacam jer kan hehehe.
Apam Mekar
Resepi dari Hanieliza
Bahan-bahan:
250 gm gula
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
200 ml susu segar
300 gm tepung gandum
1 sudu kecil ovallate
Pewarna biru dan purple
Acuan kertas
Cara-cara:
1. Panaskan kukusan
2. Pukul gula dan telur sehingga kembang dan gebu.
3. Masukkan essen vanilla dan pukul lagi.
4. Masukkan tepung gandum, susu dan ovallate. Pukul lagi sehingga gebu.
5. Bahagikan adunan kepada 3 mangkuk.6. Masukkan perwarna biru dan purple dalam setiap adunan dan 1 adunan lagi dibiarkan dalam warna asal.
7. Masukkan adunan dalam plastik piping bag utk setiap warna yg berlainan.
8. Picitkan serba sedikit setiap adunan berwarna kedalam acuan kertas.
9. Letakkan acuan kertas dalam acuan apam dan kukus selama 15 minit dengan api besar.
10. Bila telah masak, angkat dan biarkan sejuk seketika sebelum dihidangkan.
Nota:
Wah2..mekar nye apam tu senyum,,semekar bunga di taman..nape x de color purple....
ReplyDeleteSekali pandang mcm tanah liat lak ek..keh3x...nasib periuk x hangus,wakakakah
ReplyDeletelinn.. periuk hangus? hehe.. ni kalo jun dgn carneys baca ni mesti lin kene sentap nanti.. ayooo tak tau..kehkeh
ReplyDeletelin.. yg ct buat tu kan memang purple & biru. lin rabun warna ker atau memang rabun betul nie..kehkeh..
la apam rupanya kita ingat apa la tadi... dari blig kita nampak macam tanah liat jerk, dah la warna warni... :D
ReplyDeleteWah cantik je kuih tu tersenyum!
ReplyDeleteshay x kan k.ct nak letak tanah liat kat sini kot..hehehe
ReplyDeletetr kasih mamafahmi..ct pun baru first time buat apam tu mama..tapi next time nak cuba lagi kasi lembut lagi :-)
ReplyDeleteCT,,sy biasa niaga apam,,tp apam sy yg guna tapai dn eno..lg save budget dr resepi ni..mmg gebu dn lembut,,juga guna tepung beras bkn tepung gandum
ReplyDelete