Inilah kuih kesukaan aku time duk kat kampong zaman anak2 dara sunti dulu. Arwah mak memang rajin gak buat kuih walau pun sibuk dengan kerja. Kalau buat bukan sikit2 tau, tapi haa.. satu plastik tepung pulut mak kasi habis.. maklum lah adik beradik ramai. Buat kuih ni teramat lah senang, kalau tutup mata pun bole jadi. Tapi tutup sebelah je lah..hehe Tapi hati2 kang tertumpah lak tepung tu hehehe.
Kuih Getas
Resepi Original CT
Bahan-bahan:
250 gm tepung pulut
150 gm kelapa parut putih
130 ml air
secubit garam
Bahan untuk sira:
3/4 cawan gula pasir
1/2 cawan air
Cara-cara:
1. Campurkan tepung pulut, kelapa parut dan garam dan gaul sebati. Kemudian tambah air sedikit demi sedikit dan gaul adunan hingga menjadi doh.
2. Kepalkan bulat2 adunan dan dileperkan sedikit (saiz, ketebalan dan bentuk boleh dibuat ikut suka). Buat sampai habis.
3. Goreng hingga kekuningan, kemudian ketepikan.4. Untuk membuat sira, didihkan air dalam kuali kemudian masukkan gula dan gaul rata hingga pekat, berbuih dan bertali.
5. Setelah sira pekat, kecilkan api dan masukkan kuih yang telah siap digoreng tadi. Gaul kuih sehingga sira rata keseluruh permukaan kuih. Bila gula mula mengeras matikan api. Sedia utk dihidangkan.
suka kuih tradisional yg mudah2 nie..he..he.. nanti boleh try
ReplyDeleteanak2 suka kuih ni...nak buat pun senang...kan?
ReplyDeleteQistina kuih2 dulu memang sedap jer kan..nak buat pun x der lah susah sangat..bole lah mencubanya :)
ReplyDeleteBetul tu suzi..kat umah ni buat sikit memang x cukup. Lepas goreng terus jer ngap kan hehehe
ReplyDeleteO lin suke bt leper2 je CT..klu tebal2 bulat2 cmtu,liat semacam je nk gigit..hehehe
ReplyDeletex liat lah lin..ct buat senang jer nak gigit..CM pun cakap..kalau beli kenapa tepung dia ada keras.tu mesti dia campur ngan tpg gandum kot yang liat. ct buat pun leper2 gak..tapi dag grg di gemok lak hehee
ReplyDeleteLily nak tanya, air tu pakai yg suam2 ke air sejuk ... meletup tak masa menggoreng...? Kalau meletup nak kena pakai goggle ... atau topeng muka ...
ReplyDeletecikCT....tq..jumpa resepi getas-getas yg simple..ni yg rs nak buat ni..tq info...hehe
ReplyDeletetq & luv u so much, dr kecik suke kuih ni tapi puas cari & resipi tak jumpe. lepas husband tanya kat abg pasar malam tu baru tahu namanya kuih getas. thannnn i found this!
ReplyDelete!!! asyik2 org cakap kuih lidah !!!