Monday, March 2, 2009

Puding Karamel



Ni resepi utk entri yang tertangguh. Aku buat Puding Karamel ni Hari Sabtu yg lepas utk Majlis Tahlil kat rumah Retna. Sebenarnya hari tu aku buat Puding Karamel ni dan Kek Moist Chocolate. Tapi oleh kerana aku tak sempat nak snap gambor kek tu, aku publish entri utk puding Karamel ni jer ye. Resepi puding ni aku dapat dari blog Kak Jun.


PUDING KARAMEL

Bahan untuk Puding:
5 biji telur A
125gm gula
500ml susu cair
2 sudu besar tepung jagung
sedikit esen vanila

Bahan untuk Karamel:
100gm gula
(panaskan dalam loyang hingga cair keperangan, kemudian diketepikan)

Cara-cara:
campurkan telur dan gula, kacau hingga gula larut. Masukkan tepung jagung kedalam susu, larutkan dan masukkan kedalam telur bersama esen vanila. kacau rata dan tapis kedalam Karamel tadi. tutup loyang dengan cling film dan kukus selama 30min.

2 comments:

  1. Sebenarnye mmg x suke mkn karemel,sal tu la hrtu x kisah nk amik..cam rase telur2 dia tu yg x leh nk terima tekak..keh3

    ReplyDelete
  2. tapi karemal ni x lah rasa sgt telur dia lin..sesekali rasa mesti nak lagi.kalau nk buat yg x der telur pun bole :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...