Wednesday, March 4, 2009

Choc Puding With Lemon Filling



Separuh dari Kek Lemon yang aku buat semalam tu aku buat ler Choc Puding ni yg diambil resepinya dari blog Kak Jun. Aku pantang nampak resepi baru dari Kak Jun, terus jer aku berkobar2 nak mencuba. Dan terlebih2 lagi aku suka bila resepi yang kita buat tu menjadi dan anak2 pun suka makan. Terima kasih Kak Jun. Tapi Choc Puding Kak Jun cantik jer sebab Kak Jun gunakan bekas acuan kaca yg kecik2, tapi aku bantai guna bekas kaca yg besar. Hehe.. bolehlah asalkan menjadi dan sedap dimakan. Dan lebihan dari puding yg dituang atas kek tu, aku tuang dalam bekas kecik2 utk dimakan, tapi siang2 dah habis dikerjakan oleh Haqim. Resepi ni cam biasa lah yer.. layannn :-)


Choc Puding With Lemon Filling


Bahan-bahan:
11gm serbuk agar2
2 biji kuning telur
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
5 cawan air


Cara-cara:
1. Masak agar2 bersama gula hingga hancur.
2. Kemudian pukul kuning telur bersama susu cair dan masukkan kedalam agar2 tadi dan didihkan.
3. Selepas itu masukkan serbuk koko dan kacau hingga larut. Didihkan lagi sebelum diangkat.
4. Sediakan kek, potong mengikut saiz acuan yg disediakan dan tuang puding tadi ke dalam acuan berisi kek tersebut hingga menutupi kek.
5. Sejukkan dalam fridge sebelum dihidangkan.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...