Sunday, January 31, 2010

Popiah Kentang




Mari... mariii... sebelum habis jom ler menjamu selera dengan popia kentang yang panassss! Oppsss... sapa yang datang dulu dia yang dapat merasa, yang lambat sori dah habis hehehe. Buat popia ni untuk ahli keluarga tersayang kat rumah. Tu lah kesian kat kulit popia ni, lama sangat dok terperuk dalam peti ais. Apa salahnya aku buat2 rajin kannn... yang kenyang pun perut sendiri hihihihi. Resepi amik dari dapur Rinnchan, tapi ada buat tambahan sikit2 arr dari resepi tu. Harap Rinn tak kisah ya. CT C&P jer ya Rinn :DD



Popia Kentang
Resepi dari Rinnchan

Bahan-bahan (untuk inti):
5 biji ubi kentang, direbus empuk, dibuang kulit dan dilecek
1 biji bawang besar, dicincang
2 biji bawang putih, dicincang
1/2 tsp serbuk lada putih
Secubit serbuk lada hitam kasar
1 sudu besar udang kering ditumbuk (CT tambah)
5 sudu besar daging cincang (CT letak 100 gm)
2 keping dada ayam potong dadu (CT tambah)
1/2 cawan bawang goreng (CT tak letak sebab suami tak suka)
2 batang kacang panjang hiris kecil2 (CT tambah)
1 batang carrot potong dadu kecil (CT tambah)
Sepokok daun saderi, dicincang
Sepokok daun bawang, dicincang
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak utk menumis
Kulit popia secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga layu. Masukkan lada putih dan lada hitam. Kacau seketika.
2. Masukkan daging cincang dan ayam. Masak sehingga air daging dan ayam kering. Perasakan dengan sedikit garam.
3. Masukkan carrot dan kacang panjang kacau sekejap.
4. Masukkan kentang lecek. Kecilkan api. Gaul rata semua dan tutup api.
5. Akhir sekali masukkan bawang goreng, daun saderi dan daun bawang. Gaul rata. Sejukkan seketika.
6. Sediakan kulit popia, isikan inti, gulung dan goreng. Boleh dimakan begitu sahaja atau dicicah bersama sos cili pilihan.


4 comments:

  1. assalamualaikum ct delima.

    kakchik nak tumpang makan boleh ke? banyak lagi nampaknya tu...

    terasa lama tak singgah di sini. last singgah pun masa ct tengah berkabung lagi. w/pun dah lambat, kakchik nak ucapkan takziah ya.

    semoga ruh arwah mendapat rahmat Allah SWT di sana.

    ReplyDelete
  2. kita lambat datang, mesti dh habis.huwaaaaaa!!!!!

    ReplyDelete
  3. Salam Kak CT comel,
    Cantik berseri popia kentang akak tue.. sayang pula nak gigit.hehhe

    ReplyDelete
  4. Aisey, ada lagik tak popiah kentang tu kak???

    Love lambat sampai hari nih...uwaaaa! ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...