Wednesday, April 18, 2012

Kuih Cucur Badak


Assalamualaikum... Salam manis, Salam mesra dan Selamat pagi. Tiga S untuk pagi ni ya... hehehe. CT harap semoga teman-teman CT semuanya sihat-sihat dan sentiasa ceria seperti CT di pagi ni, dan semoga keceriaan dan kesihatan yang baik buat kita kekal berpanjangan selamanya... Aminnn. Apa menu yang dihidang atas meja untuk insan-insan dirumah hari ni ye? Untuk CT, kuih Cucur Badak yang rasanya dah lama betul CT tak buat. Macam dipanggil-panggil pulak untuk CT buat kuih ni. Nak kata mengidam tu tidaklah. Entah macam tekak ni teringin sangat nak makan. Tambah pulak keledek yang dibeli tu masih ada berbaki, sayang pulak bila dibiar nanti sampai masuk angin dah tak sedap pulak.


Bila dah ada gesa nak makan sesuatu macam ni, baik jangan ditangguh, mesti nanti terbantut nak buat jika ditangguh-tangguh. Jadi, terus aje jalankan projek tak tunggu lagi dah... hehehe. Semua bahan ada diceruk Dapur CT. Kelapa parut pun memang sentiasa ada dalam peti sejuk beku tu. Jadi bila nak guna, hanya keluarkan dan biarkan diluar beberapa jam, lepas tu terus boleh diguna. Kalau nak kekedai tu malas sebab kena jalan kaki jauh tuuu hehehe. Jadinya beli lebih dan simpan dalam bekas dan letak dalam peti sejuk beku, senang.


CT suka kuih cucur badak ni. Dulu-dulu tak reti nak buat jadinya kita dok beli ajelah. Bila dah pandai buat sendiri ni lebih baik buat, untung dan banyak pula dapatnya. Tapi kalau setakat nak makan seorang aje tak payahlah buat, beli RM2 aje dah cukup kot... hehehe. Masa anak-anak CT makan, CT tanya juga kat anak-anak, kenal tak kuih apa ni. Semuanya geleng kepala aje, ye lah anak  zaman sekarang ni mana ada yang kenal kuih-kuih lama ni kalau bukan kita yang beritahu ya tak. Kiranya anak-anak CT baru sekali ni CT buatkan kuih cucur badak ni kot, kesiannnn... hehehe


Kalau dulu semua kuih muih satu biji dalam 20sen satu, sekarang mana nak dapat dengan harga macam tu. Bahan masakan pun semuanya dah naik. Jadi janganlah mengeluh kalau ada penjual yang jual kuih dengan harga yang tinggi ya. Kita kena tahu juga harga bahan-bahan masak sekarang semuanya dah naik harga. Jadi jangan cari alasan untuk malas nak buat kuih sendiri dilain kali, termasuk juga pada yang bercakap ni... hehehe.


Okeylah jangan buang masa dengan cakap-cakap kosong ya, kita terus pada resipi dibawah. Jika ada yang sudi untuk mencuba silakan, CT hargai sangat-sangat. Sampai jumpa lagi, salam manis dari CT. Daaa....

Kuih Cucur Badak
Resipi : Che CT

Inti Serunding Kelapa :
1/2 biji kelapa parut putih
4 biji bawang merah #
2 ulas bawang putih #
1 batang serai - hiris nipis #
6 tangkai cili kering - rendam seketika dalam air panas  - toskan #
1/2 inci kunyit hidup #
1/4 cawan udang kering - rendam sekejap dan toskan #
bahan bertanda # dikisar halus dengan sedikit air
Garam dan sedikit gula secukupnya

Untuk Kulit :
700 gm ubi keledek kuning
1 1/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung beras
Sedikit garam

Cara-cara :
1. Inti : Dalam kuali panaskan 1 1/2 sudu besar minyak masak dan masukkan semua bahan kisar kacau sebentar. Kemudian masukkan kelapa parut kacau lagi dan masak sehingga kering. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Sejukkan seketika.
2. Untuk Kuih - rebus keledek yang dibuang kulitnya sehingga 1/2 empuk bersama sedikit garam. Toskan dan lecek hingga lumat semasa panas. Ketepikan biar sejuk seketika.
3. Kemudian masukkan tepung yang telah diayak sedikit-sedikit dahulu kedalam keledek yang dilecek sehingga menjadi doh yang lembut.
4. Ambil doh sebesar bola ping pong kemudian leperkan dan masukkan 1 sudu kecil inti serunding. Kemudian tutup dengan kemas dan tekan sedikit ditelapak tangan untuk bentukkan kuih menjadi sedikit leper.
5. Kalau adunan lembik sikit, tak apa sapukan sedikit tangan dengan tepung.
6. Susun kuih dalam bekas yang dialas dengan plastik agar kuih tidak melekat dan buat sampai habis.
7. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana dan goreng sambil dibalik-balik sekali sekala sehingga kuih sedikit perang keemasan dikedua-dua belah. Angkat dan toskan atas paper towel.

 



26 comments:

  1. waalikmuslam Ct amboiii cantik tu cucur badak,pagi2 tengok ni terliuq lah nnti boleh copy resepi nk buat terpernah buat sebenaq nya ni heheee

    ReplyDelete
  2. pagi2 tgk cucur badak... teringin nk mkn kuih-muih msia...kalo kt msia comfirm dah keluar pi cari kt kedai...huhu...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak ct....
    hmm..pepagi dah tergoda nengok cucur badak tu....
    sedapnya...

    ReplyDelete
  4. Salam CT...selamat pagi yang ceria ini. Lama nya saya tak masuk sini haha banyak terlepas dah. Apapun cucur badak memang sedap tapi tak menang tangan nak buat haha. Saya suka sangat dengan cucur badak nie.

    ReplyDelete
  5. asslm Kak CT...nmpk sedap sgt la kuih cucur badak tu...tringin la pulak sbb dh lma xmkn n jumpa kuih ni...

    ReplyDelete
  6. Salam pagi rabu CT...iza suka cucur ni,selalu nak makan,beli je.Iza x pandai buat intinya.Ni ada resepi boleh la try buat.mintak copy resepi ye CT

    ReplyDelete
  7. salam ct...
    pagi-pagi dah ada kuih ni.sedap lak nengoknya.sat gi mamak mai kena beli kuih ni.lepaskan teringin dengan kuih beli je.. la.nak buat tu lambat.. kena pergi kedai cari bahannya.

    ReplyDelete
  8. Assalam CT cayangggg....morning!! Weeee ada cucur badak, i liiikkkeee, nak nak yg CT buat tu, bila ntah dpt merasa air tgn CT..hehehe. Kalau yg beli tu mahal tp sedap ok gak kan..kalau x sedap x pasal2 kena caci dgn molot yg lapar nih...adeei..hehe. Ni pun kat dapur akak ada gak keledek ungu Cameron adik ipar bg..adeeeh jgn berakar dah laaa...haha...

    ReplyDelete
  9. Salam 3S CT... amboi!! ceria sungguh pagi ni yer... montok2 jer kuih badak CT tu...menggoda!!

    ReplyDelete
  10. Salam kak ct,
    sedapnya makan cucur badak nie kalau baru tos dari kuali..(eeh silap, mlecur la kalau gi tuu,maksudnya suam2..D)

    ReplyDelete
  11. As salam KCT
    Terang pemandangan ku hari ini.. Clear n nice pic! I likeee

    ReplyDelete
  12. Aslmkm Kak Ct..nak kopi secwan..kuih 4 ketoi yer..rajinl akak ni buat kuih

    ReplyDelete
  13. Pagi Kak Ct,ambo mau makan cucur badak..ada lg tak..

    ReplyDelete
  14. assalam CT...

    mintak cucur badak 2 ketul.... simpan utk minum petang.. hehe...

    lamanya tak buat cucur badak ni... suka sgt.. tp malas nak bikin intinya..

    p/s: kita dah try asam pedas ikan tongkol CT tu tau.. sedappp!! kuah asam pedasnya ada kelainan dari segi rasanya.. tapi tetap sedapp.. kita suka.. tak sangka ikan tongkol pun sedap dimasak asam pedas.. Tq ye resepi..

    ReplyDelete
  15. Ct,

    akak buat gak cucur badak sama dengan kuih gelang emas,tapi akak guna tepung ubi..ct guna tpung beras ni kuih susur tu garing tak kulitnya..akak pernah beli sedap sangat cucur badak org tu buat,kulit dia mcm garing tak basah ..

    ReplyDelete
  16. kak CT.. mmg barang2 mahal sgt skrg ni. kdg2 kesian jugak kat makcik2 yg jual kuih ni bila org ckp mahal. tp tu laa, kuih makin lama makin kecik, harga makin mahal. nk puas hati mmg kene wat sendiri kan.

    ReplyDelete
  17. Adoi... X tahan tengok coq badak nih.. Teruih lapaq aih..

    ReplyDelete
  18. Salam Che Ct....

    Wawawa shedapnyaaaaaa...kita sukee cucur badak ni...lagi2 klu luarnya kulit tu garing sedapkannnn...lg plak inti nya tu..adeiiii

    Mai le pindah sebelah uma kita Kak Ct..hehehe hr2 dpt sepiring kuih..kekeke ;p

    ReplyDelete
  19. Salam Kak CT..lama plak rasanya tak makan cucur ni...sedapnya buat sarapan

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum Ct,
    mesti dah habis ni kuih cucur badak tu sebab Amie sampai lewat petang ni... dal lama sangat tak makan kuih istimewa ni.
    suka makan yang penuh isi intinya, sedapkan Ct.

    ReplyDelete
  21. Assallamualaikum kak CT..

    Nak kak kuih cucur ni.. Naz setakat ni tak pernah lagi makan cucur badak yg sedap mcm mak Naz buat..Terutama tang inti dia tu.. Inti yg kak ct buat ni lebih kurang sama dgn inti yg mak naz ajar..Mesti best ni.
    Inti ni kan, Naz suka gak buat makan dgn nasi..sedappp...

    ReplyDelete
  22. sedapnya kak ct, peberet ni, tapi kalau beli kekadang susah dpt yg sedap, liat lah apalah

    buat sendiri jimat banyak kan, kuih ni boleh difrozenkan ke, kalau boleh lg bagus kan, buat sekali harung nak makan goreng sikit2

    ReplyDelete
  23. sedapnya cucur badak ni...suka bila inti kt dlm tu pedas2 ckit..

    ReplyDelete
  24. Malam malam baru sampai dapur nya kak CT, melly baru denger nama kuih ini, sangkain tadi badak di goreng..hehe

    kalo di sini kuih sebiji nya sekarang 40 cent, melly pun githu kalo mau makan kuih yg anak anak tak suka beli aja, abis kalo buat untuk di makan sendiri yg ada malas khan.. hmm nampak sedap lah kue ini, mau rasa 2 boleh... ? :D

    ReplyDelete
  25. Betul kata mbak Melly, cucur badak ternyata kue ubi goreng. Saya juga baru bikin tapi pakai campuran kanji namanya pilus. Tapi nampaknya enak punya Kak CT...gurih dan sedap!!

    ReplyDelete
  26. tertarik saya dgn resepi akak ni sebab letak tepung beras...nanti kalau ada ubi boleh cuba...saya pun tak bleh makan byk sgt kuih ni sebab berangin badan..hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...