Assalamualaikum... Salam manis semanis madu buat semua pengunjung setia Dari Dapur CT. Alhamdulillah hari ini CT dapat bersua kembali menemui teman-teman dengan menu kuih kaswi yang sedap yang resipi asalnya dari Ciku Hafi MyResipi tetapi CT ambil resepinya dari blog Puan Izah Muffin Lover. CT olah resepi kuih ni menjadi dua lapisan dengan perisa berlainan dan jadilah resepi ni menjadi Kuih Kaswi Pandan berlapis Gula merah. Resepi asalnya kuih kaswi pandan saja. Biasalah CT ni suka mencuba sesuatu yang baru, dan membuat pengubahan sedikit dari segi rasa dan rupanya.
Kuih Kaswi ni antara kuih kegemaran CT sekeluarga yang CT suka ulang buat banyak-banyak kali. Mestilah CT nak buat menu yang anak-anak dan suami CT suka betul tak. Sebab merekalah pelangan tetap CT dirumah... hehehe. Kalau bukan suami dan anak-anak, siapa lagi yang akan habiskan hasil masakan kita ya tak... hehehe. Dan untuk sebab itu jugalah kalau dilihat dalam senarai Dapur CT pasti ternampak beberapa resepi kuih-muih yang seperti di ulang buat, tapi selalunya untuk resepi yang di ulang buat, CT akan ubah sana dan ubah sini sedikit resepinya untuk memberi kelainan. CT harap, jangan jemulah ye hehe.
Kuih kaswi pandan ini dah ramai jugalah yang mencubanya. Tapi untuk resepi yang CT buat ni, CT ubahnya menjadi kaswi pandan berlapis gula merah. Kalau ada yang ingin mencuba versi yang CT buat ni, silakan lah ye. CT gunakan gula merah yang warnanya agak gelap kehitaman sikit yang CT beli masa CT balik JB dulu. Gula merah yang dijual kat KL ni warnanya cerah keperangan dan kurang manis berbanding yang CT gunakan tu. Dan kalau rasa sukatan gula merah yang CT guna tu macam banyak sangat, bolehlah dikurangkan mengikut selera masing-masing.
Okeylah, kita terus pada resipi dibawah ni ya. CT letakkan resepi untuk kedua-dua adunan yang berbeza tu. Kalau ada yang ingin buat versi pandan aja pun boleh, nak buat dua adunan yang berlapis pun boleh, ikut selera masing-masing ye. Sampai jumpa nanti, salam manis dari CT. Daaa....
Kaswi Pandan Berlapis Gula Merah
Resipi : Ciku Hafi MyResipiDi Olah : Che CT
Adunan Pandan :
1 cawan tepung gandum1 cawan gula pasir
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar tepung beras
2 cawan air
1/2 sudu kecil pandan emulco
1/2 sudu kecil pewarna hijau
1 sudu kecil air kapur
Adunan Gula Merah :
1 cawan tepung gandum1 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar tepung beras
1/2 cawan gula merah #
1/3 cawan gula pasir #
2 cawan air # - # masak hingga gula larut dan tapis. Sejukkan sebentar.
1 susu kecil air kapur
1/2 biji kelapa parut putih
sedikit garam
Cara-cara :
1. Didihkan air dalam periuk kukusan. Sapu sedikit minyak pada loyang dan alas dengan plastik bersih dan lebihkan sedikit untuk memudahkan kuih dikeluarkan nanti. Panaskan loyang sebentar dalam 5 minit.
2. Satukan semua adunan pandan dalam mangkuk kacau rata dengan whisk atau boleh juga diblend hingga halus kemudian tapis. Buat adunan gula merah juga seperti adunan pandan dan ketepikan dahulu.
3. Tuang adunan pandan dalam loyang 7 inci dan kukus selama 15 minit dengan api sederhana. Bila adunan dah masak, cakar sedikit dengan garfu atasnya dan tuang adunan gula merah perlahan-lahan diatas adunan pandan tadi.
4. Balut penutup kukusan dengan kain bersih agar air tidak menitik atas kuih nanti. Dan Kukus lagi selama 15 minit. Bila dah cukup 15 minit buka tutup kukusan dan biarkan adunan dalam 2 minit lagi. Matikan api, angkat dan sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong dengan mengunakan pisau plastik.
5. Kukus sebentar kelapa parut dan gaulkan bersama garam sehingga rata. Kemudian bolehlah dihidangkan bersama kuih kaswi tadi. Selamat mencuba :)
Salam kak CT! kita dtg pagi2 lagi niii kat sini belum pukul 6 lagi hihihi... kuih kaswi pun kuih kegemaran kita tp cuma satu resepi ajer yg bertahta kat hati kita, kita ni pun bab2 kuih cerewet sikit, eh? cerewet byk hihihi... lagi2 kuih kukus yg mkelibatkan telur, mmg lomahhhhh sikit lah sbb kita tak suke bau hamis telur :D cerewets kannnn :D
ReplyDeleteAs'salam kak Ct comel...hrp sihat hari ni wahhh ada biat kuih kaswi yeee belapis pulak tu...kuih2 yg ramai geng suka ni...mkn tampa kelapa pun sdp kan Kak...mcm kita ni mkn sama kelapa lg terasa lemak nya...
ReplyDeleteAssallamualaikum Kak CT..
ReplyDeleteNak kuih tu Kak.. Suka kaswi gula merah atau gula Melaka. Naz pun suka guna gula merah yg gelap warnanya cam ni..
Kak, pinggan akak tu, nostalgia la.. Pinggan tu Ada kat umah mak Naz di kg.. Sama bunganya..
Salam Ct cayang...rindu laaa... sedapnya tgk kuih kaswi lapis tu... baru2 ni gee ada buat tp terkeras sgt...frust dibuatnya... takpelah mintak kaswi CT je la yer....
ReplyDeleteSalam kak ct...kuih kaswi...sedap tu..iza memang peminat kuih tradisi ni...selalu beli je..ni dah ada
ReplyDeleteresepi,nak try gak.Izin ambik resepi ye kak ct.
Salam Kak Ct..
ReplyDeleteSama la dgn kat uma ni, kuih kaswi mmg peberet, suka tang kenyal2 tu kann...
Selalu beli jee, sekali dua je rasanya prnh buat, budak2 ni klu buat seloyang suka makan 2-3ketul je, tak suka mkn berulang, so beli je leee rm3 dapat 12 ketul..huhuhu
Bagusnya klu berjiran dgn kak Ct, mesti kenyang selalu hehehehehe
dua dua rasa ada kan.. cantik la... memng kalau ada tukang makan bersemangat buat kuih kaswi ni kan kak.. budak2 suke kaswi letak dlm bekas lompang tu. lebih comle gamaknya dari dipotong. :-)
ReplyDeletesedapnya kuih lompang...lama betul dah x makan. Kalau rasa teringin mas beli je huhuhu....
ReplyDeletecantik sangat kuih lompang kak ct, yg berlapis tu sekali pandang mcm agar2 plak hihihi....
dabel flavor gitu...tapi undian saya tetap yg cekelat cm ai tu...tapi alang2 akan dh ulur yg ijau gak, saya no hall punye...
ReplyDeleteAssalam CT cayang...amboiii berselera terus tekak akak tengok kuih kaswi lapis nih...akak dua2 kalau bagi, akak tibai sakan...dua2 perasa akak suka...cantiikknyaaa potongannya, dh rupa kuih talam jer...bila la nak mengukus kuih ni...
ReplyDeleteasslm Kak CT....sedap nmpknya kuih kaswi tu...ade 2 rasa lagi....
ReplyDeletedah lama beli acuan kuih ni...tapi belom terbuat lagi...bes jugak buat lapis2 ni..
ReplyDeleteAs'salam Kak CT...
ReplyDeleteApa khabar? Moga sihat walafiat hendaknya..
Cantik dan menyelerakan kueh kaswi kak CT. Terliur Nina ~~~
Dah lama nak buat tapi tak terbuat. Nina sibuk laaa kak, kebelakangan nie :(
Kak CT,,masih ada ngga kuih kaswi nya kalo ada nanti petang melly datang yah,kita minum teh kat Balcony nya akak, nanti melly bawa laksa sarawak deh nuat akak.. hehe
ReplyDeletekalau kuih2 mcm ni mmng kegemaranku...rasa nak wat skrng je..sedapnya...
ReplyDeleteSelamat pagi Kak Ct,tak sempat buat kuih kaswi...Rahel tumpang makan je kat sini yer..
ReplyDeletesukanya tgk gambar kastw CT yg atas skali tu.. letak dlm pinggan kangkong.. dok dlm nyiru atas lantai kayu... dah rasa mcm zaman dulu2 masa dok rumah kampong jer...
ReplyDeleteSalam Ct.nampak menarik kuih kaswi Ct buat dwi warna gini.kuih kaswi antara kuih kesukaan sbb suka kelapa muda yg salut di kuih tu...
ReplyDeleteassalam kak CT, sedapnya kaswi, lama tak mkn ni..kalau dpt kelapa fresh bestla saya dok sini kelapa kering jer la yg ada.
ReplyDeleteNampak kasuwi kat sini..Cik abg mmg suka bbenar kuih nie...
ReplyDeleteAssalamualaikum CT,
ReplyDeleteAmie tabiklah kat Ct Delima... memang tangannya dilahirkan untuk menggodek tepung dan menghasilkan segala macam kuih yang cantik dan sedap-sedap! Syukurilah bakat anugerah Ilahi itu... ecewah...
Ptg nie nk try buat kuih kaswi ni dan skrg tgh menunggu ia ya masak je...
ReplyDeleteSalam kak... kalau nak pakai pandan fresh (ganti kan pandan paste) mcmane aggarannya
ReplyDelete