Assalamualaikum... Salam ceria dan salam manis buat semua pengunjung Dapur CT. Doa CT buat semua teman-teman CT semoga semuanya sihat sejahtera dan berbahagia selalu tidak kira walau dimana pun berada, dan semoga kurniaan kesihatan yang baik akan membuat kita semua merasa gembira setiap masa, Insya'Allah.
Untuk resepi yang CT kongsikan hari ini iaitu Popia Kentang yang simple aje resipi nya ini, CT percaya dah ramai dah yang pernah membuat popiah yang mudah dan cepat nak disediakan ni kan. Dok main gulung-gulung dah pun siap. Tapi tak adalah sekelip mata aje dah boleh siap ya tak. Kenalah rebus kentangnya dulu dan buat sedikit rencah untuk menjadikan intinya sesedap rasa, kemudian barulah boleh digoreng sebelum boleh di ngappp! Untuk resepi popia kentang ni, banyak juga CT membuatnya. CT buat lebih-lebih dan simpan beku dalam peti sejuk, jadi bila nak makan tinggal ambil dan goreng aje, tak payah menunggu lama.
Sebenarnya CT agak rasa kurang mood dikala CT menaip entri ini. Malahan CT rasa gambar popia yang CT ambik ni pun macam kurang menarik di mata CT. Itulah jadinya bila kita buat kerja dengan mood dan emosi yang terganggu. Semuanya gara-gara pencurian gambar-gambar di blog CT oleh individu tidak bertanggung-jawab dan tidak mempunyai rasa malu dan menidakkan etika hak cipta intelek yang didedahkan kepada CT kelmarin. Walaupun CT cuba untuk tidak merasa marah dan cuba memberi sebanyak mungkin kemaafan kepada pencuri karya gambar CT yang tidak perlu CT nyatakan pengenalan dirinya di sini, namun sedikit sebanyak hati dan emosi CT masih terkesan juga. Untuk mereka-mereka yang tersebut, CT doakan semoga mereka diberikan hidayah supaya tahu menggunakan otak untuk berfikir mana yang betul dan mana yang salah. Dan semoga kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi kepada mana-mana individu yang lain di masa hadapan.
Okeylah kita lupakan hal tersebut dan berbalik kepada popia goreng ni. CT suka dengan resepi ni yang rangup diluar dan sedap didalamnya. Mula-mula tu, CT ingat resipi inti tu CT nak gunaka daging cincang, tapi dok selongkar dalam peti sejuk tu tak jumpa entah mana hilangnya daging cincang tu. Entahkan dah habis atau mungkin CT terbuang masa mengemas isi peti sejuk tu agaknya. Akhirnya adalah tinggal 4 keping ayam burger Ramly dalam peti sejuk tu, tup-tup idea datang, terus aje CT gantikan guna daging burger ayam tu aje. Dan hasilnya, sedap juga rasanya. Kesimpulannya, terpulanglah kalau ada teman-teman yang ingin mencuba resepi ini nanti samada nak letak isi ayam atau daging yang dicincang atau guna 'daging segera' macam yang CT buat ni. Atau boleh juga kalau nak gantikan dengan ikan sardin ke, manalah tahu lagi sedap kan. Tak salah mencuba sesuatu yang baru mengikut selera kita masing-masing betul tak. Asal saja kena dengan selera kita dan juga keluarga, apa salahnya mencuba ye tak. Hasil yang kita dapat terserah pada cara kita memasak. Lain tangan yang membuatnya, lainlah pula kejadian akhirnya.
Okeylah rasanya dah panjang lebar CT berceloteh dalam takde takde mood ni. Sebelum hilang mood yang dah sedikit okey ni, apa kata kita terus aje pada resipi dibawah ni ye. dan sekiranya ada yang ingin mencuba silakan. Sampai jumpa lagi, salam manis dari CT untuk teman-teman semua. Daaa....
Popia Kentang
Resipi : Che CT
Bahan inti :
5 biji ubi kentang direbus empuk - dibuang kulit dan dilecek halus
1 biji bawang besar - dicincang halus
2 biji bawang putih - dicincang halus
1/2 sudu teh serbuk lada putih
Secubit serbuk lada hitam kasar
3 keping daging ayam burger - suhu bilik dan cincang kasar
3 tangkai daun sup - dicincang halus
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak masak untuk menumis
Kulit popia secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga layu. Masukkan lada putih dan lada hitam. Kacau seketika.
2. Masukkan daging buger yang dicincang. Masak sehingga air daging kering. Perasakan dengan sedikit garam.
3. Masukkan kentang lecek. Kecilkan api dan gaul rata semua dan tutup api.4. Akhir sekali masukkan daun sup. Gaul rata. Sejukkan seketika.
5.
Sediakan kulit popia, isikan inti ditengahnya dan gulung kemas. Goreng
dengan api sederhana panas hingga perang keemasan. Angkat dan toskan
atas paper towel.
6. Hidangkan dan boleh dimakan begitu sahaja atau dicicah bersama sos pilihan.
Sos Popia :
5 biji cili merah - belah dua buang biji
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil cuka
Secubit garam
gula secukupnya
sedikit air masak - untuk blend
Cara-cara :
1. Masukkan kesemua bahan diatas ke dalam blender dan kisar halus
2. Boleh juga jika ingin dimasak atas api sebentar hingga mendidih sedikit.
3. Letak sedikit garam dan gula sesedap rasa, kacau sebentar dan angkat.
4. Hidangkan bersama popia goreng ketika masih panas.
4. Hidangkan bersama popia goreng ketika masih panas.
Salam kakak manis! ahh! kita lama tak buat popiah :D pdhal ada antu popiah kat rumah nii tp ya Allah! malasnyerrr nak buat inti dia :D popiah inti kentang ni dekat2 umah mak kita ada org jual inti kentang, inti yg sama dia buat utk epok2, sedap! tp tu ler kecikkkkkk jerr popiah dia jual :D
ReplyDeleteAssalam kak CT, hari ni terawal sikit terbang dapur akak.nk tido dah ni tapi nampak popia lapar lak rasa.sedapnya lama tak mkn popia..nanti simpankan saya sikit yer nk buat bf....hehe
ReplyDeleteSalam Ct...sedihnya kita baca catatan awak pagi nie. Insyallah ...sabar ye. Ct...kita dah cuba buat resepi olahan awak iaitu Ayam Kuzi..memang sedap sebelum nie saya pernah makan di rumah kenduri tapi tak tau nama apa. Bila dah buat dan rasa kuahnya barulah perasaan ohh inilah dia Kuzi.Tq Ct
ReplyDeletesalam k.ct... esok pagi saya nk try resepi popiah sedap ni... hehehe...big thnks kak...
ReplyDeleteas-salam kak Siti
ReplyDeletebestnye popiah.. esimple n yummiee :)
salam CT,sedap nya nampak popia pepagi ni siap dengan pencicah lagi nak minta jauh sngt kena buat lah gamak nya ni hehee
ReplyDeleteAlhamdulillah, CT dah reda. Sabar banyak banyak, sesiapa pun berada tempat CT akan merasai perkara yang sama. Tapi kita maafkan dia kerana mungkin dia tak tahu. Sebetulnya saya pun pernah jahil pasal ini dan hanya tahu selepas baca blog blog ni semua. Dulu saya tak ada masa nak baca blog dan tak tahu pun keujudan blog masakan.
ReplyDeleteSabor aje lah Kak CT... lagi dikenang, makinn sakit hati... try to forget & forgive, for d sake of diri kita..
ReplyDeleteBTW, gambar tu antopsss lah kak... popianya pun dah cukup mengancam jiwa raga.. especially sos cilinya tu..
Aduhhh...kdg2 rasa nak pelangkong jer org yg tak bermaruah tu kan CT... senang2 jer merompak hak orang lain... memang bengang... kalaulah ada kuasa dah lama gee sumpah diorng tu jadi katak... sabar ajelah yer CT... bak popis 2 batang...heeee sedap tuh
ReplyDeleteAssalam kak ct wah sedapnyer popia akak tuh..Baging bege mmg penyelamat time xda stok daging 2ayam kan kak,klo wat begedil pon best gak guna daging bege,hehe..Ala kak xda mood pon pic cantik sgt.
ReplyDeletePsttt kak ct,nmpk akak kat mingguan wanita ngan sudip n baju merah tuh,hehe..
Assalamualaikum Kak CT,
ReplyDeletepopiah mcm ni yg buat yatie lapar sangat pagi2 ni..kalau dpt rasa yg akak buat ni bestnya...makan sambil goyang kaki sama menyandar....fuhhh syiookkk abesss..
Salam Kak CT,
ReplyDeleteWaaaaah, ngiler aku kak membayangkan enaknya popiah kakak. Renyah kulitnya renyah dan isinya yang lembut...ditambah cocolan saus sambal, nggak tahannn!!
dapnyer kak... blk kije nih klu ader atas meja alangkah bahgianya rasa dijiwa... hahaha
ReplyDeleteSalam, Kak CT, bila semak senarai bahan inti tu dah terasa2 keenakannya.. lagilah kalau dah dibungkus dengan kulit popia, digoreng rangup, dicecah pula dgn sos yg masam manis pedas tu..
ReplyDeleteAs'salam Kak CT....
ReplyDeleteWalaupun kak CT berasa sedih dikala berduka lara tapi bg Nina gambar kak CT tetap menarik :)
Sabar yea kak ~~~
(Dia dah delete dah account dia kat FB.)
Anyway, Nina nak minta 3 ketul popia tuu buat minum petang nie~~
hehee . . .
(dah lamanyer tak makan popia...)
Assalamualaikum kak CT.
ReplyDeleteHopefully dah hilang rasa sedih. Kalau masih tak apalah.. slow2 hilangkan yer. Mmg ramai org yg tak tahu ssh payah org nak dptkan hasil yg cantik cenggitu pastu main amik ikut suka.. K.CT sabar banyak2 tau..
Dlm sedih semua tu gambar masih cantik :) Dun worry!
Tumpang tanya K.CT, kalau kita nak jadikan frozen step dia sama jer ker or ada kena put any extra ingredient or kena tunggu berapa lama baru boleh letak dlm fridge?
Assalam... Lama xmakan popia, sedap nengok ngan gambar yg cantik memikat selera hehehe.
ReplyDeleteSalam Ct..Janganlah bersedih kak CT ye....Resepi yg menarik ni,nak mintak resepinye boleh???...
ReplyDeleteasslm Kak CT...sedap kak popia ni...tp mesti dh abiskan lambat sgt spi ke sini...dh petang pon..hihihi...mcm biase simpan lg resepi dr akak...byknye QH kutip resepi dr sini...hehehe
ReplyDeleteCT, kalau dpt ni wat minum petang bestnya...nak nak dgn teh O...aiseeehh, mau habis 5 ketuii...akak mmg malas2 betul sekarang ni...hehe
ReplyDeletesalam kakCt, gigit jari je tgk nie, dah tentu enak..
ReplyDeletesalam kak ct
ReplyDeletedah lama kita x buat popia nie...letak inti apa2 pun mmg sedap kan..x pernah jemu makan popia..sikit kak...he hehee
cutenya popia akak ni...suke tgk...hihi..:)lame x mkn popia..teringin plak..huhu..mane nk cr ni..
ReplyDeletekemas ajee nmpk lipatan popia kak ct..kalo kite..ermm ade panjang ade pendek......da lame tak berpopia...bile laa nk dtg mood ni
ReplyDeletesalam ct... kuih popia antara kuih yg paling saya suka... popia kentang ni saya belum pernah try lagi... selalu saya buat popia biasa je... anyway saya nak mintak izin copy resepi ni ya... ada masa mesti nak cuba... nampak sedap sangat!!!
ReplyDeletebila tgk popia yg akak ct buat tu terus teringat permintaan irfan yg dah lama nak diana buat popia.. tp x buat juga smpi skg.. cuma p beli tuk dia jer.. ermm...
ReplyDeletecomel2 popia yg akak buat tu... cantik... :)