Assalamualaikum... Salam pagi Isnin dan salam ceria buat semua teman-teman CT semuanya, Alhamdulillah. Hari ni CT tak update hidangan kuih muih seperti selalu tapi CT update hidangan campak-campak dalam kuali aje hehe. Macam kurang sesuai untuk resepi ni diupdate pada pukul 6:30 pagi ni ek. Tapi tak apa lah ye, sebab bukan selalu CT dapat update lauk pauk yang CT masak setiap hari di Dapur CT, lebih-lebih lagi lauk yang berprofil rendah macam ni hehe. Tapi sekali-sekali tu apa salahnya CT kongsikan aje ye tak. Kot-kot ada yang malas nak masak hidangan berat-berat dan takde idea nak masak apa untuk lunch nanti, bolehlah juga buat hidangan campak-campak aje dalam kuali macam CT ni hehehe. Lauk Udang Rencah Goreng Cili Padi ni kalau dihidangkan dengan nasi panas dan digandingkan bersama ikan goreng dan lauk kegemaran yang lain pasti sedap dan dapat dinikmati dengan berselera sekali.
Resipi ini mudah aje, bahan-bahan pun sentiasa ada di dapur kita, namun terpulang pada selera masing-masing untuk mencampur dan menambah mengikut seleralah ya. Ini pun CT masak apa yang ada didalam peti sejuk CT aje. Namun bila dicampur itu dan ini nampak banyak pula ramuannya... hehehe. CT suka buat udang rencah goreng yang sedikit pedas dan CT lebihkan cili padi di dalamnya. Dan untuk hidangan pula, CT gandingkan bersama lauk lemak kobis yang juga dicampurkan kacang panjang dan tauhu di dalamnya.
Kalau makan beramai-ramai lauk yang simple macam ni pun boleh bertambah nasi berpinggan-pinggan tau. Kalau tak caye, ha cubalah... hehehe. Ini lauk permintaan dari My laling CM ni sebab dah lama tak makan udang rencah ni katanya. Kalau udang yang besar-besar tu suami CT dah kurang sikit gemarnya, tapi kalau udang yang kecik-kecik macam ni dia suka. Okeylah, tanpa membuang masa lagi, kita terus aje pada resipi yang mudah dan simple ni ya. Salam manis dari CT, sampai jumpa lagi. Daaa....
Udang Rencah Goreng Cili Padi
Resipi : Che CT
Bahan-bahan :
300 gm udang rencah - buang kepala saja dan cuci bersih
3 keping tauhu - dadu kecil dan goreng, ketepikan.
5 biji bawang merah - di hiris
2 ulas bawang putih - di hiris
5 batang lada hijau - dihiris
15 batang cili padi - di hiris (dikurangkan jika tak nak terlalu pedas)
1/4 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 inci belacan - bakar sekejap
1 sudu kecil pes asam jawa + 1/2 cawan air - kacau rata
Sedikit garam dan sedikit gula
Cara-cara :
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, goreng sebentar udang rencah. Bila setengah masak angkat dan ketepikan.
2. Dengan minyak lebihan udang tadi, tumiskan bawang, lada hijau, cili padi dan belacan hingga naik baunya. Kemudian, masukkan udang tadi dan goreng lagi hingga udang masak.
3. Masukkan air asam jawa dan tauhu goreng. Kacau lagi hingga rata. Masukkan serbuk lada hitam, secubit garam dan sedikit gula, kacau lagi dan perasakan. Jika ada yang kurang bolehlah ditambah mengikut selera. Enak dihidang ketika masih panas.
Salam CT, wow! sedapnya udang podeh ni...resepi campak2 pon mengancam tuh...
ReplyDeleteAkak pun suka lauk2 mcm ni, cepat siapnya, sedap pulak tu.
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteringkas tu yang sedap.boleh bertambah nasi..
kakna pun suka masak macam ni.
Salama kak CT.
ReplyDeleteSelalunya yg campak campak tu yg sedap.
Salam K.CT
ReplyDeleteLauk if yg campak campak lagi Rima suka.. Sedap dimakan kering kering n tak makan masa.. Will cook it later.. Today nak masak ayam masak kurma also cos that's what my hubs nak..
Salam kak siti sedapnya pagi2 kalau dapat ni...
ReplyDeleteAssalam CT cayang...terasa lama x singgah bila CT lama sikit x update...hehehee.. Apapun lauk camni mmg pembuka selera biarpun campak2 jer CT kaann...ntah bertambah2 nasi...hehee..
ReplyDeleteeh sama tp tak serupa
ReplyDeletekak ct tak update kuih muih, mas plak tak update lauk pauk hehehehe....
sedap lauk kak ct hari nie, mas suka udang, udang besor ke kecik ke kalau dimasak apa2 pun semua mas telan walaupun mas ni alah dgn makanan laun huhuhuhu derhaka sikit :)
Udang rencah kalau dicampur dgn syr peria pun sedappppp
Bau sampai sini Kak CT..
ReplyDeletesedapnyerr!!cute2 je udang tu..
ReplyDeleteSedapnya gue tengok lauk udang cili padi ni...berselera makan klu macam ni..
ReplyDeleteAs'salam Kak CT ..
ReplyDeletePergghhh ....!!! mesti sedap makan ngan nasi panas2. Mmmm ......
Aslmkum Kak Ct sayang..
ReplyDeleteSedap menu tu kak..Simple..kena dgn nasi panas..Peh!!..makan tak hingat jadinya. (^_^)
Salam kak CT...sedap Ooo memang sedap makan
ReplyDeletengan nasi panas2.I like..
Kak CT... sukanya.... makan lauk gitu2 je dah cukup dah...
ReplyDeletemakan dgn nasi putih panas dgn lauk tu je pun dah cukup menyelerakan
ReplyDeleteMalam kak ct, baru ada waktu melawat dapur kak CT, hmm sedap nya udang, kami di sini suka sekali makan udang.. nyam..nyam.. ;)
ReplyDeletesedapnya kak ct =)
ReplyDelete