Assalamualaikum... Salam manis dan salam ceria untuk semua pengunjung setia Dari Dapur CT. Sebelum CT mula berceloteh tentang menu pagi ni, CT nak mintak maaf sebab tak muncul semalam. Ye lah, manalah tahu ada yang dok tertunggu-tunggu resepi yang CT nak kongsikan, tapi CT tak muncul pulak semalam hehe. Sebenarnya jadual CT agak kelam-kabut sedikit masa cuti hujung minggu yang lepas dan kesibukan tu terbawa-bawa hingga hari semalam dan begitulah rasanya untuk sepanjang minggu ni. Untuk hari ni pun CT tak sempat nak update pada pukul 6:30 pagi seperti kebiasaannya dan lewat sejam. Tapi Alhamdulillah dapat jugalah CT siarkan resepi untuk hari ni.
Untuk resepi yang CT kongsikan hari ini iaitu Kuih Bingka Cracker Berjagung, ini adalah percubaan kali kedua untuk resepi yang CT kongsi pada minggu lepas kat bawah tu. Tapi yang ini telah CT olah sedikit pada resipinya dengan ditambahkan jagung. Haa... Jangan tak percaya bila dah dicampur dengan jagung semakin bertambah sedap rasa kuih bingka ni. Kalau tak percaya cubalah. Bila CT tanya pada suami dan anak-anak, semuanya kata yang letak jagung ni lebih sedap. Kembang setaman dan senyum melebarlah Che CT ni hehehe. Apapun, kena ucapkan terima kasih sekali lagi kepada tuan yang empunya resipi yang asal. Harap jika ada yang ingin mencuba silakan. CT gembira jika ada yang sudi mencuba resipi yang CT kongsikan dan kemudian maklumbalas kepada CT.
Resepi yang pertama sebelum ni, CT gantikan santan kepada susu cair dan kuihnya rasa lemak berkerim gitu. Tapi resepi kali ni, CT gunakan santan ikut seperti resipi yang asal tu. Dan yang ini rasa lemaknya jadi lemak-lemak manja pulak hehehe. Dan bertambah lemak bila dicampur bersama jagung cream dalam tin tu... wallahhhhh! hehehe.
Jika ada yang belum mencuba resipi kuih bingka cracker yang sedang hangat meledak dalam blog teman-teman yang yang lain, silakan mencuba ye. Memang tak rugi mencuba dan rasanya sangat sedap, tapi kalau nak tahu rasanya kenalah cuba dulukan hehehe. Okeylah, Kita terus pada resipi dibawah dan selamat mencuba ye. Salam manis dari CT, sampai jumpa nanti. Daaa....
Kuih Bingka Cracker Berjagung
Resipi : Kh267tm
Di Olah : Che CT
Bahan-bahan :
140 gm biskut cracker - 20 keping
85 gm tepung gandum
1 cawan gula castor
2 biji telur A
450 ml santan pekat KARA + 270 ml air biasa
1 sudu besar butter
1 sudu kecil pandan emulco
1/2 sudu besar pewarna hijau
1/2 cawan + 2 sudu besar jagung cream dalam tin
1/2 sudu kecil esen vanila
Secubit garam
Hiasan :
Sedikit bijan untuk tabur
Cara-Cara :
1. Panaskan oven suhu 180' C selama 10 minit. Lengserkan loyang dengan minyak masak dan masukkan loyang dalam oven 5 minit masa terakhir.
2. Blend biskut cracker bersama tepung dalam blender hingga halus, ketepikan.3. Blend telur, gula, santan, pewarna hijau, pandan emulco, esen vanila dan secubit garam hingga gula larut.
4. Masukan tepung yang telah diblender bersama biskut dan jagung cream sedikit-sedikit dan blender lagi hingga sebati.
5. Keluarkan loyang dari oven dan tuang adunan pelahan-lahan. Taburkan bijan rata-rata diatasnya jika suka.
5. Bakar selama 1 jam 10 minit atau sehingga keperangan atasnya.6. Sejukkan betul-betul dahulu baru dipotong.
Salam kak CT! tu lahh, tertanya tanya dimanakah kakak yg comel ni ilang2 hihihi..takpe kak, uruskan mana yg penting dulu family always come 1st! tgk bingka akak ni dah dtg balik niat nak buat bingka, tp nanti bilag blog2 lain nmpk itu dah lupakan si bingka yg ku sukaii iniii hihihi... kakak sihat? moga sihat2 ya :-)
ReplyDeleteKalaulah ada sayap, pasti gee terbang ke dapor CT pagi ni...terlior sgt tgk bingka berjagung tu... semerbak aromanya
ReplyDeleteas-salam kak CT
ReplyDeletengancamnye bingka cracker berjagung..,mesti sedap ni..
Salam & Slmt pagi yg ceria CT :)
ReplyDeletebingka cracker blm cuba nie dh kluar yg versi jagung ...hmmm bila lah agak nyer dpt buat bingka yg tgh meletop nie...sabar jer!!!
Kak Ct.. akak pun membingka jugak.. Ramainya org buat bingka... Ada jagung atasnya.. sedap tu..
ReplyDeleteAslmkm kak CT..tumpang sarapan boleh??
ReplyDeleteSelamat pagi Ct,
ReplyDeletebanyak dah koleksi bingka dia... kali ini ada jagungnya pulak...macam2 ada ye Ct,
Amie tumpang jamu mata yea...
akak dah olah, saya tak terbuat buat lagi bingka ni kak. hehehee... akak, nak tanya sikit ek, agak2 orang lain ada tak problem mcm saya. kalau masuk blog akak, biasanya 1 atau 2 gambar je saya boleh tengok. yang lain mesti tak keluar. sebab apa ye kak. adalah sebab lappy saya yang dah asik full disk ni.. ikiki..
ReplyDeleteok kak.. saya amik aura bingka akak ni dulu tuk membingka jugak rasanya petang ni. hehe
Rajin betul Kak CT membingka cracker ya... tak pernah cuba lagi... sedap gamaknya ya... nak cuba juga la... copy resepi ya..
ReplyDeletewahhhhhh bingka crecker berjagung tu sangat2 cantik! kemas je kak ct potong bingka tu. tergoda dan menggoda betul bingka tu....
ReplyDeleteizahdaut..
ReplyDeletesama la ngan aku...
tunggu looding lamaaaa baru kluar gambar kan...
kak ct...
amboiiii..makin dasyat bingka akak nie..
tambah jagung lagi..
perh...memang bertambah2 la sedapp....
samalah mcm Izah ckp tu Kak CT, kalau singgah sini lama sangat nak keluar gambar sepenuhnya....tu yg tak komen2...tapi kerap singgah sini..
ReplyDeletebtw menarik dan cantik kuih yg akak buat ni..kebetulan yatie wat bingka jagung plk..meh tukar2..ada lagi ke tu...he3..
Salam ct,memang dok tunggu gak.....n3 ct,tp x muncul2...Hari ni..muncul ngan bingka jagung pulak.Sekarang ni tengah demam kuih bingka kot...x leh jadi nak kena cuba gak ni.CT,...iza dah cuba buat puding roti pandan.....memang sedap....
ReplyDeleteAssalam CT cayang...bz eh? Xpaaa..janji ada muncul 2 3 hari sekali pun okeh...*mcm akak la tuuu...hehe* Waaah letak jagung pun sedap eks...kalau letak pisang or keledek best tak agaknya eh...eh tanya CT lak..kena cuba sendiri la kan.. CT, ni kira berturut2 hari la makan bingka kraker eks.. ^__^
ReplyDeleteresepi haritu tak sempat lagi nak cuba...skrg ni versi lain pula yerk...mesti lg sedap ni...tambah jagung...nyum2
ReplyDeleteSalam Kak CT,
ReplyDeleteSusah sekali tinggalkan komen di blog akak, sudah berapa kali tidak bisa atau error. Buka gambarnya pun susah uploadingnya. Kayaknya sinyal lagi susah atau gambar akak besar besar jadi butuh waktu lama, hehe
Saya ngileeeer banget sama bingkanya. Membayangkan jagung dan pandan, aiiiih nikmatnya!
CT,
ReplyDeleteakak pun dah buat gak bingka nie..mmg sedapkan..akak kisar biskut tu agak kasar sket jadi terasa rasa sikut tu ...
salam kak ct
ReplyDeletealahaii cantiknya kak kuih tue..syg sgt nak makan..comel..colour pun cantik..insaalah nk try jgk nnt kak.:)
Salam windu kak CT cyng,sorrylah kak, saya pun lama tak singgah dapur akak sejak pergi holiday hari tu..hehe sedap tgk bingka ni kak ada jagung lagi tu. nanti boleh cuba:)
ReplyDeletesedapnyer nampak...nak kena try ni...tma ksh ya...sudi berkongsi resipi.....
ReplyDeleteSelamat petang kak ct,menarik sangat kuih bingka ni,kaler pun mengancam,gue tak tahan tengok lama2,wajip try ni..
ReplyDelete