Friday, May 25, 2012

Kek Span Marble Mudah


Assalamualaikum... Salam pagi, salam manis dari CT buat teman-teman yang sering singgah ke Dapur CT. Hari ini CT ingin kongsikan satu resipi yang memang mudah, amat cepat dan ringkas aje penyediaan nya. Kalau dah tak ada idea nak buat kek apa untuk menu minum petang, bolehlah buat menu ni yang menggunakan tepung segera. Sebenarnya dah lama juga CT beli tepung segera ni. Jadi sebelum sampai tarikh tamatnya baiklah digunakan cepat. Tepung segera ni penyelamat kalau nak buat hidangan yang cepat untuk disiapkan. Dan untuk resepi hari ini, CT gunakan tepung segera atau Sponge Cake Mix vanilla flavour ni untuk menu dalam Dapur CT hari ini. Hanya perlu ditambahkan telur, butter cair dan air. Memang amat mudah. Tak perlu timbang tepung, cuma tambahkan bahan yang lain tu mengikut sukatan, putarrrr dan masuk dalam acuan, lepas tu terus bakar. Senang sangat-sangat kan. Dapur pun tak lah berselerak dengan adunan yang bersepah-sepah sana sini hehehe. Jadi, tak ada sebab untuk jadi malas okehhh hehehe.


Sebenarnya plan asal CT nak buat kek ni untuk merasmikan acuan SM (Silicone Mould) yang pertama sekali suami CT belikan masa mula-mula tu tapi tak terbuat-buat juga. Sebaliknya, CT rasmikan SM yang CT dapat kemudian dari tu iaitu untuk resepi kek Lemon Pound Kek yang CT publish hari Isnin lepas. Jadi untuk kek ni, CT cubalah membuatnya mengunakan tepung segera dan jadilah acara memecahkan 'dara' untuk silicone mould CT untuk kali yang kedua pula hehehe. CT tak sempat nak ambil gambar kek ni sebuku masa belum dipotong sebab masa buat kek ni hari dah senja sangat, jadi bila siap bakar je langit dah gelap dah. Jadi nak ambil gambar memanglah tak sesuai. Kemudian seawal pagi dah dipotong-potong untuk sarapan anak-anak dan suami terchenta. Jadi CT tayanglah kejadian kek yang dah siap dipotong tinggal nak ngappp! aje ya hehehe. Memang lembut kejadian kek span ni, anak-anak bertambah makan. Lagi pun lama juga rasanya CT tak membaking kek ni.


Kek ni CT bagi nama Kek Span Marble Mudah. Dalam resipi ni CT tambahkan esen vanila, serbuk koko dan coklat emulco. Tidaklah nampak plain aje warna putih gitu macam tak ceria aje rasanya kan. Bila dah dimarblekan nampaklah sedikit kelainannya dan nak makan pun berselera lah sikit. Okey sebelum mula nak merapu, kita terus pada resipi mudah nak disediakan ni. Tak perlu buang masa terus pada resipi dibawahlah ya. Sampai jumpa lagi, salam manis dari CT. Daaa....


Kek Span Marble Mudah
Resipi : Che CT

Bahan-bahan :
400 gm sponge cake mix - di ayak (CT guna jenama NONA perasa vanila)
5 biji telur gred A - suhu bilik
80 ml air
1 sudu kecil esen vanila
80 ml butter - dicairkan
2 sudu besar serbuk koko - diayak
1 sudu kecil coklat emulco

Cara-cara :
1. Sediakan acuan bulat 9 inci yang digris butter dan dialas dengan kertas minyak. Ketepikan.
2. Masukkan tepung adunan pek segera yang diayak dalam mangkuk adunan. Tambahkan air dan masukkan telur satu persatu dalam adunan tepung sambil diputar dengan kelajuan sederhana selama 4 minit hingga kembang dan gebu.
3. Telur dimasukkan sebiji-sebiji ya. Setiap sebiji telur diputar dalam 20 saat baru dimasukkan lagi sebiji.
4. Bila adunan dah kembang dan gebu, masukkan esen vanila dan butter cair perlahan-lahan sambil diputar dengan kelajuan rendah selama 1 minit sehingga ringan dan kembang.
5. Ambil anggaran 2 senduk adunan tadi dan dimasukkan dalam mangkuk lain dan ditambahkan dengan serbuk koko dan coklat emulco. Kacau rata.
6. Masukkan adunan plain berselang seli dengan adunan koko dalam loyang. Ambil pisau plastik atau lidi sate dan corakkan bentuk marble.
7. Bakar pada suhu 180C selama 45 - 50 minit atau sehingga masak. Suhu bergantung pada oven masing-masing. Uji kek dengan mencucuk lidi sate bila lidi keluar bersih kek dah masak. Sejukkan kek atas redai kek dahulu baru dipotong.


19 comments:

  1. salam kak ct..
    he hhee dah rasmikan yer..tp x dapat nk tgok pic full..sy pun dh beli SM yg hijau mcm kak ct tue..x pecah dara lg..he heh e

    ReplyDelete
  2. zila 4ever

    wa'salam..yup kali kedua pecah dara hehehe. Oh dah beli juga, ni kes tak boleh tahan godaan dari k.ct ya hehehe

    ReplyDelete
  3. salam Ct amboiii cantik nya kek span tu macam nak rasa je pepagi ni tengah lapaq ni kalau dpt sepotong pun jadi lahhhh

    ReplyDelete
  4. asslm Kak CT cayangggg...aduh kak gebusssnye ke tu...mnarik...simple n mudah...masuk list terus...

    ReplyDelete
  5. CT! nak sepotong kek marble yg cumiL tu... gebus jer

    ReplyDelete
  6. Salam kak CT cayanggg hadoiii memang cantik dan sangat halus sekali kejadiannya itu. Dengan lapisasn coklat dan vanila tu nampak cukup cantik!!!

    Gambar cantik sangat!! wahhhh kecur dah ni... terus teringin nak buat kek petang nanti.. Insyallah jika tak M hehehehe

    ReplyDelete
  7. utk tun yg x berapa pakar buat kek span nih, ni resepi yg best! ^^ cantik dan gebu!

    ReplyDelete
  8. Kak, mudah membuatnya mudah juga meng ngap nya kan...gebu gebana!!

    ReplyDelete
  9. Kak CT, bagi kak 5 potong unutk minum teh petang nanti. hehe

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum akak ...
    Cantiknya kejadian marble kek tu akak... Keknya nampak lembut dan sedap...

    ReplyDelete
  11. As'salam Kak CT....

    aduyai~~ cantiknyer kejadian marble nyer...
    Nak 3 slice kak, paling penting sekali nak air nescafe tuuu !!!
    hehehe

    ReplyDelete
  12. salam..
    nampak sedap, lembut dan gebu je kek ni. Geram rs nk wat jugak la.. harap2 menjadi..

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Kak CT,
    cantik dan gebunya kek akak, suka gabungan warna asli dan koko tu..menarik sungguh...wat terliur yg amat sangat ni...

    ReplyDelete
  14. Salam CT...

    cantik jer... nmpk lembut jer kek span marble nie..
    dah ptg2 begini kasi lah septg buat minum2 hehehe

    ReplyDelete
  15. walaupun pakai tepung segera..tapi kejadiannya sangat gebu.. kita belum ada SM lagi..huh huh

    ReplyDelete
  16. mmg gebu dan nampak lembut betul kek span ni...

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum Ct,
    memang berbaloi kan Ct.... kalau dah buatnya pun mudah, rasanya pun sedap... cukup puas hati!

    ReplyDelete
  18. Salam manis Kak Ct..
    lama tak singgah sini..terpegun pulak tengok kek span ni..nampak sangat lembut dan gebu..dan semestinya sedap hingga tak cukup kan..hikhikhik..

    ReplyDelete
  19. Memang mempersonakan rupa kek ini tapi lebih baik lagi jika resepinye kita buat from scratch guna tepung gandum ke, tpg kek ke, barula mencabar.Setakat guna tpg ready mix hampir semua org bolih buat! Stuju tak...sorry skdar membri opinion.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...