Wednesday, May 9, 2012

Pulut Panggang


Assalamualaikum... Salam ceria, salam manis dan senyum-senyumlah selalu, semoga keceriaan ini akan kekal sepanjang hari, Insya'Allah. Berkisah pada menu CT pagi ni, Pulut Panggang. Ada yang dah lama tak makan pulut panggang, atau dah makan tapi nak buat lagi. CT terpandang sorang rakan blogger, Ika dok tayang pulut panggang. Itu yang CT macam teringin nak buat juga. Selalunya CT beli aje, RM2 dapat 5 biji. Tapi tak puas pulak makan sebab kecik-kecik dan nipis aje isi pulut disebalik daun pisang tu, lekat kat celah lidah aje rasanya... hehehe. Tengok daun pisang dah ada, apalagi, teruskan projek yang dah tergendala sekian lama. Tapi CT tak buat banyak sangat pun sebab anak-anak kurang gemar sedikit. Dan CT ni pun bukan boleh makan pulut lebih-lebih sangat, mulalah berangin satu badan nanti. Jadi buatlah sikit aje sekadar nak merasa hasil buatan sendiri, jangan sampai kempunan tak mencuba hehehe.


Keunikan masakan orang kita ni adalah masakannya yang berempah dan juga pedas. Begitulah juga sifatnya Pulut Panggang ni yang tidak sempurna kejadiannya jika tidak terasa sedikit kepedasan dan berempah dalam intinya. Inti dalam pulut tu mesti nak ada sedikit rasa pedas dan manisnya barulah sedap rasanya. Dan kalau kita gunakan intinya menggunakan serunding daging yang dimakan dengan ketupat dipagi raya tu bertambah sedap rasa pulut panggang ni agaknya ek. Tapi yang ini tidaklah CT buat macam tu sebab stok daging pun tak ada hehe. Untuk diserasikan rasa pulut panggang ni mengikut selera tekak CT, CT letakkan udang kering didalam bahan serundingnya. Hasilnya ialah Pulut Panggang yang cukup terasa pedasnya, manisnya dan masinnya dan sedap tak terkata, oppss! puji diri sendiri nampak hehehe


Pulut panggang ni kalau nak jadi lebih sedap kena panggang atas bara arang, tapi mana CT nak cekup arang nak buat bara dan panggang pulut tu. Lagipun kalau dikampung tu bolehlah main bakar-bakar arang tapi kita yang duduk di bandar ni mana boleh bakar arang ikut suka-suka kita. Nanti penuh asap siap masuk kat rumah jiran sebelah lagi hehehe. Jadi ringkasnya, CT panggang atas api dapur ajelah. Setelah siap, sedap jugalah rasanya cuma tak adalah rasa smoky seperti bila dipanggang atas bara arang tu kan. Dan bila panggang atas dapur, kejadiannya nampak cantik aje berbanding dipanggang guna arang yang kadang-kadang terhangus sampai kedalam. Dan tak adalah comot-comot dengan hitam arang tu hehehe.


Amboiii... Panjang lebar pulak CT berceloteh. Okeylah, kita ringkaskan aje, dan kita terus pada resipi dibawah. Sampai jumpa lagi dan salam manis dari CT. Daaa....

Pulut Panggang
Resipi : Che CT

Bahan-bahan Pulut:
2 cawan beras pulut - cuci dan rendam 3 jam
1 cawan santan cair
1/4 sudu kecil garam 
2 helai daun pandan - simpul
Daun pisang secukupnya
Lidi sate secukupnya

Cara-cara :
1. Didihkan air dalam periuk kukus dan kukus beras pulut anggaran 30 minit atau sehingga masak.
2. Campurkan sedikit garam dalam santan dan kacau rata. Tuangkan dalam beras pulut tadi dan biarkan pulut masak sepenuhnya. Angkat dan sejukkan.

Bahan Inti serunding:
1/2 biji kelapa parut putih
4 biji bawang merah #
2 ulas bawang putih #
1 batang serai - hiris nipis #
6 tangkai cili kering - rendam seketika dalam air panas  - toskan #
1/2 inci kunyit hidup #
1/4 cawan udang kering - rendam sekejap dan toskan #
(bahan bertanda # dikisar halus dengan sedikit air)
Garam dan sedikit gula secukupnya

Cara-cara :
1. Dalam kuali panaskan 1 1/2 sudu besar minyak masak dan masukkan semua bahan kisar dan kacau sebentar. 
2. Kemudian masukkan kelapa parut kacau lagi dan masak sehingga kering. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Sejukkan seketika.

Menyiapkan Pulut Panggang :
1. Kerat daun pisang anggaran lebar tapak tangan atau 1 1/2 inci yang telah dilaurkan dahulu. Sapu sedikit minyak pada sebelah permukaan daun pisang tadi.
2. Letakkan anggaran 2 sudu besar pulut dan ratakan sedikit. Letak inti serunding memanjang anggaran 1 sudu besar ditengah-tengah pulut. Gulung kemas dan padatkan sedikit.
3. Cucuk dihujung daun pisang tadi dengan lidi sate atau boleh juga di staplekan. Gunting lebihan daun pisang dihujungnya. Buat hingga habis pulut dan inti tadi.
4. Pulut boleh juga dipanggang atas api kecil dalam 10 minit dan boleh juga dibakar dalam oven jika mahu. Jika dipanggang atas api, terbalikkan pulut tadi selang beberapa minit supaya masaknya sekata. Selamat mencuba.



25 comments:

  1. Wah.. awal pagi Kak CT dah tayang pulut panggang... suka bangat pulut panggang... comel2 aje Kak Ct buat.. Last time ogyep buat, besar2... mulat2...

    ReplyDelete
  2. wow....nampak sedap pulutnya kak CT, apalagi isinya udang, pastinya sangat gurih ya kak...

    ReplyDelete
  3. Salam CT...wah sedap tuu.Teringin gak nak buat,tapi tu lah anak2 x berapa suka.

    ReplyDelete
  4. CT..rasa smoky tu yang ori tuh...teringat kampung halaman..hehe

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak ct cayang...
    tengok pulut panggang akak tu...
    teringat arwah tok mas...
    pulut panggang dia memang terbaikk...
    siap buat berniaga lagi..
    teringat masa kecik2..
    selalu tolong arwah tok buat inti pulut panggang tu sambil meratah..he3

    sedappnya tengokkk pulut panggang akak tu....

    ReplyDelete
  6. asslm Kak CT...sedapnye tgk pulut panggang tu...ni fav huby...kalau bulan posa tu...mmg hr2 beli mesti ade kuih ni atas meja...hihi...lps2 ni bleh la buat sdri nti...lg sedapkan...

    ReplyDelete
  7. Salam Ct..

    alahai cantik sgt gmbr CT nie..
    secantik pulut panggang yg sedang di tayang hehehe

    mmg betul kalau dpt panggang atas bara lagi sedap & bau2 arang g2 suka2x hehehe

    ReplyDelete
  8. Waaaaaaaaa, pulut panggang..i liiikkkkeee...CT, tinggalkan akak 3 ketuiiiii....kalau kecik jer, bg 5 ketuiii laaa....nnt xdan jatuh ke perut lak kata org...heheh

    ReplyDelete
  9. Sedap ni.... Kalau beli intinya secuit je.

    ReplyDelete
  10. Waaaa...patut lah pg tadi ada bau wangi jer kat sini, ada pulut panggang rupanya... memang rajin Cik CT ni...

    ReplyDelete
  11. wah !
    pagi nie kak ct tayang pulut panggang lah...!
    sy bru smlm teringat nak buat...tp mengingatkan kelapa x de...sudahnya daun pisang sy jdi kuih lepat pulak...hehe...
    nnti nak try la resepi kak ct nie...klau beli slalunya x memuaskan hati sngt....

    ReplyDelete
  12. sedappp! memang kalau yg beli tu byk yg tak puas hati bila nk mkan, ada aje nk kondem orang punya kan...saya la tu...buat sendiri mmg terbaekkk kak CT..syahdu la saya tengok gambar akak kali ni...tapi ofkos la sgt2 nice!

    ReplyDelete
  13. sedapnya pulut udang CT macam akak nak sebatang lah mesti sedapp wangi daun pisang tu tk tahan tu

    ReplyDelete
  14. sedapnyer!!! kalau kat ganu inti serunding ikan ^^

    ReplyDelete
  15. wow..sedapnya pulut panggang tu...cantik je.. =) betul la kak ct..kalau pakai arang segala..abis la asap tu ke rumah jiran2.. cikwan tengok pulut panggang kak ct..betul2 teringat kat mak..dulu mak buat pulut panggang buat jual,..saje mak suka2 duduk umah masa tu mak cikwan tak de kerja..sekarang ni mak sibuk je memanjang..uruskan kedai makan dia.. dah tak de masa nak buat pulut panggang & kuih muih macam dulu ;(

    huhu..memori..nanti cikwan free..cikwan nak cuba buat macam kak ct ye.. =) tq

    ReplyDelete
  16. sedapnya pulut panggang. fov nie tp xrajin nak plak nk buat..

    ReplyDelete
  17. Tadi dah mintak kat FB.. now nak mintak kat sini pulak.. if tak dapat tak tahu lah mana nak dapat hahaha.. looks sedap!

    ReplyDelete
  18. aduh cantiknya pulut panggang k.ct... FnF pun sama kalo kat msia selalu tu beli aje...tp kalau buat sendiri puas hati kan kak dapat makan yang panas2 baru lepas panggang tu...best nye...

    ReplyDelete
  19. hmmm.... cium bau dalam bayangan, kcik2 dulu suka sgt mkn ni, sbb mak rajn buat..tp dah lama x jumpa pulut panggang sekarang ni, klu nk nampaknya kena panggang sendirilah jawabnya..

    ReplyDelete
  20. Assalam kak CT, saya baru jer bergotong royong buat pulut panggang dgn ladies kat sini minggu lepas utk jamuan mknx2 kat embassy.memang sedapla..terasa mcm nk buat lagi jer bila tgk kuih akak ni:)

    ReplyDelete
  21. Kak Ctttttttt....

    Nadz dah boleh bukak blog akak... Sukanyerrrrr..

    Suka tgk presentation akak. Kuih2 nampak lebih menarik sgt2...

    ReplyDelete
  22. Kak CT..met malam. Melly pun suka nih kak,tapi biasa beli aja kalo mau makan, sama anak anak pun tak suka di rumah.. sedap nya pulut panggang akak, photonya juga kerenn deh.. ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...