Monday, May 7, 2012

Talam Kacang Merah Dan Cendol


Assalamualaikum... Salam manis dan salam ceria buat teman-teman CT semuanya. Diharap hari ni hari yang lebih menceriakan kita semua walau dimana saja kita berada. Untuk resepi pembukaan pada minggu ini, CT kongsikan resepi yang CT cuba dari sebuah buku masakan. Seperti kebiasaan bila ada masa terluang CT akan belek-belek semua buku resipi yang telah CT beli, yang baru mahupun yang lama. Agak banyak jugalah dalam simpanan CT sampai tak tahu mana dah nak letak buku resipi tu semua. Yang paling lama tahun 1993, iaitu resepi dari majalah wanita. Tapi CT simpan resipinya aje yang lain-lain tu CT buang hehehe. Kalau ditimbang dan dijual pada apek yang beli surat khabar lama tu mungkin cuma dapat dalam RM3 je kot hehehe. Jadi simpan ajelah sebab tak berbaloi rasanya kalau jual buku-buku resepi lama ni. Kita beli aje sekeping dah berapa, malah ada juga buku resipi yang CT beli harganya dalam RM50, nanti di ambik dek apek tu cuma dapat 5 sen je hehe. Jadi, baiklah simpan aje. Boleh guna untuk rujukan dikemudian hari resipi lama-lama ni, kemudian kita ubahlah mana-mana yang kita rasa perlu dan jadilah resipi terbaru kannnn... hehehe.


Berbalik pada resipi hari ni yang CT bagi nama Talam Kacang Merah Dan Cendol. Nama asalnya Sweetened Kidney Bean and Cendol Cake. Resipi asalnya ialah dari dari buku resipi AROMA KUIHS hasil terbitan Chef Amy Wong. CT beli buku ni di kedai buku POPULAR masa CT pergi ke IKEA dua bulan lepas, ingatkan lepas beli tu nak terus mencuba satu tapi baru kali ni dapat mencubanya. Untuk resepi ni, CT tengok pada aduanan yang tertulis dalam buku tu memang banyak. Jadi CT sukat jadi 1/2 adunan aje, hasilnya cukup-cukup buat kami sekeluarga. Kalau dilihat dalam buku resipi ni semuanya ingin dicuba, tapi satu-satulah dulu ya sebab dalam list banyak lagi yang nak CT cuba. CT akan cuba buat juga satu persatu jika ada kesempatan ye... Insya'Allah.


CT tak berapa puas hati sedikit pada kejadian kuih ni sebab cendol tu semuanya dok naik kat atas masa CT kukus tu. Hisss... kena cuba lagilah sampai berjaya ni kan baru ada rasa puas hati banyak sikit hehehe. Kemudian tu, kacang merah kat dalam kuih tu anak bongsu CT si Haqim tak berapa sukalah pulak, asik kuis-kuis aje kacang merah tu susun kat tepi piring hehehe. Payah betul nak suruh anak-anak ni suka pada sesuatu yang belum pernah dimakan. CT cuba paksa juga Haqim makan kacang merahnya tu tapi tetap ditolaknya ketepi, alahaiiii anakkk hehehe.


Pada pendapat CT, kuih ni tak selembut macam kuih talam keladi yang pernah CT cuba sebelum ni. Tak lembut tapi taklah juga keras. Agaknya memang begitulah kot kejadian kuih ni, supaya senang untuk dipotong bila dah masak. Tapi bila CT tanya pendapat My laling CM katanya "okeylah, sedap juga macam ni ..." hehehe. Resipi ni kalau dilihat bahan asalnya menggunakan tepung sago yang agak banyak iaitu 260gm. Untuk 1/2 adunan sepatutnya 130gm, tapi CT kurangkan jumlahnya jadi 110gm aje takut kuih tu jadi kenyal sangat.



Okeylah kalau ada sesiapa yang ingin mencuba atau sudah membeli buku resipi AROMA KUIHS dari Chef Amy Wong ni apa lagi ditunggu, jom kita buat sama-sama ya dan kongsikan bersama teman-teman yang lain juga okey. Di sini, CT letakkan resipi asalnya ya, kalau ada yang nak buat 1/2 adunan tu pandai-pandailah adjust sukatannya okey. Salam manis dari CT, sampai jumpa lagi. Daaa....

Talam Kacang Merah Dan Cendol
Resipi : Chef Amy Wong - AROMA KUIH
Di Olah : Che CT


Bahan :  A
150 gm kacang merah dalam tin
150 gm cendol
2-3 titik pewarna merah (CT ganti dengan pewarna pink)

Bahan : B (Mixed)
240 gm tepung beras
260 gm tepung sago
1/4 sudu kecil garam
300 ml santan
300 ml air

Bahan : C
320 gm gula pasir
700 ml air
4 lembar daun pandan - simpul

Cara - cara :
1. Didihkan air dalam periuk kukusan terlebih dahulu. Sapu sedikit minyak pada loyang dan alas dengan plastik bersih dan lebihkan sedikit agar mudah untuk mengeluarkan kuih nanti. Ketepikan.
2. Masak bahan C dalam periuk hingga mendidih dan gula larut sepenuhnya. Ketepikan.
3. Bila air gula dah sejuk campurkan kedalam bahan B tadi kacau rata, tapis dan bahagi kepada 2 bahagian sama banyak.
4. Satu adunan diletak sedikit pewarna merah/pink dan satu adunan lagi dibiar plain saja.
5. Masak adunan plain diatas api kecil hingga naik wap dan kacau sentiasa lebih kurang 1 minit. Taburkan kacang merah dalam loyang dan tuang adunan cendol dan kukus selama 15 minit dengan api sederhana.
6. Masak pula adunan pink hingga naik wap dan sentiasa kacau agar adunan tidak bergentel. Bila adunan cendol mula mengeras, bolehlah dituang adunan pink perlahan-lahan dan taburkan kacang merah diatasnya. Tutup loyang dengan aluminium foil agar air tidak menitis diatas kuih. Kukus lagi selama 20 minit.
7. Bila tinggal 2 minit masa terakhir buka tutup kukusan dan aluminium foil biarkan kuih sebentar diatas api. Angkat dan sejukkan dahulu barulah boleh dipotong.


22 comments:

  1. Assalammualaikum CT, kak pb pun suka simpan resipi lama2...tapi...simpan je ler. Nnampak buku baru, beli lagi. Sayang nak buang majalah yg ada resipi kan?
    Cantik je akak tengok kuih talam ct tu. Budak2 mmg susah nk mkn kacang, sama dgn si Aziz, geram nengok cara mereka mkn.

    ReplyDelete
  2. Aslmkum kak ct.
    Kak! Bab simpan majalah ada resepi tu mmg peberet sue jg. Tp trynya x juga. Heeee. . .
    Kak! Gambo food akk tetap menjadi pujaan sue. :))

    ReplyDelete
  3. Aslmkm Kak CT..boleh je komen & tngok kuih muih akka yg gojes ni haa..hehe
    sedapnya, saya bab kuih2 ni kurang rajin nk buat..heeh

    ReplyDelete
  4. asslm Kak CT...waduhhh pepagi dh tayang cendolll yer...kecur dh ni...kena cri ni nti...kuih talam tu pon nmpk sedap...cantik pulak tu...

    ReplyDelete
  5. as salam ct cantik n menarik kuih ni kk ana suka pd gambar yg ct siarkan teroja gi tu wow!!!!

    ReplyDelete
  6. Walla...sedapnya (hehehe.. silap taip... )

    ReplyDelete
  7. Kak CT Dan kuih tradisionalnya... Suka amat tengok kuih2 Kak CT bet owing depan kamera.. Semakin terserlah kesedapannya...

    ReplyDelete
  8. La.. Typo error la Kak CT.. Orang type berposing.. Dia tukar bet owing pulak.. Sori....

    ReplyDelete
  9. alahai.. sedapnya rupa.. cantiknya kalerrrr..

    ReplyDelete
  10. Ct...ok je ni, tkde mslh apa2 pun. Pc dia org tu yg virus kot..

    ReplyDelete
  11. alahai.. sgt laa sweet kaler talam nih..

    ReplyDelete
  12. Such a sweet looking talam! Yummy yummy! :)

    ReplyDelete
  13. nice..nampak sedappp sgt2..dan pic pun cantik sangat2..:)

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum CT
    baru dapat tingalkan jejak dah berapa kali keluar masuk dapur CT ni..

    Buku Aroma of Kuih by chef Amy Wong ni ita dah beli, melihatkan gambar masakan dalam tu rasa macam jam tu jugak nak dibuat..

    masa beli berkobar2 sampai tak sempat sampai rumah dibelek2 sampai naik lunyai buku tu.. hihi

    tapi kebanyakkan resepi sukatan agak banyak dan ita dah agak kuihnya macam kuih talam cina sikit sebab menggunakan tepung sago yg banyak.. tu yang rasa macam.. nak buat ke tak nak buat ke tak.. haha

    bila tgk CT dah cuba dah mula datang balik semangat nak mencuba.. aiii.. kena lah cari buku tu balik.. mana lah dia bersembunyi.. dah merajuk agaknya.. ^_^

    ReplyDelete
  15. Salam CT...rajin dok mencuba resepi baru la ct ni.Mesti sedap sbb ada kacang merah.Iza suka kacang merah you...

    ReplyDelete
  16. As salam kak Ct..

    Mmg dr pagi td Lin nak masukk tak dapat nk masuk disebabkan makware tu,dan Lin plak mmg dh serasi sangat guna google chrome utk surf, so mmg Lin tak bkk ie & firefox tu..

    Tp maaf ye klu jd gundah gelana kak Ct hrni...ketidaksengaja tersave dn terupload gambo tu utk tunjuk kat kak ct kenapa di fb kak ct..
    Maaf sekali lagi..

    ReplyDelete
  17. Assalam kak CT, cantiknya tgk kuih talam akak ni..kalau ada ada cendol tu yg lemah sikit sebab sini tak ada jual cendol nk kena buat sendiri baru dpt merasa..hehe

    ReplyDelete
  18. SAlam Kak CT.. wahh nampak menarik dan tentu2lah sedap.. jangan jual buku resipi lama tu kak.. sha sampai laa simpan ada yang dari tahun 70an bonda punya.. masih elok dan jelas.. walaupun warna kertas dah berubah warna...:))

    ReplyDelete
  19. Salam CT :)
    menarik & cantik sungguh kejadian talam kacang merah & cendol CT :P

    ReplyDelete
  20. Salam CT.sypun sama suka simpan resepi lama2...majalah lama yg ada resepi wpun berthn2 tetap simpan wpun tak tahun entah bila rajin nak mencuba.tengok kuih talam kacang merah ni....cantik kombinasi warnanya..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...