Sunday, September 30, 2012

Photography Tools


Assalamualaikum dan salam pagi minggu untuk semua pengunjung Dari Dapur CT. Hari ini CT nak kongsikan peralatan yang CT gunakan untuk mengambil gambar-gambar makanan dalam blog Dari Dapur CT sebagai menjawab beberapa pertanyaan yang CT terima dalam email yang bertanyakan kepada CT apakah peralatan yang CT gunakan. Untuk menunaikan permintaan tersebut, jadi CT kongsikanlah di sini. Tidak dinafikan walaupun kreativiti dan teknik adalah penting, namun peralatan photografi juga turut memainkan peranan untuk membantu kita menghasilkan gambar yang cantik.

Sebenarnya peralatan photografi yang CT gunakan di 'turunkan' kepada CT oleh suami CT kerana beliau sudah jarang sangat menggunakannya disebabkan beliau sekarang ni lebih suka menggunakan kamera olympus pen yang lebih kecil dan mudah di bawa. Jadi untunglah sebab CT tak payah beli, cuma pakai aje. Tapi kamera yg CT guna ni bukanlah yang paling terkini tetapi memenuhi apa yang diperlukan untuk tujuan penggambaran makanan dalam blog CT ni.

Seperti yang ternampak dalam gambar, CT gunakan kamera Canon 40D beserta bateri grip, dua flash (digunakan bila CT terpaksa ambil gambar tanpa cahaya semulajadi), 3 lens (50mm f1.8, 28-70mm f2.8 dan 70-200mm f2.8), shutter remote dan juga tripod. Tripod sangat penting untuk menghasilkan gambar yang tajam. Untuk lens pulak, lens kegemaran CT adalah lens 50mm kerana lens ini ringan dan bukaan aperturenya besar (mudah untuk menghasilkan gambar blur seperti yang CT inginkan). Lens yang dua lagi tu kadang-kadang CT akan gunakan mengikut keadaan dan hasil gambar yang CT inginkan. Body kamera yang CT gunakan tu dah agak lama juga sebenarnya kerana sekarang ni dah keluar model 60D tapi CT masih tidak terfikir untuk menukarnya buat masa ni kerana yang CT gunakan ni masih memadai untuk tujuan penggambaran CT. InsyaAllah, jika ada keperluan nanti, mungkin CT akan beli body yang baru dan yang lama ni CT akan simpan sebagai back-up.

Yang tidak ditunjukkan dalam gambar adalah reflector dan juga softbox. CT mempunyai 2 reflector, satu adalah reflector bulat berukuran 60cm berwarna putih transparent manakala yang satu lagi adalah reflector 3 segi 60cm yang mempunyai 2 permukaan (putih dan silver) dan mempunyai pemegang. Reflector ni penting untuk CT bila CT mengambil gambar menggunakan cahaya semulajadi. Softbox pulak CT gunakan bila CT ambil gambar menggunakan flash.

Selain dari peralatan photografi, ada juga yang bertanya berapa banyakkah props yang CT ada untuk tujuan penggambaran. Sebenarnya tidaklah banyak sangat tapi tidaklah juga terlalu sedikit. Sekadar penuh satu rak empat tingkat yang sederhana besarnya. Yang itu, CT kongsikan di lain kali ye.

Semoga apa yang CT kongsikan ni dapat memberi gambaran serta menjawab pertanyaan kepada yang bertanya tu ye. Sehingga bertemu lagi nanti, salam sayang dari CT.. daaaaaa.. 

6 comments:

  1. Selamat pagi kak ct, sorry baru sekarang dpt ucap tahniah untuk kak ct sbb dapat tawaran yang sungguh2 hebat hari tu, belum terlambat kan???hehe...well done & selamat maju jaya : )

    ReplyDelete
  2. Selamat berhujung minggu Kak Ct...
    uwaaaa...kelas u kak...kamera kite kamera cap manok jer...

    ReplyDelete
  3. Uhuu...rahel ayam n manok sama nk....sy pun guna camera cap ayam manok je kak ct...:-D

    ReplyDelete
  4. tq kak. saya memang sedang berkira2 untuk membeli kamera yang lebih baik berbanding dengan kompak yang sedang digunakan. selain dari aspek spesifikasi saya takut kalau beli nanti gunanya sekali sekala je. Entah le kak teringin jugak nak menghasilkan gambar yang catik2 tapi takut plak bila tools dah ada tapi kreativiti hampeh. huhuhu tensen betul.

    ReplyDelete
  5. hebat betul peralatan fotografi ct..patutlah gambar semuanya kebabom.

    Kalau saya ada peralatan mcm ni pun, belum tentu saya ada masa nak bermain2 dgn kamera ni..
    Kul 8 - 5 ada kat ofis..bila masa nak ambik gambar cantik2..huhuhu

    ReplyDelete
  6. No wonder gambar2 dalam blog semakin cantik dan memukau.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...