Wednesday, February 27, 2013

OKI Feb 2013 & RV Rocky Stick Cake


Assalamualaikum dan salam sayang buat semua teman-teman dan pengunjung setia Dapur CT. Nampaknya minggu ni CT bersiaran di tengah-tengah minggu. Selalunya entri permulaan CT pada setiap minggu bermula pada hari Isnin, tapi untuk minggu ni, entri pertama CT ialah pada hari Rabu.


Sebenarnya, CT berkejar juga cuba untuk publish pada Isnin lepas tapi tak berkesempatan. CT sibuk sikit pada hujung minggu lepas disebabkan ibu mertua dan anak-saudara CT datang dari JB. Hari Isnin pagi baru diaorang balik. Disebabkan itulah CT terlepas kesempatan untuk update entri seperti biasa.


Okeylah, kita kembali semula kepada entri yang CT update hari ini ye. Tajuk entri CT hari ni "OKI Feb 2013 & RV Rocky Stick Cake". Tajuk sebenarnya ialah "Open Kitchen Italy - Februari 2013 dan Red Velvet Rocky Sticky Cake"... haa panjang kan? Sebab tu lah CT pendekkan tajuk tu jadi macam kat atas hehehe.


Resepi yang CT kongsikan hari ini ialah resepi CT yang telah CT kongsikan kepada pihak Majalah Open Kitchen Italy keluaran bulan Feb 2013. Red Velvet Cake ni dah banyak kali CT buat sebelum ni. Tapi untuk yang CT kongsikan pada pihak Open Kitchen, CT buat pembaharuan sikit pada persembahannya dengan menggunakan biskut Rocky Stick berperisa Strawberry sebagai salah satu bahan hiasannya.


Idea CT menggunakan biskut ini adalah untuk melengkapkan tema cinta di dalam konsepnya. Untuk toppingnya, CT taburkan crumbs lebihan kek tersebut dan kemudian CT paipkan coklat masakan membentuk lambang hati. Untuk melengkapi keseluruhan konsep, itu yang CT susunkan biskut Rocky Stick yang membentuk seperti pagar disekeliling kek. Kiranya ini macam hati yang telah dipagar oleh cinta lah ni hehehe. Disamping cantik sebagai hiasan, sedap juga untuk dinikmati kan.


Okeylah, cukuplah CT berceloteh sampai di sini dulu. Kalau CT nak jamu dengan kek ni pun dah lama habisnya, jadi cukuplah jamu mata dengan gambar-gambar yang CT kongsikan ye..hehe. Kalau ada yang berminat nak mencuba, bolehlah semak resepi kat bawah tu. Tapi CT mintak maaf sebab resepinya dalam bahasa Inggeris, kalau perlu alih bahasa, teman-teman gunakan Google Translate ye. Okeylah, sampai kita jumpa lagi nanti, salam sayang dari CT.. daaaaa...



Red Velvet Rocky Stick Cake

Ingredients :

2 1/2 cups all-purpose flour
1 1/2 cups sugar
1 teaspoon baking soda
1 teaspoon salt
1 teaspoon cocoa powder
1 1/2 cups vegetable oil
1 cup buttermilk, room temperature
2 large eggs, room temperature
2 tablespoons red food coloring
1 teaspoon white vinegar
1 teaspoon vanilla extract

6 quantity packets of strawberry cream pocky

Instructions :

1. Preheat oven to 180 C. Grease and flour 8 inch cake pans.
2. In a medium mixing bowl, sift together the flour, sugar, baking soda, salt, and cocoa powder. Set aside.
3. Lightly stir eggs in a medium bowl with a wire whisk. Add the oil, buttermilk, eggs, food coloring, vinegar, and vanilla with a handheld electric mixer. Add the sifted dry ingredients to the wet and mix until smooth and thoroughly combined.
4. Pour into cake pans and then drop the pans on the counter a few times to release any air bubbles. Bake for about 30-35 minutes or until a toothpick inserted comes out clean.
5. After about ten minutes, remove from pans and cool completely on a wire rack. Then make the frosting.



Cream Cheese Frosting

Ingredients :

1 cup cream cheese, softened
1/2 cup butter, softened
1 teaspoon vanilla extract
4 cups sifted confectioners' sugar

Instructions :

In a large mixing bowl, beat the cream cheese, butter and vanilla together until smooth. Add the sugar and on low speed, beat until incorporated. Increase the speed to high and mix until very light and fluffy.

34 comments:

  1. Selamat pagi Che Ct...
    memang cukup lengkap pakej Ct sebagai chef... siap dengan kombinasi tema, bahan terpilih, kreativiti & inovasi... Che Ct memang intan terpilih untuk dunia masakan antarabangsa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. As'salam Amie, Alhamdulillah terharu sangat. Tapi gelaran chef tu masih jauh lagi untuk ct kecapi. Apa pun terima kasih Amie sudi menceriakan Dapur CT :)

      Delete
  2. Ternganga mulut kejap... subhanallah!! canteknyaaa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah Gee..tutup cepat mulut tu, nanti lalat masuk hehehe.

      Delete
  3. sangat cantik CT tergoda sangat akak tengok stick yg disusun macam pagar tu, tak terpikir pulak dulu tu kan ish2 terer lah Ct ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Noor selalunya macam tulah kan, kita tak tahu benda2 yang tak dijangka akan buat kek nampak menarik kan :)

      Delete
  4. memang cantik..leh order tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..Kak Ina ni, mana ada amik oder. Buat sendiri aje lepas tu makan hehehe

      Delete
  5. lebih kurang macam recipe Bobby Flay yang ayu bese buat but then akak guna white vinegar
    huhuhuh...
    haih..
    jeles tuk dgn keje seni akak ni
    cantik betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ya ker...Bobby Flay my fav chef tau Ayu. Ada recipe dari dia tak nak gak cuba. Terima kasih Ayu :)

      Delete
  6. oooh... what a beautiful cake!! the crumb topping make more beautiful.. - maybe someday I will be able going to your country and see you :) one of my celebrity friend ..wuhuuuu.. :DDD *eeh, home must be 'empty' now, everybody back to their home.. don't be sad Siti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Nisa XO. In Sya Allah jika ada jodoh pasti kita akan ketemu juga nanti :)

      Delete
  7. wow.. nampak sedap & cantik kek kak CT ni.. teringinnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. RVC memang sedap May. ini salah satu resipi RVC yang ke 4 kak ct cuba kongsikan di blog DDCT :)

      Delete
  8. Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih Sabar. Moga Sabar sihat ya :)

      Delete
  9. Uihh...cantek nya kek kreatip kak ct..tahniah kak semoga x jemu berkongsi resepi ya...:-D
    Sury punya rvc x tayang lg hee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepat2lah tayang kat 25 Febuary nanti boleh kak ct cuba resipi dari Sury pulak :)

      Delete
  10. x tau nape sejak2 ni hanim tak boleh nampak gambar masakan dlm blog kak ct. frustnya .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ker Hanim...pic kat blog DDCT sebenarnya taklah besar sangat. cuba lain kali pasti boleh ya. Terima kasih sudi singgah blog Dapur CT :)

      Delete
  11. Replies
    1. Kek yang dah ulang2 pernah dikongsikan di Dapur CT Chinta, cuma yang ini sedikit lain resipinya, itu aje :)

      Delete
  12. menggiurkan sungguh RV yang satu ini kak ct...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..kerana kalernya merah mungkin itu salah satu sebabnya nampak menarik kan Rina, makasih ya. Moga cepat sembuh dan jaga diri sealalu ya *hugs*

      Delete
  13. Hai siti,,menarik sungguh RV siti niee,,tetiba rase mcm nk makan RV la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. As'salam Nurwanz..bila dah rasa2 nak makan tu kenalah buat juga RVC nampak gaya nya hihi. Terima kasih menceriakan blog DDCT :)

      Delete
  14. cantik sangat RV nya kak..macam yang buat... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makasih Mimie, Alhamdulillah moga apa yang dikongsikan di blog DDCT mendapat tempat di hati teman2.

      Delete
  15. Assalam ct, cantik kek ni simple deco but nice..
    well done..featured again dalam majalah omputih ni ya..:)

    ReplyDelete
  16. Salam kak, cun kek tu...
    Anak kita suka sangat ngan jejari rocky ni..

    ReplyDelete
  17. salam kak ct mmg terbaeekk tau..chantikk:)

    ReplyDelete
  18. Superpppppp sungguh....sebijik mcm chef kt hotel 5star...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...