Monday, March 9, 2009

RENDANG AYAM KAMPUNG



Salam.. Hari ni baru dapat buat rendang ayam ni, request dari my laling lah. Ingat nak buat semalam, tapi badan aku ni masih tak berapa sihat. Jadi hari ni aku gagahkan juga nak memasak rendang ni. Kesian lak kat anak2 dan suami kang nak merasa rendang ni sampai bila2 tak merasalah pulak hehehe. Nasib baik ler CM menolong kat dapur tumbukkan kelapa kering untuk buat kerisik tu. Nak suh aku menumbuk ada kang anak lesung tu tak gerak2 hahaha. Jom kita menjamu selera rendang ayam kampong ni ngan nasi putih atau pun nasi impit pun boleh.


RENDANG AYAM KAMPUNG

Bahan-bahan:
1 ekor Ayam
2 sudu besar Kerisik
1/2 cawan Minyak Masak (untuk menumis)
1 cawan Santan Cair
1/2 cawan Santan Pekat
3 cawan Air
1 sudu kecil Garam (secukup rasa)
1 sudu besar Gula Pasir
1/4 buku Gula Melaka
1 helai Daun Kunyit (dimayang halus)
Sedikit Rempah Tumis

Bahan Kisar:
1 biji Bawang Besar
3 ulas Bawang Putih
1/2 inci Kunyit
1/2 inci Halia
1/2 inci Lengkuas
15 tangkai Lada Kering
2 batang Serai
5 helai Daun Cekur
2 helai Daun Limau Purut
2 sudu besar Ketumbar
2 sudu besar Jintan Halus

Cara memasaknya:
1. Panaskan minyak, kemudian tumiskan bahan kisar bersama rempah tumis dan gula melaka sehingga pecah minyak.
2. Kemudian tambahkan air, kerisik, garam, gula dan kacau rata.
3. Selepas itu masukkan ayam dan tunggu hingga ayam empuk.
4. Masukkan santan cair dan biar seketika hingga mendidih.
5. Tambahkan santan pekat dan daun kunyit.
6. Bila sudah mendidih, kecilkan api sedikit dan kacau sekali-sekala. Biarkan seketika sehingga kuah menjadi pekat. Sedia utk dihidangkan.

3 comments:

  1. memang sedap ler CT..tengok je dah meleleh air liur ni..teringin gak nak coba..nanti saya copy resepi awak ni ya..memang awak ni ahli memasak..bermacam jugak menu resepi yang udah CT buat, beruntungnya laling awak tu..hehe..

    ReplyDelete
  2. hai ross..rendang ayam kampong ni x sama ngan ayam biasa.nak cari ayam kampong ni kena dtg awal2 kat pasat tani tu..kalau lambat dah abis..bole cubalah yer :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...