Monday, April 23, 2012

Ayam Masak Kuzi



Assalamualaikum... Salam mesra dan salam ceria untuk semua pengunjung setia Dapur CT.  Bertemu lagi kita di pagi hari Isnin ini. Dan untuk resepi hari ini seperti tajuk entri yang sudah tertulis, resepi yang CT kongsikan bukanlah menu untuk sarapan pagi ya, tapi hidangan untuk makan tengahari merangkap ke malam juga ni, tapi dah bersih dah jangan tanya ada lagi atau tidak ya. CT masak menu ni gunakan seekor ayam yang dipotong kecil-kecil. Bila ayam di potong kecil-kecil, macam banyak jugalah dapatnya kan. CT buat menu ni gara-gara terpandang kat blog Nor Secubit Garam. Masa tu dok memikir nak masak apa ayam kat dalam peti sejuk tu, jadi bila nampak resepi tu terus ajelah tak pikir panjang dan panjangkan terus langkah ke dapur hehehe.


Kalau tak silap CT resipi asal menu ni dari Kak Hanieliza. Lepas CT nampak Nor buat, terus aje CT simpan resipi Ayam Kuzi ni. Tapi CT ada juga ambil resipi rempah kuzi dari blog Yatie. Dan untuk versi yang CT buat ni, CT gabungkan dua resipi Nor dan juga Yatie. Kiranya resipi yang CT buat ni, versi 2 dalam 1 lah ni ya hehehe. Terima kasih untuk kedua-dua teman CT yang sudi berkongsi resipi ayam kuzi yang sangat sedap ni. Begitu juga dengan penyumbang resipi asalnya Kak Liza juga.


Hidangan Ayam Kuzi ni CT gandingkan bersama nasi ketumbar, sebab gandingan keduanya amat sesuai sekali. Pada mulanya CT ingat nak gandingkan bersama nasi tomato, tapi bila selongkar peti sejuk ternampak pula sedikit daun ketumbar dalam simpanan. sebelum layu tak digunakan, lebih baik CT guna untuk buat nasi ketumbar.  Lagipun, rasanya dah lama sangat CT tak buat nasi ketumbar ni.  Hasilnya memang sedap dan CT lebihkan rempah ayam tu supaya jadi berkuah sedikit dan jadi tak kering sangat.


Seingat CT, dah banyak juga CT mencuba resipi ayam dari teman-teman dan semua resepi tu sedap-sedap belaka. Tapi kebiasaannya bila CT mencubanya, CT membuat sedikit pengubahan dengan menambah sikit situ dan sini mengikut selera CT dan keluarga. Begitulah bagusnya bila kita ada simpanan resepi yang pelbagai ni kan. Kalau dah buntu nak masak apa, bolehlah CT ulang-ulang resipi tu untuk anak-anak bujang CT yang 3 orang CT tu. Tapi kalau dah malas pikir nak dimasak lauk apa ayam tu, CT dok goreng kunyit aje lah, tu lagi sedap hehehe.


Okeylah, kita terus pada resipilah ya, jika ada yang berkenan dan ingin mencuba, dipersilakan. Selamat mencuba dan salam manis dari CT. Daaa....

Ayam Masak Kuzi
sumber : Nor SecubitGaram / Yatie Memories
Di Olah : Che CT

Bahan-bahan :
1 ekor ayam -potong kecil
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan santan
5 biji cili merah
6 biji tomato - belah 4
1 labu bawang besar - hiris kasar
1 cawan sos tomato
1 sudu besar gula merah
2 batang carrot - potong 1 inci
Garam
2 sudu besar minyak + 1 sudu besar minyak sapi

Bahan Mesin :
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5 cm halia
2 biji buah keras
1 cawan cili kisar

Rempah Kuzi :
2 sudu makan ketumbar #
1 sudu makan jintan manis #
1 sudu makan jintan putih # - # di sangai dan kisar kering
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 tangkai bunga cengkih

Cara-cara :
1. Ayam dibersihkan dan gaulkan bersama garam dan kunyit. Goreng ayam 3/4 masak. Ketepikan.
2. Panaskan minyak serta minyak sapi dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan rempah kuzi dan sos tomato. Kacau rata.
4. Masukkan ayam, susu cair, santan, carrot, buah tomato , bawang besar dan cili merah.
5. Tutupkan periuk dan dengan mengunakan api sederhana biar ayam empuk dan kuah pekat sedikit. Masukkan garam dan gula merah, kacau rata, perasakan dan bolehlah dimatikan api.
6. Hidangkan bersama nasi ketumbar atau nasi kegemaran.




25 comments:

  1. Salam kak CT! lapo terus nmpk nasi ketumbar dgn ayam masak kuzi akak nii haish! kita semalam makan maggi jerr hihihi...

    ReplyDelete
  2. Selamat pagi Kak Ct,
    menarik betul ayam masak kuzi ni dan tak ketinggalan nasi ketumbarnya...sungguh menyelerakan..tumpang lalu..nak join makan kat sini.

    ReplyDelete
  3. suka masuk blog kak ct ni coz masakan semua sedap2 belaka...selain teknik gambar yg sgt cantik.Ina dah pun baca entry cara teknik mengambil gambar tu...timakasih kak ct kerana sudi berkongsi ilmu.

    ReplyDelete
  4. Assalam kak CT, resepi ni dh lama saya masuk list tapi tak buat-buat juga lagi bila tgk akak buat ni sedapnya. ayam kuzi akak ni buatkan saya lapar la...hehe

    ReplyDelete
  5. asslm Kak CT cayannnggg..hari ni QH pepagi dh dtg ke sini...nk tgk lauk ayam kuzi tu...hihihi...nmpk sedap...cuti hujung minggu ni bleh la cuba...byk dh QH amik resepi dr sini...tq kak

    ReplyDelete
  6. Lain resepi dengan kuzi Kelantan. Kuzi adalah makanan istimewa negeri Kelantan yang disediakan di majlis majlis tertentu sahaja kerana penyediaannya yang agak remeh.

    ReplyDelete
  7. Ayam kuzi dengan nasi ketumbar...pergh!! gandingan yg mantap... pasti selera makan anak beranak kan CT... huuu sampai hati tak ajak kita...

    ReplyDelete
  8. salam kak ct, sedapnya ayam kuzi, tina pun mcm kak ct, suka ayam tu potong kecik2, rasa mcm lg serap kan bahan2 dia, kalau besar2 ni kekadang tina takut dalam tak masak je kalau tak cukup lama masaknya

    ReplyDelete
  9. Salam Ct....sedapnya ayam kuzi nie..mengoda lauk hari nie.

    ReplyDelete
  10. Assalam CT cayang...nak mintak lauk semangkuk untuk tengahari nnt boleh x? Nampak cukup menyelerakan laaaa... ^___^

    ReplyDelete
  11. makin sedap tu bila di gengkan dgn nasi ketumbar :)

    ReplyDelete
  12. Hai Ct,
    memang sedap betul makan ayam masak kuzi dengan nasi ketumbar... dah lama benar tak buat nasi ketumbar! Terbau-baulah pulak aromanya yang sungguh menyelerakan tu....

    ReplyDelete
  13. salam kak ct...tgk nasi ketumbar otomatik perot jadik lapa.....waaaa terliur

    ReplyDelete
  14. sedapnye...bila lah kerajinan sy nak muncul utk mencuba ayam kuzi masakan kelantan ni ye...asyik teringin je buat nye tak jugak...hehehe

    ReplyDelete
  15. salam kak ct..
    siapa2 yg curi pic akk tue mmg melampau...pic akk semuanya cantik2 kita suka tgok..ayam n nasi tue..mmg kena gabunganya..sedondon jew..he hee kecur kak..:)

    ReplyDelete
  16. Assalam ct,
    alahai sedapnya kita tengok ayam kuzi ni..boleh masuk list lah ampaknya tu..sungguh meneyelerakanlah..

    eh ada kecurian ke ct?..alamak ketinggalan kapal selam kita ni..harap ct dapat tangani dengan segera ya..report dgn google lah ct..

    ReplyDelete
  17. Malm kak CT sayang, lambat nya melly baru sampai sini.. uda malam ngga berani deh minta lagi,apalagi dah di bilang dari awak kalo uda abis..hiiks
    macam mana yah nasi ketumbar yah.. macam sedap keliatan nya..slurrp

    ReplyDelete
  18. salam kak ct..selalunya mak nani buat kuzi utk dimakan dengan roti jala. kuahnya pekat2 gitu memang sedap!

    ReplyDelete
  19. salam k.ct..tengah lapo nie, nengok ayam kuzi mcm berkenan je..lagi2 digandingkan dgn nasi ketumbar tak pernah dgr pulak nasi ni..hhhmm mst list..nk rase juga..

    ReplyDelete
  20. salam kak CT, dah lama cari resepi kuzi, tp kebanyakannya guna rempah yg susah kita nk cari..next time bolehlah buat kan..

    ReplyDelete
  21. menariknya kak..tapi tgh tak mampu nak masuk dapur ni..dalam mimpi je saya masak dulu..hehe

    ReplyDelete
  22. alahai sedapnya CT..nk try buat esok ganding ngn pulut kuning..hehhe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...