Thursday, April 5, 2012

Roti Berinti kelapa



Assalamualaikum... Salam manis dan salam ceria untuk teman-teman CT semua. Selamat pagi moga pagi ini kita semua diberikan kesihatan yang cemerlang untuk sepanjang hari ni, Insya'Allah. Pejam celik dah nak sampai dihujung minggu, CT pun dok leka aje nak mengupdate blog sekarang ni. Kadang-kadang masa amat mencemburui CT dalam kesibukan melakukan tugas-tugas seharian. Kadang-kadang tu rindu juga bila sehari tak menjengah blog kesayangan CT dan keluarga ni. Maklumlah, ini satu-satunya medium yang ideal untuk CT mencurahkan segalanya, dari segi memasak dan kadang-kadang luahan hati juga. Bukan luahan rasa kecewa, tapi luahan kegembiraan dan perkongsian minat. Luahan hati bila memasak menjadi atau tidak, sedap atau tidak itu aje... hehehe. Kalau masalah keluarga tu tak kan nak cerita kat sini pulak kan... hehehe.



Berbalik pada menu CT hari ini, Kira inilah entry roti CT yang terbaru sejak sekian lama tak meroti. Biasalah bila dah beli tepung roti ni kenalah meroti kan. Sebab tepung bukannya boleh nak simpan lama-lama sangat. Yang CT hairan dan ajaib ni, kenapa beli tepung roti ni bila kita biarkan seminggu atau lebih sikit, mulalah ada mahluk asing dalam tu. Haa... setiap kali nak buat kuih atau kek, CT pastikan tepung tu diayak sebanyak 2 kali. Sebab kebanyakan masa pasti akan jumpalah yang mahluk halus-halus tanpa diundang dalam tu. Emm... tak suka betul kalau dah terjumpa benda-benda macam tu, macam nak buang aje. Tapi sayang pulak, nak tak nak kenalah ayak betul-betul dan simpan elok2 dalam peti sejuk. Itu untuk proses roti yang kita buat sendiri tu. Kalau yang jual kat kedai tu, agak-agaknya macamana lah ye.. hehe.. wallahua'lam. Petua mengayak tepung roti ni dari Mat Gebu ni, jadi kenalah ikut... hehehe.





Okey kembali pada tajuk asal kita, untuk CT buat roti kelapa ni, memanglah mudah sebab ada pembantu, alah BM tu.. Bukan Bibik Melayu tapi Bread Maker hehe, jadinya cepatlah sikit kerja-kerja CT ni kan. Bukan tak mahu menguli, tapi CT memang tak larat nak menguli. Atau senang cakap, malassss!... hahaha. Resipi ni CT ambil dari ROS Jintanmanis, cuma bezanya CT tak letak perasa pandan lah ya, buat plain aje. Kelembutan roti ni sangat ketara sebab ada letak water roux tu lah kot, tapi pastikan bila roti dan betul-betul sejuk simpan dalam bekas kedap udaralah ya. Nak lagi sedap, letak inti kelapa tu lebih-lebih, lagilah sedap... hehehe. Kalau gigit pun terasa inti kelapa tu aje, emm... memang sedap dan berbaloi buat sendiri cuma kena rajin dan tidak aje lah. Kalau beli roti kat kedai inti tu ciput aje tak puas makan rasanya, kalau buat sendiri banyak mana nak letak inti pun tak kisahkan sebab free dan pastinya dijamin kebersihannya.



Terus pada resipi dibawah jika ada yang teringin nak mencuba buat roti berinti kelapa yang lembut ni, silakan mencuba ye. Terima kasih untuk ROS diatas perkongsian resipi ini. Sampai jumpa lagi, salam manis dari CT. Daaa....

Roti Berinti kelapa
Resipi : ROS Jintanmanis
Di Olah : Che CT


Bahan Untuk Doh:
300 gram tepung roti
2 sudu besar susu tepung @ skim milk
3 sudu besar gula
1 biji telur - ambil 1/2 saja dan kacau sekejap dengan garfu
1 1/2 sudu besar marjerin/butter
120 ml air suam
2 sudu kecil yis
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar water roux

Untuk gliss :
Baki telur + 2 sudu besar susu segar + 3 titik madu

Water Roux :
50 gram tepung gandum
250 ml air

Cara water roux:
masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan, (bahagi dua kuantiti water roux tadi, dan boleh digunakan untuk 2 adunan roti)

Bahan untuk Inti Kelapa :
1/2 biji kelapa parut putih
3/4 cawan gula merah
1/2 cawan air
1 helai daun pandan - disimpul
1 sudu besar tepung jagung

Cara membuat Inti :
1. Masukkan kelapa parut, air dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan.
2. Masak hingga pekat dan taburkan sedikit tepung untuk kentalkan intinya. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi dan sejukkan.

Cara Membuat Doh :
1. Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada Bread Maker dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan kecuali coklat rice dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam.
4. Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, bahagi doh pada 9 bebola kecil dan bulat-bulatkan, leperkan sedikit doh dan masukkan inti kelapa, tutup kemas, susun di dalam acuan petak 18cm atau di atas dulang pembakar, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun dengan bancuhan telur dan toppingkan dengan sedikit kelapa kering dan jalurkan atasnya dengan srikayapandan, bakar pada suhu 180 darjah selama 20-22 minit atau sehingga permukaan bun perang.
5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya.





26 comments:

  1. Salam CT, aduhh...montok sekali roti inti kelapa tu... sedapnya kalau pepagi dpt sarap roti ngan kopi panas kan...2,3 hr ni dapor gee tak berasap gee outstation...

    ReplyDelete
  2. Salam kak CT!! kita sukeeeeeeeeeee makan apa2 yg berintikan kelapa, sedap! dulu2 tak minat sgt inti2 kelapa ni tp sejak tekak dah tua sikit ni jadi fav pulak inti kelapa hihihi...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum CT

    Rajinnya dia meroti...Kak Lin malas betul nak meroti...dah terbiasa main beli jer...hihihi

    ReplyDelete
  4. Salam kak CT....
    cantikkkkkkknya roti tu kakkk...
    nampak lembut gebuuuu sangatttt....
    gambar pun sangat cantikkkkk....
    tak jemu mata memandangggg...
    rasa nak ambil jerk roti tu tau...he3

    ReplyDelete
  5. Salam kak CT...
    pagi lg akak dah meroti...cantik semua...roti cantik n gebus,gambar pun cantik!!! nak yg sebelah tue...sedap cicah kopi...:))

    ReplyDelete
  6. Salam pagi khamis....amboi makk..comel roti tu.
    Puas hatikan,kalau buat sendiri.Semua boleh tambah...terutama tang inti tu...boleh bubuh bannyak2

    ReplyDelete
  7. Salam CT...
    cantik suka tgk gmbr2 CT :)
    lagi terliur tgk roti berintikan kelapa...
    arwah abah mmg suka apa2 mknnan berinti kan kelapa ...

    ReplyDelete
  8. Aslmkm kak Ct..kita pun dah lama tak meroti ni..tpg roti pun lama jugak dah tak beli..hehe..sedap ni ada inti pulak..

    ReplyDelete
  9. Ct yg ada bm pun 'tak larat' apatah lg akk ni haa....nasib baik tkde tpg roti kt rmh skg ni. Kalau tak....trpaksa gagahkan diri.
    Roti kelapa lebih sdp intinya gula putih, bg akk la.

    ReplyDelete
  10. wah nmpak sedap..bole la cuba pas ni....ada lg e..bole la antr ckit..ye

    ReplyDelete
  11. kak ct.. kali ni gambar semua keluar. ikiki..mungkin kadang buka banyak sangat tab sekali. maybe loading tu jadi tak habis kan. kali ni buka blog akak sorang2 jek. dia tak maukongsi ngan org lain ni. haishh babab sikit blog akak nih.. hehe

    comel roti dlm cup tu.. duk intai cup gitu tak berjumpa lagi.. nak curik sikit... hehe..nak meroti jugak ni jap jap lagi

    ReplyDelete
  12. Kak CT ..bagi roti nya, ini roti fav melly, anak anak tak berapa suka kalo init kelapatapi melly sama hubby suka sekali.sedap nya kalo roti yg gebu tuh ada di depan melly sekarang.. ;)

    ReplyDelete
  13. Salam K.CT
    Entah eh.. Wonder how they keep their flour.. Memang dah jadi habit.. Setiap Kali nak bake.. Rima akan ayak tepung..

    Roti kelapa cuma Rima sorang yg makan tu yg selalu beli ajer sebiji if I go to bakery shop.. If homemade selalu yg buttery n red bean fillings

    ReplyDelete
  14. As salam kak Ct..

    Waaa seketul tu mmg sesuwai sangat la utk dihantar ke rumah ni, sbbnya on diet tak sudah2 ni..hahahahahha

    Lama jgk x bt roti dan mood pun dh jd malas, sejak oven takde ni..huhuhu

    *bila nak bt cheese cake lg kak Ct..?

    ReplyDelete
  15. Alahai Kak Ct.... cute mute je roti tu... Sekali ngap dah habis... Rajin pula tu, menguli comel2 camtu...

    ReplyDelete
  16. salam..
    waduh... bab roti meroti ni.nak menguli tu yg M.suka roti ni bukannya tak suka.suka sangat...
    comey roti ct..

    ReplyDelete
  17. excellent recipe with fascinating captures..:)
    love it..!

    Tasty Appetite

    ReplyDelete
  18. kak ct....
    bolat betul roti inti kelapa akk tu.
    bila dibelah nampak sangat lembut dalamnya...

    ReplyDelete
  19. sedap nyer roti tuu.. tun pun tgh gatal tangan nk meroti nih.
    tepung roti tun tahan lama kak.. sebulan simpan pun ok lg xde problem pun. agaknyer kedai yg akak beli tu letak stok lama kot.

    ReplyDelete
  20. sweeties nengok ni mau nangis! comel sangat kak! inti kelapa tu yang mahal...beh beh..

    ReplyDelete
  21. Mmg cun roti kak ct tu haa..
    PAstu part tepung roti mudah ditakhluk makhluk asing tu sy setuju gak..selain tu tepung hongkong pun mudah gak kak...
    sbb tu xleh beli byk2..tp buh dlm esbok ok kot?hehe

    ReplyDelete
  22. assalam CT...
    aduh aduh... sedapnyer nampak roti tu apalagi bila dok sebelah cawan kopi tu... rasa macam nak capai & cicah ngan kopi tu jer... bikin perut akak laparlah petang2 ni CT... inti lebihan buat kuih bom hari tu ada lagi... agak2 rajin ke akak ni nak gentel roti ni.. haii... lama betul tak meroti... ambik bau roti yg CT buat ni dulu ye... hehe..

    ReplyDelete
  23. Assalam kak CT, angin meroti dah sampai dapur akak ya..wahh cantik roti akak best pekena dgn air kopi panas ni.layan gambar akak yg akak ambil ni memang tak jemu mata memandang:)

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum Ct,
    nampaknya roti inti kelapa ni kira evergreen ye Ct, sebab dari dulu lagi memang sudah disukai ramai... comel gebu aje roti Ct ni! Sedapnya!

    ReplyDelete
  25. Salam Kak CT...sesuai benarlah roti ni dimakan bersama kopi panas di waktu petang...Saya memang suka roti/pau berinti kelapa macam ni..simpan resipi dululah

    ReplyDelete
  26. salam kak CT...
    gebusnya kuih lapis ni..
    kecik2 dulu makan kuih lapis ni selapis..selapis.. rasa thrill sangat he..he..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...