Assalamualaikum... Salam manis, salam mesra dari CT buat semua teman-teman dan pengunjung Dapur CT. Apa khabar hari ini, semoga semuanya sihat-sihat sentiasa hendaknya ya. Beberapa hari ni cuaca di Kuala Lumpur ni panas sangat-sangat. Nak berlama-lama didapur untuk tugasan memasak pun rasa malassss yang tersangat-sangat. Dengan keadaan yang membahang sesiapa pun kalau duduk didapur akan menyingsing lengan baju ler jawabnya. CT bukan setakat menyingsing lengan baju aje, tapi rasa macam nak pakai seluar pendek dan bersinglet aje bila kat rumah ni kalau dah panas sangat hehehe. Moga-moga akan diberi hujan sementara agar kurang sedikit bahang panas ni. Dalam cuaca panas seperti sekarang ni, nak tidur malam pun tak selesa, melengas aje rasanya. Kadang-kadang tu bila tak tahan sangat, malam hari pun kena mandi berulang. Kalau rumah CT ada kolam renang, agaknya CT dok berendam aje lah kalau cuaca panas macam ni hehehe.
Okey berbalik pada menu CT hari ini. Kek Pound Epal @ Apple Soft Pound Cake yang resipinya CT ambil dari blog Anncoo. CT memang jarang buat kek-kek dari buah-buahan ni sebenarnya. Mungkin juga ini yang pertama kali CT mencuba kek yang diletak buah di dalamya. Dalam melayan rasa boring dan tak tahu nak buat apa dalam keadaan cuaca panas seperti sekarang ni, jadinya CT search lah blog-blog masakan mencari resipi yang sesuai untuk di cuba. Dan akhirnya CT berkenan satu resipi kek ni yang CT lihat memang nampak mudah cara penyediaannya dan nampak sesuai dengan selera CT. Setelah siap mencuba, ternyata kek ni memang sedap dan lembut dengan aroma kulit lemon dan jus lemon juga. Tapi 2 orang anak CT pulak berbeza pendapat dan kurang gemar pulak kerana ada rasa buah epal. Kesimpulan CT, mungkin kerana tak pernah makan kek yang sebegitu jadi mungkin macam jakun gitu kot hehehe. Itu pun CT dah racik halus buah epal tu dan gantikan guna epal merah, bukan epal hijau seperti dalam resipi. Dan kalau ikut resipi asalnya, epal tu kena potong dadu tapi CT racik halus-halus. Kalau dipotong dadu, ada juga nanti yang dok korek-korek isi dalam kek tu letak kat tepi piring. Lain kali nak buat kek-kek yang ada buah-buah ni kena buat 1/2 aduan aje. Jadi tak membazir gitu, ini pun masih ada sedikit baki dalam peti sejuk tu, nampaknya CT lah kena habiskan, larat kerrr hehehe.
Kek epal ni kalau nak potong tu kena tunggu kek tu betul-betul sejuk dan guna pisau yang bergerigi jadi masa nak potong tu kita geseklah sedikit supaya potongannya kemas, kalau kita guna pisau biasa nanti kek tu berderai sikit gitu sebab kejadian kek ni memang lembut dan sedikit gebu.
CT ayakkan sedikit gula icing atas kek ni supaya nampak lebih sedap konon-kononnya. Tapi bila dah makan memang sedap juga rupanya hehehe. Mula-mula buat tu tak cakap pun dengan anak-anak ada epal dalamnya sebab nanti ada yang tak jadi nak makan. Bila seorang anak bujang CT dah makan, dia cakap, kek mama ni macam ada rasa epal lah, sedappp! Dia tambah makan 2 potong lagi, bermakna memang sedaplah tuuu... kan hehehe. Alhamdulillah... tapi lain kali kalau CT nak ulang buat lagi kek ni CT nak blender halus epal tu supaya anak CT yg 2 orang tu tak perasan ada buah epal kat dalam tu hehehe.
Okeylah cukup sampai disini coretan CT. Kalau ada yang ingin mencuba bolehlah lihat resipi dibawah ya. Ini CT dah melayukan resipinya, kalau nak lihat resipi asal tu bolehlah klik kat link yang telah CT letak tu ya. Terima kasih pada Anncoo Journal diatas resipi yang sedap ni. Banyak juga resipi yang CT berkenan di situ dan pasti akan dicuba juga nanti. Sampai jumpa lagi, dan salam manissss dari CT. Daaa....
Apple Soft Pound Cake
Resipi : Anncoo
Di Olah : Che CT
Bahan-bahan:
220 gm butter - suhu bilik
150 gm gula kastor (170 gm)
3 biji kuning telur A
3 biji putih telur A
1 sudu kecil esen vanila
180 gm tepung gandum #
30 gm tepung jagung #
5 gm baking powder # - ayak bersama
250 gm epal - kupas dan potong dadu + 1 1/2 sudu besar jus lemon
1 biji parutan kulit lemon
Cara-cara :
1. Gliskan loyang 8 inci bulat dengan butter dan taburkan sedikit tepung dan ketuk lebihan tepung tadi dan boleh juga gunakan silicone mould jika ada.
2. Dalam mangkuk adunan, masukkan butter, gula dan putar sehingga putih dan berkrim dengan kelajuan sederhana tinggi selama 2-3 minit. Kemudian masukan esen vanila dan putar lagi.
3. Turunkan kelajuan mixer masukkan telur kuning satu persatu dan terus putar lagi. Masukkan telur putih sedikit-sedikit dan putar dalam 1 minit dan berhentikan mixer.
4. Masukkan tepung sambil dikaup balik rata dengan spatula atau senduk kayu dan masukan buah epal dadu yang dicampur jus lemon dan parutan kulit lemon gaul rata.
5. Tuang adunan dalam loyang dan ratakan atasnya dengan spatula. Bakar dalam suhu 180C selama 40 minit atau uji dengan lidi sate keluar bersih kek sudah masak.
6. Keluarkan kek dan biarkan dalam loyang 30 minit dan kemudian terbalikkan kek atas rak dawai sehingga sejuk. Biar kek betul-betul sejuk baru dipotong dengan pisau bergerigi.
salam kak ct
ReplyDeletepandainya budak2 tu ye hehe
kena kretip lah nak bagi dorang makan
Tina Othman ~
ReplyDeleteWa'salam Tina, biasalah dah namanya anak2 kalau benda yang tak digemari, tu yang payah nak buat kek yang rasa pelik2 kat diaorang tu :)
Salam Ct. Kjee nk try kek ni sbb mmg suka apple. Tkasih.
ReplyDeleteSalam Che Ct,
ReplyDeleteTengah dok terfikir gak nak buat apa kat apple yang tinggal tak di makan lagi dlm fridge tu...nak try kek ni tgk bdk2 suka tak....
Salam Ct...hehe baru dapat masuk...line slow sangat. Sedaplah kek epal ...masam masam manis.
ReplyDeleteKjee ~
ReplyDeleteWa'salam Kak Jee, boleh mencuba kak pagi pengemardengan buah epal, memang sedap cuma anak2 aje kurang sikit gemarnya :)
azian ~
ReplyDeleteWa'salam Azian, kannn.. serupalah memang sering beli buah epal tapi selalu dok makan gitu2 aje, ni cuba2 buat kek pulak hihi
noor ~
ReplyDeleteWa'salam noor, yalah ct pun berapa hari tak dapat nak masuk blog kawan2 sebab tenet memnag slow. tr kasih ya Noor sudi singgah lagi :)
As salam CT. Yg penting ianya berkhasiat juga. Insya Allah, nak cuba.
ReplyDeletewaha ada kek lah kat sini dah siap potong lagi tu boleh lah huluq jugak kat akak ni Ct dah tunggu dengan penuh kesabaran ni heeee
ReplyDeleteSalam Ct, ooops...! panas yer smpai nk pakai seluar pendek pulak... hehehe.... mai datang Kuantan, tiap petang hujan... tido malam mesti best punyer... kalau dapat makan kek apple tu lagi best... heeeee
ReplyDeleteAs'KUM kak CT cayangg waduhhh enak bangat nih! sha memang suka dengan kek apple.. tak kiralah jika ada apple memang suka!
ReplyDeleteKek kak CT nampak cantik dan kemas aje.. nampak lembap dan moist.. kecurr aje ni.. :))
Memang betul kak CT panas sekarang ni luar biasa.. muka ni dok perit aje ni dok berjemur 2-3 hari.. mintak2 hujanlah hendaknya.. amin...
Hi CT, So glad you tried this recipe. Your apple cake looks so pretty with dusted icing sugar on top.
ReplyDeleteI saw you have a great lots of interesting recipes. Will definitely love to try some of them :)
Hi kak CT!! Wahhh tergoda tengok kek akak tu. Cantik dan soft sekali!!! Nak tapau for breakfast...hehe
ReplyDeleteThank you for your wishes on my blog's birthday ye kak. Terharu dapat pujian from an excellent cook and photographer like you..xoxo!!! ;)
Selamat pagi Kak Ct
ReplyDeletenampak sedap sangat kek apple ni..dapat satu slice pun jadi la..boleh jugak gue gandingkan dengan milo panas...
Salam kak CT, wah yummy2x...nampak sedap sekali...
ReplyDeleteAssalam CT...
ReplyDeletenampak menggiurkan kek epal ni CT... lembut je... kek2 tanpa icing/buttercream mcm ni husband saya makan la juga.. lagi2 masa kek masih suam2 gitu.. tp kalau yg tepek2 icing tu dia agak kurang...
Salam, Kak CT. Epal kat rumah sy ni selalu laku, harus disembunyikan utk buat kek.. hehehe
ReplyDeletesalam kak CT.. kat bintulu nih selang2. sehari panas membahang, sehari hujan selebat2nya. smlm lupa nk tutup tingkat bilik, habis penuh aor dlm bilik. hehe.. arini td panas sgt, skrg nmpk mcm awan mendung dh dtg. agaknya petang ni hujan kot..
ReplyDeletepound cake mcm ni mama tun suka makan. anak2 dia rembat je semua.
Salam CT....rasa nak try juga kek pound ni,nampak sedap n gebu je...tapi tu takut anak2 x makan kek yg ada buah ni...
ReplyDeletesalam kak.. datang malam2 tgk ada kek .. cantik sungguh kejaiannya.. berseni betul tangan akak.. tentu sedap ada epal didalamnya
ReplyDeleteAssalamualaikum akak ct..
ReplyDeletecantik kek yg akak buat nie... nampak lembut gitu... sedapnya...
As'salam Kak CT ...
ReplyDeleteamboi..... gebu gabas kek nyer!
Lain kali ada extra calling-calling lah Nina di siniii ~~~~~
hehehe . . .
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam..sy tgk post pink velvet cuppy..mcmane nk jadikn pink? letak kaler merah tu ckit aje ker?? Gmbr dlm blog akak sgt cantik..tk
ReplyDeleteSalam Ct.nampak moist kek apple ni....dg parutan lemon menambah rasa kek. anak2 gitukan kalau bgtau kek ada letak buah pasti tak nak kena bagi mrk cuba dulu.
ReplyDeletere; Ct, loyang 9' sy gunakan utk 1 adunan dan dpt byk juga.