Friday, June 8, 2012

Peanut Butter Cake


Assalamualaikum... Salam manis, salam ceria buat teman-teman yang dekat mahu pun jauh. Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan selalu hendaknya. Disini CT ingin mengucapkan rasa syukur padaNYA kerana memberikan kesihatan yang baik disepanjang cuti sekolah anak-anak. Jadi dapatlah CT bersibuk-sibuk didapur menyediakan juadah dan hidangan untuk keluarga tersayang. Cuti sekolah ini, CT tak dapat membawa anak-anak bercuti kemana-mana disebabkan komitmen kerja suami CT. Walaupun sudah ada perancangan untuk bawa anak-anak balik kampung dan juga berjalan-jalan cuti-cuti Malaysia, namun nampaknya segala perancangan tidak dapat ditunaikan seperti yang dirancang. Itulah yang dikatakan, kita hanya dapat merancang, namun Allah yang menentukan. Insy'aAllah... jika tiada halangan, rasanya nak juga balik kampung sebelum bulan puasa nanti. Tak dapat lama, satu dua hari pun jadilah. 


Berbalik pada menu CT hari ini, Peanut Butter Cake resipi dari satu buku masakan Lovely Butter Cake oleh Chef Amy Wong. Buku resipi ni CT beli masa berjumpa dengan NINA tempohari. Pantang betul bila singgah kedai-kedai yang ada jual buku masakan atau majalah masakan ni, pasti nak singgah tengok. Beli tak beli tu belakang kira, janji nak tengok dulu baru puas hati bila dah belek-belek hehehe. Lepas tengok-tengok, kalau berkenan teruslah sambar. Kalau tak beli banyak, dapat beli 1 atau 2, jadilah kannn hehehe. Banyak juga resipi kek yang menarik dalam buku Chef Amy Wong ni. Tapi kena belek pelan-pelan. Sebab bila buat kek kat rumah CT ni payah sikit nak habisnya. Anak-anak CT macam dah slow sikit dengan kek-kek ni sekarang. Nampaknya selera diaorang lebih kepada kuih muih atau puding sekarang ni. Sebab itulah kalau nak buat kek CT akan buat 1/2 adunan saja dari resipi asal.


Dalam resipi Chef Amy Wong ni ada mengunakan canned peanut yang ditoskan. Tapi CT gantikan bahan itu dengan Coklat Cadburry yang kecil-kecil yang dipatahkan dua dan CT campurkan juga sedikit kismis hitam. Pada mulanya CT ingat hasilnya kurang mendapat sambutan. Tapi wow.. anak-anak CT suka pulak rupanya. Mungkin disebabkan oleh peanut butter dalam bahan kek tu yang memang menjadi kegemaran anak-anak CT. Ditambah pula kek ni CT hidangkan bersama coklat ganache, emm.. lagi lajulah anak-anak menikmatinya. Macam tu, bolehlah diulang buat lagi jawabnya. Tapi bukan esok atau lusa, tapi tunggu sebulan dulu kot. Tunggu jemu makan kek tu hilang dulu hehehe.


Kek ni ternyata sedap, dengan aroma peanut butternya naik semasa dibakar, segar baunya memenuhi ruang dapur. Untuk resepi ni, CT gunakan peanut butter yang kasar iaitu crunchy peanut butter, tapi kalau nak guna yang creamy pun boleh juga. Ikut selera masing-masinglah. Dan kalau dilebihkan sedikit peanut butter tu lebih bertambah rasa lemak-lemaknya dan lebih sedap jadinya kot. Selain tu, CT tambahkan buah cerry kat dalam tu tapi tak berapa nampak pulak, dia dok tengelam kedalam, seganlah tu kot hehehe.


Minggu cuti sekolah dah hampir berakhir, jadi keriuhan suara anak-anak akan berkurangan dirumah. Sebab anak-anak lelaki CT yang bujang-bujang ni bila dah berkumpul asik nak bergusti aje kerjanya hehehe. Walaupun bergaduh-gaduh manja tapi bisingnya mengalahkan suara macam kat padang bola, mulalah mama dia ni jadi tarzan perempuan asyik nak jerit manja aje kat rumah hehehe. Bila semua dah naik sekolah semula kuranglah sikit riuhnya. Anak dara CT yang bercuti semester 2 bulan pun dah nak balik semula ke UITM Jengka hari Ahad ni. Tapi keriuhan suara anak-anak ni lah penyeri rumahtangga sebenarnya.

Okeylah, panjang sangat CT berceloteh hari ni, jadi jika ada yang berkenan dengan resipi dari Chef Amy Wong ni, bolehlah mencuba ye. Dan jika ingin mencuba lebih banyak lagi resepi beliau, bolehlah cari buku resepi Lovely Butter Cake tu di kedai-kedai buku ya. Sampai jumpa lagi, salam manisss dari CT. Daaa....


Peanut Butter Cake
Resipi : Chef Amy Wong - Buku Resepi Lovely Butter Cake
Di Olah : Che CT

Bahan-bahan :
250 gm butter - suhu bilik
200 gm gula kastor - (asal 220 gm)
1/2 sudu kecil esen vanila
230 gm tepung naik sendiri - ayak
3 biji telur A
1 biji kuning telur
150 gm crunchy peanut butter
100 gm kepingan coklat cadburry - perasa blueberry yang kecil-kecil
20 gm kismis hitam - jika suka

Cara-cara :
1. Gris loyang bulat 8 inci dengan butter dan alas bawahnya dengan kertas minyak. Atau guna silicone mould jika ada.
2. Pukul gula dan mentega hingga kembang dengan kelajuan sederhana tinggi selama 2-3 minit, tambah esen vanila, putar rata.
3. Tambah telur dan kuning telur satu demi satu putar lagi. Tambah mentega kacang dan pukul sebentar.
4. Masukan tepung dan gaul rata. Akhir sekali masukkan coklat cadburry  yang dipatahkan dua dan kismis yang telah diayak dahulu dengan sedikit tepung dan kacau rata.
5. Tuang ke dalam acuan pembakar. Bakar pada suhu 175 C selama 55-60 minit atau hingga masak. Uji dengan lidi jika keluar bersih kek dah masak.

NOTA : Jika guna acuan kecil kurangkan masa pembakaran kepada 25-30 minit.


21 comments:

  1. salam Ct, kesian belum bercuti ke!! sama lah dengan akak ni lagi lama tak balik kmmpong,apa nak buat dah duduk jauh2 ni kena banyak2 bersabaq ja lah,tapi dah ceria tengok kek Ct ni ada curahan coklat mmg anak2 suka ni...

    ReplyDelete
  2. nmpk sedap..yg penting peanut butter tu yg menarik..nanti la nak cuba !

    ReplyDelete
  3. Aslmkum Kak CT.
    Sue pun terguda tengok kek tu kak. Siyes..nampak pun sedap. Dah kata ada peanut butter kan, lagi la sedap. Copy dulu resepi..:)

    ReplyDelete
  4. Salam manis CT... untung anak2 CT dapt makan macam2 juadah air tgn mamanya... rasa macam nk jadi anak CT pulak...hehehe

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum CT cayang...semoga jumaat ini membahagiakan CT dan keluarga..amiiin.. Waaah patut mcm pernah dgr jek nama kek ni...dari Buku Lovely Butter Cake jugak yea...maybe sama dgn buku dlm koleksi akak tuh...hehee.. tp akak x terbuat lagi kek ni...plg suka resepi Kek Pisang dia yg mmg sedap, lembut, gebuss peroiii gitu...CMG suka sgt resepi tuh...hehe. Nnt akak try lak yg ni laa...sedap eks! ^___^

    ReplyDelete
  6. asslm Kak CT cyggg...mnarik nmpknye resepi ni...ni yg buat adennn xsabo nk neraiii ni...yg penting amik resepi dlu yer...tq kak

    ReplyDelete
  7. Salam CT..nampak sedap,tambah sedap ade peanut butter.....nti nak try juga.Izin ambik resepi ye...

    ReplyDelete
  8. seronoknya musim cuti sekolah lama... kat sini cuti panjang masa summer dalam sebulan...tahun ni summer holiday time bulan puasa pulak... so nk jalan2 pun cm x best...uhuks...

    Oh famili kak CT jemu makan kek ye...hantar cni je kak..hehe... famili FnF kalau kek paling lama pun 3 hari je licin, cuma anak2 tak suka yg ada krim, choc ganache ok...

    ReplyDelete
  9. mesti lemak2 je rasanyakan...sama gak ngan saya kak,kalau buat kek suka separuh adunan ,melainkan kalau ada tetamu datang rumah atau ada niat nak bagi jiran2..

    ReplyDelete
  10. Selamat pagi Kak Ct...
    wah...ni mesti guna acuan silikon tu kan..cantek la kek tu..dan paling penting enak banget..

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Kak CT,
    samalah Yatie, cuti ni tak kemana2 suami kerja..ada takde anak2 bnyk bantu kat umah...lagipun anak dara, mmng inilah peluang diaorang nak belajar sesuatu kat dapur mamaNya...nmpk sedap kek akak tu, samalah kalau kek ni kurang sikit kat umah...kalau kuih muih tu leh wat sarapan/minum petang...kan..takpelah, kalau ada tetamu tiba2 dtng, senangkan dah ada penyelamat....

    ReplyDelete
  12. kita tergoda dengan chocolate & perkataan peanut butter... hihihi...

    ReplyDelete
  13. alamak...peanut butter cake mesti sedap sangat ni. Dah le peminat tegar peanut butter, harus cuba ni...kiut miut hasilnya...

    ReplyDelete
  14. Tak apalah Ct, tak dapat cuti kali ini, lain kali tentu boleh...

    terbau sampai ke rumah kami bau peanut butter cake tu...hadoiii Ct!nt

    ReplyDelete
  15. salam kak ct

    sedapnya, naknya ada ganache kan, walah, nanti nak buat lah, kena beli peanut butter lah nanti

    ReplyDelete
  16. Salam kak CT, hmm baru ada masa jalan2 & komen blog akak, hari2 ada saja resepi baru ya, semuanya nampak sedap, i like : )

    ReplyDelete
  17. As'salam Kak Ct cayanggg...

    samalah kita ... school holiday kali nie tak kemana-mana punn. Dok rumah ngan anak-anak ajer. Cuma Nina penuhkan aktiviti mereka ngan game, baking together dan nonton cinema ajerr~~~

    Sedappp nyer nampak cake kak CT. Agak-agak lambat jalan roger ajer Nina kat sini. Hehhee ...
    Kalau kat rumah Nina sekejap ajer dah licin. Dah memang habit anak-anak Nina suka benar buka peti ais. Hehhee ....
    Nina masuk list yea resepi kak CT~~~ TQ kak

    ReplyDelete
  18. SALAM KAK CT...cam sedap je kek ni..terliur sy....

    ReplyDelete
  19. Salam kak CT...cantiknya kek ni..bentuk love...nampak pun gebusssss

    ReplyDelete
  20. As'Kum Kak CT cayang waduh sha kalau ada isi dalamnya kacang memang minat giler... suka sangat dengan peanut... suka! cantiknya kek comel tu.. makan pulak dengan choc waduhh memang padanan yang paling sesuai..

    ReplyDelete
  21. boleh tak bagi resipi dalam sukatan cawan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...