Thursday, August 16, 2012

Biskut Senyum a.k.a. Biskut Kelapa


Assalamualaikum... Salam ceria buat semua teman-teman yang dikasihi dan semua pembaca setia blog CT yang disayangi. Nampaknya, Ramadhan sudah cuma tinggal 2 hari saja lagi berada dipenghujungnya. Sebelum CT berbicara lebih lanjut, CT ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf sekali lagi andainya ada antara kata-kata atau bicara CT setiap kali CT berkongsi resepi di sini yang telah mengguris hati dan menyentuh naluri teman-teman tanpa CT sedari. Diharap dapatlah diampunkan segalanya. Janganlah disimpan didalam hati ya.


Resepi yang CT kongsikan hari ini iaitu Biskut Kelapa ni CT ambil dari blog sifu Mat Gebu. My laling CM ternampak resepi ni semasa dia dok meronda-ronda internet beberapa malam yang lepas. Dia terpandang biskut hasil dari air tangan Mat Gebu tu dan membuatkan suami CT terus terpaut sebab dia kata ini biskut lama-lama yang dia suka makan masa dia kanak-kanak dulu. Ewahhh... terpikat pada biskut dah macam terpikat pandang pertama pada anak dara pulak ya hehehe. Tapi Cik Mat Gebu pun masih solo jadi pasti ada anak-anak dara diluar sana yang cuba nak merisik tu kan hehehe. Jangan marah ya Mat, Kak CT gurau aje, raya nanti kita mintak maaf ya hehehe.


Selepas bertanya itu dan ini dan CT tengok bahan-bahan yang diperlukan pun ada, tak tunggu lama, malam tu juga CT terus buat. Tapi resepi ni CT guna buttercup, sebab stok buttercup penuh dalam peti sejuk. Ingat nak balik kampung lama sikit, jadi CT fikir baik CT habiskan stok tu sebelum raya. Tapi bila difikir-fikir semula, butter mana leh basi ya tak, paling teruk pun expired ajelah hehehe.


Tak susah nak membuat biskut ni. Tambahan pula, masa nak menggentelnya suami CT dok menolong dan temankan CT buat sampai habis. Jadi cepatlah sikit kerjanya, cuma lepas siap menggentel dan nak membakarnya tu suami CT dah tak tahan mengantuk sangat terus masuk tidur. CT lah yang dok sambung sampai lepas tengah malam tunggu sampai siap bakar. Mengantuk juga mata ni, tapi tahan ajelahkan. Tak kan nak sambung bakar esok harinya hehehe.


Terima kasih untuk Mat Gebu untuk resipi Biskut Kelapa ni, biskut lama yang dah dibaharukan. CT buat pun 1/2 adunan aje dari resipi asal. Itu pun banyak jugalah dapatnya sebab CT dok gentel kecik-kecik jadi dapat banyak. Jika ada yang sudi nak mencuba bolehlah lihat resipi dibawah ya. Kalau nak lihat resipi asal boleh klik kat link Mat Gebu yang CT sertakan juga. Selamat mencuba dan sampai jumpa lagi. Salam manisss dari CT. Daaa....


Biskut Senyum a.k.a. Biskut Kelapa
Resipi : Mat Gebu
Di Olah : Che CT

Bahan-bahan :
200 gm tepung jagung Brown & Polson
115 gram tepung gandum
1/2 sudu teh penuh baking powder
1/2 cawan kelapa kering - dikisar halus

1 biji telur gred A
100 gram gula aising
1/2 camca teh esen vanilla
140 gm mentega - atau secukupnya

Hiasan :
Ceri merah - potong kecil
Kelapa kering secukupnya untuk salut biskut

Cara-cara :
1. Satukan tepung jagung, tepung gandum, baking powder yang diayak dalam mangkuk dan masukkan kelapa kering yang dikisar halus. Gaul rata dan ketepikan.
2. Putar telur dan gula aising hingga berkrim. Masukkan esen vanilla, putar lagi rata. Perlahankan kelajuan dan masukkan adunan tepung bercampur kelapa kering kisar tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi teksture seakan serbuk roti.
3. Dengan kelajuan perlahan sudukan mentega sedikit demi sedikit ke dalam adunan sehingga mendapat doh yang lembut dan lembap, kemungkinan besar mentega tidak akan habis digunakan. Matikan mixer, gaul rata adunan dengan spatula dan tutup doh dengan tuala dapur bersih yang telah dilembapkan.
4. Ambil adunan tadi anggaran 1 camca teh, bulat-bulatkan. Kemudian letak 1 bahagian ceri yang telah didadu, golekkan dalam kelapa kering hingga bersalut. Susun dalam dulang pembakar dan tekan sedikit sahaja, jangan kuat-kuat nanti leper. Buat hingga siap.
5. Bakar pada suhu 170C selama 20 minit hingga masak dan bahagian bawah biskut nampak perang keemasan. Sejukkan atas rak dawai sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.


8 comments:

  1. selamat hari raya buat ct sekeluarga. nak bawak balik biskut tu sebalang, boleh?

    ReplyDelete
  2. selamat hariraya jugak dari kak Noor utk Ct dan family maaf zahir dan batin kalau kak Noor ada tersalah dan tersilap semasa di alam maya ni
    biskut kelapa ni mmg famous sejak dulu hingga kini mmg sedap..

    ReplyDelete
  3. cantik dan pastinye sedap biskut yg dihidang kak ct.Selamat menyambut lebaran dari saya sekelurga

    ReplyDelete
  4. Sedapnya biskut kelapa,fav akak ni.Selamat hari raya Ct.

    ReplyDelete
  5. lawannyee gambar...banyak nye biskut kak ct....berwarna warni..mesti meriah meja nanti...

    ReplyDelete
  6. Amboi....amboi....amboi...haha..berhati2 di jalan raya....

    ReplyDelete
  7. Salam perkenalan Sis CT :)Selamat Hari Raya buat CT sekeluarga.Saya amat gemar melunsuri blog anda kerana terdapat banyak resipi yang dapat saya manfaatkan untuk juadah berbuka puasa dibulan Ramadhan ini.Sekali lagi mohon maaf zahir dan batin dan halalkan apa2 yang saya ambil resipi dari anda terima kasih CT.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...