Wednesday, August 15, 2012

Biskut Ceria Pancawarna


Assalamualaikum... Apa khabar semua teman-teman CT, semoga semuanya di dalam keadaan yang sihat, dan ceria selalu hendaknya. Dah banyak ker buat biskut untuk hari lebaran nanti. CT yakin, dah berderet-deret dah balang biskut tersusun didapur tu agaknya hehehe. Bermacam bentuk, warna dan rasa, dan pasti lebih sedap jika ianya buatan sendiri.


Walaupun biskut yang terlonggok di komplek membeli belah atau gerai Ramadhan tu pelbagai aneka dan rupa, tapi kalau kita buat sendiri lebih elok dari pelbagai segi. Disamping lebih menjimatkan, terjamin juga kesegarannya dan tidaklah hapak atau sebagainya. CT bercakap berdasarkan pengalaman sebenar, sebab dah pernah terkena banyak kali sebelum ni. Cantik diluar tapi bila makan rasanya tak sesedap mana. Jadi bila nak dihidangkan untuk tetamu yang datang, rasa tak sampai hati pulak rasanya. Jika terpaksa membeli juga, jalan lebih selamat adalah dengan membeli dari kenalan atau rakan-rakan kita yang pandai membuat biskut untuk jualan.


Hari ini CT kongsikan resepi biskut yang agak berwarna-warni yang CT namakan sebagai Biskut Ceria Pancawarna. Biskut ini adalah salah satu dari biskut raya yang CT buatkan untuk keluarga di kampung sebagai pelengkap meja hari raya di rumah IBU mertua CT nanti. Seperti yang CT dah katakan sebelum ni, tahun ni mak mertua CT dah buat permintaan awal-awal lagi supaya CT dapat buatkan biskut raya lebih sikit tahun ni. Jadi dengan penuh rasa keikhlasan, CT tunaikan permintaan dia dengan membuat sedaya CT biskut-biskut tu lebih sedikit sebagai buah tangan untuk IBU mertua dan keluarga CT di kampung tu.


Masa nak mendeko biskut ni, CT dok memerah idea juga tak tahu nak mendekonya macamana. Bila dah duduk diam-diam tu barulah datang idea nak mendekonya sampailah jadi hasilnya berwarna warni macam ni, sama seperti berwarna warninya hati CT pada waktu ini hehehe. Habis dah idea yang diperah jadi keluarlah idea ni, tapi cute ajer jadinya kan hehehe. Bila dibawa balik kampung nanti pasti ceria muka-muka yang memandangnya hehehe.


Jika tiada aral melintang, Insya'Allah esok CT sekeluarga akan mula bertolak balik ke kampung, meninggalkan kota Kuala Lumpur yang hingar-bingar, dan menikmati pula suasana kampung yang permai. Seakan sudah terngiang-ngiang suasana kemeriahan dan keriuhan suara anak-anak saudara CT dan suara keluarga yang CT rindui. Dan rasa rindu juga untuk menziarahi pusara kedua Ibubapa CT yang telah berpulang ke rahmatullah. Semoga perjalanan kami sekeluarga dilindungi, lancar dan selamat sampai kedistinasi yang dituju InsyaAllah... Aminnn


Biskut Ceria Pancawarna
Resepi Olahan Che CT

Bahan-bahan :
250 gm mentega - suhu bilik
50 gm gula aising
2 biji kuning telur gred B
360 gm tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar susu pekat manis

Bahan Gula Aising :
1 cawan gula aising
1 sudu besar corn syurp
1 sudu teh jus lemon
1 sudu besar susu segar

Pewarna yang digemari

Cara-cara :
1. Pukul mentega dan gula aising hingga kembang dan putih. Masukkan kuning telur satu persatu pukul lagi. Masukkan susu pekat manis dan pukul sebentar.
2. Masukkan tepung gandum bersama tepung jagung yang diayak dan uli pelahan hingga jadi doh yang lembut. Rehatkan adunan 10 minit.
3. Canai doh atas dua lapik plastik setebal 1/4 inci. Terap dengan acuan pilihan.
3. Susun dalam dulang yang dilapaik kertas minyak dan jarakkan adunan. Bakar pada suhu 170C selama 15 minit hingga perang keemasan.
4. Sejukkan atas rak dawai sepenuhnya sebelum dipaipkan gula aising.

Gula Aising:
1. Satukan semua bahan dan kacau rata dan sebati. bahagi kepada 2-3 bahangian dan letak pewarna dan kacau rata.
2. Letak dalam pipping beg dan paipkan atas biskut. Biarkan gula aising mengeras dan simpan dalam bekas kedap udara.


11 comments:

  1. sangat lah cantek, warna warni aldil fitri gitu, Salam Aidil Fitri dari saya dan selamat pulang ke kampung.

    ReplyDelete
  2. salam dan selamat hari raya aidilfitri buat kak ct dan keluarga...pesanan penaja pulang ke kg berhati-hatilah di jalan raya, biar lambat asalkan selamat :)

    Suka2...memang ceria pancawarna...ni budak mesti suma bb wane wani, jgnkn budak, mas yg tgk ni pun suka!

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya buat akk n family..biskut utk ibu mertua cantik2..mesti diorg suka tu kak:)

    ReplyDelete
  4. As'salamualaikum kak CT cayanggg...

    Wow! menarik nyerrrr!! suka tengok... tak mau makan, nak tengokkk ajer.
    hehehe . . .

    Kak CT,
    Selamat menyambut Aidilfitri
    Maaf Zahir Batin
    Mohon maaf andai ada salah dan silap sepanjang persahabatan kita
    DAN mohon HALAL kan resepi
    Apa yang terlebih terkurang garam dan gula pula ... kira settle yea kak... Hehehe . . .

    Ikhlas,
    Nina

    ReplyDelete
  5. Assalam CT cayang...cantiiikknyaa kukis diaa...rajin tul mendeko2...akak xda masa la nak mendeko camni...hehee, main terap tabur hiasan lebih kurang jek, bakooorr...hehehee. Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin dr akak yea...Semoga selamat sampai ke kampung dan riang ria di hari raya...muaaahhhh

    ReplyDelete
  6. Meriahnya.... bertambahlah indahnya suasana raya dengan hidangan biskut ceria pancawarna dia...

    ReplyDelete
  7. cantik dan menarik biskut2 raya K.CT..teruja melihatnya..nak buatnya takde kerajinan dan kekreatifan mcm akak..he3..

    ReplyDelete
  8. Selamat hari raya kak CT & family. Cantik & byk biskut raya ye...Untung MIL dapat menantu cam kak CT. Boleh order kat menantu jek...

    ReplyDelete
  9. Kak!..comeiiinya..sayang nak makan tau..Heee

    ReplyDelete
  10. salam.. wah akak sedapnyer biskut nih.. cantik n menarik lg. tergoda jue. rs nk buat je.. agak2 menjadi ke x?

    ReplyDelete
  11. opss terlupa pulak, Selamat Hari Raya Aidilfitri kak ct.. Hati2 pulang ke kampung.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...