Assalamualaikum dan salam rindu buat semua teman-teman dan pengunjung Dapur CT yang tersayang. Dalam diam, sudah 17 hari rupanya kita berpuasa dan semakin terasa kehangatan Syawal yang bakal menjelang kurang 2 minggu saja lagi. Di sana sini, semakin meriah nampaknya teman-teman menayang biskut raya yang pelbagai rupa dan warna. Tak mahu ketinggalan, CT ingin turut sama memeriahkan suasana dengan menambahkan koleksi biskut raya CT juga.
Untuk resepi hari ini, CT kongsikan biskut raya yang CT namakan Biskut Topi Boboy Gegurlz. Saje bagi nama macam tu sebab CT buat dua variasi. Yang satu adunan CT warnakan topinya dengan warna coklat untuk si Boboy dan satu adunan lagi diwarnakan pink untuk Gegurlz, ok tak? hehehe. Bahan untuk setiap adunan adalah sama. Yang membezakannya adalah pewarna dan acuan untuk menerapnya saja.
CT mendapat inspirasi untuk membuat biskut ini setelah terlihatnya di blog Masam Manis. Tanpa membuang masa terus aje CT salin resepinya dan alhamdulilah dapat juga CT membuatnya semalam. Nak buat biskut macam ni senang aje. Yang lecehnya adalah bila nak paipkan gula icing untuk hiasannya tu. Mulanya CT ingatkan nak buat hiasan yang kompleks sikit tapi mengenangkan lecehnya bila nak menghabiskan kerja memaipkan hiasan tu pada setiap biji biskut satu persatu, terus aje CT memikirkan hiasan yang lebih ringkas. Untuk si Boboy, CT buat bentuk reben. Untuk si Gigirl pulak, CT buatkan hiasan bunga sekuntum aje. Senang dan ringkas, cepatlah sikit nak menghabiskannya hehe.
Okeylah, CT tak nak berbicara panjang-panjang sebab banyak lagi agenda di dapur yang sedang menunggu CT. Maklumlah untuk raya ni banyak pesanan biskut yang menunggu untuk disiapkan. Bukan untuk dijual tapi untuk keluarga CT dan keluarga mentua di kampung yang berharap supaya CT dapat membuat lebih sedikit untuk raya tahun ni.
Untuk yang berminat untuk menambahkan balang biskut dimeja tetamu
untuk hari raya nanti, bolehlah mencuba biskut ini ye. Untuk resepi dan
cara membuatnya, boleh rujuk kat bawah ni yang CT copy resepinya dari
blog
Masam Manis. Terima kasih buat Ita dan izinkan CT panjangkan lagi
resepinya di sini juga. CT undur diri dulu, sampai kita berjumpa lagi, salam sayang dari CT. daaaa....
Biskut Topi Boboy Gegurlz
Resepi asal : Zilla
Sumber : Ita Masam ManisBahan-bahan:
180 gm butter atau margerin ~ lembutkan
145 gm gula halus atau gula perang
1 biji kuning telur ~ putih telur jangan buang sebab nak guna untuk icing
1 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh baking powder
60 gm tepung jagung
60 gm tepung kastard
205 gm tepung gandum
Cara-cara:
Panaskan oven pada suhu 170 C bergantung pada oven masing-masing.
Sediakan loyang pembakar. Leserkan dengan sedikit butter. Ketepikan.
Pukul butter dan gula halus dengan speed sederhana hingga kembang.
Masukkan kuning telur dan esen vanila dan teruskan memukul.
Perlahankan speed mixer.
Tambahkan baking powder, tepung kastard dan tepung jagung gaul rata.
Masukkan tepung gandum atau tepung ros sedikit-sedikit ke dalam adunan sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan tidak melekat pada jari.
Pastikan jangan terlebih tepung supaya adunan tidak terlalu keras.
Canai adunan nipis, di atas 2 lapik plastik, supaya adunan tidak melekat-lekat.
Terap adunan dengan acuan bulat sebesar duit siling 50 senSusun atas loyang pembakar
Canai lagi adunan kali ni tebal sedikit anggaran 1 cm tebal
Terap pula adunan dengan acuan bulat sebesar duit syiling 5 sen
Letakkan ia atas adunan terapan 50 sen tadi.
Tekan sedikit supaya ia bujur sedikit.
Bakar dalam oven dengan suhu 170C api bawah selama 20 ~ 25 mint atau sehingga biskut masak sempurna.
* kena sentiasa perhatikan biskut dalam oven kerana ia mudah hangus.Bila dah masak biarkan biskut sejuk sepenuhnya.
Untuk membuat icingnya pula.
Bahan-bahan:
1 biji putih telur
200 gm gula icing
1 sudu teh jus perahan lemon
Cara-cara:
Satukan telur, gula icing dan jus lemon dalam bekas pemutar
Putar adunan sehingga kental
Bahagikan adunan kepada berapa bekas dan warnakan dengan pewarna kesukaan.
Masukkan dalam piping bagPaipkan atas biskut, buatkan bentuk riben dan bunga
Hiaskan mengikut kreativiti masing-masing.
Biarkan icing keras
Simpan biskut dalam bekas kedap udara.
Canteknyaaaa.... chef CT memang kreatif laaa
ReplyDeleteAssalamualaikum akak ct ...
ReplyDeletewah comelnya biskut raya nie akak... cantik sesgt...
Asslmkum Kak CT.
ReplyDeleteAlaaa..comeinya...Ni budak2 kompem suka...Kena buat banyak ni jawabnya..
As salam kak Ct..
ReplyDeleteAlaa cutenyaa...kalau dtg JB nnti kita nak yg ini..hehehehe ;p
asslm Kak Ct...comeiiinye biskut topi tu...QH nak gegurl pnya ehhh...hihi
ReplyDeleteSalam Ct
ReplyDeletewaaa.. ada boboy dan gegurlz..
suka pulak melihatnya..
kalau buat biskut macam ni budak-budak mmg suka kan.. teruja aje diaorang tengok biskut tu dalam balang..
ita kalau raya mmg suka buat tuk budak-budak aje.. suka tengok bila diaorang makan.. ^_^
aduhai, boboys & gegirls yg sangat cute, nak makan pun cayang.. hehe
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeletealahai kalau macam ni punya comel sayang nak makan, rasa nak frame jer he..he..
Assalamualaikum Kak CT,
ReplyDeleterajinnya akak buat biskut topi ni, suka tngk biskut kawan2 yg cun melecun...bilalah yatie nak rajin mcm akak ni...kreatif lagi...adoyaiiii..
salam syg kak ct..cantik2 suka tgok..sy nk dua2..syg nk mkn bila dh cantik camtu kan:)
ReplyDeleteAssalamkak CT... tomey nye biskut topi... pos ke Chiba sket kak...eheheh ;)
ReplyDeletecantiknya kak ct
ReplyDeleteada boy dgn girl yg tak tahan tu hehe, cantik
Kak ct..cantik nya biskuit tuh sayang lah mau di makan. Kalo dekat mau melly datang raya ke rumah akak,banyak biscuit yg cantik dan enak enak..hehe
ReplyDeletesalam buat ct.
ReplyDeleteKita berpuasa sudah melepasi setengah bulan.Ramai kawan yang sudah membuat kukis tapi bundo belum lagi ct. nanti-nanti dah dekat nak raya baru pulun sama-sama dengan anak.
Cute sungguh biskut yang ct buat ni. Mesti nanti gigirl amek yang gigirl punya dan boboy pulak amek yang boboy hehe..
Selamat manjalani ibadah puasa.
As'salamualaikum kak CT cayangg...
ReplyDeletecomelnyerr~
Akak, simpankan utk Nina 2gegurl & 2boboy ehh ...
heheh . . .
Assalam CT..waaah sume org dah tayang kukis, dapur akak je yg belum lagik....ntah bila nak buat, masa pun x da sangat dah ni kalau harapkan wiken. Baru ni cuti lama, balik kampung pulak...hehehhe. Cantik biskut tu CT, mesti para boboy n gegirlz suka makan... ^__^
ReplyDeleterajinnya kak ct buat biskut bentuk2 cam gini..saya kurang rajin nak buat biskut lawa2 cam gini..hehhehe..takat nak paipkan samperit tu o,k lagi..kekekek
ReplyDeletekak samprit tu boleh pakai butter..tapi saya lebih suka guna planta :)
Wahhhh teruja tgk biskut topi, lama dh x buat. Mase kt melben ada buat sekali je. Itupun jenuh nk siapkn deco nye tu. Klaau ada mase maybe lepas raya baru buat kot. Now bz sikit. Tp bila tgk biskut2 k.ct, mmg teruja sgt,
ReplyDelete