Monday, November 21, 2011

Kek Lapis Strawberry




Assalamualaikum... Salam mesra untuk semua pengunjung setia Dapur CT. Alhamdulillah kali ini CT ulang buat lagi kek yang sangat sedap dan lembut. Ini kali kedua CT buat, jika masih ingat pada kek pandan lapis serikaya yang CT buat sebelum ni?. Haa... yang ini CT ubah perisanya kepada lapis strawberry pulak. Sukatan gula tu CT kurangkan sebab jem strawberry ni dah manis kan. Kalau kita sayang pada jari2 kaki dari di 'potong', kenalah kurangkan manis dalam setiap masakan kita ya. Sukatan kali ni CT buat dua adunan jadi tak payah nak lapik tebal2 macam kek pandan dulu tu. Kalau teman2 guna loyang yang kecik sedikit pasti dapat lebih tebal.

Kek Lapis Strawberry ni CT buat pun dah petang, jadinya kelam kabut sikitlah nak siapkan dan cepat2 shoot sebab kalau dah gelap hilanglah sumber pencahayaan yang diperlukan. Resipi ni hampir sama dengan yang lepas cuma ada yang ditukar, dikurangkan atau ditambah. Kalau nak lihat hasil kek pandan lapis serikaya tu boleh lihat dalam entri CT yang lepas tu ya. Terima kasih pada semua pengunjung setia Dapur CT yang tak jemu2 meninggalkan komen dan singgah ke sini. Dapur CT akan bercuti selama 3 hari mulai esok kerana CT bercuti-cuti Malaysia bersama keluarga. CT akan bertolak sebentar lagi lebih kurang pukul 10 macam tu. Jika ada yang ingin mencuba silakan, jangan segan2 ya. Sampai jumpa lagi.. Daaaa......


Kek Lapis Strawberry
Resipi asal : E-na Lovely Kitchen
Di olah : Che CT


Bahan-bahan A :
60 gm butter dicairkan
60 gm gula halus / gula kastor
60 gm tepung kek
5 biji telur gred A
1/2 sudu kecil ovallete
1/2 sudu kecil baking powder
Sedikit Perisa Strawberry
Sedikit Pewarna Pink

Bahan B :
Jem strawberry secukupnya
Loyang 10" x 14"




Cara-cara :
1. Masukkan semua bahan-bahan A 'KECUALI' butter cair ke dalam bekas.
2. Pukul dengan kelajuan maksimum selama 7 minit sehingga adunan kembang dan berkrim.
3. Masukkan butter cair dan kaup balikkan dengan spatula sehingga sebati dan rata.
4. Ambil 1 sudu besar adunan dan tambahkan beberapa titik warna pink, kacau rata. Masukkan ke dalam penjuru plastik. Ketepikan.
5. Panaskan oven dengan suhu 180 degree.
6. Lenser sedikit marjerin pada loyang dan alas dengan cooking sheet.
7. Tuang semua adunan ke dalam loyang dan ratakan.
8. Ambil adunan dalam plastik tadi, gunting sedikit hujung penjuru plastik.
9. Paipkan untuk membuat garisan lurus yang halus.
10. Dengan menggunakan lidi sate/ pencungkil gigi/ hujung chopstik tarik hujung lidi di atas garisan lurus di atas adunan tadi secara melintang dan lembut dari hujung ke hujung untuk melorek coraknya.
11. Bakar dengan suhu 180 degree selama 15- 20 minit (bergantung pada oven masing2).
12. Sejukkan dan belah dua.

13. Sapukan jem strawberry, potong kecil untuk di hidangkan.








P/S - Kamera Klasik ke-9 kepunyaan my laling yang CT interframekan sebagai props bersama resepi kali ini ialah Canon Canonet 28.

Friday, November 18, 2011

Kek Span Strawberry




Assalamualaikum... Selamat pagi Jumaat yang ceria, semoga keceriaan ini akan kekal berpanjangan di hari-hari mendatang. Tak nak cerita panjang2 lah ya, rasa macam kesian pulak kalau CT dok taip panjang2 kang sampai kering mata dok baca celoteh CT ni. Last2 semuanya scroll jer short-cut terus sampai ke bawah... hahaha. Bergurau jer dipagi hari apa salahnya kan, Kena selalu bersenda supaya hilang rasa jemu dan bosan ye tak. Tapi CT pulak kalau berblogwalk suka membaca dengan teliti setiap yang ditulis sebab nak tahu apa cerita yang nak disampaikan.

Kali ini CT nak kongsikan satu resepi yang CT cuba dari Sweet 4ever dari MyR. Sebenarnya ini kek yang kedua CT buat. Yang pertama tu CT buat perasa coklat, tapi yang ni ada sedikit perasa strawberry. Entah kenapa suka betul dengan kaler pink ni, nampak lembut dan manis jer kat mata CT... hehehe. Mula2 tu ingat nak deko sikit lah kek ni, tapi bila belek2 rasanya tak payahlah. Biar plain gitu senang sikit nak cepat habis. Kek span ni memang mudah nak disediakan jadi mungkin akan ada ulang tayang lagilah nampaknya. Terima kasih pada tuan punya resipi. CT copy dari MyR dan kurangkan sukatan gula tu juga. Jom kita lihat resipi dibawah ya.


Kek Span Strawberry
Resipi asal : Sweet 4ever MyR
Di olah: Che CT

Bahan-bahan : ( 1 biji kek )
150 gm tepong super fine
120 gm gula kastor
5 biji telor A
1 sudu besar ovalette
80 ml susu segar
80 ml minyak masak / mentega cair
1 sudu teh pes strawberry
1 sudu teh serbuk penaik
Sedikit pewarna pink

Cara-cara :
1. Satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi (tapi ini terletak kepada kelajuan pengadun masing-masing).
2. Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar, pes strawberry dan sedikit pewarna pink... pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
3. Tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
4. Sediakan tin pembakar bulat atau 4 segi ukuran 8 icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45 minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180 darjah celcius.
5. Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek... lebih kurang 5 minit... bagi mengelakkan kek kita kempis.









"Barangsiapa memaafkan dalam keadaan mampu membalas, maka Allah akan memaafkannya pada hari yang sangat sulit." (Tabrani).

Thursday, November 17, 2011

Meatballs in Tomato Sauce




Assalamualaikum.... Bersua kembali dari Dapur CT semoga semuanya sentiasa ceria dan sihat2 selalu hendaknya. Seperti dijanjikan semalam, hari ni CT kongsikan satu lagi resipi yang belum pernah CT buat dan sesuai digandingkan dengan hidangan spaghetti. Kiranya ini yang pertama kali juga CT mencuba, jadi CT rasa macam ada sesuatu yang kurang dalam menu sos tu. Tapi tak kisahlah sebab ini yang pertama mestilah ada sedikit kekurangannya. Di lain kali akan ditambah sedikit lagi serbuk lada hitam seperti yang disaran kan oleh suami CT agar ada rasa pedas sedikit.

Resipi ni CT ambil dari blog Ijan blogresipi. Terima kasih ya Ijan kak CT mintak izin nak letakkan resipi ni dalam Dapur CT untuk rujukan dilain kali. CT copy jer dari blog Ijan, jika ada yang suka dan ingin mencuba, silakan ya :)


Meatballs in Tomato Sauce
Resipi : Ijan Blogresipi

Bahan untuk meatballs:
500 gm daging lembu kisar
1/2 teaspoon serbuk jintan manis
1/2 teaspoon serbuk ketumbar
1/2 teaspoon serbuk cili
2 genggam breadcrumbs
1 telur -kite tak letak
1 tablespoon daun oregano kering/fresh
1 tablespoon daun rosemarry dicincang
garam secukup rasa
1 teaspoon serbuk blackpepper

Bahan untuk tomato sos:
1 tin tomato cincang
1 biji bawang besar di cincang
1 bawang putih dicincang
1 teaspoon daun oregano kering
garam secukup rasa

Bahan untuk dibakar:
mozarella cheese
grated parmesan




Cara penyediaan meatballs:
Campur semua bahan dalam bekas besar. Gaul sebati. Bentuk2 kan meatballs sebesar bola ping-pong sehingga habis. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak (guna dlm 5 camca besar) dan goreng semua meatballs sekaligus. Goreng lebih kurang 5 minit sehingga rata disemua bahagian.

Cara penyediaan sos tomato:
Panaskan sedikit minyak dlm kuali/periuk. Goreng bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan tomato, oregano dan garam. Gaul sebati dan biarkan mendidih. Tutup api.

Cara penyediaan akhir:
Pindahkan sos tomato ke dalam bekas yang sesuai untuk di masukkan dalam oven. Susun meatballs di dalam sos tomato tersebut dan taburkan mozarella dan grated parmesan cheese di atasnya. Bakar pada suhu 220'C selama lebih kurang 15 minit atau sehingga bahagian atas nya bewarna kekuningan.







P/S - Kamera Klasik ke-8 kepunyaan my laling yang CT interframekan sebagai props bersama resepi kali ini ialah Bencini Comet II.

Wednesday, November 16, 2011

Spaghetti Bolognese




Assalamualaikum... Salam mesra dan salam sayang untuk semua teman2 Che CT. Hari ini nak share menu mat saleh pulak lah ya. Selalu dok tayang masakan melayu, sesekali kita layan pulak menu western ni. Ini kiranya yang pertama CT buat dan letak dalam Dapur CT. Macam biasalah lama dah beli spaghetti ni, tapi dok peram jer nasib baik tak expired lagi... hehehe.

Terima kasih buat penyumbang resipi ni IDA yang duk kat Jepun tu. Nampaknya anak2 pun suka resepi ni, jadinya memang sedaplah masakan dari air tangan mama dia ni kan... angkat bakul sendiri nampaknya... hahaha. Okey2... CT banyak kerja lagi nak buat, jadi kita terus pada resipi jer lah ya. Terima kasih buat IDA sebab berkongsi resipi ni, dan izinkan K.CT letakkan juga dalam Dapur CT ya.


Spaghetti Bolognese
Resipi : IDA

Bahan-bahan :
250 gm spaghetti - direbus sehingga lembut, titiskan beberapa titik olive oil ke dlm air rebusan
toskan setelah lembut

Bahan-bahan kuah :
300 gm daging lembu kisar... boleh dilebihkan
1/2 labu bawang besar *
4 ulas bawang putih *
3 hiris nipis halia * ( Kisar bahan bertanda * )
1 labu bawang besar... didadu halus
1 biji tomato... didadu
1 botol sos pasta/435 gm....boleh dikurangkan
3 sudu besar sos tomato
2 sudu teh serbuk cili... boleh dilebihkan/dikurangkan
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh/lebih serbuk lada hitam.....yg kasar
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa
1 sudu teh oregano
Opptional.....serbuk perasa kalau suka
Cendawan bulat ( shitake )....dipotong nipis
Sedikit air utk tambahan kuah...kepekatan kuah ikut citarasa masing2
Sedikit olive oil untuk menumis.....boleh juga pakai minyak biasa

Cara-cara :
1. Tumiskan bahan kisar /bahan *sehingga naik bau/sedikit garing
2. Masukkan bawang besar, tomato yg didadu dan serbuk cili......tumis sekejap
3. Masukkan daging cincang dan serta bahan2 lain....kacau sehingga masak.
4. Tambah air jika kuah terlalu pekat dan teruskan memasak.
5. Sedia dihidangkan bersama spaghetti....maka jadilah spaghetti bolognese ..sebab itulah nama asal diberi..






P/S - Gambar kat bawah ni pulak ialah teaser untuk entri yang akan dipublish esok, iaitu Meatballs Bolognaise. Hidangan yang sesuai dimakan bersama spaghetti. Tunggu ye :)

Tuesday, November 15, 2011

Pumpkin Cake




Assalamualaikum.... Salam ceria dan salam manis dari Che CT. Nak cakap panjang2 macam tak ada mood, Jadi kena kontot2 jerlah senang citer (kontot2 tu bahasa JB kot...hahaha). Resipi kek labu ni, CT dok cari2 resipi labu dan terjumpa resepi ni dari satu website di internet. Kek ni memang lembut dan sedap. Buah labu yang CT beli di Carrefour hari tu masih tinggal 1/2 biji lagi nak dikasi habis. Tu yang malam-malam dok skodeng2 internet terjumpa satu resipi ni. Terus tak tunggu lama2 dok godek malam tu juga, bahan2 pun taklah susah mana semuanya ada kat Dapur CT.

Kalau ada yang nak cuba, silakan. Harap Tuan punya resipi ni halalkan CT amik resipi kek dia ni. Tapi mintak maaflah ya sebab tak sempat nak alih bahasa mat saleh ni kebahasa ibunda... hehehe. Jom kita lihat resipi kat bawah ni ya :D


Pumpkin Cake
Resepi Asal : Nasilemaklover
Resepi Di Olah : Che CT


Ingredients : makes a loaf pan or a 2x2x9” slim long pan
125 gm butter
90 gm caster sugar
2 eggs (medium)
90 gm pumpkin puree(steamed and mashed)
160 gm self-raising flour
30 gm milk
40 gm pumpkin seeds
60 gm raw pumpkin, diced
50 gm raw pumpkin, sliced

Method :
1. Cream butter and sugar till light and fluffy.
2. Add in egg one at a time and well combine.
3. Add in flour and milk, mix well.
4. Add in pumpkin seed and diced pumpkin, mix until well incorporated. (CT tak letak)
5. Pour the batter into a greased and lined mould.
6. Arrange pumpkin slices on top.
7. Bake at preheated oven at 180c for 40mins. (CT bakar 50 minit)


P/S - Kamera klasik my laling yang ke-7 yang di gunakan sebagai props dalam resepi ini ialah Balda Baldinette.



Monday, November 14, 2011

Karipap Keledek + Kentang




Assalamualaikum... Selamat pagi Isnin dan salam ceria semuanya. Alhamdulillah... teringin nak makan tepung bawang / karipap/ epok-epok akhirnya terlaksana sudah. Haa... pernah dengar nama tepung bawang tak...? rasanya orang Johor jer kot yang panggil tepung bawang. Dulu2 masa CT budak2 memang panggil kuih ni tepung bawang atau epok-epok. Tak tahulah kenapa dipanggil tepung bawang agaknya, tak berapa pasti. Kena cari kat En Google lah kalau siapa nak tahu lebih lanjut ya... hehehe.

Ini hasil dari ternampak sana sini situ kat blog teman2 yang dok tunjuk2 tepung bawang / karipap / epok epok nilah yang CT nak buat juga. Cuma kali ni comel2 juga lah karipap tu. Masih tak "terbeli" acuan yang besar, lagi pun buat comel2 ni lebih banyak dapatnya. Masuk dalam mulut pun senang tak payah nak nganga besar2... hahaha. Adunan karipap ni CT cuba resipi dari TUN, memang sedap, bila dah sejuk pun kulit dia masih lagi rapuh. Gambar inti kentang + keledek CT terlupa nak snap. Dah siap baru teringat. Lain kali boleh cuba lagi. Kuih2 macam ni memang semua mengemarinya. Yang inti pula CT buat ikut resipi blog ROS - Bukan Sekadar Masakan. Adilkan... kedua2nya sedap dan mendapat citarasa kat tekak CT. Harap TUN dan ROS halalkan untuk kak CT letakkan resipi ni dalam Dapur CT ya. Apalagi jom kita lihat resipi pulak ya :D


Tepung Bawang/Karipap
Resipi : TUN Telani

Bahan-bahan :
4 cawan tepung gandum
2 sudu besar margerin
1/2 cawan minyak (CT guna minyak jagung)
3/4 cawan air
1/2 sudu teh garam

Cara-cara :
1. Panaskan margerin + minyak dlm periuk. Tutup api.
2. Tengah panas2 tu, masukkan tepung dalam periuk tadi dan gaul guna garpu (jangan guna tangan, melecur nanti).
3. Dah sejuk sikit, campur garam dan air.
4. Uli-uli.. siap! Boleh wat karipap ikut suka inti apa..



INTI : Keledek + Kentang
Resipi : ROS

Bahan-bahan :
1 biji keledek saiz besar - boleh dinganti dengan kentang. (CT letak kedua2 nya)
1/2 gengam ikan bilis ( boleh ganti dengan daging atau isi ayam)
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besa cili kisar
garam

Cara-cara :
1. Potong dadu keledek dan kentang rendam dalam air.
2. Blender udang kering dan ikan bilis hingga hancur, ketepikan.
3. Panaskan minyak dan tumis cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing.
4. Kemudian masukkan bahan yang di blender tadi dan kacau sebati
5. Akhir sekali masukkan keledek dan 1 cawan air
6. Kacau selalu dan biarkan keledek empuk
6. Sesuaikan rasa, masukkan garam secukup rasa
7. Setelah masak dah inti agak kering, tutup api dan sejukkan.


P/S - Kamera klasik my laling yang ke-6 yang di interframekan bersama resepi kali ini ialah Canon Canonet




Sunday, November 13, 2011

Wordless Sunday Recipe




Assalamualaikum.. Bukan kebiasaan untuk CT bersiaran pada hari cuti kan? Jadi hari ni CT publish entri senyap sunyi. Layan je gambar kek coklat kukus basah (yang patah riok dilanggar oleh Angry Birds) , tapi takde resepi. Buat cuci-cuci mata aje lah ye. hehehe..









Friday, November 11, 2011

Ayam Masak Tomato




Assalamualaikum.... Apa khabar semua. Doa CT moga teman2 CT ceria selalu dan berjaya menguruskan masa dengan hebat ke arah kebaikan. Dan moga di pagi ini menjadi hari yang lebih baik dari hari2 yang lalu dan sentiasa dirahmati Allah.... Aminnn.

Rasanya dah beberapa hari CT dok publish resipi kek. Teringin juga nak menyelitkan menu masakan ayam. Dan kali ni CT cuba resepi dari Kak Ida Blog 1001 Resepi. Inilah kalau dah selalu sangat makan ayam jer memanjang, jadi jemu kalau asyik2 resepi ayam yang sama, jadi terpaksalah cari kelainan dari resepi2 orang lain pula. Nak buat macamana, anak2 bujang CT masing2 memang tak suka makan ikan. Kalau masak pun cuma seorang jer yang nak mencuit ikan tu. Yang 2 orang lagi jangan harap lah nak menyentuhnya. Sesekali paksa juga suruh makan, tapi kesian pulak bila tengok dok telan isi ikan tu dalam "terpaksa tanpa rela".... hehehe. Setiap hari CT akan cari resipi ayam, tak kiralah nak masak apa asal anak2 bujang ku semua nak makan. Dan akhirnya resipi yang dikongsikan kali ni dari Kak Ida, Ayam Masak Tomato. CT cuma tambah sikit2 tak banyak dan mengantikan apa yang CT rasa perlu jer. Terima kasih ya Kak Ida untuk resipi ayam masak tomato ni. Izin dan halalkan CT letakkan resipi ayam ini dalam Dapur CT. Hasil skodeng CT inilah resipinya, jom kita tengok ya :)


Ayam masak tomato
Sumber Asal : Kak Ida
Resepi Di Olah : Che CT


Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam, potong kecil
4 sudu besar sos tomato
3 sudu besar cili blender
1 sudu besar sos tiram
3 ulas bawang putih *
3 ulas bawang merah *
1 inci halia *
1 biji bawang besar, potong bulat (CT tak letak, bawang besar dah habis)
cili hijau (CT ganti dengan 8 biji cili padi yang dibelah dua)
Daun sup/bawang - untuk hiasan
Tomato - potong wedges (CT guna tomato cerry belah dua)
Sedikit gula (yang ini CT tambah)
Sedikit minyak untuk menumis
(bahan bertanda* - CT blend)

Cara-cara :
1. Gaul ayam dengan sedikit garam dan goreng hingga separuh masak. Ketepikan. (CT tambah dengan sedikit rempah kari, sedikit serbuk lada hitam dan perap selama 5 minit dan goreng 3/4 masak).
2. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia sehingga hancur.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk hingga kekuningan. Masukkan cili blender dan kacau hingga pecah minyak.
4. Masukkan ayam yang digoreng tadi, sos tomato dan sos tiram. Kacau 5 minit.
5. Masukkan bawang besar, cili hijau / cili padi, tomato dan kacau sebentar.
6. Tambahkan garam dan perisa jika perlu. Hidang panas. (CT letak sedikit gula untuk rasa masam dan manis)




Thursday, November 10, 2011

Kek Pandan Lapis Seri Kaya




Assalamualaikum... salam ceria buat pengunjung Dapur CT. Hari berganti hari tak sedar dah nak sampai cuti sekolah. Time2 cuti ni kena standby banyak stok makanan kat rumah. Maklum lah anak2 semua ada dirumah, jadi setiap masa mulut comel anak2 ni semuanya akan cakap ... "laparlah Mama.."... hehehe. Mama dia ni dah lah rajin duduk didapur, jadi makanan tu kena sentiasa adalah jawabnya. Kalau malas nak buat2 kuih, beli aje goreng pisang kat warung berdekatan jer senanggg... hehehe.



Berbalik kita pada menu hari ni... Kek Pandan lapis Seri kaya resipi ni CT ambil dari blog E-na. Hasil cari2 resipi masa Raya Haji... hehehe. Nak makan lauk ayam jer naik muak dah, sesekali nak gak mengalas perut dengan hidangan menu petang. Inilah hasilnya, tapi sukatan yang E-na beri ni CT buat jadi nipis pulak. Sebab CT letak dalam loyang yang besar sedikit. Loyang 8" x 11" tak ada jadi apa yang ada CT sambar jerlah... hahaha. Nak jadikan dia tebal bukan nya susah, CT dok tepek lah jadi 4 lapis. Tinggi sikit memang sedap. Bab lorek tu lain kali nak buat rapat2 sikit baru elok, ni besar2 tangan pun dok gigil jer buat garis tu... hahaha. Lain kali kena double kan adunan ni dan dapatlah tebal macam E-na punya tu. Lepas siap anak2 dah tempah sorang satu nak makan. Ngam2 CT buat dapat 6 ketul, jadi sorang satu cukup2 dengan seisi rumah CT ni... hehehe. Jangan nak mintaklah ya, memang dah habis dahhhh.... Terima kasih buat E-na sebab berkongsi resipi kek pandan lapis seri kaya ni. Mintak izin untuk diletak dalam Dapur CT ya.


Kek Pandan Lapis Seri Kaya
Resipi : E-na Lovely Kitchen

Bahan A :
60 gm butter dicairkan
60 gm gula halus / gula kastor
60 gm tepung gandum
3 biji telur gred A (+-200g)
1/2 sudu kecil ovallete
1/2 sudu kecil baking powder
Sedikit Perisa pandan
Sedikit Pewarna hijau

Bahan B :
Seri Kaya Secukupnya
Loyang 8" x 11"

Cara-cara :
1. Masukkan semua bahan-bahan A 'KECUALI' butter cair ke dalam bekas.
2. Pukul dengan kelajuan maksimum selama 7 minit sehingga adunan kembang dan berkrim.
3. Masukkan butter cair dan kaup balikkan dengan spatula sehingga sebati dan rata.
4. Ambil 1 sudu besar adunan dan tambahkan beberapa titik warna hijau, kacau rata. Masukkan ke dalam penjuru plastik. Ketepikan.
5. Panaskan oven dengan suhu 180 degree.
6. Lenser sedikit marjerin pada loyang dan alas dengan cooking sheet.
7. Tuang semua adunan ke dalam loyang dan ratakan.
8. Ambil adunan dalam plastik tadi, gunting sedikit hujung penjuru plastik.
9. Paipkan secara bulatan bermula dari bahagian tengah adunan sehingga ke penuh permukaan adunan.
10. Dengan menggunakan lidi sate/ pengcungkil gigi/ hujung chopstik tarik hujung lidi di atas adunan secara lembut dari bahagian tengah ke tepi loyang sebanyak 8 garisan (4 penjuru dan 4 di antara penjuru).
11. Kemudian tarik pula hujung lidi diantara setiap bahagian lorek tadi dari hujung loyang ke bahagian tengah(berlawanan arah pula). Maka akan terhasil bentuk lorekan di bawah. (sila lihat di blog E-na ya).
12. Bakar dengan suhu 180 degree selama 15- 20 minit (bergantung pada oven masing2).

13. Sejukkan dan belah dua.

14. Sapukan seri kaya, potong kecil untuk di hidangkan.



P/S - Kamera Klasik ke-5 kepunyaan my laling yang CT interframekan sebagai props bersama resepi kali ini ialah Exakta Varex IIb.




Wednesday, November 9, 2011

Kuih Cara Manis




Assalamualaikum.... Salam sayang buat semua teman2 CT. Moga semuanya sentiasa mendapat hidayah daripada Allah. Ini ada satu kata2 dari Ustazah Siti Nor Bahyah yang ingin CT kongsikan bersama... "Nafsu mengatakan wanita itu cantik atas dasar rupa paras.. Akal mengatakan wanita itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Hati mengatakan wanita itu cantik atas dasar akhlak dan agamanya. Semoga kita semua berjaya menjadi wanita yg solehah..." Insya'Allah.

Ini dah masuk kali kedua CT buat kuih cara manis/pandan. Yang dulu tu ada dalam senarai resipi kalau rajin boleh cari lah ya... Tapi kerana kesian, CT tolong carilah ya, sian pulak nak suruh cari sendiri... hehehe.Yang mula2 tu CT buat ikut resipi dari JUN MyResepi, boleh lihat di SINI. Tapi yang kali ni CT ambil dari blog Kak Azita Zain. CT buat 2 adunan jadi kena doublekan sukatan adunan tu. Kalau satu adunan macam CT sorang makan memang tak cukup... hahaha. CT buat dua kaler, satu dicampur pes pandan dan satu lagi letak pewarna kuning. Kasi garing sikit bawah dia baru sedap nak2 kalau makan masa tengah panas. Anak bujang CT Haqim kata kuih ni sedap macam jemput2 telur yang mama buat... hahaha. Ada2 jer anak2 ni erk, apa pun memang sedap rasa lemak2 santan dan susu tu kira balance lah. Terima kasih pada Kak Azita diatas resipi Kuih Cara Pandan yang lembut ni. Mintak kongsi letak di Dapur CT ya kak, copy dari blog Kak Azita jer. Jom kita tengok resipi. Daaa.....


Kuih Cara pandan - 2
Resipi : Kak Azita Zain

Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
2 cawan susu segar ( CT letak 1 cawan santan dan 1 cawan susu. stok susu terhad)
1 biji telur
½ camca teh garam
1 camca teh paste pandan
Gula pasir secukupnya - untuk filling
1 helai daun pandan - sebagai berus untuk menyapu minyak ke acuan
Sedikit garam (CT tambah)

Cara-cara :
1. Satukan semua bahan ke dalam mangkuk kecuali susu segar/santan. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit sambil dikacau menggunakan whisk. Pastikan adunan tidak bergentel. Buat sehingga susu segar/santan habis. (CT tapis dulu takut ada tepung yang tak sebati).
2. Panaskan acuan kuih cara atau pun acuan kuih baulu. Pastikan apinya sederhana sahaja.
3. Sapu acuan dengan sedikit minyak - gunakan daun pandan tadi.
4. Tuang adunan ke dalam acuan hingga agak2 penuh. Biarkan sekejap hingga bahagian tepinya kelihatan mula mengeras (warna bertukar dari hijau muda ke hijau pekat).
5. Sudukan sedikit gula dan tuang ke atas setiap kuih tadi. Tutup acuan dengan tudung periuk. Bakar sehingga masak, dalam lebih kurang 2 minit. Kalau nak garing, bolehlah dibakar lama sedikit tapi janganlah sampai hangus pulak...
6. Keluarkan dari acuan dengan menggunakan garfu. Siap!!




Tuesday, November 8, 2011

Cheese Peach Swiss Roll




Assalamualaikum... Cakk!! selamat hari raya! Alhamdulillah... bersua kembali dengan hari yang cukup ceria. CT tak nak cakap panjang lebar sebab ada kerja yang perlu CT buat. Jadi tanpa banyak bicara CT nak sharekan satu resipi yang CT suka dan sedap ni, dah siap letak Facebook Like tuuuuu hehe. Kiranya ini kek gulung kali kedua yang CT buat selepas Kek Gulung Kasih resipi dari Dayang dulu. Tapi yang ni bukan gulung kasih, tapi kek gulung kasih sayang... hehehe. Sebenarnya ini resipi yang CT ambil dari blog E-na Lovely Kitchen. Kek sempena hari raya haji lah kiranya ni. Untuk lebih memudahkan melihat bentuk dalam kek ni, bolehlah tengok kat blog E-na ya. CT tukarkan sedikit nama kek tu dan tukar buttercream dalam kek gulung ni. Dan lebihan buttercream tu CT sapu diluar kek dan taburkan cheddar cheese dah siappp! Tapi kalau dapat parut cheese tu yang halus lagi cantik kot... :D



Terlebih dahulu nak ucap Terima Kasih pada E-na dan Kak CT mintak izin ambil resipi dalam diam dan terus jer buat tanpa meminta izin terlebih dulu... hehehe. Jadi dengan ikhlasnya Kak CT mintak halalkan resipi ni untuk dipanjangkan dalam senarai Dapur CT pula. Kalau ada yang ingin mencuba juga silakan :D


Cheese Peach Swiss Roll
Sumber Asal : E-na
Resepi di olah : Che CT

Bahan A :
3 biji putih telur (CT guna telur A)
30 gram gula halus / castor
1 sudu kecil tepung jagung

Bahan B:
3 biji kuning telur
30 gram gula halus / castor
60 ml air
40 ml minyak sayur / masak
80 gram tepung gandum di ayak
Sedikit pewarna kuning telur
3/4 sudu kecil esen vanila

Cara-cara:
1. Buat adunan untuk bahan-bahan A. Pukul putih telur sehingga berbuih. Pastikan kuning telur tidak termasuk ke dalam putih telur walaupun sedikit.
2. Masukkan gula dan tepung jagung dan pukul lagi sehingga gebu dan kental. Bila di terbalikkan mangkuk adunan, ia tidak tumpah. Ketepikan.
3. Di dalam mangkuk lain masukkan kuning telur, gula dan pukul sehingga putih menggunakan mixer tadi tanpa perlu di basuh.
4. Kemudian masukkan air, minyak dan esen vanila dan kacau sebati menggunakan senduk kayu / spatula.
5. Masukkan perwarna kuning dan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
6. Alas loyang dengan cooking sheet. Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan.
7. Bakar dengan suhu 170 degree selama 15 minit atau sehingga kek masak.
8. Keluarkan dan terbalikkan kek. Biarkan sekejap sebelum menggulung.


Buttercream :
Resipi : Che CT

125gm butter
1/4 cawan gula aising
Yellow peach dalam tin
Cheddar Cheese - diparut - CT guna jenama Kraft

Cara-cara:
1. Pukul semuanya sehingga berkerim dan putih.
2. Sapu pada kek dan susun buah peach
3. gulung kemas2 dan balut dengan cling wrap. Simpan dalam petisejuk selama 30 minit sebelum dipotong.
4. Sapu lebihan buttercream diluarnya dan taburkan parutan cheddar cheese ke seluruh permukaan kek yang dah disalut dengan cream tadi.


P/S - Kamera klasik my laling yang ke-4 yang di interframekan bersama resepi kali ini ialah Halina 35X.




Friday, November 4, 2011

Kuih Getas




Assalamualaikum buat semua teman-teman CT yang tersayang. Rasanya macam sekejap je dah sampai ke hujung minggu ek. Esok dah cuti, lepas tu esoknya lagi pulak dah Hari Raya Haji. Oleh kerana cuti, jadi macam biasalah Dapur CT pun akan bercuti dari bersiaran juga seperti lazimnya hehe. CT kalau boleh nak terus je bersiaran tujuh hari seminggu tapi pejabat buruh tak kasi, sebab kena ikut undang-undang baru katanya (pinjam ayat P.Ramlee dari cerita Ali Baba Bujang Lapok).



Sempena Hari Raya Haji yang bakal menjelang, terlebih dahulu CT nak ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha buat semua yang mengenali CT tak kira jauh dan dekat dan tak lupa juga buat semua follower CT yang tersayang. Kalau ada yang balik beraya ke kampung tu, hati-hati memandu ye. Dan sempena hari nak cuti, CT up kan resepi kuih tradisi yang senang bangat nak membuatnya. Bak kata suami CT, gaul2 tepung campak dalam minyak panas dah jadi kuih hahahaha. So, oleh kerana senang harap2 adalah yang nak follow ye. Jom kita follow resepinya. Oh ye.. kamera klasik my laling yang ke-3 yang CT interframekan dalam resepi CT kali ini ialah Rollei B35.


Kuih Getas
Resepi Che CT

Bahan-bahan:

250 gm tepung pulut
150 gm kelapa parut putih
130 ml air
secubit garam

Bahan untuk sira:
3/4 cawan gula pasir
1/2 cawan air

Cara-cara:
1. Campurkan tepung pulut, kelapa parut dan garam dan gaul sebati. Kemudian tambah air sedikit demi sedikit dan gaul adunan hingga menjadi doh.
2. Kepalkan bulat2 adunan dan dileperkan sedikit (saiz, ketebalan dan bentuk boleh dibuat ikut suka). Buat sampai habis.
3. Goreng hingga kekuningan, kemudian ketepikan.
4. Untuk membuat sira, didihkan air dalam kuali kemudian masukkan gula dan gaul rata hingga pekat, berbuih dan bertali.
5. Setelah sira pekat, kecilkan api dan masukkan kuih yang telah siap digoreng tadi. Gaul kuih sehingga sira rata keseluruh permukaan kuih. Bila gula mula mengeras matikan api. Sedia utk dihidangkan.




Thursday, November 3, 2011

Ayam Sos Siam




Assalamualaikum... Selamat pagi dan salam ceria dari CT. Menu yang terhidang Di Dapur CT ni benar-benar mendapat tempat dalam hati CT. Tapi sebelum tu, CT mintak maaf dulu lah ya, sebab pagi2 dah dok tayang lauk Ayam Sos Siam ni. Haa... kalau nak tahu siapa punya resipi. Tunggu sampai CT letakkan resipinya kat bawah nun nanti ya. Menu memang sedap, masa dok tumis rempah tu dok dua tiga kali bersin sebab pedassssss!... pijau bibir masa CT dok makan ayam sos siam ni... hahaha. Memang pedas tau sebabnya Che CT telah melebihkan sukatan cili padi tu. Kalau tak pedas macam tak kick pulak rasanya... hehehe. Tapi jangan lah sangka pedas melampau ya. CT ni sebenarnya tak tahan pedas, kalau rasa pedas2 sikit jer mesti togak air sekali nafas setengah gelas... hehehe. Jadi Kena ingat juga anak2 yang nak makan dan tidak tahan dengan kepedasan tu nanti. Bagi CT resipi ni memang sedap dan CT juga lebihkan sedikit ramuannya, sebab ayam yang CT buat banyak juga :)

Resipi Ayam Sos Siam ni telah dicuba oleh teman2 yang lain juga. CT terpandang dalam blog Diana dan Yatie juga. Dan resipi ni kepunyaan puan Ummi Zaihadi, yeahhh.... hehehe. Kak Ummi mintak maaf kak lambat beritahu resipi siapa ni haa... Apa pun memang sedap lauk ni tau, nak masak pun sangat mudah untuk disediakannya. Terima kasih daun keladi ya Kak Ummi mintak halal segala2nya. CT copy dari blog kak Ummi jer senang kerja kan... hehehe. I dah follow... you all bila nak followwww....


Ayam Sos Siam
Resipi: Ummi Zaihadi

Bahan-bahan :
1 ekor ayam sederhana besar - dipotong 8 - 10 bahagian
15 tangkai cili padi thai * (CT letak 20 tangkai)
4 ulas bawang putih * ( CT blend jer :)
1 labu bawang besar - dihiris
1/3 cawan sos cili (CT lebihkan 3 sudu besar)
1 - 2 helai daun kunyit - dihiris halus (kalau nak letak daun limau purut pun terpulang lah) - CT letak daun limau purut 3 helai, buang urat tengah.
sedikit gula (optional)
minyak masak secukupnya
sedikit garam dan serbuk kunyit
(Bahan bertanda* ditumbuk halus)

Cara-cara :
1. Bersihkan ayam dan toskan. Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya. Perap 20 minit. Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam hingga 3/4 masak. Angkat dan toskan.
2. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar dan tumis bawang besar dan bahan tumbuk tadi hingga naik bau.
3. Masukkan sos cili dan kacau rata dan biar hampir kering sikit.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata-rata. Seimbangkan rasa. (kak ummi tak letak garam, cukup dari yang digunakan untuk menggoreng ayam tadi jek) - CT juga tak letak.
5. Akhir sekali masukkan daun kunyit dan kacau rata sebentar. Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih... SELAMAT MENCUBA...!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...