Monday, February 6, 2012

Biskut Chocolate Chip Famous Amos



Assalamualaikum... Salam ceria dan selamat pagi untuk semua. Sebenarnya CT masih lagi dalam mood bercuti. Tapi itulah, walaupun mood bercuti tapi masih lagi menggodek didapur... hehehe. Tapi bila hari cuti macam ni, tak perlu terkejar-kejar untuk buat kerja rumahkan. Sarapan pun lambat sikit dari biasa. Sebab hari-hari biasa tu bila anak-anak nak ke sekolah dan My laling CM nak pergi kerja kena bangun dan bersiap awal untuk siapkan sarapan segala. Bila cuti inilah seronoknya, semua tugasan dan kerja rumah tak perlu kelam kabut kan.



Berbalik pada resipi kali ini, Biskut Chocolate Chip Famous Amos CT ambil dari Blog Nad'z Cute Oven. Memang sedap sangat-sangat tak tipu punya, sampai aroma biskut ni masa CT bakar mahu menusuk ke lubang hidung jiran-jiran berdekatan. Sampai jiran belakang rumah CT ingat jiran CT yang seorang lagi yang berbangsa India tu yang buat, sebab esok raya Taipusam dorang kan. Jadi dia ingat jiran India tu buat kuih raya. CT dok dengar dan senyum kambing je lah mendengar perbualan dorang bila jiran India tu jawab, "eh taklah saya tak buat kuih raya" hehehe. Alahai... segan betul kalau macam ni kan. Kita buat sesuatu yang baunya sedap bila jiran-jiran terbau serba salah dibuatnya. Nak dihulur kena buat satu pusingan U baru sampai rumah dia... hehehe.



Cerita tergerak nak buat biskut ni bermula bila CT pegi jalan-jalan dengan anak-anak dan My laling CM ke Sungei Wang Plaza hari kelmarin. Kat tingkat 3 Sungei Wang tu ada outlet Famous Amos jadi bila lalu situ je anak2 CT tak boleh tahan dengan aroma bau biskut coklat ni. My laling dan anak2 suruh CT beli, tapi CT kata tak apalah, esok Mama buatkan banyak-banyak lagi sedap dan puas makan. Dan dengan kerajinan melanda, CT kotakan apa yang CT janjikan. Pagi-pagi lagi dah menggodek adunan biskut ni. Boleh tahan banyak juga dapat, tapi CT buat besar-besar sikit. Puas makan hehehe. Jika ada yang nak mencuba, silakan ye. Dan terima kasih pada Nad'z sebab berkongsi resipi Biskut Chocolate Chip ni ya. Daaa....

Biskut Coklat Chip Famous Amos
(Home Made)
Sumber : Nad'z Cute Oven
Di Olah : Che Ct


Bahan diayak :
2 1/4 cawan tepung gandum
3 sudu kecil serbuk koko
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil soda bikarbonate
2 sudu besar susu tepung
Secubit garam

Bahan-bahan lain :
250 gm mentega - suhu bilik
150 gm gula kastor
1/2 sudu kecil asen vanilla
1 biji kuning telur
1 cawan coklat chip - boleh tambah atau kurangkan mengikut citarasa
100 gm sebarang kekacang - Optional
50 gm kismis hitam - dibelah dua



Cara membuatnya :
1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
3. Masukkan bahan-bahan yang diayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar yang diglis mentega atau dialas dengan kertas minyak.
6. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar.
7. PERHATIAN : Jarakkan adunan ini anggaran 1 inci sebab bila proses pembakaran adunan akan mengembang dan leper.
8. Bakar pada suhu 160'C selama 15-25 minit. Bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda menggunakan api atas dan bawah.
9. Sejukkan dahulu biskut dalam tray dalam 5 minit baru dipindah atas redai dan biar sejuk sepenuhnya sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.




47 comments:

  1. Morning kak CT.. wah kita sama yah pagi pagi uda di depan lappy.. hehe
    anak anak pun masih tidur semua.masih sepi rumah.

    hmm sedap nih kak cookies nya, melly selalu buat cookies coklat chip tapi pake resepnya joy of baking, next mau coba recipe ini. sekarang minta yg ini dulu yah buat tester.. hehe

    ReplyDelete
  2. CT.....CT akak datang bawa balang kukis.....tak minta banyak satu balang aje...semalam akak udah buat kuih kosui CT..nanti akak kiramkan ya..N3 belum lagi. Thanks ya..lembut dan sedap

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum kak ct wah menarik nice pic...suka negoknya...beseni...sekut pun kegemaran ank2 dan st juga...hemmm mmg x puas kalau dpt sebalang...cpt habis..

    ReplyDelete
  4. Melly Octaviana ~

    Hai Melly, selamat pagi. Ya anak2 masih ditempat tidur. Tapi Mamanya harus bangun pagi ni buat bf dulu. nanti siangnya mahu keluar sama anak dara mahu shopping sikit..hehehe

    cookies dari Joy of baking tak pernah cubo lagi. nanti bisa k.ct coba mesti lagi sedap dan hamrum ya :)

    ReplyDelete
  5. Paty's Kitchen - Cook with passion ~

    Salam pagi Kak Paty, terima kasih kak sebab mencuba. ct pun masih terasa2 lagi kuih kaswinya tu. Bolehkak nanti ct pos ya cookies ni :)

    ReplyDelete
  6. Sheila Shafeareen

    Wa'salam Sheila.. tr kasih. yalah lepas buat semalam masih hangat anak2 dah mintak merasa. sesekali buat macam ni mestilah sedap jangan di cakap. Ni masih ada lagi boleh buat kudap2 depan tv ni nanti :)

    ReplyDelete
  7. Ada sorang anak bundo ni yg cukup gemar buat kukis dan selalu dpt oder dr kawan kawan dia. Nant i bundo bagi resepi ct ni suruh dia cuba. Tq..dan selamat bercuti.

    ReplyDelete
  8. Sedapnya kak CT...dah lama berangan nak buat biskut ni...tapi belum sampai seru...Penyakit M tahap kronik

    ReplyDelete
  9. Ct,
    kalau ct kata best,nak cuba gak,,,bahan senang ajer,kalau bubuh banyak2 kekcang sedapkan..tengok yang ditayang pun dah kecur..akak amek resipi yer..muah..muah...muah...

    ReplyDelete
  10. bertambah semangat nak cuba lepas akak kata sedap...saya dah lama salin tapi malas nak beli choc chips tu yg sampai sekarang tak baut2..kekeke.aduii kena carik jugak nih sebab dah teringin sgt2..hehehe

    bagus hb akak buatkan backup tuk blog ni...saya kalau berkubur blog tu memang malas rasanya nak start balik..kekeke

    ReplyDelete
  11. Ibundo ~

    Salam pagi Bundo, kalau anak bundo rajin dapat tempahan bolehlah cuba resipi ni sedap juga Bundo. Cua suh anak Bundo bagi resipi biskut yang dia selalu buat, nak gak ct cuba ni Bundo :)

    ct tak bercuti kemana2 duk umah jer ..hihi

    ReplyDelete
  12. Kama Kimin ~

    Salam pagi Kama, napelah ada penyakit M tu, suh di pi jauh2 nanti penyakit R datang pulak..hihihi. Meh lah buat Kama sedap ni :)

    ReplyDelete
  13. amboiiii.... bertukang segala nk buat kukis yer....

    ReplyDelete
  14. KakAsma ~

    Salam pagi kak Asmah, sedap kak biskut ni cubalah anak2 akak pasti suka nanti. Ct tak letak kekacang sebab hubby tak berapa gemar jadi ct letak sedikit aje kismis dan lebihkan sukatan choc chip tu emm sedappp! cuba kak :)

    ReplyDelete
  15. quinnie ~

    Salam pagi Q..meh2 kita buat banyak2 biskut ni, kot2 nak bersantai2 tu bleh buat kudap2 depan tv. kalau anak2 k.ct jangan sebalang berbalang2 boleh habis ni Q. jap lagi ronda2lah cari choc chip eh..hehehe

    ReplyDelete
  16. Gee ~

    Salam pagi Gee...hahaha itulah Hubby yang sedang bertukang, ct kena sediakan makanan tuk kudap2. Gee cuba buat sedap ni harum semerbak bau dia..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. slm k.ct..sy da try buat cookies ni..mmg sedapp..klu tmbah hiasan coklat cair..hmmm..bertambah2 sdappnyeee..

      Delete
  17. Salam CT..
    Masih lagi dalam mood bercuti ye!
    Selamat bercuti dan selamat beristirehat..

    Sedapnya nampak cookies tu ..
    Nanti boleh lah ita buat tuk anak ita.. dia mmg selalu suruh buat cookies, selalau ita guna resepi Rima sedap jugak!
    Nanti ita nak cuba resepi Naz ni jugak lah..

    ReplyDelete
  18. salam kak...Liza xpernah lg try resepi ni, nmpk gayanya mmg kena try ni...Liza amik resepi dulu yer, thnx yer kak

    ReplyDelete
  19. Tok tok tok.. Ader dengar tak dak Sonia bertukang hehe.. Sedap eh? Dah lama tak try other recipe eversince I fall in love dgn the almost famous Amos chip tu.. No harm trying tho

    ReplyDelete
  20. Salam. Sya dah copy resepinya. Nak buat cookies ni sbb saya suka.. tq kongsi.

    ReplyDelete
  21. Wah CT..pagi2 lagi dah bertukang...kena cicah susu ya...kak ros pun buat biscuit for moorning tea,nanti updatekan N3nya.

    ReplyDelete
  22. pagi Kak Ct...gue mau biskut coklat cip..tengah minum secangkir teh skarang ni,tapi takde kudap2an yang enak..tumpang sini boleh kan?

    ReplyDelete
  23. Assalam CT cayanggg...akak pun dlm mood bercuti dan bz gantikan mak di kampung utk jaga wan yg masuk hospital, sempat 2 mlm jek..terpaksa bergegas balik semalam lps dpt khabar wife kawan satu department dgn hb meninggal dunia...arini duk setel laundry jek laaa... Dpt kudap2 choc chips famous amos ni mst best..akak penah buat dulu, tp x igt resepi sape...hehe

    ReplyDelete
  24. cantiknya gambar ditambah dengan props equipment pertukangan tu...suka tengok..kreatif sungguh CT ni

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum akak ct cayaang...
    Wah mmg dah tergoda dah nie... Diana pun nak buat gak...nampak sgt sedap tu akak... Cantiiik lg... Suka2....

    ReplyDelete
  26. sedap nampak cookies tu...ini mmg peberet saya sekeluarga...kalau buat sebalang...kejap jer tinggal habuk...

    ReplyDelete
  27. Salam..Betul tu Kak Ct..Bila time cuti tak lah kelam kabut sangat kan nak sedia itu ini...

    Hi hi hi hi kelakar juga yaaa bila dengar jiran2 bercerita pasal bau-bau ni..may be jiran yang tu sebenarnya nak usik2 je jiran India dia tu, tapi tup tup tup tersalah rumah plk...

    ReplyDelete
  28. CT...memang sampai lewat dah ni...tak kira ...nak jugak2 cookies famos amos ni...tak dapat akak merajuk...ha ha ha....akak bwk mac less sugar ni tuk CT....:)

    ReplyDelete
  29. wee , suka gila kot biskut choc chip famous amos , selalu beli kt kedai je , lepas ni bule buad :')

    *terus bookmark web ni* , naty nk buad !


    akak , dh buad pancake ?
    http://applehijaulife.blogspot.com/2012/02/pancake.html

    jmput singgah even mcm tak jadi :D hehe

    ReplyDelete
  30. slm hi kak CT, u r so talented...dr masak sampai lah photography.....dah lama cari recipe ni...in fact dh mcm byk sgt version try tp blm ada yg berkenan d hati :D

    ReplyDelete
  31. Assallamualaikum kak CT..
    Ha tula kak Ct.. Len kali bila membako tu, tutup pintu dan tingkap rumah..hehehe.. Memain jer ni kak..
    Nak wat cam ne kan. Bau yg sedap tu mmg perlu dikongsi2kn dgn jiran2. Lepas tu nanti boleh la kongsi2kn pula resepinya..^__^
    Ermm..Naz pun suka gak resepi ni. Best kan.Thanks pada org yg berkongsikan resepi ni dan alhamdulillah dpt dipanjang2kan pada org lain..

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum akak...

    Saya dah try resipi biskut ni dr blog akak. superb! cantek sangat.. rasa pun sedap walaupun saya tak letak susu tepung dan kacang2 tu...kalu letak, lg la marvellous..thanx akak for sharing

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum akak...

    Saya dah try resipi biskut ni dr blog akak. superb! cantek sangat.. rasa pun sedap walaupun saya tak letak susu tepung dan kacang2 tu...kalu letak, lg la marvellous..thanx akak for sharing

    ReplyDelete
  34. As salam kak ct,

    wah terliur tgk coklat cip akak..kak, saya nk pinjam resepi k..nyummmy nyummy...tu hari dh try kak nye resepi almond london..Alhamdulillah sedap siap ada org order lagi pakai raya..tq kak ye..kuih tat juga sy dah try..nyummy

    ReplyDelete
  35. Assalamualaikum kak CT..
    nak tanya kalau x pakai susu tepung tu boleh x.. sbb kat rumah xde susu tepung.. hihi

    ReplyDelete
  36. adunan ni boleh buat banyak mana cookies kak ct? kalau untuk 10 orang makan,cukup tak?

    ReplyDelete
  37. Salam... Susu tepung 2 akak pkai jenama pe?

    ReplyDelete
  38. tnkx 4 the recipe..! da try da,, susu tepung gnti ngn creamer mcd..! haha,, pastu tmbah oren zest sket,,superb..!!!

    ReplyDelete
  39. salam...mcm sedap jer biskut nih, weekend nanti nak try ..

    ReplyDelete
  40. akak , saya dha cuba dha wutt coklat cip akak neyh .
    mmg sedapp . thnks foor tutorial . follow akak . :)

    ReplyDelete
  41. Salam Sis... suka campur kagum dengan gambar2 yg akak amik... konsep hidangan + kamera memang unik dan cun lah! di kelas tersendiri..

    1. Susu tepung seggested brand apa?
    2. Tepung gandum suggested brand apa?

    Sorryla, saya TAK PERNAH buat biskut langsung... kalau kek coklat tu pernahla juga... So please... kalau boleh tak nak sampai 1st try is the last try... hehehehe... harap2 menjadi la...

    ReplyDelete
  42. sudah 5 kali membuat biskut ini menggunakan rsesepi kak CT...thanks so much for sharing.. delicously scrumptious!

    ReplyDelete
  43. salam kak ct. dah 2 kali buat n memang sedappppp. before this, memang salu failed buat biskut . tapi resepi ni, jadi pulak. hoyeahhh ^^V tanx 4 sharing :)

    ReplyDelete
  44. sy bru je buat..sdap sgt..1 kluarga mnyukainye..hihi.. :)

    ReplyDelete
  45. thank you for this recipe! i update on my blog using this recipe yaaaaa

    ReplyDelete
  46. saya selalu juga buat dah ni. tapi resepi lain. sedap juga, tapi agak kembang xnampak rapuh. anak saya suka, dari beri coklat merapu tu, baik buat sendiri kan. nak try resepi akak pulak la. tq. ;)
    Qiss Me Mommy

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...