Wednesday, February 22, 2012

Kek Coklat Pear Mini



Assalamualaikum... Salam mesra dan salam pagi yang ceria teman-teman semua. Hari ni CT nak share resipi Kek Coklat Pear Mini yang CT ambil dari sebuah buku masakan. Tapi oleh kerana resepi ni dalam bahasa Inggeris, tak dapatlah CT nak copy paste macam resipi yang lain-lain. Jadi kena menari-narilah jari lentik CT ni di atas papan kekunci ya... hehehe. Sesekali dok menaip apa salahnya, kira buat senaman jari-jemari lah, elok jugakan. Untuk resipi ni CT dah kurangkan sedikit sukatan gula tu. Resipi asalnya letak 3/4 cawan, rasa macam manis pulak bila di lihat pada sukatan adunan nya. Kek ni rasanya macam kek span pun ada, tapi padat sikit jer. Tak retilah nak cakap macamana, tapi lembut dan sedap sebab ada basah-basah sikit lebih kuranglah. Kira ini mencuba resipi yang baru dan lain sikit adunan ni, sebab ada gabungan tepung beras dan tepung gandum dalam tu. Kot-kot ada yang teringin nak cuba bolehlah cuba, CT tak paksa pun... hehehe



Sebenarnya, selain guna hirisan buah Pear, CT ada juga guna hirisan buah epal dan sebahagian lagi CT letakkan choc chip di atasnya. Saja letak berlainan sebab nak tahu beza rasanya, tapi bila dah makan tak rasa ada beza pun yang epal dengan pear tu, sama jer. Anak-anak kata sedap yang choc chip, cuma My laling CM ni kurang sikitlah pada kek-kek coklat ni. Tak berapa suka sangat, dah muak dengan coklat katanya. kalau kek vanila atau perasa pandan tu minatlah. CT ni pulak saja nak mencuba, nak juga tahu rasanya sebab tengok pada gambar macam sedap. Bila dah siap kejadiannya taklah sama sangat, lebih kurang sikit aje. Acuan tu CT guna yang aluminium cup petak tu, dan Kevin guna yang bulat. Orang kalau dah pro, hasil kejadiannya nampak cantik berbanding kita yang tak berapa pro ni kan... hehehe.



Selalunya kalau CT ke kedai buku MPH, BORDER, POPULAR atau kedai buku mamak ker benda yang pertama sekali yang CT sambar ialah buku masakan. Yang lain-lain macam novel ker dah tak pandang dah... hehehe. Kalau rasanya nak baca pun pinjam aje novel anak dara CT. Dah tak ada masa dah nak belek-belek novel macam dulu. Sekarang buku masakan dah banyak dalam koleksi, sampai tak tahu nak pilih resipi yang mana dan nak cuba yang mana dulu. Semuanya nampak sedap dan menyelerakan.



Di sini juga CT nak bagi tahu sedikit, teknik mengambil gambar ni banyak caranya. Cara paling cepat ialah belajar melalui internet iaitu dengan merujuk contoh-contoh gambar dan membaca tips-tips tentang macamana nak ambil gambar, penggunaan dan cara menyusun prop dan berbagai-bagai lagi yang dapat kita pelajari. Itu semuanya ILMU yang patut kita pelajari dan memang berguna jika kita serius hendak memotretkan hasil masakan kita jadi cantik atau istilah yang amat popular digunakan sekarang iaitu Penggayaan Makanan ataupun dalan bahasa inggerisnya, Food Styling. CT pun kadang-kadang belajar dari internet juga dan rajin merujuk blog-blog masakan profesional dari barat bagaimana cara-cara mereka mengambil gambar dan baca mana-mana yang patut dan CT tak tahu. Ada jugalah yang CT belajar dan bertanya dengan suami CT sendiri, sebab suami CT lebih tahu dan pandai banyak berbanding CT kan, jadi senanglah tak payah nak belajar kat luar.



Okeylah tak nak cakap lebih-lebih nanti kering tekak tu sebab baca celoteh CT pagi ni kan. Kalau ada yang nak cuba resipi dibawah silakan tapi kalau rasanya tak pasti, tengok ajelah ya... hehehe. Daaa....


Kek Coklat Pear Mini
Sumber : Majalah Masakan - Kevin
Di Terjemah dan di Olah : Che CT


Bahan-bahan :
113 gm unsalted butter - suhu bilik
1/2 cawan gula kastor
3 biji telur
60 gm coklat masakan - cairkan dan sejukkan
1/4 cawan buttermilk
1/3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar serbuk koko
1 1/4 sudu kecil baking powder
1 biji buah pear - hiris halus. Boleh ganti buah epal


Cara-cara :
1. Panaskan oven 175'C dan letak kek pada rack tengah. Gris acuan dan letak acuan kertas muffin.
2. Dalam mangkuk adunan, pukul butter dan gula menggunakan kelajuan sederhana sehingga ringan dan berkrim selama kira-kira 2-3 minit.
3. Kemudian kurangkan kelajuan dan masukkan telur satu persatu. Jarak antara sebiji telur ke telur berikutnya anggaran 30 saat. Dan putar lagi sambil dikikis tepi mangkuk adunan agar adunan sebati.
4. Kemudian masukkan coklat cair tadi dan pukul hingga licin. Masukkan buttermilk dan pukul pada kelajuan rendah sehingga sebati.
5. Masukkan tepung, baking powder, koko yang telah diayak kedalam adunan tadi dan putar lagi dalam 30 saat dengan kelajuan sederhana.
6. Scoop atau sudukan 2/3 dalam acuan dan susun hirisan buah pear diatasnya. Dan bakar selama 20-25 minit untuk kek mini. Jika gunakan loyang besar, bakar selama 30-40 minit.
7. Sejukkan kek dan hidangkan.




18 comments:

  1. Salam CT

    fuuu..yoooo..
    Gambar CT hari ni mmg first class..
    ita suka macam ni..

    ita pun belajar kat internet jugak CT nak belajar kat luar mmg tak cukup masa..

    ita pun banyak jugak beli buku food styling dan food photography sebagai rujukan.. emmm... kalau dah minat mmg tak hingat-hingat.. hihi
    sama lah Ct dgn ita kalau gi kedai buku yg mula2 cari mesti buku masak.. hihi kalau dulu ita cari buku hiasan dalaman.. kini buku masak dan photography yg ita carik dulu..
    banyak lagi yang ita tak tau dan banyak lagi yang ita ingin tahu ttg photography.. terutamanya proses editing.. yg ni mmg tak dapat2 lagi nak belajar.. mmg nak kena cari cikgu jugak lah kan..
    nak minta tlg CM ajarkan boleh tak eh?? hihi

    ReplyDelete
  2. Salam kak CT!!!! waaahhh! kita suke tektur kek yg mcm ni! masuk list lerrrr sbb dia tak lembap sgt sbb kek coklat kalau terlalu moist cepat muak tp bagus jugak cepat muak kan mkn pun sikit jerrr hihihi... tp kita mmg suke tgk kejadian kek mcm ni, masuk list jugak!!!! nak nangessssss sbb byk sgt nk dibuat! T^T

    ReplyDelete
  3. asslm kak CT...
    alahai xtahan tgk kek yg comel tew...dh msuk dlm list dah resepi ni...hehehe

    gmbr2 akak dh smakin mnarik skrg ni yea...
    sya aje xsempat2 nk bljr lg bab photography ni...camera pon xde yg cnggih lg...huhuhu...
    coming soon kot...

    ReplyDelete
  4. ye.. la kakna pun tak ada kamera canggih macam ct.seronok tengok gambar ct.cantik2.

    kek coklat tu nampak sedap dan gebunya.

    ReplyDelete
  5. As salam CT...

    fuyooo!!! Seyes mama ckp nie "Klass seh" gmbr2 CT buat mama nak dtg selalu kat sini.. hehehe

    dan yg pasti kek mini pear nie pun nmpk sedap yum3x

    ReplyDelete
  6. Selamat pagi Kak Ct..
    Nampak kek coklat trus singgah kat sini...dah nampak gambar kek yang cantek menawan..rasa2nya tak nak patah balek..nak tinggal kat sini je abiskan kek coklat kecik tu..ada lg kan kak?

    ReplyDelete
  7. As'salam Kak CT,

    Tahniah kak !!! Cantik gambar akak. Terasa macam nak berada di sana. Looks tenang jer suasana pic kak CT walaupun gambar kek. ..
    bak mai seketul tuuuu. hehee..

    ReplyDelete
  8. cantik! nmpk mcm coklat bar dh kek tu.. sgt dense ye.. sedap betul nmpknyer.

    ReplyDelete
  9. siang kak CT, pwehh.. sibuk sangat lah 2 hari ini, baru sempet browsing lagi,ini pun curi curi masa.. ;(

    photo nya uda ngga di ragukan lagi memang best, my hubby pun tak fav coklat cake paling anak anak yg suka.. kalo melly sih semua pasti suka.. hehe

    ReplyDelete
  10. Assalam ct, cantiknya gambarrrrr!!!
    macam gambar overseas lah gitu..wa caya lu..heheh
    memang nampak kelainan pada kek pear ni..pasti sedap,lembut dan gebu..

    ReplyDelete
  11. tengok mmg terliur, tapi sekarang ni malasnya nak buat kek, mintak dgn kak ct lah hehe

    ReplyDelete
  12. Feewiittt...Kak Ct..Jgn lupa sue tau. mengguda tgk kek tu. Dah la cumei pulak tu..Heee

    ReplyDelete
  13. cantikkknya gambarrr...
    tergoda i nengoknya tau..he3

    ReplyDelete
  14. gambo kak Ct mmg sentiasa anggun...semuanya cun...food styling ni mmg kena study kan..kalo tgk gambo yg canik2 ni mmg x jemu..sy pon giler bli buku resepi..tp skrng dh kurang..almari dh x cukup

    ReplyDelete
  15. Salam CT, gandingan buah pear dengan chocolate sememangnya serasi jika mahu kerasaan adunan ber-chocolate bertambah lemak harum bubuhi sedikit kekacang badam atau hazelnut (sudah dikisar serbuk) juga ber-butter masin/salted butter gitu lagi baldu umpamanya kerasaan cake itu, cuba ya!

    Adore kepada kesemua photos yang bertarap professional juga suasana yang digambarkan, beruntung CT punyai seorang suami yang boleh membantu pabila diperlukan, maka itu photos-nya menjadi terus.

    Salam manis manis madu.

    ReplyDelete
  16. You made me speechless as usual kak! :)

    Lovely...

    ReplyDelete
  17. It's a really beautiful post! I want to try that cake ^^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...