Thursday, February 23, 2012

Kek Pisang Choc Chips



Assalamualaikum... Salam ceria dan selamat pagi buat semua pengunjung Dapur CT. Hari ni CT nak share satu lagi resipi yang CT gunakan Pisang dan Choc Chips sebagai bahan asasnya. Resepi ni hampir sama dengan kek pisang yang pernah CT buat sebelum-sebelum ni. Tapi yang ini ada ditambah dengan sour cream. Resepi ini adalah hasil olahan CT yang diinspirasikan dari beberapa laman resepi dari barat yang CT ubah sedikit sebanyak mengikut selera CT.



Berbalik kepada resepi ini, CT buat dalam loyang 7 inci dan selebihnya buat dalam acuan kecil-kecil. Di sebabkan terkejar-kejar nak ambil gambar kerana hari dah semakin gelap diluar, CT sempat ambil yang dalam ramekin aje, dan cuma satu aje sebab tak sempat dah. Maklumlah nak susun prop lagi, nak pasang tripod lagi, aduh terkejar-kejar CT jadinya... hehehe. Lain masa nanti CT nak cuba versi yang lain pulak, nanti CT kongsikan dalam Dapur CT ya. Yang ini CT tunjukkan yang biasa-biasa aje. Alahhh... mesti ada yang cakap, kek macam ni kita pun boleh buat. Tapi... pada CT terpulanglah, sebab CT memang suka mencuba benda-benda yang baru, mencuba apa yang belum pernah CT buat, walaupun resepi tu ringkas dan mudah. Yang paling penting adalah usaha ingin mencuba dan berkongsi hasil percubaan tersebut kepada yang lain. Kalau buat sesuatu kali pertama tak menjadi, cuba lagi dilain kali. Tak boleh berharap percubaan pertama akan menjadi cantik. Pendek kata, kita tak boleh ada sifat cepat putus asa. Begitulah prinsip yang CT pegang. Untuk resipi Kek pisang ni ada juga yang CT tak puas hati sebenarnya dan masih tidak mencapai hasil seperti yang CT mahukan. Lain kali CT akan buat lagi dan InsyaAllah CT akan kongsikan bersama lagi dalam Dapur CT ya.



Ada juga yang bertanya pada CT di inbox FB tu cara-cara CT ambil gambar sebab kata mereka sekarang ada kelainan sedikit dalam gambar-gambar CT. CT pernah juga letak entri dalam Dapur CT sedikit masa dulu tentang bagaimana CT ambil gambar. Asasnya sama aje, cuma sekarang CT beri lebih tumpuan pada penggunaan prop dan memasukkan konsep tertentu dalam setiap resepi yang CT cuba tampilkan. Maklumlah, kalau CT tak beri perubahan nanti pembaca blog CT akan bosan melihat hasil kerja yang sama aje. Tambahan pula, food blogging sekarang dah tak macam dulu. Selain menampilkan resepi, yang setara pentingnya juga adalah penampilan menu yang kita sajikan dalam bentuk gambar makanan yang digayakan ataupun Food Styling.


Walau bagaimanapun, titik akhirnya adalah kreativiti kita masing-masing. Dan yang paling penting jika kita nak berjaya adalah berlatih, berlatih dan berlatih tanpa jemu dan cuba sampai jadi. Hai panjang lebar pulak CT bercakap pasal ambik gambar ni. Nanti bila ada kesempatan CT akan kongsikan bagaimana cara menggunakan ruang yang kecil tapi cukup untuk menghasilkan gambar-gambar yang berseni. Beri CT sedikit masa lagi ye. InsyaAllah CT akan kongsikan tips-tips tersebut. Sampai jumpa lagi nanti. Daaa...

Kek Pisang Choc Chips
Resepi: Che CT

Bahan-bahan :
2-3 biji pisang masak ranum - di lecek halus

1/2 cawan mentega tanpa garam - suhu bilik

1 cawan tepung serbaguna

3/4 cawan tepung gandum

1 sudu kecil baking powder

1/2 sudu kecil soda bikarbonat

1/4 sudu garam

1/2 cawan gula perang

2 biji telur - dipukul dengan garfu sekejap

1/2 cawan sour cream

1/2 cawan choc chips (boleh guna lebih jika suka)


Hiasan
:
Buttercream dan hirisan pisang

Cara-cara
:
1. Gris loyang beukuran 8 inci dengan butter dan ketepikan. Untuk acuan kecil, boleh gunakan ramekin.
2. Satukan bahan-bahan kering dan ayak. (CT ayak sekali choc chips tu dan Ketepikan).
3. Pukul mentega dan gula perang dalam mangkuk lain hingga berkrim selama 2 minit.
4. Masukkan telur, sour cream dan pisang lecek. pukul lagi dengan kelajuan sederhana hingga adunan sebati.
5. Perlahan-lahan masukkan bahan-bahan kering dan putar sebentar dan masukkan choc chips dan kaup balik dengan spatula sehingga rata.
6. Tuang dalam loyang, ratakan. Jika gunakan ramekin, scoopkan dalam acuan 3/4 penuh. Bakar dalam oven 175'C selama 40-50 minit untuk loyang atau 20-25 minit untuk acuan kecil.
7. Sejukkan dan bolehlah disapu buttercream dan susun hirisan pisang di atasnya.




18 comments:

  1. salam Ct...memang berbaloi ct buat prop begini nampak lebih bergaya. Hihi kita suka sangat nampak macam dalam majalah. Saya pun baru dok belajar selama nie pakai tangkap muat saja. Skg baru dok beljar dari buku FoodOgraphy rupanya luas sangat bidang foto nie rupanya.Nak invest beli lens pun boleh tahan jugak harganya. Apapun saya sangat suka dengan gambar awak...cantik.

    ReplyDelete
  2. Asslm Kak CT....
    comelnye kek pisang tu...nmpk sedap lak tu...
    rajin yea akak buat kecik2 cmtu...
    mintak seketul la...hehehe

    ReplyDelete
  3. Alahai...nampak cute jer kek pisang tu sis. nak makan pun teragak².

    ReplyDelete
  4. Salam pagi kak CT cayang! alahaiiiiii sedapnyerrrrrrrrr kek pisang gini, kita mmg suke kek2 pisang mmg tak pernah jemu kalau makan :D ni ada pisang, plan mmg nak tunggu sampai hitam pisang tu nk buat kek hihihi...

    ReplyDelete
  5. sedapnyaaa...saya suka sngt kek pisang..x jemu mkn...mlm td buat kuih bakar jagung...sedap sgt2...che abang pn suka..tq ct resepinya

    ReplyDelete
  6. slm kak ct...
    fuyoo.. cayalah... n3 yg tangkap leleh... comei dan cun pun ader...

    ReplyDelete
  7. Pagi Kak CT sayang, melly minta cake nya seloyang yah ,soalnya kalo banana cake emang fav di rumah, apalagi pake sour cream,pasti cake nya lembut sekali yah, melly belum pernah lagi pake sour cream,tak pernah jumpa di sini, jadinya cuma di ganti dengan yougart kalo ada resipi yang guna sour cream.

    Photo nya pun cantik.. good job my sister, melly suka lihat photo2 makanan yang cantik, bisa menambah selera mau comot makanan nya.. hehe

    ReplyDelete
  8. Cik CT cayang... bak nak seketoi kek pisang tu...kita tukar suka sama suka nak? gee ada muffin marble choc rice...

    ReplyDelete
  9. lama e-na x buat kek pisang...pisang kt umah ni cepat je habisnya...x sempat nak wat kuih...huhuu

    catering tu atas permintaan kak...adik2 kt sini nak E-na masakkan...xdelah e-na buka order pun...clas dgn bdk2 kt umah ni pun x sempat2 rasanya....

    ReplyDelete
  10. Selamat pagi Kak Ct..
    Tak dapat kek pun takpe yang penting dapat pisang emas tu,bole gak Rahel buat kek pisang nanti..hihi..

    Cantekna pic kek tu kak,suka banget.

    ReplyDelete
  11. Hai2...assalamualaikum CT sayang...emmm..tergoda dek gambo yang menggoda...bilala akak nak ada masa dan pandai snap gambo cam CT..sumenya cun2....cantikkkk....puji2 ni tak de ke ngulur2 kek pisang kat akak..heeee...

    ReplyDelete
  12. Assalam CT, mmg cantik dah gambor2 sekarang...rajin lg la akak bertandang..hehee.. Apapun, kalau dpt merasa yg ada kat depan mata ni alangkah bagusnya, kaan..kaann.. Nnt balik kg nak cari la props btg pisang ke...batang buruk ke...hehee..

    Adeeei, akak ni mana dan nak buat semua tu CT, kalau balik kerja mmg hari dah mlm...kadang2 gambor bwh lampu je kalau lauk2 yg terus nak di makan mlm tu..kalau yg jenis kek ke, boleh la simpan esoknya tunggu matahari, blk kerja thgri snap sbb nak cahaya luar yg lg cantik, tp props main sambar yg teringat je ler...ha, dasssaatt x time management akak...Ni pun niat nak berehat sementara, tp tgk food styling camni mcm nak mencuba..camne tuh! Hehehe...

    ReplyDelete
  13. tina dtg nak mintak brg seketul dua kek tu, ada lagi tak hehe

    baru je minggu lepas buat kek pisang coklat, ambik resepi dari sini, tapi tak posting lg

    jadi lambat lg lah rasanya nak buat kek ni

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum kak Ct yg jelita..mmg food styling kat sitidelima.com yg terbaikk, lebih menarik dari yg biasa dilihat dlm majalah. kek pisang comel tu kalau dpt 3 ketui bestnyaaa... :))

    ReplyDelete
  15. Assallamualaikum kak Ct..
    WAAAAAA...*nangis2 dulu..WAAAAAA..WAAAAAAAA... Sedapnya nengok gambar jer dah mcm terasa dihujung lidah. Cam dah terbau2 keharuman pisang tu... Nakkkkkk...

    ReplyDelete
  16. Salam kak, kek pisang ada,pisang ranum ada,susu pun ada..cukup lengkap dah tu..bila nk pelawa makan ni?

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum akak ct...
    comelnya kek pisang choc chip tu akak... cantiik sesgt..sudah pasti kek nie sgt sedap kan akak... geram plak diana tgk kek nie

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...