Monday, February 20, 2012

Kuih Bom



Assalamualaikum... Salam pagi Isnin yang ceria dan salam manis dari Dapur CT buat teman-teman semuanya. Macamana pagi ni, harap sihat-sihat semuanya. CT macam biasalah, penyakit orang perempuan yang payah nak dielakkan, yang datang sekali dalam sebulan tu. Bila dah macam ni, mulalah sakit kepala berdenyut nak berbaring memanjang, nak buat kerja pun macam tak ada mood jer rasanya. Sana sini dok kejang betis-betis dan perut pun naik kejang jer 2-3 hari... hehehe. Tapi dah namanya surirumah kenalah buat juga, kalau tidak siapa yang nak urus rumahtangga kita kalau bukan kita sendiri. Kalau ada anak dara CT kat rumah boleh jugalah mintak tolong sikit-sikit mana-mana yang patut. Tapi anak-anak bujang CT pun boleh harap jugalah. Dan kalau CT mintak tolong picit-picitkan betis atau angkat kain baju ni, masih boleh diharaplah kiranya.



Berbalik pada resipi hari ni, Kuih Bom resipi dari AlongRoz. Nasib baiklah kali ni buat tak ada yang meletop bagai... hehehe. Dulu-dulu CT pernah jugalah buat, mahu terpelanting juga sudip kat tangan masa mengoreng tu. Berebut sebab nak tutup muka dengan tangan dari terkena percikan minyak panas. Mana taknya, tengah-tengah mengoreng tu kuih bom tu meletop, mulalah melatah keluar semua ayat yang tak elok dari mulut ni... hisss. Biasalah CT ni ada keturunan melatah dari arwah mak, tapi taklah teruk sangat masih dapat dikawal. Cuma sesekali tu kalau teperanjat pasti keluar jugalah "Oh Mak Engkau..." hehehe. Malu juga pada IBU mertua dan Bapak mertua ku masa tu yang sama-sama ada di dapur, apa taknya menantu sulung belajar memasak tup-tup kuih meletup. Berderai ketawa semuanya masa tu, aduhai... Kiranya itu yang pertama dan terakhir buat kuih bom rasanya. Itu dulu punya keslah buat kuih bom ciptaan resipi sendiri tak letak keledek pun hanya tepung pulut semata-mata. Masa tu masih duduk kat Johor lagi, rasanya dunia blogging tak wujud lagi pun masa tu, dan memang tak pernah pun tahu pun pasal internet sebenarnya... hehehe. Tapi kali ni, Alhamdulillah... buat kuih ni menjadi dan memang sedap sangat dan lembut aje kuihnya. Apa yang paling penting, dah tak meletop lagi... hehehe.




Cuma lain kali nak kena buat tepung tu lebih nipis dan letak inti tu lebih lagi supaya lebih sedap. Sekarang kalau nak makan tak payahlah nak membeli lagi kalau terasa nak makan, beli keledek dan buat sendiri lagi sedap dan rasa puas hati sangat-sangat dengan resipi ni. CT buat 2 adunan dari resipi di bawah, dapat banyak jugalah, puas makan anak beranak.



Terima kasih pada AlongRoz sebab berkongsi resipi Kuih Bom @ onde-onde yang dah agak lama tak buat, sampai dah hampir lupa dan bila buat kali ni menjadi dan tak ada kejadian ngeri lagi, happy pulak rasa hati... hehehe. CT mintak izin sharekan sekali dalam Dapur CT ya Along. Kalau ada yang menggemari Kuih Bom ni atau dah lama mencari resipi yang sedap dan lembut dan tak ada meletop-letop ni, haa... boleh cuba resipi ni ya. Selamat mencuba. Daaa...

Kuih Bom
Resipi : AlongRoz-HomeKreation
Sumber : Che CT


Bahan-bahan:
80 gm Keledek - kukus dan lecek
120 gm Tepung Pulut
20 gm Tepung Gandum
35 gm Gula Kastor
Secubit Garam
100 ml Air
Biji Bijan - untuk salut
Inti Kelapa/Kacang Merah/Hijau

Cara-cara :
1. Campurkan kesemua bahan (kecuali bijan dan inti) sehingga sebati menjadi doh yang lembut. Bahagikan kepada 12 ketul.
2. Leperkan seketul doh, letak seketul inti, balut dan bulatkan.
3. Golekkan ke atas biji bijan sehingga menyaluti seluruh permukaan bola kuih.
4. Ulang sehingga habis.
5. Goreng dengan minyak yang dalam sehingga garing.




56 comments:

  1. Asalamualaikum CT,

    sedap kalau pepagi ni dapat ngadap sebakul kuih bom dengan secawan nescafe... kak rose kalau buat pun guna resepi Along ni... kompem x meletop bom ni!

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum kak ct.selamat pagi..wah bestnya sarapan pagi nie kuih bom.mesti sedap nie.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Kak.
    Waaaaah ngeri banget namanya kue bom, hihi. Kalo di sini namanya onde onde. Isinya dari kacang ijo/mung bean. Enaaak dan legit. Kalau resepku pakai kentang supaya kalau dingin tetap lembut.

    Kaaaak, cantik sekali fotonya. Suka lihat batok kelapanya, unik!

    ReplyDelete
  4. K'CT...tergodanya tgk kuih & gambarnya ..len kali nk try buat resepi ni la pulak...TG kak

    ReplyDelete
  5. Salam Ct,
    Sedap kuih nie saya suka jika buat saya pun guna resepi along tak meletop kat muka. Jika dulu tak berani buat habis satu dapur penuh dgn minyak..haha. Nampak pulak ct buat rasa teringin pulak nak makan pagi pagi nie.

    ReplyDelete
  6. teringat mak mentua bila tengok kuih ct ni.. maklong ada gak tolong2 tengok dia buat kuih ni.. hehe.. tp sendiri tak pernah buat..

    ReplyDelete
  7. As'salam Kak CT,
    Aduhhh .... dah lama tak makan kuih BOM KebaBoMmmmmmm !!! Last rasanya masa sekolah dolu-dolu.. Mintak 3ketul tuuuuu
    HEheee . . ..

    ReplyDelete
  8. Asslm kak...
    nmpk sgt sedap la kuih bom tu...
    memang meletopppp tul...
    gmbr pon semuanya cntik...
    menarik2 untuk mcuba kuih ni...

    ReplyDelete
  9. kak ct..hehehe..kelakar jugak part latah akak tu...hehehe..saya dulu pun pernah buat kuih ni meletop...sekarang dah jumpa resepi yg bagus dah tak meletup dah...kekeke..

    ReplyDelete
  10. Salam K.CT
    Morning morning u show me kuih bom.. Memang lah hot fav benda ni.. Tak pernah buat sendiri pun cos yg makan cuma sorang ajer..

    ReplyDelete
  11. morning kak ct..wah pagi² buat kite terliur.. kite pun tgh sapan kuih bom tapi versi pisang..kalo area sy panggil ni kuih ni kuih onde²..hehehe

    ReplyDelete
  12. lama dah mas tak makan kuih bom..
    sedappnya tengokk kak..

    ReplyDelete
  13. Kak CT

    kuih bom with pics yg kababom!!! tak leh angsss...lawa sekali!

    ReplyDelete
  14. Salam CT

    adoii.. lambat sampai mesti dah habis ni..
    Ada simpan utk ita tak..??

    kuih bom dengan pic yg kedabommmm!! mmg memikat

    ita dah lama tak makan kuih bom ni.. bila beli pulak selalu aje dapat yg liat.. nanti nak cuba juga lah resepi ni.. aik! macam mengidam pulak.. hihi

    ReplyDelete
  15. tun takut nk goreng niii... pernah goreng meletup dlm kuali.. hehe...

    ReplyDelete
  16. salam ct.

    kakna tak penah buat.kata orang meletup tu la yg takut nak cuba.

    kakna suka yg berinti kacang,jarang ada jual sekarang ni yg berinti kacang.kalau ada masa boleh cuba.

    ReplyDelete
  17. Aduhai CT... terpukau melihat kehebatan persembahan kuih bom mu itu... mantop!!

    ReplyDelete
  18. salam Kak CT..sedapnya saya tak pernahbuat..tau beli je..hee

    ReplyDelete
  19. sedapnya, tapi kekadang beli dapat yg liat, jenuh nak kunyah

    baru tau rupanya kuih bom ni letak keledek ye, ingatkan semata tepung pulut je

    ReplyDelete
  20. sUBUH-SUBUH SEPEIIII AKAK DAH NAMPAK BOM NI..TAPI TAK BOLEH MASUK...BARU TIME REHAT NI CURI-CURI MASUK TENGUK..BERKENAN BETUL AKAK NAMPAK CAMPURAN BIJAN HITAM DAN PUTIH...TAPI APA PUN JANGAN BOM AKAK YA.

    ReplyDelete
  21. Salam kak CT!!! nak kuih bom!!!!! kita takde inti kelapa! cantek jer kaler inti kelapa akak, sedapppppppp!!! kalau letak kat pau pun kita suke, tp takde inti sbb kelapa parut takde nak guna kelapa parut kering tu mcm tak kick gitu hihihi...

    ReplyDelete
  22. cantiknya tempurung tu..mana dapat lah tue..hehe

    ReplyDelete
  23. Hai Kak Ct,gue singgah skejap je ni,kuih bom dah abis kan?..hehehe..cantek meletop kuih bomnya,ditambah pulak dengan gambar yang cantek...memang double2 la kecantikannya.

    ReplyDelete
  24. CT cayangggg....ni antara kuih fav akak ni taauu, nak nak kalau inti kacang...x kira la kacang hijau ke, kacang merah ke...i liiikkee.. Gambar pun menggodanyaaaaa :)

    ReplyDelete
  25. Salam CT, adore dengan hiasan bertempurung kulitnya kelapa juga kuih bom berbijian bijan dua warna berganding bersama cantik jadinya kuih bom itu.

    Salam manis manis madu.

    ReplyDelete
  26. Kak rose ~

    Wa'salam kak Rose, tulah dia kalau dah suka makan banyak pun masih ada kurangnya kan Kak Rose. Ct ni baru first time buat kak, memang sedap sangatlah :)

    ReplyDelete
  27. nonierahman ~

    Wa'salam Nonie, selamat petang. dah cuba ke belum. kalau belum kena cuba memang sedap lembut aje, yang pasti tak meletop! okey..hahaha

    ReplyDelete
  28. Hesti HH ~

    Wa'salam Hesti, ya...mula2 macam terfikir juga kenapa ya namanya kuih bom segala..hehehe. Dah diberi nama sebegitu kenalah turutin ya.

    Ya ada juga yang panggil kuih onde onde. Nanti mahu cuba guna kentang pulak macam yang Hesti kata tu :)

    ReplyDelete
  29. Ida,Japan ~

    Ida, k.ct pun baru cuba ni.lain kali kalau nak buat lagi nak guna resipi dari Along jer senang :)

    ReplyDelete
  30. CitarasaKu ~

    Oh ramai jugalah yang dah cuba rupanya ya..hihihi. ct jer yang ketinggalan kapal selam ni Noor..hehehe

    ReplyDelete
  31. Along Maklong ~

    Mak long...selalunya macam tu ler kan. bila oarng buat langsung tak nak amik tahu, macam ct jugalah dulu2 tak nak belajar, baru ni nak cuba segalanya :)

    ReplyDelete
  32. Nina Mirza ~

    Wa'salam Nina, yalah tuuuu...kang kebabommm terus meletop tepi Nina tu melatah terus..hahaha

    biasalah kuih macam ni dari zaman mak2 kita dah ada ya Nina :)

    ReplyDelete
  33. Qasey Honey ~

    Wa'salam QH, tr kasih ya. kuih bom ni kalau sekali ngadap tak cukup 2-3 ketul Qaseh, kena berketul2 baru puas makannya :)

    cubalah buat k.ct yakin tak meletup punya ..

    ReplyDelete
  34. Quinnie ~

    hahaha...oh ketawa kan akak eh Q..hehehe. yalah sesiapa pun kalau teperanjat kompom mesti melatah kan Q...hehehe

    ReplyDelete
  35. Rima ~

    Rima k.ct dengar you tak sihat eh, take care dear.

    kalau kita aje yang makan, memanglah malas nak buat kan Rima. k.ct pun kalau setakat nak merasa jer baik beli jer kan hihi

    ReplyDelete
  36. Ibu Darwisy ~

    ada versi baru ker... ada resipi tak, agak2nya kalau ganti pisang tu kalau goreng meletop tak nanti...hehehe

    ReplyDelete
  37. Mas ~

    Haa...jangan tak buat Mas, kang ngences lak baby kat dalam tu nanti..hihi

    ReplyDelete
  38. Yat Maria ~

    Yat...kababommmm! meletop abis dah tak boleh nak makan..hahaha

    thanks Yat, prob baru ni babe..hihi

    ReplyDelete
  39. Azlita Aziz ~

    Wa'salam Ita, kalau dah petang ct masuk dapur semuany dah habislah Ita..hehehe

    biasanya macam tulah kalau orang berniaga ni Ita, kalau kita dapat buat sendiri rasanya lagi hebat dan puas hati dapat makan, tak adalah rasa liat tepung pulut tu jer kan dan yang penting dijamin bersih :)

    ReplyDelete
  40. Tun_telani ~

    hahaha...Tun k.ct jamin yang ni memang tak meletoppp! okey. cubalah Tun :)

    ReplyDelete
  41. KakNa ~

    Wa'salam KakNa, ct pulak tak pernah terjumpa orang jual yang dalamnya ada inti kacang kak. kena cuba uga ni, mesti lain rasanya kan :)

    ReplyDelete
  42. Gee ~

    Terima kasih Gee, disebabkan kuih ni namanya kuih BOM, jadi kehebatannya pun gedoBOM jugalah..hehehe

    ReplyDelete
  43. Anna Qawina ~

    Wa'salam Anna, Haa..tak pernah buat kan, lepas ni Anna mesti cuba gerenti lain kali nak buat lagi dan lagi :)

    ReplyDelete
  44. Tina Othman ~

    Nasib baiklah yang makan kuih bom liat tu tak pakai gigi pelesu kan Tina..hahaha. kalau tak mesti dah tertanggal dah..hahaha. Adoiii...hihi

    ReplyDelete
  45. Paty's Kitchen - Cook with passion ~

    kak Paty, tak tergamak ct nak bom akak, nanti ct tak ada geng masak2 macam Kak Paty tau....hehehe

    masak apa kak hari ni, belum sempat terjah dapur Kak Paty ni :)

    ReplyDelete
  46. ijayuji ~

    Wa'salam Ika cayanggg...alah siannya. kenapa tak panjat pokok kelapa. ada pokok kelapa tak kat sana..hehehe

    kang k.ct pos kelapa parut tu sampai sana dah basi pulak nanti :)

    ReplyDelete
  47. Sally Rashid ~

    mintak kat kedai jer tempurung tu, suami yang bersihkan semuanya :)

    ReplyDelete
  48. KG ~

    thanks singgah Dapur CT ya KG, ct akan kunjung balas nanti :)

    ReplyDelete
  49. Rahel ~

    Wahhh...akan kek berdua2an aje denagn laling eh, tak jemput k.ct pun majuk ler macam ni...huhu

    terima kasih Rahel untuk pujian tu, sesekali ubah2 jadi tak jemu rahel datang kesini kan :)

    ReplyDelete
  50. Ummi ~

    kak Ummi, ct tak pernah jumpalah orang jual kuin bom ni ada inti kacang kak. kalau macam tu kena cuba jugalah buat nanti. mesti lagi sedap tu kan :)

    tak pun Kak Ummi buat dulu bila datang Gombak kasi ct rasa eh..hihi

    ReplyDelete
  51. bintangjauh ~

    Wa'salam ratna, terima kasih ya. selalunya kalau buat sesuatu ni kena ada kombinasi yang berlainan, jadi nampak cantik ya..hihi.

    Tempurung tu Hubby ct yang bersihkan dan buat prop untuk hidangan kuih2, nampak kelainan sedikit ya Ratna.

    salam caeria buat ratna :)

    ReplyDelete
  52. Salam CT. Biasa lah Along ni memalam baru sampai.... ada simpan tuk Along tak? Respi ni mmg mendapat sambutan hangat, tak yah risau2 meletop tapi tetap sedap kenyal2 lembut kan. TQ sudi mencuba.

    ReplyDelete
  53. Assallamualaikum kak CT..
    Wah kak.. sedapnya..lebih2 lagi bila akak posingkan kuih bom tu dlm tempurung kelapa.. So kreatif! Suka tengok..

    ReplyDelete
  54. canteknyer kuih tu...hehe suka tengok je tapi tak berapa suka nak makan...bukan xsuka apa...xsuka bijan....kalau buat togel je boleh tak? heheheh

    ReplyDelete
  55. akak ct cayaang...
    cantiknyaaa kuih bom tu akak... comel2!!! hubby n anak2 diana suka sgt makan kuih bom tp diana x berapa rajin nak buat.. sbb dulu kena bom oleh kuih bom nie.. hehehee... dr sejak tu x perna nak buat lg.. asyik beli jer memanjang.. resipi yg nie x der meletop2 eh akak?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...