Tuesday, February 7, 2012

Sambal Ayam Udang Kering



Assalamualaikum.... salam ceria, salam sayang buat semua teman-teman dan pengunjung setia Dapur CT. Syukur alhamdulillah CT masih dapat terus bersiaran dan berkongsi resepi di dapur CT. Dan syukur sebanyak-banyaknya kepada Allah setiap masa kerana memberikan kudrat 4 kerat ini untuk terus berbakti pada keluarga tersayang. Dan syukur tidak terhingga juga kerana terus dilimpahkan rezeki. Kadang-kadang terfikir nasib insan-insan malang di luar sana yang nasibnya tidak sebaik kita yang entah makan entahkan tidak, yang hidupnya ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Walaupun CT jauh dari mewah tapi jika dibandingkan kehidupan mereka yang jauh lebih susah dari kita yang hidup senang makan cukup dan segala kemudahan semuanya ada didepan mata ni, CT terasa syukur sangat-sangat. Dan CT sering kali memanjangkan ingatan dan pesanan tersebut kepada anak-anak CT juga supaya menjauhkan diri dari membazir dan sentiasa bersyukur setiap masa dan selalu ingat pada nasib orang-orang lain yang susah diluar sana. Terima kasih juga buat Suami CT tersayang yang tidak pernah mengeluh untuk mencari rezeki buat keluarga terchenta. Doa CT setiap masa semoga rezeki yang kami perolehi ini adalah rezeki yang halal yang diberkati didunia dan akhirat... A-minnn



Berbalik pada menu CT kali ini Sambal Ayam Udang Kering, resipi dari si cantik manis Diana-Skyblues's Kitchen. Menu ayam ni memang sedap, masih terasa-rasa udang kering yang membuatkan aroma ayam ni bertambah lagi sedap. Tambah lagi bahan perapnya yang CT perap melebih dari 30 minit... hehehe. Saja CT tambah sampai 1 jam supaya bahan perapnya meresap banyak sikit. Masa digoreng ayam tu sampai Hubby kata "Bau apa ni...sedapnyaaa" kan dah kata memang sedap, bila dah siap masak lagi sedap, kalau tak percaya cuba masak dan rasa sendiri. Yang pasti setiap resipi yang dikongsikan dan kita membuatnya pula memanglah sama, tapi hasil kejadiannya dan rasanya mungkin berbeza dan tak sama. Maklumlah air tangannya kan rasa lain-lain hehe. Dan itulah kata seorang teman masak-masak juga, siapa erk, lupa pulak...hehehe. Apa pun CT syorkan pada teman-teman cubalah resipi ni memang tak rugi, betul tak Diana?... hehehe. Terima kasih ya Diana sebab berkongsi resipi ayam yang sedap ini.



Di sini juga CT ingin mengkhabarkan sesuatu iaitu tenaga yang banyak menjayakan Blog Dapur CT dan menjadi tulang belakang dalam membantu CT selama ini ialah suami CT sendiri, yang banyak memberikan idea, menyumbangkan semangat dan inspirasi dan membantu CT menghidupkan kembali Blog Dapur CT dengan imej yang baru. Pada yang tahu, blog dapur CT ni pernah seketika sunyi selama hampir setahun iaitu pada July 2010 hingga April 2011 dulu. Jika tidak kerana suami memberi semangat, mungkin blog ini masih lagi menyepikan diri hingga sekarang. Selain membantu kerja-kerja post editing dan merekabentuk layout dan design blog ini, suami CT juga telah banyak mengajar CT cara-cara mengambil gambar mengunakan lighting yang betul, membuat komposisi gambar yang betul, dan banyak lagi teknik fotografi yang CT masih lagi belajar dari semasa ke semasa. Tanpa My laling CM mungkin dah lama Blog Dapur CT ni berkubur. Terima kasih Ayang untuk segala-galanya :) Alamak. Panjang selebar pulak CT dok membebel hari ni. Ni mesti kes terlebih syukur ni hehehe. Okeylah, kita terus pada resipi dibawah ya. Daaa....

Sambal Ayam Udang Kering
Resepi Asal: Diana-Skyblue's Kitchen
Di olah: Che CT

Bahan-bahan :
900 gm ayam - dibuang kulitnya dan dipotong kecil
1 genggam udang kering - direndam dalam air panas, ditoskan dan ditumbuk kasar
3 ulas bawang merah - dicincang
2 ulas bawang putih - dicincang
1 biji bawang besar - dibelah dua dan dihiris
2 biji cili merah - dihiris menyerong
2 biji cili hijau - dihiris menyerong
3 sudu besar cili kering kisar
1 kiub pati ayam knorr
100 ml air
Garam jika perlu
Gula melaka secukup rasa
Daun sup - dihiris ( boleh juga guna daun ketumbar )
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan Perap :
1/2 sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil seasoning Maggi
3/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil serbuk kari daging dan ayam Baba's
1/2 sudu kecil serbuk cili
1 sudu besar tepung jagung



Cara membuatnya :
1. Perap ayam bersama bahan perap selama 30 minit dan goreng ayam 3/4 masak. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga sedikit garing.
3. Masukkan cili kisar dan tumis selama 3 minit.
4. Setelah itu masukkan udang kering dan tumis seketika.
5. Masukkan gula melaka dan gaul rata. Tumis sehingga pecah minyak.
6. Kemudian masukkan ayam goreng dan gaul rata.
7. Larutkan kiub pati ayam bersama air, kemudian tuang. Tambahkan garam secukup rasa jika perlu.
8. Setelah ayam empuk bolehlah masukkan bawang besar, hirisan cili merah dan hijau. Gaul rata dan masak seketika lagi.
9. Angkat dan sedia untuk dihidang.
10. Taburkan daun sup / daun ketumbar semasa menghidang.




21 comments:

  1. wow! CT cantiknya gambar....
    terpegun ita melihatnya...
    tak tau nak cakap apa dah..
    mmg cantik sangat..
    bila lah ita dapat belajar ambil gambar macam ni.. cantiknyaaa....

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum akak ct cayaang..
    Terima kasih akak sudi mencuba resipi nie... mmg betul apa yg akak ita kata tu... gambar mmg cantiiik sgt... comel lg tgk ayam tu posing dlm tempurung kelapa tu... cun sgt!!

    ReplyDelete
  3. Amin.. Amin..
    Bundo suka tngo gmbr yg ct ambil. Cantik dn berseni.
    Tengok gmbr ayam ni pun rasa nak cekut cekut je ayam tu.
    Bundo teringin juga nak menerai ni. Bau dah smpai ke sini.

    ReplyDelete
  4. cewah..cewah... lauk yg sedap... prop yg class... tabik CT!!

    ReplyDelete
  5. Pagi Kak CT.. Betul yah kak kita harus selalu merasa bersyukur dengan apa yang kita punya sekarang, tapi manusia jauh dari sempurna kadang kita membandingkan apa yang orang lain punya tanpa melihat apa yang kita punya. Emak selalu mengingatkan Melly agar selalu tengok ke bawah jangan selalu liat ke atas, karena katanya di ats langit ada langit lagi.. hehe
    Halah.. pagi2 dah membeber di dapur nya akak.pagi pagi dah lapar liat ayam nya kak CT.. Tumpang makan yah kak.. hehe

    ReplyDelete
  6. as-salam kak ct

    wow!!!bestnye SAUK tu...sedapnye kalau dapat mkn dgn roti perancis...

    ReplyDelete
  7. Salam kak CT,
    Aduhai pagi pagi dah tayang ayam masak camni. Dah la semalam tak makan malam, terus lapar ni.

    ReplyDelete
  8. Assalam CT cayang....amboii menggodanya tengok sambal ayam tuh..kena pulak yg menarik...untuk CT punya cik abg yg pandai dlm photografi....akak ni sendiri2 jek laaa, itu pun banyak belajar dr Azlita yang sentiasa share cara2 mengambil gambar dan food styling beliau... Gambar2 CT jugak sumber inspirasi buat akak... Semoga apa yang dikongsi kalian mendapat ganjaran dan menjadi amal jariah yg berpanjangan pahalanya...amiiinn

    Kena try la pulak sambal ni nampaknya..balik kang cari ayam...ayam...o ayaamm...hehe

    ReplyDelete
  9. Ooopsss...sori silap pulak jari gemalai ni menaip...hehhee, sbb lawoo dan teruja sgt tgk sambal ayam tu..adeeii

    => Amboii menggodanya tengok sambal ayam tuh..kena pulak *GAMBAR* yg menarik...untuk => *UNTUNG* CT punya cik abg yg pandai dlm photografi.

    ReplyDelete
  10. macam menatap majalah.. mmg klass la CT.. terpegun melihatnya.. resepi Diana mmg sedap2 .. suke saya selongkar2..

    ReplyDelete
  11. kak ctttt...
    cantiknya gambar.. ada cahaya2 gitu. lawoo.. mcm suasana kampung yg sunyi n permai. i like!!!

    ReplyDelete
  12. wow mmg cntik la gmbr ni...ala kampung gitu dgn prop tu kan...menunya pon nmpk makin menyelerakan...nyum2

    ReplyDelete
  13. Salam pagi Selasa dik CT sayNGGGGGGG.....
    Wah!pepagi dah tayang lauk best....dgn gmbo cantikkkkkk menggoda uuuuu.....cam nak ajak akak dtg mkn je tu...he he...akak memangla tak oandai nak amik gambo lelawo xam CT amik....main klik2 gitu je...he he..leh belajo ngan CT la paa ni kan....
    Bula husband membantu dan support memang seronok kan....

    ReplyDelete
  14. Kak Ct......lawaaanyaaa gambar, serius, nampak misteri dan "sesuatu".....

    ReplyDelete
  15. As'salam Kak CT,
    Aduyaii .... ~~~
    Terpegun, teruja, terkecima...
    semua nya TER bila TERpandang picture kak CT. Pabila tengok ayam tu plak, TERLIUR sudaaaa.....

    ReplyDelete
  16. salam ct.. maklong terpegun dengan tempurung tu.. bukan dengan ayamnya..
    tengok gambar perut rasa kenyang terus.. hehehe.. sebab gambarnya cantikkkk..!!

    ReplyDelete
  17. wow klasik betullah present akak kali ni, pandai akak cari edea kan.. saya suka.

    ReplyDelete
  18. Salam Kak Ct...pa khabar?

    amboi2..godain gue lagi ni..tengok bekas tu..cantik clasik betul..bikin lapar pulak tengok isi ayam tu..

    ReplyDelete
  19. Salam Kak Ct..

    Hurmm nampak sedap menu ni..kalau ada udang kering mmg bau harum la masakkannya.. :)

    ReplyDelete
  20. First class shots la kak! Wow wow wow wow..speechless! Ayam tu betul2 menggoda Love...
    It's always a boost for us when we get hubby's support in our hobby kan. I'm still on coz of my hubby :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...