Tuesday, February 14, 2012

Sup Ayam Berempah



Assalamualaikum... Berikan senyuman yang manis dipagi hari buat insan-insan disekeliling kita semoga keceriaan dan suasana dipagi hari ni akan kekal berpanjangan hingga waktu beradu. Hari ni Dapur CT tak tayang menu kuih muih, tetapi menu yang sedikit berempah untuk tatapan teman-teman CT semuanya. Apa lagi jika bukan Sup Ayam berempah yang enak dimakan bersama roti perancis. Emmm.. Roti perancis jika dicecah bersama sup ayam berempah stail CT, emmm... Bon Appetit! Enak bangat dapat hirup sup yang panas dan beraroma rempah ratus seperti ini, terasa segar tubuh badan dan bangkit segala pancaindera kita. Jarang sekali CT dapat berkongsi menu sup-sup seperti ini untuk teman-teman Dapur CT kan. Alhamdulillah hari ni dapat CT kongsikan resepinya.



Selalunya sup berempah yang sedap untuk dicecah bersama roti begini CT akan guna tulang atau daging, tapi memandangkan anak-anak lebih gemar meratah ayam berbanding daging, jadi CT gantikan dengan sup ayam. Tapi kalau guna daging ataupun tulung rusuk emmph... memang layannn habislah... hehehe.



Masa CT tengah masak sup ayam ni, tup-tup dapat pula call dari adik ipar dari JB nak singgah kerumah bersama kawannya sebab ada urusan kerja di Damansara. Secara kebetulan CT masak sup ayam berempah ni, jadi dapatlah CT hidangkan untuk menu tengahari buat mereka berdua. Kebiasaannya masakan sup-sup seperti ini, resipi dari setiap orang dengan orang yang lain akan kelihatan lebih kurang sama ajekan. Tapi sesetengan dari resepi tu ada yang kurang berempah dan ada pula yang terlalu kaya berempah. Yang versi CT ni sedang-sedang aje. Dan pada yang suka pedas tu bolehlah letak lada padi sikit ye. Tapi CT tak pernah letak lada padi, sebab anak-anak tak berapa tahan sangat pedas ni. Cuma bila CT nak makan aje, baru CT patah-patahkan dalam mangkuk dan curah kuah sup kedalamnya. Boleh diperbagaikan citarasa lauk-pauk ni kan, ikut selera dan lidah masing-masing jugalah. Lidah kita suka pedas belum tentu lagi lidah orang lain sama dengan kita betul tak.



Okeylah jangan cakap lebih-lebih, nanti ada yang mintak semangkuk pulak sup ayam ni, mana nak cari sebab dah habis pun... hehehe. Kita terus pada resipi dan layan gambar-gambar dibawah ni ya. Daaa....


Sup Ayam Berempah
Resipi : Che CT

Bahan-bahan :
1 ekor ayam ayam - potong kecil
5 biji bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 biji bawang besar *
1/2 inci halia *
Sedikit kunyit hidup *
1 sudu kecil lada hitam biji *
1 sudu kecil jintan halus * ( bahan bertanda * blender halus)
1 sudu besar rempah sup - bancuh dengan sedikit air
1 sudu besar rempah kurma - dibancuh bersama sedikit air
1 kiub pati ayam knorr
3 biji kentang - potong baji
2 batang carrot - potong baji
1 batang daun salary - potong kecil
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji bunga cengkih
2 buah pelaga
Air secukupnya
Garam dan serbuk perasa jika suka
Daun sup/bawang
sedikit minyak untuk menumis



cara-cara :
1. Ayam dibersihkan dan tos airnya.
2. Panaskan 1 sudu besar minyak dalam periuk dan masukkan rempah tumis kacau sekejap, kemudian masukkan bahan yang diblender dan kacau lagi hingga naik bau.
3. Masukkan air dan ayam tadi. Biarkan hingga mendidih. Kemudian masukkan kentang dan carrot serta kiub ayam berserta rempah sup dan rempah kurma. Kacau sekejap dan tutup periuk.
4. Setelah ayam kentang dan carrot empuk, masukkan daun salary, garam dan sedikit serbuk perasa jika suka. Kacau sebentar dan perasakan jika sedang elok boleh matikan api dan angkat.
5. Sedia untuk dihidang bersama nasi putih atau boleh juga dimakan bersama menu pilihan. Selamat mencuba.




34 comments:

  1. ctttttt!!!
    Sedapnya. Hingus tengeh meleleh-leleh ni sedapnya hirup sup macam ni. Bundo datang bawak mangkuk.

    ReplyDelete
  2. Salam kakak manisss!! kita awal dtg ni jgn abiskan dulu supnyer, sdapppnyerrr hirup panas2 letak sambal kicap byk2! mmg tak makan nasi dahhhh! kenyang menghirup kuah jerrr hihihi..

    ReplyDelete
  3. sruupppp....best ni pepagi hirup supp...
    meh semangkuk kak..he3

    ReplyDelete
  4. Morning kak CT. *senyum mode ON
    disini lagi hujan nih kak , cocok sekali kalo sarapan sup berempah ini khan bisa memanaskan badan sayang dah habis mungkin kapan kapan kalo melly ke KL boleh juga call kak Ct tumpang makan tengah hari sup ayam berempah ini.. hehe

    ReplyDelete
  5. Ibundo ~

    Bundo..tak sihat ya, cuacalah kan ct pun tekak macam tak selesa dah ni, KL panas nak tunggu hujan tapi tak turun2. memang sesuai hirup sup panas2 Bundo, kasi lega hidung tu :)

    ReplyDelete
  6. ijayuji ~

    Wa'salam Ika cayanggg, dah habis dah sup ni yanggg. tak payah nak bubuh lada kicap, ni pun dah pedas2 manja dah..hehehe

    ReplyDelete
  7. Mas ~

    Betul tu orang berbadan dua kena hirup sup kasi badan hangat sentiasa kan Mas :)

    ReplyDelete
  8. Melly Octaviana ~

    Selamat pagi Melly, ya kapan datang KL kita boleh makan sama2. tapi yang ini udah bersih, udah dibasuh belanganya..hehehe. emang enak dihirup atau dicecah sama roti aje kalau k.ct Melly :)

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Kak CT,
    Kegemaran anak2 sup ayam mcm ni...kalau lauk mcm ni maunya bertambah2 anak2 makan..suka tngk diaorang berselera makan..arini menu ayam gak, tapi tak pasti lagi nak masak apa..he3..

    ReplyDelete
  10. bila kurang sihat ni.sedap dapat hirup sup panas-panas.dapat semangkuk cukuplah.

    ReplyDelete
  11. Salam Ct,
    Simple dan sedap kita pun suka cicah sup dengan roti perancis ...kenyang,Cantik gambar ct snap nie.

    ReplyDelete
  12. pepagi makan sup ayam pun sedap...hehehe..saya pagi2 pun tak kisah makan nasi...sedapnya...:)

    kak ct..kpop ni memang boleh berjangkit kak...hahahha

    ReplyDelete
  13. Salam dik CT sayang....tak de ke nak anto semangkuk sup kat akak...telan2 air liur dah ni tau....:)

    ReplyDelete
  14. slurpp slurpppp ~~~~ ermm.. sedap nyerrr !!!
    tumpang hirup sikit ehh kak CT
    hehee . . .

    ReplyDelete
  15. Yatie ~

    Wa'salam Yatie, biasalah anak2 ni ayam aje hari2 masak pun tak apakan. sup ni anak suka makan kena kuah banjir dalam nasi, baru sedap dihirup2 hehehe

    ReplyDelete
  16. Kakna ~

    tak sihat ker kak, jaga kesihatan ya. sup2 berempah macam ni memang sesui kak, keluar semua peluh2 tu nanti, cepatlah kebah kan :)

    ReplyDelete
  17. CT, nak semangkuk sup berempah tu...nk makan dgn bubur nasi dan telur asin...bestnyaaaa

    ReplyDelete
  18. wallla..cunnya roti perancis akak tu..sebijik cam kt delifrance tu...sup tu mmg mengancam sgt nampaknya!

    ReplyDelete
  19. Salam CT, tampak begitu yummy soupnya, Ratna disini juga sering sediakan soup rebusan sebagai penghangat dimusim sejuk ini, voilà! Soupnya CT lagi berempah ratus nanti akam dicubai, terimakasih segunung tinggi.

    Salam manis manis madu.

    ReplyDelete
  20. CitarasaKu ~

    Wa'salam Noor, tr kasih ya. menu simple jer macam ni Noor, sesekali cecah dengan roti sedap juga :)

    ReplyDelete
  21. quinnie ~

    Q k.ct ni kadang2 kalau ada sup semalam layan juga makan dengan nsi, aya tu k.ct goreng balik lagi sedap sebab rempah2 dia searp kat ayam tau :)

    Kpop jarang tengok, tapi drama korea hari2 layan..hahaha

    ReplyDelete
  22. cik cek ~

    Wa'salam Kak cek cayanggg, lor lupalah nak tinggalkan kak cek semangkuk sup ni..hehehe

    selalu aje lupa sebab kak cek ketuk pintu ct lewat sangat..hahaha

    ReplyDelete
  23. Nina Mirza ~

    Dah habislah Nina, nak hirup pun sup dah habis.k.ct kesian kat Nina ni lain kali ketuk pintu subuh2 kan dah pernah cakap..hehehe

    ReplyDelete
  24. Gee ~

    betulalah Gee, makan dengan bubur nasi lagi masukkan. kenapa tak ingat kesitu erk :)

    ReplyDelete
  25. ummiaisyah ~

    Ummi roti prancis tu import kat kedai jer..hehehe. buat sup jer, tak daya nak menguli tepung nak buat roti bagai tak sempat dah Ummi :)

    ReplyDelete
  26. bintangjauh ~

    Wa'salam Ratna, tr kasih sudi singgah lagi ke Dapur CT. Ya kalau cuaca sejuk2 seperti disana dapat buat sup hangat lagi sedap ya Ratna. semoga Ratna sihat2 juga disana.

    Salam ceria buatmu Ratna. Daaa...jumpa lagi :)

    ReplyDelete
  27. Walaupun lambat sampai tapi puas hati. hehehe

    ReplyDelete
  28. salam kak CT..sedapnya klu roti perancis tu dicicah ngan sup ayam.dapat lak sup yg panas2...mkn ngan nasi panas.Emmmmm..

    ReplyDelete
  29. Wah valentine2 ni buat sup.....lama tak singgah cni..baru balik outstationwah dan misss banyak masakan CT

    ReplyDelete
  30. Senang ada blog CT Delima. Nak masak boleh rujuk. TQ CT

    ReplyDelete
  31. sis, potong baji 2 mcm mne? maaf lah..student lg. xberapa tahu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...